Salam sejahtera semua..
Semalam punya cerita. Sempat ke horizon garden seri manjung belanja ewan dinner.
So sorry ye nurul.. nurul tak join sbb dah balik ke seri iskandar.
Hari ni ewan dh balik KL sbb cuti sem dah habis.
Sekejap je cuti dan belanja ewan makan sbb dpt result 3rd sem. Alhamdulillah. Semakin baik dan harap2 ewan dapat teruskan kecemerlangan utk masa akan datang.
All the best ewan. Study smart.
Showing posts with label ikhwan. Show all posts
Showing posts with label ikhwan. Show all posts
Saturday, February 11, 2017
Thursday, January 1, 2015
Selamat Tahun Baru 2015
Salam sejahtera semua
Selamat datang 2015.
Semoga Allah sentiasa berikan rahmatNya untuk diri saya, suami, anak-anak, emak saya, bapa mertua saya, adik beradik ipar duai, saudara mara, rakan-rakan dekat dan jauh, guru-guru dan anak didik saya serta semua umat di dunia.
Mengharapkan tahun 2015 akan saya tempuh dengan penuh yakin dan sabar. Mengharapkan diberi kekuatan diri untuk menjadi pendidik yang ikhlas mencurahkan ilmu. Menjadi pekerja yang sentiasa positif dan proaktif dan sanggup menerima tugasan dengan "open minded".
2015 juga akan dihadapi dengan kerja keras untuk mendidik anak-anak buah hati saya yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM. Izham dan Fateha. Semoga mereka rajin solat, mengaji dan menelaah buku pelajaran. InshaaAllah kejayaan pasti milik mereka.
Saya nak jadi isteri mithali buat suami tercinta. Hanya Allah yang tahu betapa cinta saya pada en. suami tidak bertepi. Saya akan baiki diri untuk jadi yang terbaik.
Saya ingin menjadi anak yang lebih berbakti kepada emak dan ayah mertua. Sementara ada... sesungguhnya tanpa mereka siapalah saya...
Sebagai hambamu ya Allah.. ingin saya sentiasa mendekatkan diri padamu... berazam bersolat awal waktu dengan lebih khusyuk, mengukuhkan amalan wajib dan sunat.. perbanyakkan zikir dan membaca alQuran... sentiasa memohon keampunan darimu...
Semoga harapan dan doa ini kau perkenankan ya Allah...
Aamiin ya rabbal 'aalamin...

Labels:
al Quran,
doa,
exam SPM,
famili,
haris,
hazlin,
ikhwan,
izham,
nurul,
ucapan terima kasih,
upsr
Friday, November 28, 2014
...dan cutipun berakhir....
Salam sejahtera semua...
Alhamdulillah... semalam selamat menghantar ikhwan balik ke kolej mara kuala nerang. Satu semester telah berjaya diharungi. Semoga cabaran satu semester lagi akan menjadikn ikhwan lebih matang dan bersemangat untuk menimba ilmu.
Menuntut ilmu adalah wajib. Mudah-mudahan dgn ilmu yg ada itu dapat digunakn ke jalan yg betul dan berkhidmat utk diri, keluarga, bangsa dan negara.
Sebagai ibu... saya sentiasa mendoakn yg terbaik untuk anak2.
InsyaaAllah...

aktiviti,
ikhwan,
info,
kolej,
matrikulasi
Thursday, October 16, 2014
MUET ~ Best of luck to Ikhwan
Salam sejahtera semua,
Hari ini anak sulung saya, Ikhwan akan mengambil peperiksaan MUET. Wish him Best of Luck. Sebagai emak, tentu saya nak kan yang terbaik buat anak.
Semoga Allah sentiasa melindunginya dan memberikannya kejayaan dunia dan akhirat. Aamiin.

Wednesday, September 17, 2014
Sebelum bercuti...
Salam sejahtera semua..
Oh! Oh! Hari ni dah Rabu. bermakna dah 5 hari cuti sekolah berlalu... Tapi saya tidak bercuti sebab kolej vokasional tidak bercuti.. ermmm...
Anak-anak bising..
"Mak, bila nak bawak kami pegi jalan-jalan?"
"Hari-haripun berjalan.. hari-hari bawak pegi pasar malam, makan kat luar, jalanjalan ke Lumut.."
Tak apa.. nanti kita pegi tengok abang wan.."
haaa.. kesian anak-anak.. walaupun yang di rumah tu tinggal berdua je..
tapi saya boleh ambil cuti. Lagipun encik suami ada hal ke Perlis..
"nak ikutlah!"
tapi sebelum bercuti, harus pastikan semua siap... kerja yang ada "dateline". Kuliah yang ada di"tukarganti" dengan pensyarah yang lain. Rumah juga harus dikemaskan... Barulah dapat bercuti dengan senang lenang...
Selamat bercuti and drive safely...

