Wednesday, June 11, 2014
Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam timbul tenggelam
Acapkali terpendam acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
..... makna yang tersurat dan tersirat......
Wednesday, May 7, 2014
Tiada lagi Bujang Lapok - Pak Ajis meninggal dunia
Sesungguhnya mati itu pasti.
Innalillahhiwainnailaihirojiun..
Pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta, semalam 6 Mei 2014, (kerana sakit jantung) telah melengkapkan kehilangan trio Bujang Lapok bagi Lagenda seni tanahair.
Hampir kebanyakan rakyat Malaysia akan mengingati P.Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai trio Bujang Lapok.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada arwah dan ditempatkan di sisi yang beriman.
Al~Fatihah.
tq pak gugel.. for the foto.
Tuesday, October 22, 2013
Aku dan Allahyarhamah Noreen Nor
entah kenapa pagi ni tetiba terasa nak update blog yang dah bersawang ni..
Rindu pada blogging.... memang sangat-sangat rindu..
Namun ayat cinta ni seringkali tertangguh...
Seringkali menyatakan.. "tunggu sat lagi nak update!"
sudahnya tertangguh....
lebih-lebih lagi senag bertweet atau berfb dan berwhatsApp...
dan pagi ni dalam kesibukan terpandang di fb...
Alfatihah buat Allahyarhamah Noreen Noor...
terkejut kerana dah lama tidak mendengar berita tentangnya..
dilaporkan:
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.
Sesungguhnya mati itu pasti dan kita semua akan pergi menghadap Ilahi. Cepat atau lambat, itu adalah rahsia Allah. Hanya amalan saja yang dapat mengiringi kita kelak.
Thursday, March 1, 2012
Tahniah Mawi Ekin! Jom tengok gambar baby girl..
Friday, February 24, 2012
Gambar pernikahan Lisa Surihani dan Yusry
Wednesday, February 22, 2012
Lisa Surihani mandi bunga ~ sedia untuk menikah
Ramai dah sedia maklum bahawa Lisa Surihani akan adakan Majlis Bersiram, Berinai juga Khatam Al-Quran sebelum Majlis Perkahwinannya..
Pelakon Lisa Surihani akan bernikah dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada Khamis 23/2/2012 (esok).
Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga jodoh mereka kekal dunia akhirat..
secara peribadi saya lihat pasangan ini secocok sangat...
Monday, February 20, 2012
Latiff Ibrahim meninggal dunia
setiap yang hidup pasti merasai mati. Innalillahhiwainnailaihirajiun.
Allahyarham Latiff Ibrahim meninggalkan kita semua pada jam 6 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Al-fatihah.
Penyanyi yang juga pelakon ini kali terakhir muncul bersama filem 4 Madu di sekitar tahun 2010 & berusia 62 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir beliau. Allahyarham adalah adik kepada pelakon Sofea Ibrahim dan abang kepada penyanyi Katijah ibrahim. Takziah buat keluarga Latiff Ibrahim. Al-fatihah.
Wednesday, February 1, 2012
[Gambar] pra perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai
saya suka juga tengok drama yang dilakonkan oleh pelakon ni...terutama drama chinta...
ok.. kalau nak tengok foto menarik.. jom ke blog bulan purnama..
tahniah!
Monday, January 30, 2012
Tahniah Awan Nano.. AJL 26
haaa ... kan betul tekaan akak. Lagu Awan Nano ciptaan M. Nasir, nyanyian Hafiz menang AJL 26.
Tahniah!
Walaupun penyanyinya Hafiz cuma berkaki ayam dan simple sgt pakaiannya, beliau mampu membawa pulang dua kemenangan sekaligus termasuk Vokal terbaik.
Berikut senarai pemenang AJL 26 2012:
Lagu Terbaik
1. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
2. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
3. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik
1. Alyah - Kisah Hati (Manusia Putih/Manusia Putih)
Vokal Terbaik
1. Hafiz - Awan Nano (M.Nasir/Budi Hekayat)
Tahniah kepada semua pemenang..
kredit utk TV3 untuk foto..
