Sunday, February 15, 2009

Sarapan dengan cucur bawang

Tentu sekali kita dah biasa makan cucur bawang ni sama ada pagi, petang atau malam. Menu yang sangat mudah untuk disediakan. Bukan setakat di rumah, di pejabat, kat hotelpun ada cucur ni. Memang sedap dimakan terutama masih panas-panas. Kalu rajin, boleh buat sendiri. Kalau ada penyakit M...., boleh beli je.






dan lebih sedap lagi kalau makan cucur ni, kita cicah dengan sambal sardin..... Sekilo tepungpun tak cukup. okaylah, Kak Lin bermurah hati nak share resepinya dengan yg berkenan... jangan marah tau sebab ada orang yg tak tahu nak buat cucur... lalalalala....

(Sesuai utk makan 5 orang)
Bahan-bahan:
  • 5 cawan tepung gandum
  • sebiji bawang besar
  • seketul ubi kentang ~dipotong dadu kecil-kecil..
  • garam
  • sedikit kunyit serbuk
  • air paip utk bancuhan (dulu guna air suam, konon nak lembut tp tak la lembut pun)
  • minyak masak utk menggoreng

Cara-cara:

  1. gaul semua bahan dengan air , jangan cair sangat...
  2. panaskan minyak.. jemput-jemputkan bancuhan tepung tadi dan gorengkan.
  3. angkat bila dah kekuningan..

Untuk buat kuah sardin yg menyelerakan...

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin cap ayam (nak cap lainpun okay...)
  • 4 sudu makan blended cili
  • 4 sudu makan bawang + bawang putih yang ditumbuk
  • sebiji bawang besar dipotong bulat
  • asam keping sekeping
  • garam

Cara-cara:

  1. tumiskan bawang dan cili hingga naik bau
  2. masukkan sardin dan dipecah-pecahkan isi ikan itu.
  3. masukkan secawan air dan masukkan garam, bawang besar dan asam keping
  4. kacau, mendidih dan angkat...
Bolehlah breakfast dgn family...

13 comments:

  1. kalau ada orang masakkan...pastu hantar lak kat jiran...fuhhh... lagi sodappppp

    ReplyDelete
  2. cucur/jemput2 ni walau senang nk buat,tp mkn hari2 pagi atau petang pn susah nk jemu kn kak..lebih2 lg kalau panas..pergh..mmg laku.kejap je licin.

    ReplyDelete
  3. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

    Sedapnya Kak Lin...
    Gua blum sarapan lagi ni Kak!!

    Lpas orang umah bersalin nih...nampak gayanya *Tapau* jer la Kak! hahahahahh

    ReplyDelete
  4. salam,

    wah! sedapnya cucur....dah lama tak makan ,kegemaran saya ni...tapi selalunya saya buat minum petang.tak pernah pulak makan dgn sardin...boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    da buat da..sodap..
    thanx.. :p

    ReplyDelete
  6. ada orang bubuh kentang dadu campur daging cincang..
    ada orang campur soda penaik sikit...
    ada org bubur sikit jagung...
    tapi pokoknya.. kalau cicah sambal sardin... memang betul cakap kak lin.. sekilo tepung buat cucur sekalipun tetap licin!

    ReplyDelete
  7. Salam utk semua :)

    OneZ,
    kao jauh sangat. nun atas gunung...


    Ladyell,
    memang tak jemu dimakan. patutnya boleh jd makanan warisan... macam roti canai...


    DJ Epoi,
    berpuasa lamalah nampak gayanya. Apa kata Epoi pulak buatkan cucur ni utk org yg dlm pantang.. tapi tunggulah sampai 2,3 minggu. Pantang makan minyak dulu.. he..he..


    Ima,
    tq sudi singgah. cuba makan dgn sardin.. walllllaaa


    hysMan,
    dah buat? masukkan n3nya....


    Lily,
    dulu akak rajin jugak bubuh soda penaik, tapi rasanya kureng... mana-mana yg boleh dikurengkan... kira kurengkan. ori lagi baguskan? dah la badan ni tak mahu kureng-kureng sizenya... he..he..

    ReplyDelete
  8. nurul,
    mesti tukang ubat suka makan...

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    nak masukkn n3nya camne..belum sempat nak amek gambo da d sambar dgn anak2 buat..terlalu sedap katenyer..hahahaha...

    ReplyDelete
  10. hysMan,
    tak per... tak per... next time bagi warning dulu, standby camera awal-awal..kuikuikui

    ReplyDelete
  11. Yang ni memang sedap...tp i have never tried with the sardin. Nak cuba la hujung minggu ni..

    p/s...everytime you post about your menu..mesti I nak cuba buat!!

    ReplyDelete
  12. UmmiRosma,
    I owe u one recipe. Remember the sambal ikan. InsyaAllah.. tunggu tau. sibuk sikit skrg ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...