Salam sejahtera..
Saya dah habis baca novel ni. Best best best. Itu yg saya boleh katakan. Jalan cerita yg tidak meleret-leret... bahasa yg mudah nak faham.
Inspektor azham dan cinta fiska ditakdirkan untuk bertemu secara kebetulan. Memang banyak kebetulannya dlm cerita ni.. biasala kan..
Ada juga detik-detik sedih.. suka.. dan watak cinta fiska yg selamba..
Kena baca.
Showing posts with label diari. Show all posts

Monday, February 27, 2017
Saturday, October 17, 2015
18 oktober
Salam sejahtera semua.
Lama sangat saya tidak update blog ni. Setiap kali update.. itu saja ayat saya. Rindu sebenarnya nak menulis sesuatu di blog ... sejak ada medium lain.. fb.. WApps.. Telegram.. twitter..instagram... blog ni seakan dipinggirkan.
Oh! Terima kasih kepada yg masih sudi menyinggah di sini. Terharu rasanya. Juga kepada yg mungkin mencari sesuatu di sini.. kalau ada info yang berguna.. share saja... kata orang.. sharing is caring. InshaAllah saya izinkn.
Saya respect pd rakan2 blogger yg masih aktif berblog... saling bertukar idea dan ada juga yg bergather-gather... bagus juga dapat mengeratkn persahabatn. Bukan sekadar di alam maya saja.
Apa juga aktiviti yg kita buat.. buatlah dengan ikhlas dan pastikan ianya original. Jangan sekadar copy paste.. at least mintak izin dulu. Barulah berkat.
Moga kita berjumpa lagi.
Salam sayang buat semua.

Monday, January 12, 2015
Tugas pertama di hari pertama sesi pengajian 2015
Salam sejahtera.
Since have no idea to jot down...
Semua orang.... hampir semua tulis ttg my first day at school.
Sayapun nak share juga.
Tahun ni mula bertugas sebagai ketua jabatan penilaian dan pentaksiran.
Tugasnya sama je mcm su peperiksaan kat sekolah. Tapi bila sekolah dah jadi kolej... ruang lingkup tugas makin bertambah.
Tugas ni saya pegang sejak mula jadi guru. Sesekali on and off. Jadi ketua panitia sekejap. Jadi guru kanan sekejap. Hinggalah tahun ni..
Hari ni seawal pagi ... perjumpaan dengan pelajar bermasalah. Bukan masalah disiplin tapi masalah dengan kursus yg diambil... tidak kompeten. Bila tak kompeten.. kena ulang tahun pengajian. Walau apa jua masalah... boleh selesai dgn baik.

Sunday, January 4, 2015
Seminggu sebelum sesi persekolahan 2015 bermula
Salam sejahtera semua..
Selepas pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015.. sempat juga saya menarik nafas lega untuk uruskan hal anak-anak untuk bersekolah. Walau cuti penggal untuk kolej selama 7 minggu yang dikira agak lama... namun cuti kali ni agak kelam kabut kerana suami saya berkursus 2 minggu dan anak bongsu berkatan pulak minggu berikutnya.
Suami tidak sihat sejak balik berkursus. Menjaga yang berkatan lagi. Saya dah macam misi pulak. Menjaga org sakit dan org berpantang sekaligus. Memang agak sukar. Namun redho... Saya banyak berdoa semoga saya terus diberikan Allah sifat sabar dan diberi kudrat untuk menempuh semuanya... Percaturan Allah adalah yg terbaik.
Saya sempat menjahit 4 helai kain sekolah untuk anak dara saya Nurul. Alhamdulillah tanpa gagal... haha..
Masih sempat menyiapkan modul untuk saya mengajar pelajar sem3 diploma vokasional 2015. Walau agak lewat... semuanya dimudahkan Allah swt.
Next mission: nak kena potong kaki seluar izham. Biasa bila beli seluar jenama €@#&&!¥ ni. memang kena potong. Sejak zaman ikhwan lg. Tp kain jenama ni berkualiti...
Minggu depan 12/1/2015 baru nak mula sesi sekolah. Banyak lagi perkara yang akan dilakukan. Semoga semuanya dimudahkan Allah...

Wednesday, December 31, 2014
Misi bantuan mangsa banjir 2014
Salam sejahtera semua
Bertuah berada di bumi Malaysia. Rakyatnya saling membantu antara satu sama lain.
Moga amalan murni ini mendapat balasan yang setimpal.

