Showing posts with label warisku. Show all posts
Showing posts with label warisku. Show all posts

Friday, June 10, 2016

Tahlil dan majlis berbuka puasa

Salam sejahtera semua.

Petang semalam ramadhan ke 4 dah selesai majlis tahlil di masjid ar Rahman. Alhamdulillah.. sampai hajat mak nak bersedekah. Bila nama2 arwah dibacakan.. sebak hati.. satu2 di sebut.. nenek dan opah.. atok n nenek.. abah.. ibu mertua serta afiqah amira.. anak along.

Sedikit sebanyak rasa rindu terubat.. mudah2an tahlil doa yang samasama dibaca.. menjadi bekalan buat semua yg dh pergi bertamu di kampung nan abadi.
Kami yang hidup.. perlu teruskn hidup. Semoga Ramadan memberikan yang terbaik buat kami..

Jumpa lagi...

Tuesday, June 7, 2016

Coretan tarawih 1 ramadhan 1437hijrah

Salam sejahtera dan ramadhan kareem..

Alhamdulillah.. selesai berpuasa 1 ramadhan hari ini. Bersyukur dapat memulakan ramadhan bersama bonda tercinta di kampung. Kebetulan cuti sekolah masih berbaki seminggu dan berpeluang berpuasa dan bertarawih di kampung. Sepanjang hidup selama 48 tahun, jarang sekali dapat solat tarawih berjemaah... di masjid di kg gunung mesah hilir gopeng. Tak jauh manapun... sebelah rumah je masjidnya. Masa belajar di mrsm kuantan dulu.. sebulan ramadhan berada di asrama. Maka dewan sekolah lah dijadiikan tempat solat. Sehinggalah berkahwin dan beranak pinak. Tuntutan menjaga anak kecil di rumah... menjadikan saya lebih selesa bersolat tarawih di rumah saja.

Tetapi sejak anak2 menginjak dewasa, peluang untuk berjemaah di masjid dan surau jarang untuk ditolak. Alhamdulillah saya dapat menunaikan dua malam pertama ramadhan. Terkejut dengan bacaan imam yang agak laju.. malam pertama saya sempat habiskan 12 rakaat sahaja. Tiba2 perut sakit memulas.. hehe.. saya bergegas balik ke rumah dan saya sudahkan rakaat seterusnya di rumah saja. Saya terkenang masa zaman belajar dulu... memang solatnya 20 rakaat. Bacaan imam memang sederhana.. tak laju dan selesa makmum mengikutnya. Lagipun masa tu muda lagi dan selepas tarawih.. kami sempat bertadarus sehingga tengah malam.

Malam ini dah faham dengan lenggok bacaan imam maka saya lebih selesa. Dapat menyudahkan solat 20 rakaat dan 3 witir. Agak sejuk kerana hujan petang tadi.. tp jemaah tak ramai seperti semalam.

Mungkin lain imam lain style nya.. apa2pun semoga kita semua dapat meningkatkan amalan baik di bulan ramadhan ini. Berusaha untuk merebut ganjaran pahala yang banyak dan dalam masa yang sama cuba untuk terus istiqomah sampai bila2.

Selamat berpuasa buat semua umat islam di serata dunia.

Monday, June 6, 2016

Dah Jadi Siswi UiTM

Salam sejahtera...

Alhamdulillah berkat doa semua.. anak ke dua; Nurul dapat melanjutkan pelajarannya di UiTM Seri Iskandar. Minat pada bakeri dah bertukar ke senilukis dan senireka seramik. Apa juga bidang... bersyukur dan berusaha yang terbaik.

Pendaftaran minggu orientasi bermula 25.5.2016 yang juga hari lahir Nurul. Pastinya akan menjadi sejarah ... 25.5.2014 abangnya mendaftar di Kolej Mara Kuala Nerang.




Semoga kehidupan menjadi lebih bermakna... belajar hidup berdikari, lebih berusaha.. lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia menghadapi semua dugaan dan cabaran dengan iringan doa dari emak, ayah dan semua keluarga.

Inn shaa Allah.. setiap yang berusaha.. berdoa dan bertawakkal akan diberikan ganjaran. Aamiin.

Thursday, July 2, 2015

jun, julai dan ramadhan

Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. Allah masih beri ruang waktu untuk mencoretkan sesuatu di blog yang dah bersawang ni. Seringkali menyalahkan masa sebagai kekangan meluahkan sesuatu. Tiada yang pasti apabila kesibukan melanda. Semua nak dibuat dalam saat yang sama.

