Showing posts with label imsak. Show all posts
Showing posts with label imsak. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

Buah Melaka

Salam sejahtera..

Catatan Iftar untuk 6 ramadhan.
OndeOnde aka buah melaka.
Tak susahpun buatnya.

2 cawan tepung pulut
1 cawan air [masukkn 1/2 camca kecil pewarna hijau]
1 biji kelapa parut [gaulkn dengan garam]
Gula kabung di potong kiub kecil

1. Didihkan air [saya masukkn hirisan daun pandan dan beberapa titik minyak zaitun] ~ ini kes malas nak buat air pandan. Minyak zaitun tu utk elak melekat.
2. Gaulkan tepung dan air. Bulat2kan doh tepung dn sumbatkan gula melaka.
3. Masukkan gentelan doh dlm air yg mendidih.
4. Bila timbul... tanda dah masak.
5. Tapiskan dan gaulkan ke dalam kelapa parut.
Siap!

Inilah hasilnya..

Friday, July 4, 2014

Bersahur dengan telur separuh masak

Salam sejahtera semua,

Hari ini dah enam hari berpuasa di bulan Ramadhan 1435Hijrah.
Alhamdulillah! tahniah kepada semua anak-anak yang sangat rajin berpuasa..

Bila mengenangkan anak-anak berpuasa, kena berfikir bab bersahur. Alhamdulillah anak-anak saya mudah dikejutkan utk makan sahur. Biasanya saya bangun jam 0400 atau 0430  pagi. Nasi yang sedia dimasak, dipanaskan saja.

Anak-anak tidak memilih untuk makan. Kalau saya hidangkan telur dadar... dorang ngap saja.. Ada ayam goreng, okay jugak. Buatkan nasi gorengpun okay. Tapi biarlah ada sesuatu yang berkuah.. Agaknya mudah untuk ditelan masuk anak tekak..
hehe

Bagi saya, apapun tak kesah. Asal ada untuk dijamah. Roti dengan air teh pun okay. Janji ada kurma sebiji. Tapi sesekali kalau dapat telur separuh masak dengan air kopi O.. ermmmm. sedap juga kan? kan? kan?




Wednesday, June 25, 2014

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2014M / 1435H

Salam sejahtera semua



Masih bersemangat dan tidak sabar untuk menyambut Ramadhan..
Jom kita berkongsi sesuatu yang pastinya penting di Bulan Ramadhan ni..

Waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2014 M / 1435 H adalah seperti di  pautan di bawah.

Sila klik pada negeri yang dikehendaki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...