Tuesday, June 10, 2014
Mencari McD di Alor Setar
Salam sejahtera semua..
Anak sulung yang belajar di Kolej Mara Kuala Nerang sibuk teringin nak makan burger McD. Cuti yang baru ni kami pergi melawat dia. Walau baru 10 hari memulakan sesi pembelajaran di tempat baru, kerana cuti sekolah.. itu saja masa terluang yang dapat dikongsi bersama.
Kami memulakan perjalanan dari Gombak (setelah 4 hari di kg) menuju ke Alor Setar. Dah biasa bermalam di sana, kami agak keberatan untuk mencari homestay di Kuala Nerang.
Walau agak sibuk dengan tugasan belajar, hasrat nak makan burger McD tidak dilepaskan. Tidak tahu di mana lagi restoran makanan segera ini berada, kami "ziarah" tempat yang paling hampir dengan tempat kami menginap.

City Plaza bersebelahan dengan UTC Alor Setar..
Terima kasih en. google map! (B)
Dua-dua kami beli..
lepas tu sakit perut.. haha
ada ke tempat ni? Bila berpeluang, nanti kami singgah sini pulak...
Monday, June 2, 2014
Matrikulasi perakaunan: Kolej Mara Kuala Nerang
Salam sejahtera semua,
Saya tidak tahu pun tentang kewujudan Kolej Mara Kuala Nerang ni. Sehinggalah anak sulung saya Ikhwan mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di sini untuk program Matrikulasi KPM.
Rupanya Kolej ni (KMKN) dah beroperasi lama (hampir 10 tahun). Asalnya dulu ialah kolej matrikulasi UUM (Universiti Utara Malaysia).
KMKN ini menempatkan pelajar asasi UniKL untuk program Engineering dan matrikulasi perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terletak kira-kira 30km dari bandar Alor Setar dan 2 km dari pekan Kuala Nerang. Kalau dari lebuhraya Utara Selatan (dari arah Selatan), susur keluar di tol Alor Setar Utara, lepas bayar tol, ambil arah kanan dan ikut je papan tanda ke Pokok Sena, Langgar dan Kuala Nerang.
Kolejnya yang terletak di sebelah kanan jalan menempatkan tempat pengajian yang tenang dan damai. . sesuailah untuk anak-anak belajar..
Wednesday, May 14, 2014
14-5-14 Bukan sekadar nombor
Salam sejahtera semua..
Hari ini Rabu.. 14-5-14
Suatu tarikh yang cantik. 14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435 Hijrah.
Telah masuk separuh bulan Rejab.. kalau menghitung hari.. 15 hari lagi masuk pula bulan Syaaban. Kemudian Ramadhan.
Masuk Ramadhan, maka bermulalah rukun Islam yang ketiga. InsyaAllah.. kalau diizinkan Allah.. sampailah kita ke bulan yang penuh rahmat tu.
Semalam cuti hari Wesak. sepanjang hari sibuk menentukan keperluan Ikhwan (anak sulung saya) ke Matrikulasi pada 25.5.2014 nanti . Ikhwan tidak pernah menjalani kehidupan di asrama. Kalau adapun hanya 3 bulan kerana menjalani PLKN. Walaupun nampak mudah, hanya setahun, saya cuba juga memenuhi setiap keperluannya. Banyak juga belanja yang keluar.
Walau apa pun, saya tetap doakan yang terbaik buat anak saya. Semoga hidup berjauhan, menjadikan Ikhwan anak yang pandai berdikari dan pandai menjaga diri. paling penting, jangan tinggal solat dan jangan lupakan Allah..
Jumpa lagi...

Thursday, April 24, 2014
Semak Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2014/2015
Salam sejahtera semua..
Anak-anak dan adik-adik yang menunggu keputusan permohonan ke Matrikulasi bagi kemasukan sesi 2014/2015 bolehlah pergi ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau klik saja http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/.
Masukkan saja nombor kad pengenalan.
Atau boleh juga gunakan khidmat SMS

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Taipkan MOE
MAT dan hantarkan ke 15888NO. KP - Contoh : MOE MAT 920605051542
Saturday, April 12, 2014
Ikhwan dan SMK Seri Manjung
Salam sejahtera semua..
Anak sulung saya ni lahir pada 1996.
Tahun ni dah 18 tahun.
Dah selesai sekolah menengah.
baru je lepas selesai hadir PLKN di White Resort Balik Pulau, Pulau Pinang .
Masih tak tau nak buat apa lepas SPM
dok melepak kat rumah
nak kerja.. saya dan ayahnya tak bagi..
so, sementara tunggu result sambung belajar, belajar bawak kereta, ambik lesen.
what to do?
duk rumah masak nasi...

ikhwan.. dua dari kiri...
Tuesday, April 8, 2014
Permohonan ke IPTA/Politeknik disahkan penerimaan
Salam sejahtera semua
permohonan ke IPTA / Politeknik bagi lepasan SPM 2013 untuk program diploma telah disahkan penerimaannya...
Tarikh tutup permohonan ialah semalam, 7/4/2014.
Anak saya, Ikhwan dah balik dari program PLKN di White Resort, Penang.
Dah mohon belajar..
Tunggu saja lah keputusannya.
Buat masa ini, belajar bawak kereta dulu... ambik lesen...
Salam sayang buat semua..