Alhamdulillah.. telah dan sedang berada di bulan ramadhan almubarak. Setiap amalan walau sebesar zarah.. dilipatgandakan pahalanya. Amalan wajib dan sunat.. marilah kita garap seadanya... jangan lupa bahagikan masa 24 jam untuk beribadat.. bekerja dan berehat.

Setiap kali ramadhan.. pasti niat dan azam untuk khatam alquran. Namun belum lagi kesampaian. Alangkah indahnya jika dapat khatam walaupun sekali. Istiqomah yang sangat penting. Jika setiap kali solat kita baca 4 mukasurat... darab 5.. maka sehari 20 muka surat. Sebulan dh 60 mukasurat. InshaAllah.. khatam lah ...

Amalan bersedekah juga sangat baik dan digalakkn untuk kita lakukan di bulan mulia ini.

Pastinya jun telah meninggalkan kita. July pula menjelma. Ramadhan akan menghilang di balik tirai syawal. Hidup perlu diteruskan walau apa juga dugaan dan cabaran yang mendatang. Semua itu mendewasakan diri kita.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga kita berjumpa di lain entri. Wassalam.

Saturday, November 22, 2014

Wasiat Rasulullah SAW 28: Larangan Memakai Rambut Palsu

Salam sejahtera semua,






WASIAT RASULULLAH SAW ~ 28 : LARANGAN MEMAKAI RAMBUT PALSU


SEORANG wanita telah datang menemui Rasulullah SAW, katanya kepada baginda:
 "Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah diserang penyakit demam campak yang menyebabkan rosak dan gugur rambutnya, adakah boleh saya memakainya dengan rambut palsu?"
Rasulullah menjawab:
 "Allah mengutuk perempuan yang menjadi tukang rambut palsu dan perempuan yang memakai rambut palsu." [HR, Bukhari dan Muslim]

Daripada Hamid bin 'Abd al-Rahman bin 'Auf beliau telah mendengar Mu'awiyah berucap di musim haji di atas suatu mimbar sambil beliau mencapai seikat rambut dari pada tangan seorang pengawal, katanya:
 "Hai penduduk kota Madinah, di manakah Ulama'-ulama' kamu? Saya telah mendengar Rasulullah SAW melarang perbuatan seumpama ini sabdanya: "Sesungguhnya kemusnahan Bani Israel (Bangsa Yahudi) itu ketika kaum wanitanya memakai (rambut palsu)."  [HR, Bukhari dan Muslim]

  Allah SWT telah berfirman:
  "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya kepadamu maka tinggalkanlah."  [Al Hasyr: 7]

Dari itu wahai kaum wanita, hindarilah dari perbuatan tersebut, supaya dirimu terhindar dari perbuatan haram, kerana tiada tempat lain bagi setiap yang haram melainkan santapan yang empuk bagi api neraka.
Lebih baik bertudung... pahalapun dapat..


Tuesday, November 11, 2014

Tahniah Sarjan Muhammad Izham b Haris (TKRS)

Salam sejahtera semua..

Alhamdulillah.
Sesungguhnya kita manusia ni merancang.. Namun perancangan dan penentuan Allah juga yang terbaik.
kat entry ni cikgu izham mencalonkan namanya ke kursus kenaikan pangkat..

Empat hari ke Sepang.. ini hasilnya.. alhamdulillah..

 mendapat JOHAN untuk pertandingan bantu mula
...ayah yang "bantu"
sebab ayahnya dulu pengakap..
hehe


 sijil penyertaan


 muka cuak izham waktu nak gerak ke sekolah dan ke sepang bersama cikgunya..
dah la masa ni asyik batuk je..


whatsApp dari cikgunya

Semoga minat ni tidak mengganggu konsentrasinya tahun depan.. Maklumlah nak exam UPSR pulak..
InsyaaAllah ..saya sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak saya..


Thursday, October 23, 2014

Izham dan KRS


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam sejahtera semua,

Pagi-pagi telefon saya kehabisan bateri..
Nasib baik tersedar jam 6 pagi...
Setelah siap mengurus diri...
Seperti yang dijanjikan.. saya ke dapur menyediakan kteow goreng buat bekalan kami ke sekolah....

