Wednesday, March 28, 2018

Kaktus di Cameron Highland

Salam sejahtera





Kalau cuti sekolah, tak sah kalau tak ke Cameron Highland. Terletak di Pahang, tapi masuk melalui Perak. sama ada dari Simpang Pulai terus ke Brincang atau dari Tapah ke Tanah Rata.

Melihat kaktus yg subur dan gebu, terasa nak beli bawa balik. Tapi dah pernah beli dulu... seminggu kering dan layu..

Makanya... Tengok2 saja dan ambil gambar...


Monday, March 26, 2018

Rindu bertandang lagi...

Salam sejahtera..

Detik dikau pergi dari ruang mata
Hati telah merasa hiba

Sehingga kini
Rindu tetap bertandang
Setiap hari

Di kiri, di kanan..
Dikau tiada
Akhirnya sendu

Seolah tiada kesudahan
Moga kita bertemu di Jannah....

#rindubonda

Monday, March 12, 2018

Happy 23rd wedding anniversary

Salam sejahtera.


Dah malam baru sempat update.
Hari ni 12.3.2018, tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke 23.
Jangka masa yang panjang. Lebih dua dekad.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan tiga cahayamata yg sedang dewasa. Lebih banyak cabaran menanti.

InshaAllah semoga jodoh berpanjangan dunia akhirat hingga ke jannah. Terima kasih en. Suami kerana sudi menyintai daku sepanjang hayat. 



Friday, March 9, 2018

Selsema Bersin

Salam sejahtera

Pagipagi memang biasa bersin.
Tapi pagi tadi luar biasa bersinnya... Berulangkali.

Maka hari ni diisytihar hari tidak sihat.

Jumpa lagi ye.

Wednesday, March 7, 2018

Gagal SVM, Buat Ulangan

Salam sejahtera

Itu antara ayat pendek yg ringkas. Semua orang boleh faham.
Kalau tidak penuhi syarat, maka tidak layak dapat SVM.
Masih ada peluang utk baiki kesilapan, kegagalan yang lalu.




Pagi tadi ada perjumpaan antara pengarah dan ibubapa serta pelajar yg tidak layak dapat SVM (Sijil Vokasional Malaysia)

Alhamdulillah dh bg penjelasan panjang lebar. Kalau tak faham jugak, tak tau lah. Semoga ada usaha untuk berjaya. Para pensyarah dah bantu sebaik mungkin.

All the best.

Sunday, March 4, 2018

Kursus eTUTOR dan ePAPER

Salam sejahtera.




Bertempat di Bilik Persidangan KV Seri Manjung, berlangsung kursus eTUTOR dan ePAPER yang dikendalikan oleh En. Daniel, KUTM.

Apabila sebuah tab dan sebuah handfon diberi kepada setiap guru, seharusnya kita gunakan ke arah kebaikan dan yang memberi manfaat.

Okay, saya pun join kursus ni dan banyak ilmu yg saya dapat dan boleh dikongsi bersama rakan-rakan guru dan anak murid khususnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...