Salam sejahtera semua..
Haha.. macam pelik je bunyi tajuk tu..
Saja teringat kawan-kawan lama bila tengok gambar lama..
ni gambar masa sambutan Hari guru tahun 2011
Masa ni kami dapat Pengetua baru, Hajah Intan Suhana bt Kamarudin...
Setiap kali sambut hari guru, kami akan pakai baju boria.. hahaha
Yang ni tak ingat tahun bila. Tapi gambar ni diambil di SM Teknik Kuala Kangsar.
Masa tu ada perhimpunan guru Teknik/Vokasional Perak
Yang ni tak ingat event apa. Tapi yang pasti tahun 2011 juga..
Sebenarnya saya dah lama mengajar di sini. Sejak 1993. Dah tiga empat kali bertukar nama.
SM Vokasional Seri Manjung (1991-1995)
SM Teknik Seri Manjung (1996 - 2009)
SM Vokasional Seri Manjung (2010-2011)
Kolej Vokasional Seri Manjung (2012 -
Saya suka bekerja di sini...
~Jumpa lagi..~
Showing posts with label vokasma. Show all posts
Showing posts with label vokasma. Show all posts
Friday, April 4, 2014
Thursday, November 17, 2011
Wang bantuan RM100
Salam sejahtera semua..
banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2012 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah tahun hadapan..
mungkin kepada yang "berada", apalah sangat bantuan RM100 itu..
namun begitu bagi kami sekeluarga.. tetap bersyukur dan akan digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Terima kasih kepada kerajaan...
Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...
Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..
pn kamariah bersama anaknya yang belajar di sekolah kami..
.. pun dapat
:)
kredit untuk vokasma today untuk foto...
Wednesday, August 17, 2011
Right place at the right time
salam sejahtera semua..
kebiasaannya selalu orang mengatakan "wrong place at the wrong time".. tapi bagi saya hari Isnin yang lalu, selepas berjumpa Pn. Boss.. saya singgah sebentar di pusat sumber sekolah sekadar melepaskan penat sebentar.. tujuan sebenar nak cari Pn kamariah untuk urusan peperiksaan...
selepas selesai berurusan, Cik Li Na terus membuka tabung derma anak yatim untuk dikira jumlah wang derma dan saya memang suka bab "mengira" sebab saya pernah menjadi guru matematik.. hehehe... terlepas gian..
thanks Li Na .. for the photo..
kebiasaannya selalu orang mengatakan "wrong place at the wrong time".. tapi bagi saya hari Isnin yang lalu, selepas berjumpa Pn. Boss.. saya singgah sebentar di pusat sumber sekolah sekadar melepaskan penat sebentar.. tujuan sebenar nak cari Pn kamariah untuk urusan peperiksaan...
selepas selesai berurusan, Cik Li Na terus membuka tabung derma anak yatim untuk dikira jumlah wang derma dan saya memang suka bab "mengira" sebab saya pernah menjadi guru matematik.. hehehe... terlepas gian..
thanks Li Na .. for the photo..
Saturday, July 2, 2011
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Salam sejahtera semua
seawal jam 7.00 pagi, semua pelajar berkumpul di persekitaran sekolah masing-masing
7:45 pagi ramai-ramai pelajar berlari sejauh 1500m.
tercapai target untuk mencipta rekod larian 3juta pelajar..
layan je..
Monday, June 13, 2011
hari pertama sekolah
salam sejahtera semua
hari ni hari pertama sekolah selepas bercuti dua minggu..nothing special..
memulakan hari dengan mengadap lappy.. tp no networking... hampeh..calling/sms rakan-rakan yg masih belum key in markah mid year exam.. actually tak suka nak enterframe.. but have to!
sorry ye kawan-kawan.. yg nyata credit i yang lebuh!!!
bila mengenangkan kerja sampingan, tak suka.. i like to teach, teach and teach..
buat analisis markah untuk pelajar kelas sendiri.. ada 3 orang yang masih ditahap lama.. dah belajar setahun enam bulan.. tp macam tak boleh lepas ke markah B.. macam tak belajar apa-apa.. why?
nampak gayanya cikgu yang kena struggle lebih..!!! huhuhuh
Wednesday, May 25, 2011
Selesai satu lagi tugasan..
Salam sejahtera semua..
Selepas selesai menguruskan peperiksaan selama lapan hari.. barulah boleh bernafas lega...