Wednesday, November 6, 2013
PMR selesai, bermulanya SPM
Salam sejahtera semua,
Bermula hari ini, 6/11/2013, semua calon SPM akan menghadapi peperiksaan bertulis sehinggalah selesai pada 5/12/2013.
Debaran yang hilang selepas Nurul Fateha selesai menghadapi peperiksaan PMR (2013), berulang kembali mulai hari ini kerana putera sulung Muhammad Ikhwan pulak akan menghadapi SPM(2013).
Hanya iringan doa, semoga anak-anak akan berjaya menjawab soalan dengan baik dan tenang. Mendapat kejayaan cemerlang buat bekalan masa hadapan. Doa ibu mengiringi setiap langkah anak-anak.

Monday, May 27, 2013
Projek cuti sekolah
Salam sejahtera semua
Bila cuti sekolah.. apa lagi yang kita nak buat ye...
Idea ni dah lama saya fikirkan..
hihi..
Apalah agaknya..
Selama ni sejak berpindah ke rumah baru, kawasan rumah saya memang tiada tempat untuk menyidai pakaian. Bila hari hujan atau anak-anak lambat membasuh pakaian, bilik bawah yang satu tu menjadi bilik menyidai kain...
saya agak rimas kerana selain faktor bau, bila saudara-mara datang.. aduhai... memang susah nak basuh/menyidai kain.
Dah lama merengek kat en. suami suruh dia pasangkan kipas dan bolehlah bahagian yang sempit tu dibuatkan ruang laundry...
Sebenarnya nak cari kipas kecil yang menjadikan projek ni tertangguh. Bila cari kat kedai elektrik, semua kata..
"kena order dulu"
"lama mau order"
"oh itu kipas??? mau order sekali tiga.. lama"
haaaa.. hari tu pegi kedai elektrik kat rumah.. ada.. terus suruh en. suami beli...
maka projekpun bermula..
Saya cukup bersyukur sebab saya ada suami yang pandai buat wiring elektrik... Thanks darling :)
So, saya tak perlu bermodal besar untuk apa-apa urusan berkaitan elektrik.. Bayar? Tetap kena bagi upah la walau en. suami kan....
Anak bujang sayapun boleh membantu. Tapi kena "suruh".. baru buat.. biasalakan..
Ok... jumpa lagi..

