Wednesday, April 29, 2009

Maafkan cikgu....


"Saya dah pesan banyak kali..., tapi kamu tidak pernah nak mengendahkannya... cikgu rasa sangat kecewa dengan kamu... Maafkan cikgu. Buat masa ini cikgu tak boleh nak tengok muka kamu...
you better go..."

Tanpa meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan, Harith (nama sebenar) berlalu begitu sahaja dari makmal matematik. Bukan niatku untuk menidakkan hak Harith untuk belajar di kelas tambahan yang ku adakan sebentar tadi, tapi aku terasa begitu kesal dengan tindakannya. Larangan supaya setiap pelajar tidak membawa handfon ke kelas apatah lagi menggunakannya.. telah dilanggar oleh Harith. Bukan setakat menggunakannya sewaktu kelasku, dia juga dengan selambanya mengambil kesempatan "mengecas" bateri handfonnya.

Apa dan dimana silapku? Adakah laranganku itu olok-olok? pada situasi ini handfonnya perlu dirampas dan aku tak boleh maafkan dia... untuk waktu itu..

Aku cukup sedih dengan sikap pelajrku yang masih belum serius dalam pelajaran. mereka tidak sedar exam is just round the corner. Bila dapat result, baru terkebil-kebil..

arghhhh.... yang pasti... maafkan cikgu kerana cikgu masih ada lagi 37 orang pelajar yang cikgu nak endahkan... yang nak belajar...

Tuesday, April 28, 2009

Masih merajuk dengan cikgu?


"Cikgu... saya nak pergi toilet"

"Ahhhh... sorry, from last week saya dah kata time saya mengajar, 'no toilet please.....' , saya tak ndak ada yg ambik kesempatan pegi toilet konon nak basuh muka, nak kencing bla.. bla... tapi hisap rokok!
cukup sekali saya terkena... kena tipu hidup-hidup.. so sesapa yg nak ke toilet, sila pergi bukan waktu saya.. okay? Ha.... Mat (bukan nama sebenar) sila duduk!"

Aku masih mengingati dialog antara aku dengan Mat... dah hampir seminggu dialog tu berlalu, namun selepas hari Mat tak kuizinkan ke tandas, ada riak-riak merajuk di wajahnya.

Hari ini aku masuk lagi ke kelas Mat. Sesekali dari ekor mataku aku tahu Mat masih lagi merajuk denganku... ya... mungkin juga masih marah denganku... Bila aku melihatnya, Mat pantas mengalihkan pandangannya dariku... Mat seperti 'malas' nak berurusan dengan subjek yang ku ajar. Mat juga cuba untuk tidak ketawa bersama kawan-kawannya bila aku membuat cerita kelakar. soalan yang kutanya juga tidak dijawabnya.. dan di penghujung waktu, aku lihat Mat lena....

Mat yang kukenali hampir 4 bulan adalah seorang pelajar yang sangat rajin membuat kerja sekolah dan selalu respon pada soalan yg diajukan walaupun salah... Panjang sungguh rajukmu wahai anak didik ku...

"Dia demam la cikgu... dah dekat seminggu dia tak sihat.." adu si Amin (juga bukan nama sebenar) bilaku tanyakan Amin kenapa Mat lena...

Aku tersenyum bila mendengar jawapan Amin. Jauh disudut hati ini aku berkata.... "Mat masih merajuk dengan cikgu"

Monday, April 27, 2009

Menambah... apa yang kurang

Rumah ku tak siap-siap lagi. Makan masa betul.. tp tak apalah. Walau lambat macam manapun aku tak gusar utk membayar sewa sebab sekarang duk kat rumah sendiri. Jadi aku dan suami merasakan kita tambah dulu mana yg nak ditambah. Lengkapkan semuanya... So for the first step, renovate bahagian dapur dulu.



Ruang yang bertanah dan berumput ni harus di'clear'kan...

Kalau korangpun mesti malas nak potong rumput ni setiap bulan...


Maka beginilah jadinya selepas "dicantas"

Haaaa... dah siappun...

Tapi punyalah mahalnya nak tambah rumah ni. Bukan upah buat.. tp upah pada MPM... macam-macam yg ndaknya...



p/s : nanti aku buat n3 utk procedure tambah rumah....




Thursday, April 23, 2009

Saja nak cerita

Bulan Februari lalu pegi Kelantan. Saja jalan-jalan menghabiskan waktu. Belek-belek fail teringat kat gambar ni.
Restoran ni letaknya kat Tanah Merah. Aku singgah sini utk makan tengahari. Memang macam-macam lauk pauk dan kuih muih yang ada... sampai tak tahu nak makan apa...


deretan kuih muih yang aku sendiri tak tahu apa namanya...


Aku ambil kesempatan merasa pulut dan santan durian... yummy

Rugi kalau pegi kelantan tak makan laksam....

Itu saja... satu n3 yang saja nak cerita.. hahahaha...

Tuesday, April 21, 2009

Hebatnya seorang IBU...


Ibu dibekalkan syurga di kakinya, di matanya, di bibirnya, pada suaranya, pada gayanya, pada sentuhannya dan pada didikannya. Pendek kata ibu yang hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga.

