Tuesday, November 30, 2010

Usia 40... detik permulaan


Salam sejahtera...

dah masuk umur 40? ke baru nak masuk?

usah gusar, usah risau... 40 hanya lah angka..

Namun ramai mengetahui usia 40 tahun seringkali dikaitkan dengan golongan lelaki... Pendapat mengatakan bahawa kehidupan lelaki hanya bermula apabila usia mereka mencecah era MIDI...
 kenapa ye?
  • dalam usia ini lelaki selalunya lebih beremosi kala berbicara Sekiranya pada usia ini mereka masih belum mencapai kejayaan yang diharapkan, mereka akan mudah berasa sugul dan mungkin putus asa...
  • mereka akan rasa terlewat untuk memulakan segalanya daripada sifar..
  • jika pada masa ini mereka semakin berjaya atau  telah berjaya, maka mereka akan berada pada tahap selesa untuk meneruskan apa sahaja yang dilakukan...
namun lelaki usia 40~an dianggap sebagai lelaki yang lebih bertanggungjawab kerana telah mempunyai keluarga sendiri serta boleh pula bertanggungjawab kepada kedua ibu bapa..

WARISKAN mereka dengan HARTA

Salam sejahtera semua,


Jangan wariskan kemiskinan kepada anak-anak. Ini adalah anjuran Rasulullah SAW.

Seorang sahabat nabi yang sedang sakit, Sa'ad bin Abi Waqash pernah meminta kepada nabi untuk menyedekahkan sebahagian hartanya sedangkan beliau masih memiliki seorang anak perempuan.
Lalu nabi menasihati Sa'ad dengan berkata:
"Sesungguhnya kamu meninggalkan ahli warismu itu dalam keadaan kaya, lebih baik daripada kamu meninggalkan dia dalam keadaan miskin meminta-minta kepada orang lain." [Sahih Bukhari]

Sungguhpun begitu, janganlah sekadar berfikir dan berusaha mewariskan harta kekayaan sahaja kepada mereka; sebaliknya imbanglah ia dengan didikan  agama yang mantap...


Sagu manis

Salam sejahtera semua...

Salam pagi selasa.. moga semuanya sihat sejahtera hendaknya...
Ermmm... sedapnya kalau dapat makan sagu ni di pagi hari

ok..
 resepinya
BAHAN SAGU:
200gm sagu
1 liter air

CARA MEMBUAT:
  • panaskan air kemudian masukkan sagu.
  • masak sehingga warna putih bertukar menjadi jernih.
  • bentukkan segumpal-segumpal.
  • masukkan ke dalam mangkuk.
BAHAN UNTUK SANTAN:
2 gelas santan kelapa
3 kepung gula kabung

CARA MEMBUAT:
  • panaskan santan dan masukkan gula kabung
  • biarkan sebati dan kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak
***kalau nak sedap.... makan sejuk...  bessssttttt!!!

Indah pemandangan..


Indah ciptaan Ilahi
terima kasih..
keranamu
aku bisa menatapnya..



Monday, November 29, 2010

Buffered Earnings.....lagi...

Salam sejahtera semua...

alaaaaahai, tak ada idea lain ke  nak letak kat sini?

tak pe ... tak pe... tak suka tak payah tengok

saja nak tayang jugak..


terima kasih nuffffff....
i luv u...

Jom cuti-cuti cuti lama lagi..






Salam sejahtera...

berjumpa kawan setugas di pasar..
"tak balik kg ke?"
"belum lagi"
"pegila bawak anak-anak jalan-jalan"
"kerja sekolah banyak tak siap lagi..."
"kerja... bila-bilapun tak akan siap.. siap satu, datang lain pulak"

tapi aku nak ke mana ye?
dalam negeri? luar negeri?

hehehe...
tapi ada orang janji...
nak pegi satu tempat..
tunggu....

Bohong: jangan biasa-biasakan...

Salam sejahtera semua.
macam dah ketandusan idea je.. hehehe

bukan.. sekadar porkongsian ilmu..

BERBOHONG... hukumnya haram kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya sama ada pada orang lain atau pada diri si pembohong itu sendiri.

Perbuatan ini ada kena mengena juga dengan janji, maka kita berbohong dengan pelbagai alasan.. Katakan kita berjanji hendak membayar hutang pada sekian-sekian tarikh, tetapi apabila sampai masanya kitapun hilangkan diri kerana tidak mahu melunaskan hutang..

Bohong boleh jadi dalam hal sekecil-kecilnya hingga hal yang sebesar-besarnya. Bohong dalam perkara kecil seakan-akan sudah terlalu biasa dibuat, tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa..Kadang-kadang ada orang yang rasa malas nak pergi kerja, maka kita akan beri alasan "sakit perut", "cirit birit" atau "anak meragam..."

Tapi, ada juga BOHONG YANG DIHARUSKAN... itu akak sambung entry akan datang ye...

***suka berterus terang..

Sunday, November 28, 2010

Berakhirnya Sukan Asia ~ Guangzhou 2010

Salam sejahtera semua,
tengok tv... berita jam 8.00

dah selesai Sukan Asia... Malaysia berada di tempat ke 10 dengan meraih 9 emas..18 perak dan 14 gangsa.
China? 199 emas...

 

 ***Jumpa di Korea Selatan pulak nanti...

Follower ke 100 blog en. amad sarpix

Salam sejahtera..
jalan-jalan petang ahad..
follow mana yang patut..
hehehe...

hehehe

jom sama-sama terjah
blog En. Ahmad Sarpix...
aka en kicap hehehe


***seronoknya... 
pada mulanya nak jadi follower ke 5000 en BA ... tak kesampaian...

Hobi yang menarik.... mengumpul...