Alhamdulillah.. rakan-rakan guru sangat memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan pengawasan peperiksaan..
dan sebagai setiausaha peperiksaan, aku cuba menjalankan tugas sebaik mungkin. Tidak mungkin dapat memuaskan hati semua.. namun aku cuba yang terbaik.
Terima kasih semua..
Thursday, April 28, 2011
Tiba hari yang dinanti...
Salam sejahtera semua..
Sebelah pagi, majlis berlangsung di dewan sekolah, khusus untuk para pelajar...manakala sebelah tengahari diadakan di restoran di sitiawan..
bila tengok kawan-kawan dah mula pencen, maka aku terkenangkan servisku bersama gomen ada 13 tahun lagi... tak dapat lagi bayangan bagaimana pulak bila tiba giliran aku pencen...ada ke orang nak raikan? agaknya time tu dengan umur 56 tahun, bagaimana agaknya figure aku? hehehe
pentas dihias indah menanti ketibaan yang diraikan..
ada lampu di pelamin belum dinyalakan...
pandangan dari pintu masuk utama..
semua sedang bersedia menanti ketibaan En. Sulaimi..
.... banyak lagi gambar dan peristiwa...
tunggu
Tuesday, April 26, 2011
Syabas dan tahniah!
Salam sejahtera semua...
Hari ini, sekolah kami menjadi tuan rumah kepada program kawad kaki go peringkat daerah manjung.. memang dah biasa buat.. hampir setiap tahun...
sekolah kami diwakili oleh kadet polis lelaki dan perempuan..
segak bergaya..
sedang diadili pakaian, kasut, asesori dan ...
wakil dari smk seri manjung
wakil smk nan hwa
alhamdulillah... kedua-dua pasukan kami berjaya menggungguli kejayaan..
tahniah kepada guru, pelajar dan semua...
senyum cik azalilah, memberi semangat buat anak didik..
Monday, April 25, 2011
Baju batik ala-ala manja?
Salam sejahtera semua
inilah baju batik(?) yang akan digunapakai oleh kami untuk tahun ni..
setiap tahun, mesti ada satu baju rasmi untuk kami pakai
apa saja event penting di sekolah.. kami mesti seragam
.. maka sayapun sibuk le menjahit...
hehehe
corak baju yang alal-ala manja ni diberikan oleh seorang rakan..
Saturday, April 23, 2011
Kompang dan bunga manggar
Salam sejahtera semua..
kredit until miss lina for the photo
Aku tersenyum sendiri bila melihat semua foto yang aku upload kat atas... bukannya apa.. hari ni kena bersekolah ganti untuk raya Deepavali... sambil mengganti hari cuti, cikgu sekolah (bukan semua) mengambil kesempatan untuk bermesyuarat untuk majis persaraan seorang rakan minggu depan.. kebetulan aku antara guru yang mendapat tugas untuk merealisasikan majlis tersebut.. sepanjang bekerja, jarang sangat-sangat dapat tugas menguruskan kompang dan bunga manggar (masa sukan adalah) hehehe.. biasanya aku dapat tugas mengurus hadiah, pengurusan pelajar atau jamuan...
kerjanya nampak macam simple.. tapi sangat memerlukan penelitian.. kalau sekadar untuk menyediakan bunga manggar, apalah sangat. beli je kat kedai.. kompang? pasukan budak kompang memang dah ada kat sekolah.. tak perlu risau, touch up sana sini, menjadi la... hehehe
sesekali dapat tugas yang lain dari biasa ni.. siyyookk jugak kan???
Tuesday, April 19, 2011
Cerita KAT
Salam sejahtera semua
Entah kenapa sejak dua menjak ni macam malas nak up date blog hari-hari..
sepanjang minggu lepas, semua orang sibuk kat sekolah.. maklum saja kejohanan sukan antara sekolah teknik perak (KAT) telah bermula. walau tidak diberikan tugas utama, namun idea dan saranan yang diminta sentiasa dikongsi bersama rakan-rakan. walau bagaimanapun tahniah buat semua (pengetua, cikgu dan pelajar serta semua staf) kerana berjaya menjadi penganjur walau team kita hanya menang untuk acara sepak takraw je. Tahniah!
team takraw bersama tn hj suhaimi
penebus kekecewaan...
antara sukan yang dipertandingkan ialah ragbi, sofball, bola jaring,
bola sepak,dan sepak takraw.
rekacipta dan bahas juga ada...