Sunday, January 29, 2012
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 26 2012
entri ini saya siapkan beberapa jam sebelum siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke 26 berlangsung... Semua sedia maklum jam 9:00 malam nanti di TV3.. ramai yang akan menghadap kaca tv masing-masing..
atau sekiranya tidak berkesempatan menonton, boleh klik kat bawah ni..
ANUGERAH JUARA LAGU 26
ATAU pegi je kat tonton.com
mungkin ramai sedia maklum komposer dan artis mana yang bertanding . Berikut disenaraikan giliran lagu yang bertanding malam ni...
1. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
2. Sedetik Lebih oleh Jaclyn Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
3. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
4. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
5. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
6. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
9. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
10. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
12. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
Agaknyalah lagu mana yang menang ye?
Awan Nano?
update: untuk mengetahui keputusan penuh: klik SINI...
Saturday, December 31, 2011
OSBON menang Maharaja lawak mega
Walaupun ramai yang menjangkakan BOBOI menang, tapi OSBON memang mantap.
Tahniah buat OSBON (Os dan Abon) kerana menang hadiah RM350 000.00 .
Wednesday, September 28, 2011
Awan yang terpilu...
Thursday, May 12, 2011
Amboi abang Jem... nak kawin yang ke 4..
Ramai yang tumpang gembira bila abang jem atau Salleh Yaacob berhasrat menikah satu lagi sekaligus memenuhi kuota 4 orang.. Tahniah dan semoga kehidupan berumahtangga penyampai Sinar FM ini bertambah aman dan bahagia...
Monday, November 22, 2010
Senarai penuh 14 lagu ke Anugerah Juara Lagu 25
Rasanya semua dah tahu lagu mana yang layak bertanding di AJL 25 yang akan berlangsung pada 9 januari 2011...
Kepada yang masih tercari-cari... tertanya-tanya... lagu apa yg masuk, artis mana yg nak nyanyi.. jom kita semak carta 14 ...
1. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
3. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
4. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
5. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
6.Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
7. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
8. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
9. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
10. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
11. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
12. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
13. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
14. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
***wokey.. harap semua berpuas hati dengan keputusan juri...
tomok masuk AJL hehehe
Thursday, November 11, 2010
Takziah .. Shamrin Fotograf meninggal dunia
Terbaca berita ini di sini dan terkejut jugak sebab Shamrin adalah antara penyanyi kesukaan kerana suara dan gaya nyanyian yang tersendiri..
Penyanyi di Alam Fana Cintamu ini meninggal petang tadi (Khamis) kerana serangan sakit jantung ketika sedang bermain futsal.
AlFatihah buat allahyarham dan takziah buat keluarganya.
***sesungguhnya kematian itu pasti!
Dr Fazley letak jawatan
Pagi-pagi tadi tengok MHI di TV3.. Pengacara Wardina dan Ally bacakan berita ni dari kosmo... dah lama dengar isu phd palsu ni tapi.. tak tau la.. ok kita kongsi info dari kosmo..

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.
Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya di sini semalam.
Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.
Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.
kredit untuk KOSMO..*** kita tunggu perkembangan selanjutnya....
Saturday, July 17, 2010
Sah bercerai...
Ntah kenapa tertarik dengan berita ini. bukan lah minat sangat pada Maya ni .. tapi itulah berita yang kita semua tahu...Maya Karin yang kini sudah disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah. Penceraian Maya Karin ini telah disahkan semalam (Jumaat, 16 Julai) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Begitulah adanya, jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki.. di tangan Allah. Kita manusia perlu usaha, doa dan tawakkal. Berkawan lama-lama.. tp bernikah sekejap saja...
Moga Maya Karin tabah menempuh hari mendatang...



