Salam sejahtera semua..
dah petang baru sempat nak update blog...
dah petang juga baru sempat nak baca surat khabar..
belek2 utusan mingguan malaysia hari ni terpandang pulak sisipan ini...



wah!  rupanya bekas pelajar sm teknik seri manjung... Muhammad Zamir Ahmad Termizi... 
(Amir Jeff atau AJ) 
tapi akak tak ajar dia...

ermmm ... ceritanya tentang hobi mengumpul tiket bas, tiket wayang, tiket taman tema, tag harga baju, resit pembelian, kad nama, slip bank atau apa saja kertas yang bertanda jenama tertentu...

bagus juga hobi tu.. boleh dikomersialkan..

sesiapa yang agak-agak ada hobi pelik dan menarik dan muka nak masuk surat khabar..
contact 03-92217055 ext ~ 259 atau email : amirah.amaly@utusan.com.my

***akak dulu suka juga mengumpul surat cinta... tp dah lenyap dimakan anai-anai...

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA! ~ oleh Ben Ashaari

Salam Sejahtera Semua...
Ben Ashaari? Tak kan tak kenal kot????
Brother  Ben kita buat segment lagi..
Akak pernah jugak join segment dia.....
Segment dia kali ni  bertajuk
REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI..

Senang je segment kali ni..

5 Entry Ben Ashaari Yang Menarik:-

  1. REDAH AKU DAN KAU PUNYA !
  2.  Nak tackle FOLLOWER 
  3. Bayar deposit rumah baru dengan duit blog?
  4. Teringat zaman mengorat awek dulu
  5. AWAS !! JIKA ANDA BLOGGER ATAU PENGGUNA INTERNET TEGAR!
5 Entry Cikgu Hazlin Yang Menarik:-

Sekejap je dah naik!



Salam sejahtera semua..

 hhhaaa.. perut dah kenyang.. dah lunch (tak kira lah samada masak sendiri, makan kat kedai, tapau lauk, makan kat rumah orang kawin), dah solat, dan relax sekarang ni...

Saja nak tayang projek rumah yang sedang rancak kat depan rumah ni... sekejap je dah naik ... dah nak siap 30% (ye ke?)

ada ke yang beli rumah teres setingkat ni?

***dengar khabarnya harga seunit RM200K.. biar betul....

Sarapan pagi ada laksam.

Salam sejahtera semua...

Semua dah sarapan? Sarapan apa hari ni murid-murid sekalian? hehehe .. ketagih nak masuk kelas mengajar... padahal baru seminggu cuti.. erghhh.. menyampahnya...

tak apalah cikgu hazlin.. memang sifat manusia ni pelik.. bila tak cuti, nak cuti.. bila dah dapat cuti.. sibuk meroyan nak kerja..


errmmm .. hari sabtu ni teringin pulak nak sarapan laksam.. pernah ke korang makan laksam ni?
apa? tak tahu? ishhh.. ishhh... kesiannya..




haaa.. ini le laksam... selalunya orang belah pantai timur yang rajin makan ni.. tapi sekarang ni kat merata malaysia ada jual.. terutama kat pasar malam.. sedap atau tak aja... kalau nak sedap buat sendiri.. baru puas makan. akak rajin jugak buat.. dulu le... malas betul nak buat mi laksam tu ( dari tepung beras ) nak kena kukus dan memang kena ada sifat sabar.. hehehe

nak resepi? alaaa.. google je.. kat MyResipi ke.. kat matGebu ke.. atau kak hanieliza....

nanti kalau sesiapa dah terror buat laksam.. boleh tayang kat blog masing-masing ye..

*** suka laksam kat pasar malam simpang pulai.. sambal belacan dia.. errrmmm...

Ini bukan entry lucah... sekadar mengingatkan...

Salam sejahtera semua...
Cuti sekolah baru seminggu..
sana sini ramai yang mendirikan rumahtangga.. selamat melayari alam perkahwinan yang perbagai coraknya...aminnn moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..dunia akhirat...

sekadar berkongsi pengetahuan yang ada...jommm

WASIAT RASULULLAH SAW ~78
MEMAKAI SELIMUT KETIKA MELAKUKAN PERSETUBUHAN

Ketika melakukan persetubuhan, boleh membuka aurat, tetapi tidak boleh bertelanjang bulat.
Rasulullah SAW bersabda:
 "Apabila seorang suami mendatangi isterinya maka hendaklah berselimut, jangan telanjang, seperti telanjangnya binatang."
[HR. Ibn Majah]


"Jangan kamu bertelanjang, kerana engkau selalu ditemani oleh yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali sewaktu kamu berada di tandas dan sewaktu orang mendatangi isterinya, malulah engkau kepada mereka dan hormatilah mereka (para malaikat)"
[HR. Termizi]

***ramai yang kata "syoknya kawin"

Friday, November 26, 2010

Entry saja tak letak tajuk..


Salam sejahtera semua...
tu apa hal pulak dok tayang magic mop tu?.. nak bagitau satu dunia akak rajin mengemop rumah... hahaha
bukan apa... saja-saja..
ni.. akak nak bagitau..
1. cuti-cuti sekolah ni banyak masa kat rumah.. , so rajinle memasak.. bila memasak.. banyak le minyak yang terpercik or kotoran yg dah dibuat masa memasak... ha.. lepas masak.. mop lantai
2. sebab bosan dan sambil nak buang lemak dan spare tyre yang dah melekat kat pinggang ni.. buat-buat rajin mengemop dan dapat jugak melicinsinarkan lantai rumahku...
3. itu mop yang baru akak beli kat billion shopping centre seri manjung hehehe

***terima kasih kepada yang sudi baca... i luv u..

Saya sayang kamu

Salam sejahtera semua..
Alhamdulillah line internet yang semput tahap gaban dan beransur pulih sepenuhnya jam 10.00 malam semalam... tapi kerja saya tetap tertangguh sebab server j#$*&^%^ tu ciput kedekut.. nak akses punyalah lembab.. aduhai..

apapun.. saya tetap meneruskan kesabaran saya menunggu sehingga semuanya selesai.

bekas anak murid saya datang ke rumah saya malam-malam semata-mata nak jemput saya hadir ke majlis perkahwinannya sabtu ni... rasa sungguh terharu. Risau juga saya sebab dia tu darah manis.. Maklum saja sehari dua lagi nak jadi menantu kepada ibu bakal suaminya... Jemput pakai fb atau telefon saja dah memadai bagi saya... tapi anak murid saya ini tetap mahu datang juga ke rumah saya..Begitulah sayangnya anak murid saya ini seolah-olah ingin memohon restu dari saya.. tidak dapat tidak..