Saya lupa terus dengan telefon yang kehabisan bateri..
Hampir melangkah ke kolej, baru saya teringat.. sempat mengecas sekejap memandangkan jam baru menghampiri 7:30 pagi..
Tiba di kolej baru sempat  on kan telefon...
Oh banyaknya mesej..
missed call pun ada.. 
Saya sekadar memberi mesej kepada missed call tersebut...

"Saya cikgu S** R*****, cikgu KRS anak puan Muhammad Izham"
"Ok.. sorry la sbb saya tengok ada missed call tadi, bateri kong!"
"Saya nak calonkan Izham untuk kursus/ujian naik pangkat di Sepang"
"Ok.. tapi masa tu exam dah habis ke?"
"Dah habis dah.. 3-6 Nov ni.. kalau setuju saya nak bagi nama dia"
"Baiklah.. tiada masalah."

Kalau dah rezeki Izham.. saya tak menghalang. Minggu lepas dia terlepas hadir kursus tu yang diadakan di Kuala Kangsar sebab di pergi rombongan ke KLCC dan ICity.. 

Errmmm, jauhnya ke Sepang.. Moga Izham terus sukses!

anak saya yang comel.. tapi bersemangat waja...
 

Monday, October 13, 2014

Mahal rupanya macaroon ni ye...

Salam sejahtera semua..
 Anak saya teringin sangat nak makan macaroon ni..
Makanya .. kami ke sebuah restoran yang memang kebetulan menghidangkan macaroon ni..

Kami dah perasan yang harganya RM4.00 per pieces.. tapi nak order juga.. mungkin membanyangkan dalam sekotak kot..



nah.... amikkkk kau!!!!
hahaha..
apalah yang mahal sangat..
setakat putih telur dan gula.. dan ada krim berperisa... hahaha
hentam la labu.....
nak buat malas.. bayor ajela...
hahaha

Saturday, September 6, 2014

Sambutan hari lahir Izham di SK KDSK

Salam sejahtera semua

 Izham.. [bertali leher] bersama guru kelasnya, cikgu Nieta.






Izham.. anak saya yang bongsu.. Tahun 2014 ni adalah hari lahirnya yang ke 11.
Saya dan keluarga jarang sekali meraikan hari lahir secara besar-besaran.. :)
Sekadar kecil-kecilan.. hadiahkan sebuah ciuman dan buat makan-makan di rumah atau ke kedai makan je. Anak-anak juga dah biasa...
Bila sekolah meraikan hari lahir murid-murid bagi program Guru Penyayang... dan menetapkan ibu bapa belikan kek untuk anak-anak.. saya ok je...
Bila anak menyambutnya dengan rakan-rakan yang mungkin tak mampu meraikan hari lahir.. dapat makan kek .. saya rasa sangat terharu...
Saya bersyukur kerana guru kelas Izham adalah guru kelas yang sangat sporting. Tak berkira. Alhamdulillah.

kredit untuk cikgu Nieta untuk foto..
TQ..


Thursday, May 1, 2014

Mei datang lagi...

Salam sejahtera semua..

Alhamdulillah .. Mei datang lagi.. Telah 120 hari berlalu di tahun 2014.
Sekejap betul masa berlalu.
Banyak perkara telah berlaku sepanjang 4 bulan ini...

Januari dimulakan dengan menyambut hari lahir suami seawal 5 Januari. Hari yang sama juga menghantar Ikhwan, anak sulung ke PLKN White Resort Pulau Pinang. Selama 17 tahun hidup bersama, tidak pernah terpisah.. Perasaan berbaur memikirkan ketiadaanya selama 3 bulan. Namun doa tetap dipanjatkan agar semuanya baik-baik belaka.

Bersyukur kerana di bulan Januari dapat meraikan hari lahir sendiri, suami dan anak sulung. Tidak meraikan  secara berlebihan. Sekadar membeli sebiji kek.. share kami bertiga untuk berlima.. itupun menunggu kepulangan Ikhwan sewaktu bercuti Tahun Baru Cina.

Menghantar Fateha ke KVErtSetapak untuk temuduga kulinari... sekali lagi menjadikan hati berbaur resah.. Bila Fateha sendiri menidakkan... lega juga sebab kesian pada si bongsu, Izham tidak berkawan di rumah...
(Dah rezeki hanya ada 3 anak)

Sempat menghantar bonda tercinta ke Mekah pada 1 Mac menunaikan Umrah. Setelah tertangguh beberapa kali. Alhamdulillah. !2 hari di sana melengkapkan ibadah umrah.. banda selamat kembali ke tanahair tercinta..

