Monday, November 29, 2010

Bohong: jangan biasa-biasakan...

Salam sejahtera semua.
macam dah ketandusan idea je.. hehehe

bukan.. sekadar porkongsian ilmu..

BERBOHONG... hukumnya haram kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya sama ada pada orang lain atau pada diri si pembohong itu sendiri.

Perbuatan ini ada kena mengena juga dengan janji, maka kita berbohong dengan pelbagai alasan.. Katakan kita berjanji hendak membayar hutang pada sekian-sekian tarikh, tetapi apabila sampai masanya kitapun hilangkan diri kerana tidak mahu melunaskan hutang..

Bohong boleh jadi dalam hal sekecil-kecilnya hingga hal yang sebesar-besarnya. Bohong dalam perkara kecil seakan-akan sudah terlalu biasa dibuat, tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa..Kadang-kadang ada orang yang rasa malas nak pergi kerja, maka kita akan beri alasan "sakit perut", "cirit birit" atau "anak meragam..."

Tapi, ada juga BOHONG YANG DIHARUSKAN... itu akak sambung entry akan datang ye...

***suka berterus terang..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...