Tuesday, April 5, 2011
Bersyukur dengan nikmat hidup yang diberi ...
Salam sejahtera semua..
maaflah.. dah lewat malam baru sempat nak up date blog..seharian agak sibuk, hari selasa memang memenatkan.. kesian pada suami terpaksa masak untuk dinner.. walau sekadar telur dadar bersama kari semalam yang dipanaskan.. alhamdulillah.. rezeki yang ada disertakan dengan tempoyak baru ( belum sempat masam sebab baru beli petang tadi)...
berselera makan walau si bujang aka ikhwan selsema sebab berendam di marina water park ahad lalu... nurul yang dah dua hari tak ke sekolah.. (pun sebab demam) juga berselera ...
cuma izham yang tidak mengulang makan sebab dah kenyang agaknya ... balik sekolah terus cari nasi ... bersekolah petang memang macamtu..
alhamdulillah..
Sunday, March 27, 2011
diari seminggu...
Salam sejahtera semua
semoga semuanya diberkati Allah sentiasa.....hehehe.. nak tergelakpun ada sebab ramai bertanya-tanya kenapa tak update blog?
entah ye.. kekadang mood lari..
sepanjang minggu ni macam-macam hal yang berlaku...
terasa lelahnya...
okayle tengok gambor je le ye..
bermula dengan ujian setara 1 pada hari selasa hingga khamis...
menjadikan aku kelam kabut menguruskan hal ehwal peperiksaan
..dan keputusan SPM 2010 dikeluarkan pada hari Rabu
..best student 8A
menambah kalut sebab ramai guru ada tugas lain...
.. baru nak menarik nafas lega...
hari jumaat ada pulak mesyuarat agung PIBG ke~16
dua dalam satu...
akujanji anak2 dengan ibubapa SPM2011
mesyuarat.. mesyuarat.. mesyuarat..
***dan seperti biasa kerja rutin ni akan berterusan hingga hujung tahun...
kredit untuk Li Na dan Daniel untuk semua foto.
Thursday, February 24, 2011
Bengang
Salam semua..
sebagai manusia biasa, rasa bengang, marah memang pasti kita rasa..sesekali bengang.. nak meluahkan perasaan kat blog tercinta ni..
setiap hari pergi bekerja seawal 7.00 pagi.. walau ada dua hari kelas petang .. sepatutnya datang jam 10.00 pagi.. tapi kerana komited kerja, datang juga jam 7.00.
masuk aja dalam lab terus buat kerja. sama ada persediaan mengajar, buat soalan latihan, menanda hasil kerja pelajar, atau buat kerja "kerani" -macam-macm la.. siapa yg jadi cikgu, dia tahu la... non stop sampai waktu balik 2.35 petang ... kadang-kadang terlajak sampai 6.30 ptg...
ada masa "terluang", bermaksud masa subjek kita tiada dalam jadual waktu, waktu tulah kita nak buat segala macam kerja termasuk menyapu, mengemas.. paling tidak menulis rancangan pelajaran untuk hari seterusnya..
.. dan waktu inilah yang kita akan dapat jadual ganti (relief) untuk cikgu yang tidak hadir...
kalau seorang cikgu A tak hadir sekolah, jika hari tu dia ada 6 waktu mengajar, 6 waktu itu akan di"reliefkan" kepada cikgu lain yang akan masuk ke kelas . Cikgu lain, B akan masuk kelas cikgu A dan mengajar atau beri latihan supaya masa tidak terbuang dan yang penting keselamatan pelajar terjamin...
Haaa... ini lah yg menjadikan aku bengang...
setiap minggu aku akan dapat relief.. dan kadang- kadang dalam seminggu tiga kali relief...
bukan aku berkira..
tapi macam tak adil pulak sebab ada cikgu yg langsung tak pernah dapat relief..
mentng mentang jadual aku kosong waktu pagi sebab aku ada kelas petang.. so, sedap je bagi kat aku relief...
bengang betul la.... eh.. maaf la kalau ada yang tak suka.. tapi aku rasa aku nak luahkan apa yg aku tak puas hati..
Monday, January 10, 2011
hari pertama..
Salam sejahtera semua,
petang ni hari pertama masuk kelas..setelah seminggu anak-anak didik di"reorientation", hari ni start new topic..
first thing, nak kena ingatkan pelajar ni tahun 2011 ialah tahun untuk ambil SPM.. nak main boleh, tp jangan menyesal kemudian hari..
disiplin kena jaga, kalau tak.. berlarutan sampai hujung tahun..
okay lah.. wish me luck!