Bantuan untuk mangsa banjir
Salam sejahtera
Banjir masih lagi melanda di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tidak dapat bayangkan bagaimana perlunya mereka makan pakai dan tempat berteduh sementara.
Ada rakan-rakan mencadangkan mereka diberi bantuan kurma selain biskut dan mee segera. Kerana kurma dapat memberikan tenaga yang lama jika dibandingkan dengan biskut. Betul juga.. walau agak mahal.. tapi nyata berkhasiat...

Labels:
aktiviti,
banjir,
diari,
doa,
healthy life_food,
hujan,
kasihsayang,
petua
Banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang
Salam sejahtera semua..
Tiap kali musim tengkujuh.. negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia memang akan mengalami banjir. Namun pada tahun 2014 ni banjir di 3 negeri ni memang sangat buruk.
Banyak tempat yang ditenggelami air hingga mencecah paras bumbung. Sekolah yang bertingkat-tingkatpun habis tenggelam.
Semoga semua yang terlibat akan lebih tabah dan sabar menempuh ujian dari Allah...

Sunday, December 14, 2014
Fasa baru dalam hidup Izham.
Salam sejahtera semua
Alhamdulillah...
Hari ini 14.12.14 bersamaan hari Ahad.. bermula satu lagi fasa baru dalam hidup Izham. Telah selesai proses berkhatan petang tadi.
Dalam usia11 tahun....
Mudah-mudahan menjadi lebih matang dan menjadi anak yang soleh.
Senyum sbb bius tak hilang lagi....
Bila dah habis bius.. mula la merengek...
Sekejap je tu... ikut pantang. Jaga makan minum. Cepat la baik...

Thursday, December 11, 2014
untung berada di dunia yang canggih
Salam sejahtera semua..
Sejak saya guna gadget yg baru.. memang amat mudah utk update blog... tak perlu menunggu utk on lappy segala bagai.. janji rajin.
Sangat mudah. Nak cari resepi pun mudah. Nak share pun mudah. Untung betul generasi skrg.
Anak saya yg sulung pun kata nota kuliah semua dlm fon. Tapi saya pesan juga dgn dia.. kena buat backup. Sekali virus jin toncit menyerang..... amikk kau..
Dapat pulak line internet yg berdesup... omg.. semua di hujung jari.
Tapi.. pandai2lah dan sentiasa beringat. Gunakan ke arah kebaikan. InshaAllah berkat.
Foto atas ni saya guna gadget baru. Bukan nak cerita pasal gadget tp keindahan alam ciptaan Ilahi yang tiada tandingannya...

Tuesday, December 9, 2014
Cik Cinderella dan Encik Tengku
Salam sejahtera semua...
Novel Cik Cinderella dan Encik Tengku ni ditinta oleh AIRISZ... Saya suka sangat baca novel AIRISZ ni. Dulu dah pernah baca Cik Bunga dan Encik Sombong. Novel kisah cinta ni santai dan ada unsur lucu..
Sedikit sinopsis yang saya dapat kongsikan..
"Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada seorang mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku SHA. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, jadi ada sebab ke aku nak sukakan dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia ASHRAF... Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan ASHRAF.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opppsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makanpun sanggup. Cerdik sungguh!!
Tapi kan, suatu hari Daniel bagi aku sejambak bunga . Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highland terbalik.. Tak percayalah....
Tapi semuanya menjadi amat sukar.. Aku tak mampu tolak amanat arwah ibu dan aku juga tak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel. Siapa harus aku pilih??? Ashraf atau Daniel?"
Novel ni ada 475 mukasurat dan berharga RM21.00
Selamat membaca!

Saturday, December 6, 2014
kellie's castle batu gajah
Salam sejahtera semua.
Sempena cuti sekolah... dah tentu anak2 nak merehatkn minda dan badan. Maklum la dah penat belajar hampir sepanjang tahun. Walau mak dan ayahnya cikgu.. cuti berjela hujung tahun... namun ntah siapa yg baik hati... si ayah kena hadir kursus 2 minggu... Alamak.. 2 minggu tu... Aduhaiiii...
Sudahnya terpaksa anak2 balik kg dgn mak aja.. nasib baik kg tak jauh.
Tapi.. tak lama pun di kg. Anak2 sekarang runsing berlama-lamaan di kg.
Mak... rumah opah tak ada internet...
Mak... rumah opah ni bnyk nyamuk..
Mak... rumah opah ni sejuk sangat pagi-pagi sejuk ketar nak mandi pagi..
Hahaha.. macam2 alasan.
Rumah kg kami dekat dengan kellie's castle ni. On the way balik ke manjung hari tu kami sempat singgah.. tapi tak masuk dalam. Sekadar kat luar ambil gambar...
Mak... ayah tak ada.. so tak payah la masuk... banyak sgt entiti kat dlm tu...
Ok sayang.... mak ikut je.
Kalau nak tahu sejarah tentang kellie's castle tu.. cari guna en. Gugel je okay...

