Sunday, November 14, 2010

Tiket ke asrama penuh..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan khamis lalu. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya cemerlang 5A atau 4A atau tak ada A langsung.

Mengikut laporan keputusan penuh UPSR 2010, menyatakan bahawa seramai 48,327 calon yang mendapat 5A daripada jumlah semua calon yang seramai 482,334.

Laporan yang dipetik dari Utusan on-line pulak,

UPSR: Hanya 10% ke sekolah asrama penuh

JOHOR BAHRU 12 Nov. - Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yan
g mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang ke sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, situasi tersebut berlaku ekoran bilangan kekosongan di SBP yang terhad berbanding jumlah murid cemerlang yang ramai.

Beliau berkata, bagaimanapun murid yang tidak berpeluang memasuki SBP tidak perlu patah semangat.


kepada semua murid, jika tidak dapat ke SBP untuk tingkatan 1, cuba pulak masa tingkatan 4. Kepada ibu bapa, jika anak anda mendapat 5A dan "teringin" ke SBP, berusaha keras dengan cara yang berhemah.. InsyaAllah.




***akak dulu dapat 3A2B je... tp sebab org kg, dapat le masuk MRSM... tq MARA.. hutang dah selesai tau :)


2 comments:

  1. bulan januari nanti kamilah sibuk menyambut mereka..welcome to SBP

    ReplyDelete
  2. tahniah imanshah.. tak payah tukor sekolah le...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...