...dan mana mungkin saya tidak hadir ke majlis bahagianya nanti walau pada hari yang sama ada juga undangan di tempat lain...

InsyaAllah, hafizah, cikgu akan menyusul kerana.. saya sayang kamu....
SELAMAT PENGANTIN BARU

Kids and baby photo Contest ~ bayar tag

Salam sejahtera semua.....

dah lamanya tak kena tag ... tetiba rasa gerun pulak.
kids & baby photo contest ni di tag  oleh adik aima
katanya kena letak gambar baby
makanya.. akak letak le gambor anak sedara akak...

Muhd zahir fitri...comelkan..
okay aima, akak dah bayar hutang...

Thursday, November 25, 2010

Mode: kerja dalam cuti..

Salam sejahtera semua...
ahuhhhh.. sehari suntuk saya terpaksa menyudahkan kerja yang perlu dibereskan... tetapi masih belum betul betul perfect lagi...

saya ni cikgu.. walaupun cuti telah berlalu 6 hari, saya belum lagi benar-benar bercuti. masih dalam mode kerja.
kawan-kawan saya terutama di fb semuanya beri saya perangsang dan semangat.. terima kasih semua.

saya mohon maaf kalau tak sempat reply komen yang diberi. tapi tetap curi masa untuk update..

INDAHNYA WINDOW SHOPPING

Salam sejahtera semua...

Bila cuti-cuti sekolah bermula, aktiviti turun naik tangga berkurangan (walaupun rumahku ada tangga),
exercise muka dan tangan (mengajar, bercakap dan menulis) juga berkurang.. tetapi aktiviti memasak bertambah...
maka anda semua boleh fikir sendiri apa akan berlaku kepada kadar metabolisma, kadar kandungan lemak dan air dalam badan... hehehe..

apa yang harus dilakukan???
1. berjogging seawal pagi dengan berpakaian sukan lengkap?
2. bersiap-siap ke gym dan menghulurkan bayaran?
3. terkinja-kinja di pusat senamrobik?
4. duduk saja mengadap tv dan tonton siaran demi siaran dari stesen berlainan?
5. semua di atas betul...

hahahaha...
tak salahkan kalau ke pusat membeli belah dan melakukan aktiviti window shopping?
1. berjalan lah ke setiap inci ruang pusat membeli belah tersebut sambil melihat (tengok je tau) apa saja yang didisplaykan...
2. sambil berjengkit-jengkit atau menunduk atau mencangkung untuk meneliti semua barang yang dipamerkan (ini istilah sesuai)
3. berkejar-kejaran dengan anak-anak (jika ada) kerana anak-anak pasti merengek nak beli mainan dan anda pula berusaha mengelak ke tempat sedemikian..
4. tanya salesgirl apa yang anda musykil tentang sesuatu barang walaupun hakikatnya salesgirl itu akan melayan anda dengan baik (padahal anda tak nak beli pun) ~ baik untuk senaman muka...


okay, berapa banyak kalori dah anda bakar jika paling kurang anda luangkan masa sejam berWINDOW SHOPPING?

***ingat ye WINDOW SHOPPING je tau....

GERAM TAHAP GABAN...

Salam sejahtera semua...

geram betul dengan line internet semalam.... kejap ado, kejap tak ado.. macam iklan biskut pulak.
ingatkan bila melanggan s%$#*&, semua berjalan lancar.. bayar tetap bulan-bulan.. tapi servis sangkut-sangkut macam enjin bot tertelan minyak ron98.. hehehe
apa bondo yang melalut pepagi buto ni...

Bukan sesaja nak marah. bukan nak mengutuk. tp camtu lah.. bila servis yang dijanjikan tip-top, hakikatnya hampeh, tu yang hangat je hati.
Akak ni nak siapkn kerja sekolah.. kena guna internet.. tp bila linenya cenggini, bilo nak siap kojo? sampai tahun dopanpun tak tontu siap laei..
date-line nya end of november, eh.. tu tinggal lima hari jer.. adushhh geramnya..

kadang-kadang terfikir pulak bila teknologi semakin canggih, semuanya di hujung jari, sepatutmya semua kerja jadi semakin mudah. TETAPI???????... huhuhu..

GERAMNYA!!!!

***adushhhh...

Wednesday, November 24, 2010

Fridge magnet


Salam sejahtera...
Lain macam pulak nak post entry kali ni... macam-macam style pulak en blogspot ni buat. nasib baik akak ni tak berapa buta it. Celik sangatpun idak juge... tapi best jugak.. dah macam-macam ikon diletaknya. Kaku kalau dulu nak buat garis cancel tu, kena edit html kena ingat coding.. tp la ni, manyak sinang la... Icon undo pun ado... wah suko akak...

la, asal nak cerita pasal fridge magnet.. melalut kat kotak entry pulak..

okay.. okay... kita citer pasal fridge magnet ye... mesti korangpun ada fridge magnet kan??? Akak ni tak la suka mengumpul fridge magnet ni sebab rasa macam semak je.. tp sesekali nampak design dia yang cute dan cantik-cantik, beli la jugak. Lagipun kalau ada kawan-kawan yang bagi, mesti le akak terima.. Setakat ni tak la banyak fridge magnet tu.. boleh bilang dengan jari tangan + kaki... kalau nak pakai kalkulator, boleh lagi.. hehehe..

korang jangan gelak sbb akak tayang fridge magnet tu..
"eleh.. kalau setakat lima enam ketul, tak payah nak tayang"

sebenarnya banyak yang dah pecah dan tertanggal.. akak malas nak repair dan yang pasti ada satu yang akak paling suka dan ia datang dari jauh.... tp biarlah rahsia okay...

