Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ini sabtu.. bermakna ada 4 hari lagi nak beraya haji..
sehingga hari ini , masih belum pasti cuti raya sampai bila. anak2 cuti hari rabu sahaja. tak apalah satu hari pun jadi.. sekadar balik raya di gopeng, pagi khamispun sempat kalau nak balik semula ke rumah.
tapi rasanya raya kali ni macam tak ada semangat nak raya je.. bukan kerana raya haji untuk org yg pergi haji, tapi teringatkan mira yang baru je kembali ke rahmatullah.. 5 hb dan 17 hb.. belum sampai 2 minggu... tak tahulah bagaimana mak nak beraya tanpa cucu disisi... aku juga pasti merasakan kehilangannya..
apa-apapun hari ini cuti, sudah pasti tugas rumah mengambil alih tugas rutin di tempat kerja.. membasuh, mengemas, memasak.. rasa macam dah lama sangat aku tak memasak.
seperti pada status fb aku..
klik untuk tumbesaran..
selesai menikmati hidangan tgh, sekadar berkongsi bersama kawan2 fb.. ramai pulak yg memberi respon.. tqvm :)
hari yang cerah, seronok untuk membasuh segala yang kotor...
penat.. tapi berbaloi-baloi...
*** inikah kunci kebahagiaan?
penat.. tapi berbaloi-baloi...
*** inikah kunci kebahagiaan?
ipoh malam ni hujan selebat2 nya
ReplyDeletemoga cerah masa idul adha nanti..
ReplyDelete