Thursday, November 25, 2010

INDAHNYA WINDOW SHOPPING

Salam sejahtera semua...

Bila cuti-cuti sekolah bermula, aktiviti turun naik tangga berkurangan (walaupun rumahku ada tangga),
exercise muka dan tangan (mengajar, bercakap dan menulis) juga berkurang.. tetapi aktiviti memasak bertambah...
maka anda semua boleh fikir sendiri apa akan berlaku kepada kadar metabolisma, kadar kandungan lemak dan air dalam badan... hehehe..

apa yang harus dilakukan???
1. berjogging seawal pagi dengan berpakaian sukan lengkap?
2. bersiap-siap ke gym dan menghulurkan bayaran?
3. terkinja-kinja di pusat senamrobik?
4. duduk saja mengadap tv dan tonton siaran demi siaran dari stesen berlainan?
5. semua di atas betul...

hahahaha...
tak salahkan kalau ke pusat membeli belah dan melakukan aktiviti window shopping?
1. berjalan lah ke setiap inci ruang pusat membeli belah tersebut sambil melihat (tengok je tau) apa saja yang didisplaykan...
2. sambil berjengkit-jengkit atau menunduk atau mencangkung untuk meneliti semua barang yang dipamerkan (ini istilah sesuai)
3. berkejar-kejaran dengan anak-anak (jika ada) kerana anak-anak pasti merengek nak beli mainan dan anda pula berusaha mengelak ke tempat sedemikian..
4. tanya salesgirl apa yang anda musykil tentang sesuatu barang walaupun hakikatnya salesgirl itu akan melayan anda dengan baik (padahal anda tak nak beli pun) ~ baik untuk senaman muka...


okay, berapa banyak kalori dah anda bakar jika paling kurang anda luangkan masa sejam berWINDOW SHOPPING?

***ingat ye WINDOW SHOPPING je tau....

8 comments:

  1. berjalan 10,000 langkah sehari bg jantung yg sehat..
    jom jalan..
    window shopping klu tak dpt beli merana diri..
    sakit gak nnt..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. btol tue,, window shopping sngt best...smbil jalan2 smbil cuci mata..hehe

    kak saya TAG akak join baby contest..
    jom ke blog sya ea

    ReplyDelete
  3. hahahaha, geli hati baca entry akak ni dan saya amat bersetuju dan akan mengaplikasikannya...

    ReplyDelete
  4. salam saya ada tag join contest...jom tgk
    http://dwaty85.blogspot.com/2010/11/kids.html

    ReplyDelete
  5. hysman,
    window shopping tu dah kira lebih 10,000

    ReplyDelete
  6. UmmiRosma,
    hehehe... seronok berwindow shopping...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...