***ada tak sesiapa yang nak sedekah fridge magnet dia pada akak?

WASIAT RASULULLAH S.A.W ~73~

PEMURAH DALAM BERSEDEKAH

Salam sejahtera semua..
 RASULULLAH SAW BERSABDA:

"Adapun orang-orang yang pemurah itu dekat kepada Allah dan kepada manusia, dekat kepada syurga dan jauh dari neraka.

Orang yang bakhil itu, jauh dari Allah dan dari manusia dan jauh dari syurga, dan dekat kepada neraka.

Orang jahil tapi pemurah lebih disukai Allah daripada orang yang taat ibadahnya tetapi bakhil."

[HR. Tarmizi dan Baihaqi]

Tuesday, November 23, 2010

Nasi Lemak sampai lebam....

Salam sejahtera semua..

Pagi-pagi hari sesudah subuh, cadangnya nak menyudahkan menjahit tulang belut baju kurung, teringat pulak kerja kat sekolah...

terus ke sekolah, bincang apa yang patut dengan kawan-kawan, dengan boss...
sambil-sambil tu jeling jugak suasana di dewan exam sbb SPM candidates sedang pulun menjawab soalan. Tenang je dewan tu. Hopefully semua boleh jawab dengan baik.

hampir sejam di sekolah.. (tak selesai jugak kerja), baru teringat...
"alamak, belum breakfast lagi..."
dalam hati berkata lagi... "pergi pasar dulu lah"

sampai satu simpang, ada satu proton biru laju je nak keluar ..
apa punya pakcik tua... nasib baik aku sempat mengelak..
membebel bebel mulutku dipagi hari

apa nak masak?

kat rumah, anak-anak masih lagi membuta.. mentang-mentang cuti sekolah...

terus memasak dan memasak...

"ermmm sedapnya bau.. mak masak apa hari ni?"
"eh, am... dah mandi? tengok jam dah pukul 10..."
"mak, hari ni kita makan nasi lemak pagi, tengah hari, malam... sampai lebam ?"

hahaha... aku ketawa geli hati bila melihat muka am, putera bongsu tersenyum melebar...

"mak jangan lupa timun tau..."
"alamak, aku lupa pulak..." terus aku selongkar peti ais... alamak, ni zaman bila punya timun?
tak apalah.. daripada tiada...




... dan akhirnya
kami sarapan, makan tengah hari, makan malam
dengan
nasi lemak yang ada sambal ikan bilis, rendang daging korban dan timun dari zaman hang tuah hehehe



***salam buat lly yg buat masa ini berada di JB..
jgn jeles tau..


Datang bulan...

Salam sejahtera buat semua..

OOOPPPPPPSSSSS!!!!! jangan tertipu dengan tajuk entry kali ni ye semua.... bila baca datang bulan.. tentu beria nak tau ... maklum sajalah datang bulan tu sangat sinonim dengan wanita... kalau ada yang buat-buat tak faham especially lelaki.. sila tengok kat kamus ye...

hehehe...


sebenarnya ...

akak nak buat entry tentang ni haaaa....

Kat tempat kerja akak tu, ada la seorang kawan ni yang suka-suka nak tolong kawan dia jugak. Ala kecil-kecilan je bisnes dia... akakpun apa lagi... nak tolong kawan ni, maka dengan bangganya akak beli la bekas isi air ni... bukan tipuware tau.. tapi.. tupperware okay...



tak ingat la pulak berapa harganya ..
tp punyalah sebab nak tolong kawan ni lagipun masa tu baru datang bulan november...
akak beli bukan satu.. tp



beli dua sekaligus...
:)


dan

dengan
sukacitanya




ditambah lagi dengan dua lagi bekas
yang kononnya nak digunakan
untuk buat
puding / agar-agar...

bukan apa... bila datang bulan baru.. duit gaji yg berlebihan tu
boleh la tolong kawan-kawan...

***jangan marah.. nanti kena jual.. hehehe

Bermulanya Peperiksaan SPM



Salam sejahtera semua.

Hari ini 23/11/2010 bermulanya peperiksaan SPM 2010.

Didoakan kepada semua yang mendudukinya
agar dapat menjawab soalan dengan tenang

Cuba terbaik mungkin

InsyaAllah kejayaan cemerlang
pasti menyusul..


Monday, November 22, 2010

Senarai penuh 14 lagu ke Anugerah Juara Lagu 25

Salam sejahtera semua...

Rasanya semua dah tahu lagu mana yang layak bertanding di AJL 25 yang akan berlangsung pada 9 januari 2011...

Kepada yang masih tercari-cari... tertanya-tanya... lagu apa yg masuk, artis mana yg nak nyanyi.. jom kita semak carta 14 ...

1. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
3. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
4. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
5. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
6.Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
7. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
8. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
9. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
10. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
11. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
12. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
13. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
14. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)


1. Sejujur Hatimu (Adibah Noor / Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
2. Susun Silang kata (Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas)
3. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
4. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus

***wokey.. harap semua berpuas hati dengan keputusan juri...
tomok masuk AJL hehehe

Semi Final Muzik-Muzik 25 ~ Ketiga


Salam sejahtera semua...


Ha, baru je selesai Semi Final Muzik-Muzik 25 untuk rancangan ke 3...

antara yang bertanding tadi ialah....

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
5. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir


so, apa keputusannya?....

sama-sama kita tunggu...

sebelum tu nak senaraikan top 6 untuk rancangan pertama dan ke dua...

Rancangan pertama:
1. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
2. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
4. Sejujur Hatimu (Adibah Noor / Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
5.Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
6. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)

Rancangan kedua:
1. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
2. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
3. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
4. Susun Silang kata (Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas)
5. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
6. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)

***suka lagu tomok... hehehe

Hari Tandas Sedunia

Salam sejahtera semua...