Menjahit yang tercerai, merawat yang terluka, menghibur semua kepedihan,menyatukan semua yang berderai, penyandar kepada kelesuan dan mendingin segala kebakaran walau semaraknua api, mengalah dalam semua pertandingan, penyuluh dalam semua kegelapan, penunjuk kepada semua yang sesat, penderma kasih yang tak bertepi dan penghangat pada yang kesejukan.

Pembekal kepada yang putus bekalan dan telaga cinta yang tidak pernah kering kasih dan cintanya untuk diceduk oleh semua yang kehausan cinta, pergeseran dan pendengar kepada semua berita walaupun yang merobek isi hatinya dan perindu yang tidak pernah padam rindunya dalam apa jua keadaan, biarpun yang dirindu sudah mahu melupakannya.

Pengawal yang tidak pernah hilang kawalan dan pemerhati yang tidak pernah hilang fokusnya dan pembekal yang tidak pernak kehabisan stoknya dan pemberi yang tidak pernah mencatat apa yang diberi dan tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya.

Perawat yang tidak putus pesakitnya serta pemesan yang tidak pernah lapuk pesannya. Pendoa yang doanya tidak mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih.

...maka benarlah kata pujangga, mahkota cinta suci itu ialah "memberi bukan memiliki".
Benarlah ungkapan kasih dan cinta ibu membawa ke syurga....


MAMPUKAH KITA MENJADI IBU YANG HEBAT???????????

Monday, April 20, 2009

Hari Isnin yang cuti

Seronok jadi rakyat negeri Perak kerana dengan jatuhnya hari keputeraan Sultan Perak semalam, maka hari ini Isnin, bercutilah kami...



Bila cuti dah masuk hari yang ketiga, maka bersantai-santailah kami adanya.... Baru je balik dari bermandi-manda kat Teluk Batik, balik rumah dah penat.

Namun hari ni nak buat n3 resepi sambal petai dengan ikan bilis. Haa, yg ini gerenti si ONEZ boleh makan sebab tarak udang....



bahan-bahan:

  • ikan bilis
  • petai
  • bawang kecil, bawang putih, cili kering ~ semua blend
  • bawang besar ~ potong bulat
  • minyak utk menumis, garam, gula dan air asam jawa.

Cara masak:

  1. panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis ~ jangan garing sangat nanti keras pulak ikan bilis tu.
  2. toskan dulu ikan bilis yang telah digoreng tu, gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang kecil, bawang putih dan cili kering. Tumis hingga naik minyaknya... masukkan petai, garam dan air asam jawa... nak letak gula utk ganti pak aji...
  3. last sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan bawang besar dan kacau sebati...
  4. boleh dihidangkan dengan nasi panas or roti...

Friday, April 17, 2009

thank you Amirul



Thanks for this beautiful award... Thank you sooooooo much tu brother Amirul... rakan blogger yang sangat minat kucing... takziah kerana ketiadaan Mimie..
Semoga dengan award ni we will be friends forever....
Banyak nya koleksi award... sukaaaaaaaaaa.....


Thank you..

Wednesday, April 15, 2009

terima kasih


aku dah sihat.. sehari je demamnya. saja aku malas nak buat entry baru. bukak lappypun malas. Rupanya dah hampir seminggu tanpa berita terkini. Hari Sabtu baru ni sekolah. tinggal ahad je nak meluruskan pinggang. nak belek rumah baru pulak. nak balik kgpun tak sempat. Bila bukak pondok ni, aku tengok dah penuh comment box tu rupanya. Thanks semua! Doa kalian semua aku hargai. Mintak maaflah tak sempat nak mereply all your comments.








Kepada semua, ucapan terima kasih yang tak terhingga. Ingatan kawan-kawan membuatkan aku rasa sungguh terharu. Cheeeewahhh... So, sebagai menghargai semua rakan blogger , terimalah ....







sebagai tanda ingatanku jua untuk semua. InsyaAllah aku akan berkunjung ke blog anda semua.



latest update:...

adalah orang tu... katanya... ek eleh kak bagi bunga,mane syiokk kak laki nak dpt bunga..bg ler keta ke,moto ke,lappy ke??heheheheheeee...

Haaaa.. sila lah ambil special gift ni. Cuba bukak tengok apa ada kat dalam... hehhehe

Jangan marahhhhhhhh... nanti kena jual.....

Thursday, April 9, 2009

Aku demam

Kat Manjung panas terik betul!
Aku tak mampu....
Kepala rasa berdenyut-denyut..
muka rasa macam dibakar-bakar... pijar

dicampuraduk dengan kerja ad-hoc yang mengarut-ngarut
dalam keadaan yang tidak sihat
menggagah diri ke perjumpaan kelab...
. .. catur lagi... macam pandai...
tapi presiden memang ngetop... pandai main peranan...
terima kasih..

jam lapan..
paracetemol disumbat ke tekak..
aku terus lena..

.... bangun, minum sikit.. nak makan ke???
kasih sayang suami mengatasi segala..
demamku kebah..

sakit... ujian dari Allah.
alhamdulillah...