Tuesday, May 15, 2012
kad pengenalan baru
Salam sejahtera semua
setelah hampir sebulan setengah,
akhirnya siap juga kad pengenalan ikhwan ni
kad pengenalan lama dah hancur lebur sebab masuk dalam mesin basuh..
bila nak ambik lesen memandu, barulah kelam kabut..
sekejap je ambil kat jpn seri manjung.
tak sampai sepuluh minit.
kad baru yang ada dua gambar
boleh simpan memori sampai 80K..
Sunday, May 1, 2011
Cuti... ke Pangkor
Salam sejahtera semua
Cuti tiga hari... ada yang jalan-jalan makan angin sejuk di Cameron. tapi hari jumaat tu....
"Mak, cuti nanti kita pegi Pangkor nak tak? Am tak pernah pergi lagi..."
"okay, tanya ayah.."
"Jomla.."
ayat-ayat cinta datang lagi..
sebenarnya dah lama tak bawa anak-anak ke pangkor. last pergi masa tu feri kayu... ada kot dalam 10 tahun..
lain le mak ngan ayah.. kalau kursus, kat mana lagi.. pangkor... rasa baru lagi pergi..2 minggu lepas...
disebabkan dekat sangat, kami keluar rumah hampir jam 11. pagi Sabtu. Memang ramai orang di jeti Lumut. maklum le cuti hujung minggu yang agak panjang.. ramai yang ambil kesempatan untuk buat hari keluarga, honeymoon dan memancing..
Dengan tambang feri RM10 pergi balik, kami naik feri aircond. Perjalanan memakan masa 30 minit. Sebenarnya ada dua jeti yang membolehkan kita ke pangkor, satu dari jeti Lumut, satu lagi dari jeti Marina.
tiba di jeti pangkor, kami mencari kereta sewa pandu sendiri..
kalau sewa van, langkah agak terbatas sebab pakcik van pecut laju-laju...
tambang/sewa sama je.. RM80
kami tidak bercadang nak mandi manda..
sekadar melihat keindahan alam
dan makan-makan...
hampir jam 7.00 petang kami sampai di jeti Lumut...
"bestla mak,, nanti kita pergi lagi ye.."
:)
Friday, April 22, 2011
Gunting rambut
salam sejahtera semua
saya ada tiga orang cahaya mata. dua daripadanya ialah lelaki.
anak-anak lelaki pasti nya perlu berambut pendek.
bagi rambut yang lebat dan tebal, kekerapan menggunting rambut akan bertambah..
maklum saja bila dah bersekolah, takkan nak biar anak berambut panjang ke sekolah.
kalau suami saya, dia lebih senang menggunting sendiri rambut anak-anaknya. dia suka sangat kalau anak-anaknya berambut ala-ala nicholas dalam cerita "8 is enough"..
comelkan? adam rich aka nicholas
tapi kat malaysia ni mana boleh pegi sekolah dengan rambut style itu.. hehehe
makanya bila anak-anak dah bersekolah..
kedai gunting pasti dituju setiap bulan...
Monday, February 21, 2011
Anak dan ayah
Salam sejahtera semua..
bila beruniform pengakap....
sama macam ayahnya..
nasib baik ayahnya ada misai...
hehehe
Friday, January 14, 2011
no comment!
salam sejahtera semua..
petang jumaat selepas selesai melipat kain menimbun, nak hantar ewan ke kelas tuisyen."siapa hantar?", soalan biasa ewan setiap kali nak pergi tuisyen
"tanya ayah"
"ayah kata, mak!" pelaung ewan dari tingkat bawah..lantas bersiap-siap sambil kotak fikiran berfikir berkira-kira nak terus ke kedai mencari bahan roti jala...
"abang, jom kita ke TESCO.."
"nak pegi jugak ke?"
"tak apalah... cadang nak beli bahan roti jala", ada nada rajuk di situ..sambil membuka pagar, "jom lah!"
maka, selepas menghantar ewan, terus kami ke tempat yang dimaksudkan..
tidak begitu ramai manusia di TESCO sewaktu kami sampai.. sambil berjalan melihat deretan kedai, kesudahannya kami tidak masuk ke bahagian supermarket...
yang kelakarnya aku tanpa sedar telah membeli tiga pasang kain untuk dibuat baju kurung...
mana bahan roti jalanya?
NO COMMENT!
kalau beli, bila pulak nak menebarnya? NO COMMENT!
betul ke ni? NO COMMENT!
***teringat jawapan klise FS dalam galaksi TV9..
maksud klise : KLISE dipinjam daripada bahasa Inggeris, cliche yang membawa maksud sesuatu idea atau perlakuan yang diulang-ulang penggunaannya tanpa memberikan satu tafsiran baru. Pengulangan ini dilakukan kerana adanya sedikit kemalasan untuk menggerakkan minda supaya berkerja bagi mendapatkan sesuatu yang segar dan lebih menarik daripada sesuatu yang sekian lama dilakukan. Klise selalu dirujuk kepada karya kreatif seperti teater, filem, novel, cerpen dan sebagainya.
Thursday, January 13, 2011
Sudah 15 tahun ...
Salam sejahtera semua..
Tepat 12:55 tgh hari Isnin
13/1/1996
15 tahun lalu
aku melahirkan zuriat sulungku
warisku dunia akhirat
Muhammad Ikhwan
nama diberi..
Happy birthday..
Semoga menjadi anak yang baik dunia akhirat...
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..
Monday, January 3, 2011
Bermula sesi persekolahan 2011
Salam sejahtera semua..
hari ini bermulanya hari baru persekolahan untuk tahun 2011..Anak-anak bersedia untuk menjejakkan kaki ke sekolah..
ikhwan dah tingkatan 3, nurul tingkatan 1 dan izham tahun 2..
masing-masing punya azam tersendiri.. semoga apa yang dihajatkan akan dimakbulkan oleh Allah.. Kita sebagai hambanya hanya boleh berusaha, berusaha, berdoa, berdoa dan bertawakkal... setiap yang kita lakukan mesti bermatlamat..
Mak dan ayah sentiasa beri sokongan, dorongan dan diiringi doa.. kalau kita malas.. kita tahu apa balasan yang kita akan dapat. Jika semuanya telah kita lakukan, kita berserah saja hasilnya pada Allah. DIA lebih mengetahui segalanya. Sekiranya baik yang kita dapat, ucapkan alhamdulillah. Jika tidak seperti yang kita harapkan, kita mesti percaya ada hikmah disebaliknya..
***doa dan harapan , semoga permata hati mak dan ayah terus berjaya di dunia dan akhirat...
Subscribe to:
Posts (Atom)