Friday, November 14, 2014
Samsung Galaxy Grand 2
Salam sejahtera..
Akhirnya..
bertukarganti juga handphone saya yang sangatlah lama saya gunakan.
Bayangkan samsung galaxy S plus.. hahaha..
ke laut..
makanya.. sejak dua tiga minggu ni saya asyik menatap fon yang baru je..
ehhhhh..
macam-macam saya nak transfer....
dan saya ni bukan la arif sangat tentang gadget2 ni..
memang puas hati..
asalkan dapat call, bersms, berWA atau berTelegram.. ambil gambar..
kira okay lah.
tak perlu mahal-mahalpun.
lupa pulak..
psssttt... en. suami .. terima kasih tolong bayarkan
hehe
-Sekian-

Tuesday, November 11, 2014
Program mengenal hati budi di Kg Lalang, Simpang Pulai Ipoh.
Salam sejahtera semua..
Hari Sabtu 8/11/2014 yang baru lalu ni, bersama-sama rakan sekerja, kami bekerja sama melakukan aktiviti di Kg Lalang.. perkampungan orang asli di pinggir Simpang Pulai.. Cameron Highland.
Beramah mesra dengan orang asli yang 98% adalah Islam.. kami melakukan aktiviti memasak, melawat rumah mereka, beriadah dan berceramah serta menyumbang sedikit bantuan kepada mereka.
Alhamdulillah.. segala perancangan.. berjalan dengan lancar. Walau hujan lebat sejak zohor hingga asar..Semua yang hadir dan diraikan berpuas hati. InsyaAllah nanti datang lagi..
Semoga semua yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.

Kg Lalang ni tak jauh dari Simpang Pulai. 20 minit perjalanan je.
ni surau merangkap dewan yang digunakan untuk aktiviti kami hari tu
chef of the day.. tn hj musthafa
aktiviti di dapur..
saya, hjh kamariah dan zapidah
kerja di dapur seharian..
masak utk tengahari dan petang
air sungai depan kg tu.. memang sangat deras sebab hujan lebat..
kalau tak, memang dah terjun mandi
antara kami yang hadir
antara aktiviti gotong royong kami bersama masyarakat orang asli
cantikkan rumah mereka ni...
Semoga semua yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.
Labels:
aktiviti,
cuti,
diari,
gaya hidup,
healthy life,
hujan,
jalan-jalan,
kehidupan,
kerja,
kisah aku,
kvsm
Thursday, November 6, 2014
Allah akan sentiasa menguji hambanya
Salam sejahtera semua,
Setiap yang berlaku dalam hidup ini, semuanya adalah ketentuan dari Allah. Ujian itu berbeza bagi setiap insan. Ujian diberi kepada manusia kerana Allah sayangkan hambanya.. Mungkin kita terlalu leka atau lalai mengingatiNya.. ingkar suruhannya... atau mungkin Allah ingin menambahkan pahala yang ada....maka kita akan diuji oleh Allah.
Ujian diberi bukan hanya kesusahan, kesempitan, atau kehilangan... rezeki yang melimpah ruah juga ialah suatu ujian.. kesenangan, kesihatan yang baik.. itu juga ujian..
Moga kita tetap tabah menempuh semua ujian yang diberikan.. Redholah kita kerana pasti ada sinar yang menanti disebalik ujian yang Allah berikan.

Wednesday, October 22, 2014
Cuti...masak-masak dan makan-makan..
Salam sejahtera semua,
Hari ini cuti sempena raya Deepavali.
Disebabkan cuti cuma sehari saja.... maka kami tidak ke mana-mana..
Sekadar di rumah masak dan makan...
Izham teringin sangat nak makan sambal tumis udang..
OH!!! satu Manjung mencari udang yang sesuai nak disambalkan..
Memang bukan rezeki Izham la...
sudahnya.. sambal ikan je yang dapat...
Inilah hasilnya..

sup sayur kobis panjang dgn cendawan
goreng ikan bilis, bawang dan kacang botol bercili
ni kegemaran en. suami
ni dia sambal ikan merah
sebagai pengganti sambal udang
ni yang sangat simple..
isi ayam yag digoreng..
tabur je bawang yang digoreng layu..
Kalau cuti memang rajin la..
bila kerja.. aduhaiii... beli lauk kedai la jawabnya
sampai dah jemu..
Thursday, October 9, 2014
Aku, memasak dan zikir
Salam sejahtera semua,
sebagai seorang isteri dan ibu... memasak adalah antara rutin harian yang wajib... Walau kadang-kadang hanya masak air saja... namun.. memasak dan berzikir bukan perkara susah. Lebih baik dari menyanyi...
Berzikirlah .. Ya latif... subhanallah... masa kita memasak.. mencuci beras.. mengacau masakan di kuali..
gulai pucuk ubi dengan telur ayam... favourite suami saya...
pasti lebih enak bila dimasak sambil berzikir... InsyaAllah..