Keputusan SPM 2013 diumumkan sebaik Ikhwan kembali dari PLKN. Alhamdulillah tetap bersyukur dengan keputusan yang diterima. Tawaran ke matrikulasi juga menjadikan hati ini cukup bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada keluarga ku..

Semoga kehadiran Mei dan hari-hari yang mendatang.. menjadikan kami sebagai hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa.






Tuesday, June 26, 2012

26.6 hari lahir arwah abah..

Salam sejahtera semua

hari ini 26 haribulan June
adalah hari lahir arwah abah yang sangat aku sayang...
Sofian Nazri..
nama unik yang diberikan arwah atuk (emak arwah abah)
rasanya tiada nama seindah itu di dunia ini..
walau aku sendiri tidak pasti akan maksudnya..
arwah abah dilahirkan di Kg Gunung Mesah Hilir Gopeng,
Sewaktu lahirnya ke dunia..
ayahnya telah meninggal dunia
tanpa sempat menatap dirinya..

walau arwah abah telah lama meninggal,
25 Julai 2012 ini genap 10 tahun..
tetapi kenangan bersamanya tetap terpahat di ingatan.
Walau sedih, sebak dan terharu
Alfatihah tetap kutitipkan buatmu abah
Semoga abah tenang di sana..


Potret arwah abah sewaktu berusia 25 tahun
Gambar yang diambil pada 16Dec1964
di Kota Bharu Kelantan

Tuesday, January 12, 2010

rajin adik rajin



"esok cuti"
"kan dah cuti 2 hari, sabtu ahad"

"esok pegi sekolah agama ye"
"ermmm"

dan... hari isnin berlalu begitu sahaja....

"mak, nanti balik sekolah belikan bateri kereta am ye" ... riang suaranya kedengaran dihujung talian..
"pegi sekolah agama?"
"okay"

Alhamdulillah.... maka ke sekolah agama bersama kakak... comel sangat!!!!

Dah masuk minggu ke dua persekolahan. keletah dan kerenahnya semakin menjernihkan hatiku.. masakan tidak... bila mengenangkan sejarahnya.... membuatkan aku senantiasa gusar.. setiap hari doa dipohon agar memberikan aku "kelapangan".... memberikan aku kekuatan menghadapi kerenahnya dan lembut hatinya mendengar nasihatku untuk ke sekolah...

InsyaAllah aku akan terus berusaha dan berdoa dan sesungguhnya Dia yang menentukannya...

Tuesday, July 21, 2009

Adik handsome?

Roti memang kegemaran Izham. Termasuklah roti canai. Sebab dah selalu sangat makan kat kedai mamak, jadi pelanggan yang setia. Setiap minggu kalau tak bungkus, mesti singgah makan kat Restoran Biriani.




Brother kat situpun dah jadi macam sedara. Kalau tak pekena roti canai, mee goreng dah tentu.. Am ni nampak je kecik, tapi kuat makan. Disebabkan selalu sangat ke situ, abang-abang tu suka mengusik Am.
"Adik handsome, hari ni nak teh o ais ke teh tarik?"
"Teh tarik" selamba je Am jawab...

Tapi jangan sekali kena usik/sakat kakak-kakak or kaum hawa... mencurah-curahlah tangisannya.....

Wednesday, March 11, 2009

Alhamdulillah


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana selepas hampir sebulan waris kesayanganku mengamuk tak ndak pegi tadika... akhirnya nyerongin siap lambai-lambai lagi bila pegi ke tadika.
Hampir mati kutu aku dibuatnya bila Izham tak ndak pergi ke tadika lamanya di S..... . Tak pasti apa sebab sebenarnya. Sama ada takut dengan cikgunya? dah jemu? nak tinggal di rumah bersama abangnya yg sekolah sesi petang? nak main game? atau..????? tapi yg pasti setiap pagi aku dan suami main tarik-tarik dengan Am sampai tercabut butang baju ayahnya dan tercabut tudung yg aku pakai. Sabar aje lah... Kalau alang-alang sabar, ntah..
dan hampir sebulan jugalah aku berulang alik ke rumah utk menemani Am bila abgnya pegi ke sekolah jam 12 dan sementara menanti kakaknya balik jam 1. Aku usahakan juga hantar ke tadika lain, tadika P...., tapi camtu jugak. Adegan tarik menarik, menjerit tetap berulang. Akhirnya aku hantar semula ke tadika S..... namun tetap tak berhasil. Bahkan lebih teruk sebab bila kami tinggalkan dia, dikejarnya kami... tak nak sekolah katanya.
Dalam hampir putus asa, Allah membuka ruangNya... utkku dan suami. Kami ikhtiar, balik kg jumpa mak ngahku dan disulam dengan bacaan Yassin setiap malam Jumaat.. dan alhamdulillah... Am nak ke tadikanya. tiada lagi adegan tarik menarik, jerit menjerit dan paling tak boleh dilupa ialah semasa kereta terkunci dan suamiku basah kuyup dalam hujan lebat...
Sesungguhnya Allah akan sentiasa menduga hambaNya dengan ujian... dan kami bersyukur kerana diberiNya kekuatan dan kesabaran dalam menenpuhnya. Dan kini.......