Sunday, January 9, 2011
kenyang laksa...
Salam sejahtera semua..
petang ahad.. jam 5.00..terasa perut bergetar..
nak keluar malas..
hari tak hujan, tapi entah....
aku cepat-cepat keluarkan ikan kembung yang aku beli semalam,
bilas dengan air (sebab aku dah basuh bersih)
rebus dalam kuali (letak garam sikit dan asam keping)
sekejap dah masak..
dalam kepanassan aku asingkan isi dengan tulang, blend dan masuk dlm periuk..
tuang air secukupnya, cili kering, bawang merah, bunga kantan, daun kesom..
haha.. belacan jangan tinggal
besarkan api di penunu.. sekejap je mendidihnya..
rasa masin, pedas, lemak secukup rasa...
"nurul, cepat potong timun, bawang besar, cili, limau kasturi"
sambil memanaskan air untuk mencelur laksa..
jam 6.00 petang kami menjamah laksa yang aku masak tadi... sepuas hati...
hehehe
kalau hendak, sekejap je siapnya...
sengaja tak letak gambar kami "menjamah laksa"
takut ada yang mengidam..
kredit untuk li na untuk gambar unik ini..
apa yg unik?
hehehe
Friday, January 7, 2011
Seminggu berlalu
Salam sejahtera semua..
alhamdulillah.. minggu persekolahan telah berlalu seminggu
alhamdulillah juga telah selesai semua perkara bagi anak-anak bersekolah walau ada juga dua tiga hal yang tak selesai...ala.. hal kocik kocik yo...
semalam anak-anak baru tingkatan 4 mendaftar..
baju putih dan seluar hitam..
sesekali mata ni nakal juga menjeling ke arah dua tiga kelompok pelajar baru ni.. walau baru di sekolah baru, tapi kelompok mereka datang dari sekolah yang sama.. sedikit sebanyak pasti terbawa juga budaya sekolah lama... hujung kaki seluar diketatkan, "sideburn" panjang mencecah dagu, lepas bebas menggunakan handphone, dan tidak memberi salam kepada guru...
aku bukan nak kata pelajar sekolah ku baik belaka..tetapi itu lah, budaya negatif yang akan kami buang daripada mereka.. kami, guru berjanji untuk memegang amanah ibubapa sebaik mungkin.. kami tidak meminta balasan wang ringgit, cukup jika semua anak didik mengenang jasa kami dan mendoakan kesejahteraan kami..
***setiap yang baik akan dibalas baik..
insyaAllah..
Thursday, January 6, 2011
Hujan pagi
Salam sejahtera semua...
Seawal pagi hari dah hujan. hujan rahmat yang diberi Ilahi.Sungguhpun begitu, agak mengurangkan kelancaran trafik untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kebiasaannya anak-anak akan berbasikal atau berjalan kaki atau menaiki motosikal.. bila hujan semuanya naik kereta/van..
apa-apa halpun, hari ini adalah hari pendaftaran pelajar baru di sekolahku...
***ermmm lagi serabut!
Monday, January 3, 2011
Mesyuarat!!! Biasala awal tahun....... kan?
Salam sejahtera semua..
Mesyuarat Kurikulum kali pertama..
untuk tahun 2011
dah 18 tahun jadi ajk..
bersilihganti 6 pengetua..
macam-macam potfolio aku dah pegang
hehehe
lenguh kaki, lenguh telinga
bila mesyuarat tiga jam setengah..
hehehe
nasib baik ada ctm belanja biskut dan air mineral..
***boss baru yang paling sempoi... i loike.. jangan marah ye boss...
Thursday, December 30, 2010
Tidak boleh marah!!!!!! Tidak cuti....
Salam sejahtera semua...
Semua bergumbira pabila PM isytihar esok Jumaat 31/12/2010 sebagai cuti umum.
huhuhu...
tetapi..
aku dan geng seangkatan
wajib
hadir mesyuarat...
okay, tak marah .. tak marah .. tak marah
tidak juga jealous .. tidak juga cemburu.. tidak juga jaki...
hehehe...
kerana aku..
insan yang menurut perintah
kalau ingkar perintah?
***lihat pemandangan indah tempat mencari rezeki... sejuk hati... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
