Thursday, August 14, 2014
Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Salam sejahtera semua
"Di sini Lahirnya Sebuah Cinta"
uniknya tema hari Kebangsaan Malaysia untuk tahun 2014 ini..
Tema ulangtahun yang ke 57 kali ini merupakan bait pertama lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
sedikit info mengenai Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57.
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini diolah mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370 termasuk membatalkan acara tradisi seperti Ambang Merdeka selain acara hiburan dan pertunjukan bunga api.
Menyifatkan sambutan kemerdekaan tahun ini istimewa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia merupakan sambutan ke-57 dan Malaysia pula mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ia sesuatu yang tidak akan berlaku lagi.
"Memandangkan negara masih bersedih berikutan tragedi MH17 dan MH370 serta kesedihan yang ditanggung keluarga, maka, sambutan kemerdekaan tahun ini, kita akan membuat penyesuaian.
"Beberapa paparan akan diselitkan untuk memperingati tragedi MH17 dan MH370 kerana ia telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Beliau menambah, suasana sambutan kemerdekaan pada tahun ini ialah masih menghormati nahas MH17 namun pada masa sama tetap mengekalkan semangat sambutan hari kemerdekaan.
Ahmad Shabery berkata memandangkan negara masih bersedih berikutan nahas MH17 pada 17 Julai lalu, antara program yang dibatalkan termasuk Konsert Harmoni dan Uniti yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.
"Pada tahun ini, tiada sambutan ambang (merdeka) namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan menyampaikan amanat merdeka di MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang akan disiarkan secara langsung," katanya.
Beliau juga berkata acara bunga api anjuran pihak kerajaan juga akan dibatalkan.
Selain itu, Shabery berkata acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos akan berjalan secara biasa dan mungkin beberapa aspek akan kurangkan.
"Namun, impaknya tidak dikurangkan kerana bagi kita, walaupun apa yang terjadi pada negara, kita perlu bersatu untuk menunjukkan kesetiakawanan kita dalam mendaulat dan mempertahankan negara serta mengisi makna kemerdekaan," katanya.
Beliau berkata perarakan itu akan turut disisipkan elemen peringatan tragedi MH17 dan MH370 namun ia tidak ditujukan khas mengenainya.
Ahmad Shabery berkata sambutan kemerdekaan akan bermula pada 15 Ogos melalui program "Doa Untuk Malaysia" mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Bagi umat Islam, majlis bacaan Yassin dan selawat akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Ogos, penganut Hindu di Selayang juga pada 15 Ogos, penganut Buddha di Sentul, Kuala Lumpur pada 17 Ogos dan Kristian di Shah Alam pada 17 Ogos.
Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang pula akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos yang dihadiri warga Putrajaya termasuk petugas sektor awam, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri program itu yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya.
Selain itu, beliau berkata konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan mulai 29 hingga 31 Ogos di Jalan Tunku Abdul Rahman dengan lagu-lagu patriotisme bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cinta kepada negara.
Sambutan Hari Malaysia di Dataran Kipas, Miri, Sarawak akan diadakan seperti biasa pada 16 Sept namun acara bakal disusun mengikut kesesuaian.
[BERNAMA]

Thursday, July 17, 2014
Servis kereta
Salam sejahtera semua
Dah dekat nak raya.. Jom pergi servis kereta. Tapi saya bukan servis kereta untuk raya. Tapi dah hampir setahun.. baru nak servis. Kereta myvi saya yang saya sayang..
Kereta ni saya sekadar bawa sekitar manjung je. Kereta untuk pergi dan balik kerja. Kebetulan saya dan suami kerja setempat.. Hantar dan ambil anak ke sekolah. Paling jauh kereta ni sampai kampung saya di Gopeng..
Sebab tu bacaan meternya tak banyak.. hahaha
Hari yang saya hantar kereta tu, hujan la pulak. Kereta tu ok. Cuma breknya ada masalah sikit. Dah hantar kedai untuk dibaiki. Nanti servis suruh dorang check balik breknya..
Semua tu.. En. Suami saya yang uruskan.. Saya hanya pandai bawak je.. hahaha..
Lepas hantar kereta, saya tak tunggu pun...

