Showing posts with label hujan. Show all posts
Showing posts with label hujan. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Bantuan untuk mangsa banjir

Salam sejahtera


Banjir masih lagi melanda di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tidak dapat bayangkan bagaimana perlunya mereka makan pakai dan tempat berteduh sementara.

Ada rakan-rakan mencadangkan mereka diberi bantuan kurma selain biskut dan mee segera. Kerana kurma dapat memberikan tenaga yang lama jika dibandingkan dengan biskut. Betul juga.. walau agak mahal.. tapi nyata berkhasiat...


Tuesday, November 11, 2014

Program mengenal hati budi di Kg Lalang, Simpang Pulai Ipoh.

Salam sejahtera semua..

Hari Sabtu 8/11/2014 yang baru lalu ni, bersama-sama rakan sekerja, kami bekerja sama melakukan aktiviti di Kg Lalang.. perkampungan orang asli di pinggir Simpang Pulai.. Cameron Highland.

Beramah mesra dengan orang asli yang 98% adalah Islam.. kami melakukan aktiviti memasak, melawat rumah mereka, beriadah dan berceramah serta menyumbang sedikit bantuan kepada mereka.

Alhamdulillah.. segala perancangan.. berjalan dengan lancar. Walau hujan lebat sejak zohor hingga asar..Semua yang hadir dan diraikan berpuas hati. InsyaAllah nanti datang lagi..


 Kg Lalang ni tak jauh dari Simpang Pulai. 20 minit perjalanan je.


 ni surau merangkap dewan yang digunakan untuk aktiviti kami hari tu


 chef of the day.. tn hj musthafa

 aktiviti di dapur..
saya, hjh kamariah dan zapidah
kerja di dapur seharian..
masak utk tengahari dan petang

 air sungai depan kg tu.. memang sangat deras sebab hujan lebat..
kalau tak, memang dah terjun mandi



 antara kami yang hadir





 antara aktiviti gotong royong kami bersama masyarakat orang asli


cantikkan rumah mereka ni...

Semoga semua yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.

Wednesday, July 11, 2012

Hujan pagi

Salam sejahtera semua

Alangkah indahnya jika hari ini cuti..
hujan pagi menjadikan perasaan agak malas
namun terpaksa digagah juga diri ini
demi memikirkan anak bangsa..

semalam selamat bersenam..
hari ini mulakan dengan semangat baru..
semoga hari ini baik dari semalam
walaupun hujan..


hujan itu rahmat dari Allah..
Alhamdulillah.

Wednesday, May 2, 2012

Hujan

Salam sejahtera semua..
Hujan pulak petang ni..
alhamdulillah
sejuk sikit bumi Allah ni.

Tuesday, March 27, 2012

Hujan

Salam sejahtera semua

sehari dua ni kerap juga hujan 
bila selalu sangat panas,
elok juga hujan..
sejuk sikit..

hujan atau panas,
semuanya rahmat dari Allah..


Wednesday, June 15, 2011

Penat rasanya

Salam sejahtera semua..

"Ermmm.. sedapnya bau.. chef Haris sedang memasak...."
"ayah masak apa dik?"
"macam bau goreng ikan bilis je"
"tak apalah.. sesekali ayah pulak masak.. selalu mak yg masak..."

sejak sembuh dari sakit ni, aku jarang sangat memasak.. bila rasa sangat sihat, baru masak.. itupun yg simple aja.. hari ni walau banyak waktu free untuk mengajar, tapi aku banyak habiskan masa dengan membuat kerja sampingan.. jumpa Pn. Big Boss bincang pasal analisis exam.. sebab line internet di sekolah ting toing, aku ambil kesempatan bincang pulak dengan Pn. second boss tentang program kecemerlangan... haaa hampir dua jam berbincang, aku tersedar perut dah berkeriyut... dah 1:30... bila nak lunch? makanan di kantin for sure dah habis.. nanti 2:45 ada meeting sukan pulak.. aduhai...

tak kira, aku bergegas balik rumah .. tengok ada nasi sejuk dan kari semalam.. makan ala kadar, siap sedia pulak nak pergi meeting...
selepas hampir sejam, bergegas pulak ke urusan seterusnya...

hari hujan renyai-renyai tapi tiada tanda nak berhenti... penat sungguh hari ni...


... dan sehingga entry ni ditaip, aku tak sabar nak tengok hasil masakan chef Haris.. heheheh

ni propa je from En gugel..

Saturday, February 26, 2011

post 700: Banjir... atau banjir kilat di kl???

Salam sejahtera semua..
Bila hujan lebat melanda...
saliran sungai longkang tersekat, 
air sungai melimpah....

 adakah kita perlu menangis?



 air surut sedikit.. 
nasib baik kereta tak masuk sungai...


bila dah tenggelam, boleh digunakan lagi?


Tuesday, December 28, 2010

Hujan

Salam sejahtera semua..
salam tengahari..
dah makan semua?
tengahari ni hujan lebat di manjung..
syiokkk betul tidor..
atau golek-golek atas katil sambil berblogwalking...

****hujan yang turun, bagaikan mutiara...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...