Monday, April 6, 2009

Aku dan masa


1:40 tgh Ahad 5 April,

"Aku nak pakai api"
"nak cepat ke? okay, nanti aku cuba tanyakan kawan aku ni, pinjam dulu apinya"

"tapi kalau pegi TNB, kejap je dia sambung..."
"okay, esok aku pegi"

itu bait-bait kata yang disembangkan antara suami dan Pak Rashid, orang yang bertanggungjawab menyudahkan rumahku yg sedang diubahsuai.

"kita pegi lepas sekolah je. tak bestla curi masa kerja..."

3:15pm Isnin 6 April

"jangan lupa bawak toto yg nak dihantar dobi tu!"

"Puan, sila bayar RM210 untuk wang cagaran dan stem hasil RM10. Kita akan sambungkan api dalam masa tiga (3) hari bekerja."
"Stem hasil????????"
"Ya puan, puan boleh beli di Pejabat Pos sementara tu boleh saya drafkan suratnya dan bila puan kembali semula, puan dah boleh jelaskan bayaran cagarannya" manis senyuman adik petugas kaunter di TNB Manjung yang tertulis "Mazlin" di blazernya.

Bila "Mazlin" menyebut Pejabat Pos, maka terbayang aku akan kesesakan yang kerap berlaku di situ...di Pejabat Pos tu.... tapi bila mengenangkan nak settlekan hari ni jugak, aku dan suamipun redah juga ke situ.

Betul seperti sangkaanku:
no anda: 3885
no sekarang: 3853
alamak, satu kaunter aja yg bukak.. memang orang beriman aja yg sanggup tunggu...

"jom kita pegi Pejabat Pos lainlah..."

tiba di pejabat pos lain:

jika hendak membeli stem,
terus ke kaunter 1, 2, 3, 4
tanpa mengambil no. giliran.

Oh tak sampai 5 minit dah selesai!

4:05pm
Terus ke TNB.. menyerahkan stem hasil...
"Puan Nor....,ini surat cagarannya. okay sila bayar di kaunter 5. Jangan kunci pagar ye...."
Terima kasih dik.. sapaku dengan senyum yang meleret..

4:10pm
aku turun tangga TNB dengan membawa slip bayaran cagaran...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
moral of the story:
1. kena ambik tahu apa procedure terkini nak masukkan api kat rumah... kalau pemaju rumahku dah sediakan semua dokumen yang diperlukan oleh TNB, aku cuma kena sediakan stem hasil RM10 dan bayar RM210 sebab rumahku 2 tingkat.

2. Stem hasil kena beli kat pejabat pos. bukan di LHDN tau....

3. rancanglah apa yg anda nak buat hari tu, kalau boleh call dulu pihak yang kita nak berurusan dan rajin-rajinlah bertanya orang....

4. pejabat pos tu.... emm memanglah..... ... ....

Friday, April 3, 2009

ke Teluk Batik


Dah lama tak bermandi manda di Teluk Batik. Sambil mandi manda, bercanda-canda dan merehatkan diri selepas memenatkan diri di sekolah.
Ke mana lagi destinasi yang harus kami pergi selain ke Teluk Batik... dekat, nyaman, free, ...
Jom ramai-ramai ke Teluk Batik. Selalunya kami sekeluarga keluar seawal 8.00 pagi. Sebelum matahari berada tepat di atas kepala, kami balik....

Thursday, April 2, 2009

Elakkan PEMBAZIRAN

1. Beli ketika perlu sahaja.

2. Masak di rumah.

3. Beli barangan tempatan.

4. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan pujuk rayu penjual.

5. Elak beli secara pukal... macam akulah tu beli ikan kat pasar malam konon murah tp... buang sudahnya.

6. Sila berbelanja pada pertengahan bulan - untuk elak sesak menyesakkan.

7. Jimatkan penggunaan air dan elektrik - airpun mahal...

8. Guna telefon bimbit jika perlu sahaja.

9. Rancang perjalanan anda - tak rugi minyak kereta.

10. Kurangkan aksesori - kereta ke, gelang ke, cincin ke...


Cuba kita sama-sama kira kalau dalam sebulan kita boleh jimat RM100.00, setahun, kita boleh jimat RM1,200.00. Macam-macam benda yg kita boleh buat. Pegi mekahpun boleh... tp tunggulah 3 atau 4 tahun....

Wednesday, April 1, 2009

Cinta berubah???

Pernahkah cinta anda berubah?

Cinta pada kekasih... berubah kepada yang lain..

Cinta pada suami... berubah kepada yang lain..

Cinta pada buku... berubah kepada yang lain..

Cinta pada bunga... berubah kepada pokok..

Cinta pada air... berubah kepada angin..

Cinta pada lelaki... berubah kepada perempuan.. atau sebaliknya..

Cinta pada anak sulong... berubah kepada anak bongsu..

Cinta pada Ilahi... berubah kepada yang lain... nauzubillah..


Pernahkan berubah?????

Pernah dengar pepatah ni?
"If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were."
What do you think?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...