Friday, November 21, 2008

Laksa


Saja nak share resepi laksa hari ni. korang yg pandai masak laksa mesti ada secret resepi tersendiri. Laksa ni simple sajor... Sesuwei untuk 6 orang makan...

Bahan-bahan:

1 peket laksa (kering atau basah)

Bahan utk kuah:
setengah kilo ikan kembung (nak campur ikan sardin pun boleyyy)
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang besar
setengah inci lengkuas
4 sudu besar cili kering blended
6 keping asam keping
2 batang bunga kantan
segenggam daun kesom

Bahan hiasan:
Timun
Salad
Bawang besar
Cili merah / cili padi
asam limau

Cara nak masak kuah:
1. ikan dibersihkan. Ikan mesti yg fresh supaya kuah tak rasa hanyir.
2. rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam.
Air rebusan perlu sedikit aje ~ sekadar paras ikan.
Rebus ikan 5 minit. Sejukkan dulu.
3. Asing isi ikan dengan tulang. isi tu kita blend guna air rebusan tadipun boleh.
4. Tulang ikanpun di blend asing dan tapis.
5. Ikan yg diblend masukkan terus dlm periuk
Masuk sekali bawang, cili, daun kesom, bunga kantan dsb.
Air secukupnya. Garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
6. Sediakan bahan laksa dan hiasan. Tuang kuah.

Boleh dimakan sepuasnya....

3 comments:

  1. ala Kak Lin...sedapnya laksa...dah terliur tengok gambar tu.. Saya memang hantu laksa la kak lin.. Tak boleh jadi ni..kena buat gak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...