Izham lebih riang... lebih rajin.... dan setiap hari tak sabar-sabar nak ke tadikanya...
"Mak ambil Am lambatpun tak apa...."
"Cikgu bagi homework... tapi Am suka...."
"Esok cikgu suruh Am baca salawat Syifaq ramai-ramai dengan kawan...."
Alhamdulillah...
************
... dan aku pasti ada ramai diluar sana yg menghadapi masalah yang sama.. kan?????

Friday, January 30, 2009

Dah jemu atau apa??????

"Mak, malam ni jom kita makan kat luar?"

"La.. kan baru je last week kita pegi"

"Abis tu malam ni kita nak makan apa?"

"Aiek? Bukan ke tgh tadi mak masak nasi ayam? Mak masak banyak merangkap lunch dan dinner sekali tau....."

"Emmm, nak m*%%#& lah..."

"Tak boleh... nanti rambut gugur..."

"Beli burger lah.."

"Emmmm..... mak masak banjo okay?"

"Ok la...ok la ......"


Dalam hati, apahal la anak kecil ku yg sorang ni. Tengah hari tadi beria aku suapkan dia nasi ayam. Berselera sungguh makannya. Dah jemu atau tak suka makan menu yg sama?
Maka ini lah hasilnya. Aku masak telur mata kebau , letak atas roti bubuh timun dan sos.
Berselera sekali. Tambah kalau ianya roti. Roti tak pulak jemu ek?

Saturday, January 24, 2009

Belum cuti lagi

"Esok mak g sekolah tau..."
"kan esok cuti..?" nurul merungut...
"kena pegi...."
"okay..... pegi la"


Pagi-pagi seawal 5 pagi aku dah bukak peti ais ambik udang, rendam bihun bla.. bla.. masak air, goreng bihun. Sambil tu goreng nugget, bancuh air.


7.30 aku dah stat enjin kereta.


"Cepat bang! aku nak breakfast kat sekolah!!!!!!"
"Kan dah goreng bihun?"
"Tu utk anak-anak...."

Sampai kat sekolah, breakfast; makan apa yg ada. terus pegi conference room dengar ceramah ... bla...bla... rehat.. makan capati pulak...pengerusi KGKT belanja. tq ZAS.



ceria sungguh kawan-kawan. Lepas makan capati. terutama tukang cerita tu...

Jam 1.30 bergegas ke kedai ambik baju Pengakap Ikhwan dan ...

Eh! anak-anak nk lunch apa ye?

Ini ajelah. Menu yg sihat.


Senyum girang warisku...

"esok mak sekolah ke?...."
dan... aku hanya mampu tersenyum....

Berkongsi bulan bahagia

Bulan January memang antara bulan istimewa buat kami sekeluarga. Manakan tidak sebab awal tahun lagi kami dah celebrate birthday memasing. 18 January yg lalu aku tunggu tarikh itu muncul dan dengan bangganya usiaku bertmbah seangka lagi. Walau angka menginjak ke taraf "veteran", namun semangat dan azam tetap kental dan utuh. CHEEWWAAHHHHHHHHHH!!!!





Sengaja tidak aku entrykan di sini pd tarikh keramat itu... bukan sombong, bukan tidak mahu berkongsi sesama kengkawan, tp aku "low profil" :) , sejak kecil aku tak pernah celebrate hari lahir, potong kek dsb... aku org kampung, macam tak "sesuai" je... sekadar ingatan dari ayahbonda memang ada... mengingatkanku usia bertambah setahun lagi....




Awal tahun, 5 January birthday my hubby. kesian dia tak sempat diraikan sebab that day was very kelam kabut dgn anak-anak.. maklum first day skul. wb/mpun sempat juga wish him...