Tak tahu pulak bahawa 19 November setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Tandas Sedunia. Tahulah tentang hari tandas sedunia tu tp tak sure tang tarikhnya... Bila tengok berita sat tadi, bari tau... Sorry le ye.. Korang tau ke?

Seluruh dunia merayakan hari ini dengan matlamat untuk mengambil tindakan, meningkatkan kesedaran pengguna terhadap hak ke atas persekitaran tandas yang lebih baik.

Orang kita perlu merayakan tarikh ini, sebab ramai yang tak reti nak jaga tempat ini. Terutama kalau tandas ni tandas awam...

Memang rasa macam geli nak bincangkan topik ni, tapi perlu ada kesedaran tentang pentingnya menjaga tandas awam lebih-lebih lg tandas di rumah.. bukan sekadar mangkuk jamban, sekitarnya juga perlu bersih.. barulah best nak melepas hajat... hehehe..


***hari-hari cuci bilk air + tandas..

Ikan oh ikan..


Salam sejahtera semua,

Ingatkan cuti ni nak ubahsuai kolam yang sedia ada.. tp lihatlah apa jd dengan ikan kesayangan suami...



Kalau setakat seekor, tak apa lagi... semuanya menemui ajal... Tengok le air tu berbuih semacam je... ada yg buang sabun ke dlm kolam tu?


...maka punah la hasrat nak menambah koleksi yang ada...

*** projek baru bakal menyusul...

Musim orang kahwin dah bermula...

Gambar Hiasan....
(tq najeehan)


Bila cuti sekolah bermula,
episod akad nikah rancak di sana sini

kepada kawan-kawan,
sanak saudara
yg akan menamatkan zaman bujang..

SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN..

SEMOGA
JODOH BERPANJANGAN
DUNIA AKHIRAT
DIKURNIAKAN ZURIAT SOLEH SOLEHAH..
AMINNN....


Sunday, November 21, 2010

Petang ahad.... ada pisang goreng




Salam petang ahad...

seronok bercuti.. se awal pagi ke pasar bersama suami.

"bang, jom g pasar! nak masak apa hr ni?"

... balik pasar, anak-anak dah ready nak sarapan.. sorry la.. cuti-cuti ni sekadar roti canai je..

tengahari, pulun masak masak masak...


oh dah petang ,


sedap juga kalau pekena pisang goreng... yummy...

***maka akan bertambah berat badan kalau cuti asyik makan je.. hehehe..

Hari akhir persekolahan 2010


Salam sejahtera buat semua dan selamat bercuti....

19 Nov 2010 adalah hari terakhir sekolah bagi tahun 2010. Mulai 3 Januari 2011 bermula pulak sesi baru persekolahan. Anak-anak tetap ke sekolah seperti biasa. walau ada rakan-rakan yg masih beraya haji, aku paksa jugak mereka ke sekolah. Kamipun sekolah.. ada mesyuarat dengan pengetua bagi mengingatkan rakan-rakan untuk siapkan kerja masing-masing sebelum bercuti panjang...

InsyaAllah, yang sulung akan naik tingkatan 3, si puteri akan ke tingkatan 1, si bongsu akan naik tahun 2...

moga tahun 2010 ini dijadikan landasan untuk lebih cemerlang lagi di tahun 2011.




sejak masuk sekolah, si bongsu dah bertambah tembam...
mana taknya..
hari-hari pekena keropok lekor je kat sekolah.
jajan tu ayahnya yg beli sbb kat sekolah tak dibenarkan jual beli jajan.





si puteri pulak tak nak sekolah asrama...
nak sekolah ni..
cantikkan???
sekolah menengah baru di daerah manjung..
macam universiti!!!


***jgn persiakan cuti yg ada..

Saturday, November 20, 2010

Telaga atau perigi atau sumur

Salam sejahtera...

mungkin ramai di kalangan generasi sekarang yang tidak pernah melihat telaga atau perigi..

telaga masih lagi merupakan sumber air utama (selain daripada sungai) bagi kegunaan harian 20 tahun dulu... terpaksa menimba bagi mendapatkan air. Air adalah air mata air yang sangat jernih dan tidak berbau.

...dan hingga ke hari ini, telaga itu masih digunapakai oleh emakku di kg... banyak sangat kenangan telaga ini... emak sengaja tidak mahu "menutup" nya kerana bila terputus bekalan air, telaga ini sangat memainkan peranannya. Ramai yg menumpang mandi dan membasuh dan digunakan airnya untuk memasak...

kepada yang tidak pernah melihat telaga, inilah rupanya... sengaja tidak diberus lumut yang hinggap disekeliling telaga bagi mengekalkan "keindahannya"...

***teringat pepatah melayu "perigi mencari timba"


Friday, November 19, 2010

Jom cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

bermula episod cuti sekolah..
Seronoknya bercuti..
44 hari bercuti..
kalau bersalin, sempat habis pantang..
kalau mengaji qur'an, sempat khatam
macam-macam boleh buat..

nak bercuti saja..
nak bersantai saja..
nak round malaysia..
nak round the world..
nak berniaga..
nak berkahwin..

apa saja..
suka hati..

sebagai guru.. ohhhh bestnya bercuti panjang
sebagai murid.. legaaaaa.. tak payah belajar..
sebagai ibu bapa... tak payah susah-susah kejut bangun pagi, hantar dan ambil anak..

itukah ertinya cuti?

apapun istilah dan maksudnya... manafaatkan cuti yang ada...


*** ada cikgu yang dah cuti "advanced".. huhuhu..

Suara yang paling suka didengar oleh Allah

WASIAT RASULULLAH SAW.. ~ 64

Rasulullah SAW bersabda:
"Allah Yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh minat kepada suara pembaca Al Qur'an lebih daripada seorang tuan yang mendengar suara hamba perempuan yang menyanyi.."

