Thursday, November 11, 2010

Dr Fazley letak jawatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi-pagi tadi tengok MHI di TV3.. Pengacara Wardina dan Ally bacakan berita ni dari kosmo... dah lama dengar isu phd palsu ni tapi.. tak tau la.. ok kita kongsi info dari kosmo..




KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.

kredit untuk KOSMO..

*** kita tunggu perkembangan selanjutnya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...