Friday, April 14, 2017

Tiada Arah Jodoh Kita

Salam sejahtera buat semua.

Sempat update malam2 ni.

Saya dah selesai baca novel karya Ezza Mysara ni. Gaya bahasa yang santai. Jalan cerita yang mudah. Tak perlu belit2. Saya suka. Saya suka.

Watak afia, fayyad, wakeel, aathif, nur, umi ... semuanya best. Paling seram.. kak Aisha.
Bacalah novel ni. Santai dan mudah.

Saya pinjam sikit ayat dalam novel ni:
"Kita akan merasa nikmat bahagia yang sebenar andai belum pernah rasa tersiksa.. "

Selamat bernovel.

Exam is coming

Salam sejahtera pembaca budiman.

Tajuk hari ni memang biasa kita dengar dan alami
Rasanya sejak kita sekolah tadika.. sekolah rendah... menengah.. hingga ke universiti.. exam tu dah sinonim.

Samalah di kv ni. Minggu depan dah mula exam untuk pelajar kohot 2016. Pelajar ni dah semester 3.

Cikgu2 pun sibuk.. maklum sajalah... masing2 akan pasti dapat keputusan terbaik..
Apa2pun.. SOP exam kena ikut.


Kisahnya pagi tadi.. pelajar membantu guru menyusun kerusi meja. Terima kasih ye anak2..

Thursday, April 13, 2017

Penilaian Akhir 2017

Salam sejahtera pembaca budiman...

Sebulan berlalu selepas entry terdahulu.

Agak sibuk semenjak dua ni. Bila masuk bulan April... tugas sebagai ketua jabatan pentaksiran dan penilaian makin bertambah.. makin kalut dan makin stress.

Cuba mengelak stress.. maka buat2 relaks. Walau sibuk.. sempat membaca novel.. sempat menjahit baju kurung. Hehe.. macam tak percaya kan?

Okay... semalam sempat memberikan taklimat kepada ketua pentaksir dan ketua pengawas penilaian akhir. Perkara wajib yg perlu dilakukan. Walaupun santai... namun integriti sangat diutamakan. Semuanya demi anak bangsa. Biar berapapun usia pengalaman... namun kewajaran fikiran dalam bertugas sangat2 diperlukan.

Semoga anak didik dan rakan guru sama2 bekerjasama demi kecemerlangan kvsm.




Sunday, March 12, 2017

22nd Wedding Anniversary

Salam sejahtera..



Sekejap sangat waktu berlalu. Hari ini 12.3.2017. Tarikh yang sama 22 tahun lalu.. kami diijabkabulkan.

Semoga  perkahwinan ini... yang lahir dari rasa cinta yang suci kerana Allah taala... dipanjangkan jodoh hingga ke jannah... dimurahkan rezeki supaya dapat berkongsi bersama-sama yang memerlukan.. diberi kesihatan yang baik berpanjangan supaya mudah untuk kami beribadah kepada Allah.

Kami juga doakan yang baik-baik saja.. bahagia dikelilingi anak-anak.. ikhwan, fateha dan izham. Juga papa dan emak serta sanak saudara.


Friday, March 3, 2017

Keria sira gula melaka

Salam sejahtera semua...



Memang viral sekarang ni kuih keria sira gula melaka.
Kalau sira gula putih.. memang dah biasa sangat.
Senang je buatnya.
Rajin atau malas je.

Bahan2pun mudah.
Keledek, tepung gandum, gula melaka.


Nanti kita update resepinya..

Monday, February 27, 2017

Katakan Tidak Pada Cinta

Salam sejahtera..



Saya dah habis baca novel ni. Best best best. Itu yg saya boleh katakan. Jalan cerita yg tidak meleret-leret... bahasa yg mudah nak faham.

Inspektor azham dan cinta fiska ditakdirkan untuk bertemu secara kebetulan. Memang banyak kebetulannya dlm cerita ni.. biasala kan..

Ada juga detik-detik sedih.. suka.. dan watak cinta fiska yg selamba..

Kena baca.

Sunday, February 26, 2017

Sambal tempoyak

Salam sejahtera.



Orang perak.. kalau tak suka makan sambal tempoyak.. must be something wrong somewhere.

Tak susah nak buat... tumbuk 1 biji cili merah dan beberapa biji cili api.. buh garam gula secukup rasa... last sekali masukkn tempoyak sesuka hati...

Makan dengan nasi panas dan ulam-ulaman.
Mak mertua lalu depan.. memang tak sedor..


Monday, February 20, 2017

Kad Debit 1 Malaysia 2017

Salam sejahtera

untuk mereka yang bergelar pelajar tingkatan 6, matrikulasi, diploma, degree, master ataupun phd..
 Boleh mohon kad debit 1 malaysia ni bagi menggantikan baucer buku rm250.

caranya.. klik link kat bawah ni dan isikan semua maklumat yg dikehendaki.

http://www.bankrakyat.com.my/bppt/

selamat mencuba.


Saturday, February 11, 2017

congratulations ewan

Salam sejahtera semua..

Semalam punya cerita. Sempat ke horizon garden seri manjung belanja ewan dinner.
So sorry ye nurul.. nurul tak join sbb dah balik ke seri iskandar.

Hari ni ewan dh balik KL sbb cuti sem dah habis.
Sekejap je cuti dan belanja ewan makan sbb dpt result 3rd sem. Alhamdulillah. Semakin baik dan harap2  ewan dapat teruskan kecemerlangan utk masa akan datang.

All the best ewan. Study smart.



Wednesday, January 25, 2017

Kasih Pada Yang Sudi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rasa terharu kerana masih wujud lagi blog saya ni.
Dah terlalu lama saya tidak menulis di sini.. menjengahnyapun agak jarang sekali.

Memang ada ikon warisku minangrawa di handfon saya. Tapi jarang juga jari menyentuhnya.
Sayang... memang sayang.. Rindu... menang rindu. Saya ada niat nak update.. tp akibat asyik dengan hal2 lain... terlupa..

dulu rajin juga settingkan update saya.
nantilah.. bila masih ada lapang.. saya akan cuba update..

Belanja satu gambar anak-anak didik saya yang rajin. Sangat rajin. Mereka adalah sumber inspirasi saya untuk teruskan perjuangan saya sebagai pendidik.

InshaAllah kita jumpa di lain masa.

Rasanya masih belum lambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2017.
Luv Uolls..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...