[HR> Ibnu Majah]

Thursday, November 18, 2010

Berbakti seikhlas mungkin


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setiap kali menerima hadiah, sama ada hadiah hari guru, hadiah anugerah cemerlang, hadiah cabutan bertuah, hadiah guru super atau apa saja hadiah.. aku akan sentiasa berfikiran positif bahawa setiap apa yang aku lakukan, biar yang terbaik..

..dan bila selalu mendapat anugerah, risau juga kalau-kalau ada yang tersalah anggap... maklum saja, mulut tempayan kita boleh tutup dengan daun pisang... tp mulut manusia?

selagi hayat dikandung badan, title guru akan ku jaga dengan sebaik mungkin. dengan harapan setiap anak didik sentiasa berbekal ilmu di dada..

***selamat bercuti buat semua guru...

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA 1431 HIJRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua rakan blogger dan silent reader (ada ke?) saya yang beragama islam.

mohon dimaafkan kesilapan saya dan diharapkan berhati-hati di jalan raya...

kepada yang melakukan ibadat korban, ia suatu amalan mulia dan diharap mendapat pembalasan setimbal dari Allah SWT.


*** kepada yang tak dapat cuti, jgn bersedih...

Monday, November 15, 2010

Keputusan Top 6 Semi Final Muzik-Muzik 25 ~ kedua

Salam sejahtera semua...

Baru lepas tengok Separuh akhir ke-dua muzik-muzik 25. keputusan top 6 lagu yg bakal ke Anugerah Juara Lagu 25..

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an
1. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
2. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
3. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
4. Susun Silang kata (Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas)
5. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
6. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)


***okay... tekaan anda sama tak dengan keputusan juri?

Cuti sehari..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cepat betul masa berlalu.. esok pasti ramai yang akan pulang ke kg untuk meraikan hari raya idul adha.. Apa-apapun moga selamat balik kg dan selamat balik semula ke rumah masing-masing. Berhati-hati di jalan raya.

Apabila raya disambut pada hari Rabu dan kebanyakan sekolah tidak dapat "cuti", ramailah yang membuat keputusan.. raya saja di rumah masing-masing dan ada juga yg nak buat kenduri korban di premis kerja masing-masing.. Ye lah jangan ada yang tutup rapat semua pintu dan tingkap duduk rumah diam-diam...

Sempena raya haji ni kita boleh bertakbir sehingga hari raya ketiga... (raya puasapun sehari je).. ambillah peluang yang ada untuk menambah pahala amalan yang baik.


*** apa-apa saja.. kita yang menurut perintah!!!


Sunday, November 14, 2010

Laksa 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni terasa nak masak laksa kerana teringat makan laksa kat rumah mak minggu lepas. Rasa mcm tak puas. Sebenarnya aku bukan la hantu laksa sangat. tp sesekali apa salahnya kan? kan? kan?

Tengok gambor tu penuh ngan bawang. kata orang tak elok makan bawang mentah sebab nanti ketiak berbau.. hehehe... lgpun makruh. tp sesekali apa salahnya kan? kan? kan? hehehe

oklah .. layan resepi laksa kat sini ye...

Powerman 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini berlangsungnya acara Powerman 2010 di sekitar Seri Manjung dan Lumut Perak...

.. dan seperti biasa akupun tak perasan acara ni berlangsung di sekitar rumah aku sebab bannernya dah lebih sebulan tergantung kat jalan raya.. apa yang aku sedar, masa nak ke pasar jam 9.00 pagi tadi, ada mat-mat polis yang jaga traffic kat semua simpang jalan dan ada le manusia yang berlari-lari.. hehehe..

so, kali ni aku tak nak "terkena" lagi seperti tahun lepas... terperangkap "gila" dalam road block yg polis buat sampai aku nak kena saman...

ok le.. nak pekena laksa dulu sebab hari ni lunch dgn laksa.. yummy..

***nanti akak postkan pic/menu laksa tu ye.. tunggu...

Tiket ke asrama penuh..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan khamis lalu. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya cemerlang 5A atau 4A atau tak ada A langsung.

Mengikut laporan keputusan penuh UPSR 2010, menyatakan bahawa seramai 48,327 calon yang mendapat 5A daripada jumlah semua calon yang seramai 482,334.

Laporan yang dipetik dari Utusan on-line pulak,

UPSR: Hanya 10% ke sekolah asrama penuh

JOHOR BAHRU 12 Nov. - Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yan
g mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang ke sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, situasi tersebut berlaku ekoran bilangan kekosongan di SBP yang terhad berbanding jumlah murid cemerlang yang ramai.

Beliau berkata, bagaimanapun murid yang tidak berpeluang memasuki SBP tidak perlu patah semangat.


kepada semua murid, jika tidak dapat ke SBP untuk tingkatan 1, cuba pulak masa tingkatan 4. Kepada ibu bapa, jika anak anda mendapat 5A dan "teringin" ke SBP, berusaha keras dengan cara yang berhemah.. InsyaAllah.




***akak dulu dapat 3A2B je... tp sebab org kg, dapat le masuk MRSM... tq MARA.. hutang dah selesai tau :)


Saturday, November 13, 2010

Sabtu yang cerah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


hari ini sabtu.. bermakna ada 4 hari lagi nak beraya haji..

sehingga hari ini , masih belum pasti cuti raya sampai bila. anak2 cuti hari rabu sahaja. tak apalah satu hari pun jadi.. sekadar balik raya di gopeng, pagi khamispun sempat kalau nak balik semula ke rumah.

tapi rasanya raya kali ni macam tak ada semangat nak raya je.. bukan kerana raya haji untuk org yg pergi haji, tapi teringatkan mira yang baru je kembali ke rahmatullah.. 5 hb dan 17 hb.. belum sampai 2 minggu... tak tahulah bagaimana mak nak beraya tanpa cucu disisi... aku juga pasti merasakan kehilangannya..

apa-apapun hari ini cuti, sudah pasti tugas rumah mengambil alih tugas rutin di tempat kerja.. membasuh, mengemas, memasak.. rasa macam dah lama sangat aku tak memasak.

seperti pada status fb aku..

klik untuk tumbesaran..

selesai menikmati hidangan tgh, sekadar berkongsi bersama kawan2 fb.. ramai pulak yg memberi respon.. tqvm :)

hari yang cerah, seronok untuk membasuh segala yang kotor...
penat.. tapi berbaloi-baloi...