My eldest son, Ikhwan..13 January... masih terang di ingatan sewaktu melahirkannya. Sampai kena darah tinggi. Nanti aku buat n3 khas utknya. Kalau dulu cinonit je... skrg lepas 13 tahun... aku jd macam girlfriend dia je....


So, kami celebrate sekali on 18th january. Nak makan special ... kat sini je sudahnya dan anak-anak berkenan....

Ha...ha... birthday mama... dah ada anak dara yg sama size dgn mama.....

Lepas ni boleh celebrate utk Nurul dan Am... lambat lagi.. sorang bulan 5 sorang bulan 7.
so, happy birthday!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 2, 2009

Dapat juga akhirnya...

Kalau diturutkan..... mak bapak sekarang ikut cakap anak aje....
Kalau tak diturutkan.... dia merengek hari-hari selagi tak dapat....

Dah lama sangat dia merengek nak kan "benda" tu... belikan yang seangkatan dengannya... yg murah sikit...diamlah dia sekejap.

Tahanlah dua tiga minggu...

Lepas tu dia mintak balik...merengek-rengek.. menangis... menjerit... aduhhh... mana tahan!!!!!!!

Kalau kat rumah je tak pe.... ini kat mana-mana.. kat kedai, kat majlis org kawin...

"Apa hendaknya??????"
"Dia tahu maknya dapat bonus....."
"Ala, belikan je... biar puas hati...."

Itu antara cakap-cakap yang menyokong tindakan buah hatiku ini....



Dan selepas puas menangis sampai bengkak mata, merajuk... sampai lena....

Akhirnya..

dapat juga...



Nah!!!! tu dia..

Nak main boleh, tapi waktu minggu sekolah.... sorry...
Aikkkk??? yang dah tua pun join sekali jugak rupanya....

Begitulah anak-anak zaman sekarang.. adakah aku yg bersalah? Terlalu manjakan anak? Tp aku perhatikan sekarang, itulah permainan zaman 2000 ni ... tua muda.
Apa yg ku harap, anak-anak tetap mengutamakan agama dan pelajaran. Kerana itu yang menjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat...

Sunday, November 30, 2008

Permainan anak-anak zaman sekarang

Sepanjang cuti ni pasti anak-anak bercuti sakan. Kalau diisi dengan aktiviti yang mendatangkan faedah memang sangat baik. Namun ada masanya mereka nak juga melepaskan tension belajar dengan bermain. Tapi aku perhatikan sekarang ni anak-anak ramai yg habiskan masa ke cc dan yg berada bolehlah beli psp atau ps dan mainlah sepuasnya kat rumah. Kalau tak pun mereka habiskan masa tengok tv.





Anak aku ni br 5 tahun. Tapi memang bab benda-benda ni dia lg pandai dr aku. Takut jugak jd spoil nanti. Tp aku tak ajar dia benda mewah ni. Biar dia ingat bukan senang nak senang.




Sekadar beli yg termampu dan diperingkat usianya... bolehlah... kalau mgadap itu je... apapun tak jadi.

Tapi bezanya dengan aku dulu, main congkak je. Itupun korek tanah buat lubang dan guna biji getah je yg dikutip kat belakang rumah opah aku. Bila petang pegi mengambat kambing dan ayam masuk reban. Maghrib semuanya memerap kat rumah..mengaji. Bebudak sekarang??????
Itulah bezanya dulu dan sekarang...

Monday, November 17, 2008

Seharusnya menjadi rajin

Cuti-cuti sekolah ni, apa lagi yang harus dibuat? Tak kan nak lepak je kan...kalau nak hantar pegi kem motivasi, or ke pondok mngaji ... boleh jugak.

Tp bg aku baik aku ajar anak-anak berdikari... sekurang-kurangnya boleh mengurus diri sendiri.

Tengok je anak dara aku ni, tahun depan naik tahun 5. So sebagai pompuan, walau tinggi manapun blajo, kena jugak pandai masak... yg penting pandai dan rajin.... Sebagai permulaan, masak nasi dulu. Bukan susahpun. sekadar sukat, basuh, sukat air dan letak dlm sangkar rice cooker... tak menjadi masalah. Esok, ajar pulak goreng telur. Pandai masak maggie pun kira dah ok.

Nanti nak ajar masak gulai plak....


Rajin kakak rajin
Rajin tolong emak
Bila kakak rajin
Senang hati emak
abai-abai je dapurku yg berselerak tu...wokay..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...