Bila dah settle servis.. duitpun dah bertukar tangan..
eh! tak banyakpun.. tapi more than RM200 sebab Perodua dah
nak bagi hadiah ni..
hehehe
dapatla bantal untuk travel ni..
cepat la pergi servis kereta kalau siapa nak hadiah ni...
Jumpa lagi..
Friday, July 11, 2014
Serangan Israel di Gaza
Salam sejahtera semua
GAZA: Tentera rejim Israel dilaporkan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara ke wilayah Palestin malam tadi selepas dakwaan wilayah selatan yang didudukinya dibedil dengan roket oleh pejuang.
Menurut saksi dan pegawai keselamatan Palestin, sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera.
Seorang jurucakap tentera rejim mengesahkan serangan itu yang mendapat nama operasi "Protective Edge".
Menurut saksi serangan tertumpu kepada beberapa deretan rumah di Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan Khan Yunes.
Kumpulan bersenjata dari Briged Ezzedine al-Qassam pantas mengeluarkan kenyataan membidas tindakan rejim itu.
“Israel telah melampaui batas dengan menjadikan kediaman (penduduk) sebagai sasaran. Sekiranya polisi sebegini tidak dihentikan, kami tidak teragak-agak untuk memperluaskan sasaran sehingga ke satu tahap yang tidak dapat disangka (rejim)," kata kumpulan itu menerusi satu kenyataan.
Serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada 17 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan dua wanita. Dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal, lapor bahagian perubatan Palestin.
"Kira-kira 50 objek termasuk empat buah rumah aktivis, kawasan pelancar roket dan insfastruktur lain menjadi sasaran," kata jurucakap tentera Israel.
Perkembangan terbaru ini adalah paling buruk sejak November 2012.
Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu. Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit .
Tentera Israel mendakwa lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam. Brigade Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut. "Al-Qassam menembak puluhan roket ke Netivot dan Ashkelon, Ashdod dan Ofakim sebagai tindakan balas Zionis," kata satu kenyataan.
"Roket-roket Qassam merupakan balasan di atas kejahatan Israel terhadap rakyat kami," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri. Tentera Israel mendakwa lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.
[mysumber]
.... dan banyak lagi berita dan gambar yang menyayat hati yang rasanya tidak mampu untuk kita lihat dan tidak ingin alami. Sebagai seorang Islam, doa kita berikan semoga Allah melindungi rakyat Palestin. Bantuan kewangan dan perubatan juga boleh kita sumbangkan bagi meringankan kesulitan mereka..

Wednesday, July 9, 2014
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...
Salam sejahtera semua,
Hari ini kita telah menghabiskan 10 hari Ramadhan. Maka tinggal 20 hari sahaja lagi untuk kita mengecap nikmat bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Semoga Allah masih memberikan kita ruang dan waktu untuk menunaikan ibadah berpuasa beserta ibadah wajib dan sunat yang lain. Amin..
Dalam kita meraikan kehadiran Ramadhan, banyak peristiwa sedih dan mengejutkan yang berlaku di sekeliling kita. Bila mendengar biduanita negara Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, tersentuh hati.. mudah-mudahan semua perubahan ke arah kebaikan yang dilakukannya akan diterima oleh Allah. Kita tidak tahu bila masanya Allah akan menjemput kita kembali ke pangkuanNya. Semoga sentiasa ada sisi kesedaran di sudut hati untuk membuat sesuatu yang baik dan sentiasa momohon ampun dan bertaubat kepada Ilahi.
Sesungguhnya mati itu pasti.
Tidak kira usia.. jangan kita beranggapan bahawa "mati" hanya untuk "orang tua", untuk orang "sakit"... sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemput kita.
Semalam, saya mendapat lagi berita sedih tatkala adik memberitahu tentang kematian seorang kanak-kanak lelaki akibat pendarahan di kepala.. Kanak-kanak yang berusia setahun enam bulan itu, adalah saudara rapat kepada keluarga saya dan dijaga oleh pengasuhnya. Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami sesak nafas. Maklumat awal pendarahan di bahagian kepala mangsa adalah disebabkan terkena meja. Difahamkan selepas pembedahan, kanak-kanak tersebut koma seminggu sehinggalah meninggal semalam, Selasa 8/7/2014.

Subscribe to:
Posts (Atom)