*** inikah kunci kebahagiaan?


Keputusan PMR 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semua pelajar tingkatan 3 seluruh negara telah lebih sebulan selesai menghadapi peperiksaan ini... Guru-guru berkenaanpun masih dalam proses menanda kertas peperiksaan adik-adik...

Sementara nak menunggu keluar keputusan PMR ni, apa lah yang adik-adik buat kat sekolah atau rumah? Ada sekolah yang mengambil inisiatif mengadakan sesi lawatan sambil belajar, ceramah motivasi, lawatan ke sekolah vokasional atau SBP sebagai persediaan untuk penbelajaran tahun seterusnya.

Mengikut pengalaman bertahun tahun, keputusan PMR 2010 akan diumumkan paling lewat pada 23 DISEMBER 2010 (KHAMIS) Memandangkan kemasukan ke SM Vokasional seluruh negara ialah mulai 3 Januari 2011. Maka, ada masa lebih kurang 2 minggu sebagai persiapan ke sekolah berasrama...

Keputusan PMR biasanya penting dan dinantikan kerana ia dapat menentukan ke mana hala tuju pelajar seterusnya.. Ada yang baru nak mula merasai tinggal di asrama dan bila naik tingkatan 4, mereka boleh memilih aliran mengikut minat dan cita-cita...

**redhalah dengan apa jua keputusan yang diterima..
berjaya atau tidak ~ pasti ada hikmah disebaliknya..

Friday, November 12, 2010

IBU BAPA YANG BERUNTUNG

WASIAT RASULULLAH SAW ~62

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

RASULULLAH SAW bersabda:

"Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinarnya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di rumah-rumah kamu di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya..."

[HR: Ahmad dan Abu Hakim]

Cucur udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petang Jumaat ni mendung aje. Hujan turun sekejap sekejap dan mataharipun sekadar mengintai-intai di balik awan.

Bila cuaca begini, perutpun mengidam kudapan yang gitu-gitu..

Teringat pulak cucur udang bersama sambal kicap. Disulam pulak dengan nescafe panas.. Waduuuuhhh...

Jom layan..




Resepi? boleh terjah kat sini.. resepi cucur bawang so kalau nak jadi cucur udang, letak je udang dalam bancuhan tepung tu... nak tambah kucai..pun sempoi..

akak tambah la resepi sambal kicap sebab cucur bawang cicah sambal sardin.

Sambal kicap;
  1. Cili api nak sedap lagi letak lada hitam.
  2. kicap
  3. gula
  4. bawang putih
tumbuk cili api, bawang putih ~ kacau bersama kicap dan gula..

***sambal kicap ni sedap gak dicicah ngan pisang goreng..

Thursday, November 11, 2010

Takziah .. Shamrin Fotograf meninggal dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terbaca berita ini di sini dan terkejut jugak sebab Shamrin adalah antara penyanyi kesukaan kerana suara dan gaya nyanyian yang tersendiri..

Penyanyi di Alam Fana Cintamu ini meninggal petang tadi (Khamis) kerana serangan sakit jantung ketika sedang bermain futsal.

AlFatihah buat allahyarham dan takziah buat keluarganya.

***sesungguhnya kematian itu pasti!

Congratulations! ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tahniah dan syabas kepada semua murid-murid yang berjaya dalam UPSR 2010.
Yang mendapat keputusan cemerlang, kekalkan keputusan tersebut dalam peperiksaan seterusnya...
Kepada yang kurang cemerlang, teruskan usaha anda... UPSR bukan penentu segalanya tetapi ia adalah sebagai permulaan untuk langkah seterusnya...

Tahniah juga kepada semua guru, ibu bapa dan semua yang telah memainkan peranan masing-masing.

***to my dotter , not getting 5As is not the end of the world...but the start of many many more..



Slot Akasia TV3 ~ Seribu Kali Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

slot akasia ~ chinta ~ lakonan Fasha Sanda akan berakhir hari ini... Bermula 15 November 2010 ni, satu lagi slot Akasia yang baru.... seribu kali cinta.. akan ditayangkan..
Dalam drama genre romantik komedi ni membariskan para pelakon seperi Kamal Adli, Norkhiriah, Cat Farish, Intan Ladyana, Abu Bakar Omar, Rozie Othman.



Mari-mari kita skodeng sinopsis cerita ni.. kot-kot ada pengajaran yang boleh kita ambil...

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

*** jom komen...

Dr Fazley letak jawatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi-pagi tadi tengok MHI di TV3.. Pengacara Wardina dan Ally bacakan berita ni dari kosmo... dah lama dengar isu phd palsu ni tapi.. tak tau la.. ok kita kongsi info dari kosmo..




KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.

kredit untuk KOSMO..

*** kita tunggu perkembangan selanjutnya....

Wednesday, November 10, 2010

WASIAT RASULULLAH S.A.W ~61~

HATI YANG KOSONG DARI AL-QUR'AN

RASULULLAH SAW bersabda:

"Seseorang yang tidak ada sebahagianpun Al-Qur'an di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong."

[HR. Al-Hakim]

Lambaian kaabah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah dah lega sikit selepas beberapa hari menghadapi peristiwa mengejut tu.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi kesedihan.

Hari ini dah Rabu..Seminggu lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidil Adha.. Hari kemenangan kepada semua umat Islam yang menjadi tetamu Allah yang mengerjakan ibadat haji ke baitullah.. Sebagai hambaNya, pasti saat dan detik kemenangan itu ditunggu dengan pelbagai perasaan.. hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana...







Bila melihat gambar kaabah dan betapa ramainya umat Islam yang berpeluang mengunjunginya, terfikir di kotak fikiran...
"bagaimana boleh muat?"
Jawapannya hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagaimana perut ibu mengandung membesar ketika mengandungkan bayi, begitu juga dengan keadaan di baitullah... Subhanallah. Maha besar Allah...

Bulan Zulhijjah juga banyak amalan yang kita boleh lakukan selain amalan fardhu, selain bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ibnu Rejab berkata:

apa-apa amalan yang lakukan di sepuluh hari pertama di bulan zulhijjah akan di gandakan ganjarannya. ( mulai hari ahad 7/11 lepas hingga selasa 16/11 depan ikut waktu Mekah) Bagi amalan yang fardhu akan ganda lebih daripada bulan lain, sunat juga akan diganda lebih daripada bulan-bulan lain, malah ialah gandaannya melebihi 10 akhir ramadhan.



***sekadar berkongsi amalan baik, apa salahnya.... InsyaAllah..


Tuesday, November 9, 2010

Masih bersedih


Tika dan saat ini..
hati dan perasaan ini
masih dilanda kesedihan
teramat sangat...

Namun aku redha..
sesungguhnya
setiap yang hidup pasti merasai mati

Begitu perencanaan Allah yang maha berkuasa
Dia penentu segala
walau terkilan di hati kecil
pemergianmu yang amat tragis..
meremuk redamkan perasaan
walau mengalir air mata darah
kau pergi jua





Dari Allah kita datang
kepadaNya kita kembali...

Semoga rohmu tenang di sana...
dihimpun bersama orang beriman
sentiasa dilimpahkan rahmat Ilahi

Kami akan sentiasa mendoakanmu
wahai anakanda tersayang....

Afiqah Amira Bt Zainol
18.8.1990 ~ 5.11.2010

Monday, November 8, 2010

Keputusan Top 6 Semi Final Muzik-Muzik 25

Salam sejahtera semua...

Baru lepas tengok keputusan top 6 lagu yg bakal ke Anugerah Juara Lagu 25..


8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an

1. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
2. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
4. Sejujur Hatimu (Adibah Noor / Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
5.Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
6. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)


***top 6 ni tak semestinya masuk Anugerah Juara Lagu tau...

Saturday, November 6, 2010

Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku ni sebenarnya jarang mengikuti Muzik Muzik ni.. bila tayangannya Sabtu petang.. aku suka bersantai bersama keluarga.. so jarang ngadap tv3 time ni..

Tapi bila semi final atau Anugerah Juara Lagu.. memang aku layan...

Bermula 18hb diikuti 15hb dan 22hb November nanti persembahan separuh akhir akan dijalankan untuk memilih kemungkinan 14 lagu ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke 25.

Live dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Berikut antara judul lagu yang bakal bertanding...

8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an
1. Gerak Hati (penyanyi: Azlan & The Typewriter / pencipta lagu: Lake & Light / penulis lirik: Lake & Light)
2. Inilah Cinta (Akim/Akim/Akim)
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
4. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
5. Cinta (Mohd /Iswandy / Iswandy)
6. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
8. Bersamamu (Joe Flizzow/Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed/Koko)
9. Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
10. Oh Juwita (Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense)
11. Sejujur Hatimu (Adibah Noor / Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)

15 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 90an
1. Tika Masanya (Mirwana & Hujan/Akmal Mirwana Akmal/Mirwana & Noh Hujan)
2. Manifestasi Cinta (Fiq & Mirwana/Kuncidemak/Kunci Demak amp; Akmal Mirwana)
3. Kau Harus Ada (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
4. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
5. Menggegar Dunia (Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
6. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
7. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
8. Susun Silang kata (Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas)
9. Cinta Kosmik (The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler)
10. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
11. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
12. Adrenalin (Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir)

22 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema Milennium :
1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
5. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir


*** okay .. sama-sama nanti kita saksikan, siapa yg layak ke Anugerah Juara Lagu.. Aizat lg ke?

Ikan Bawal Masak Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari Sabtu pastinya hari untuk bersantai bersama keluarga.. maklum saja minggu ni cuti deepavali.. kalau nak masak special untuk keluarga, inilah masanya..





Walau masakan simple, tapi dapat menambat hati suami dan anak-anak..

ok.. kita tengok resepinya..
Bahan:
  • seekor ikan bawal... dibersihkan
  • cili kering ~blended
  • halia, bawang putih, bawang merah ~blended
  • kicap
  • bawang besar ~ potong bulat
Cara nak buat... senang je
  1. ikan bawal digaul garam kunyit dan goreng ~ angkat ~ toskan
  2. tumiskan bahan "blended" hingga masak (naik minyak)
  3. masukkan kicap ~ (kalau nak lebih kuah.. masukkan air)
  4. bila kuah mendidih, masukkan kacang panjang (hiasan je tu) dan ikan goreng tadi..
  5. kalau tak masin, tambahkan garam.
  6. letakkan cili hiasan dan bawang besar.
***selamat mencuba

WASIAT RASULULLAH S.A.W ~60~

UBAT BAGI HATI YANG BERKARAT

SABDA Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."

Bila seseorang bertanya, "apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Rasulullah SAW bersabda:
"Selalulah ingat mati dan membaca Al Qur'an."

Friday, November 5, 2010

Cendawan goreng tepung


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Memang sedap betul makan cendawan goreng tepung ni.. rasa macam makan udang pun ada..
sangat mudah, senang, tak susah nak buat...

cuma basuh cendawan dan toskan (sebaiknya tos sampai kering sbb bila basah, dia akan serap minyak yg banyak)

celupkan dalam tepung ( boleh pakai tepung goreng pisang adabi atau tepung crispy fry nona ~ klik kat sini kalau nak tengok gambar)
jgn lupa bubuh garam kat tepung.. kang tawar pulak..

pastikan minyak panas dan goreng deep fry.


***manalah tahu kot boleh hidangkan sebagai sarapan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...