Showing posts with label jiran. Show all posts
Showing posts with label jiran. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Sampah oh sampah

Salam sejahtera semua,

Jadual mengutip sampah kat kawasan perumahan saya ni ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kebiasaannya selepas Jumaat.. kami kena tunggu 3 hari untuk sampah dikutip pada hari Isnin...
Bayangkanlah.. bila weekend, dah tentulah ramai yang rajin memasak atau paling tidak mengemas peti ais..
Makanya.. akan bertimbun la sampah sarap.. sampah basah ada, sampah kering ada...

Kalau rajin, en. suami akan buang sampah di tong besar yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran berhampiran pasar..

Kalau pihak Majis Perbandaran "culas" sehari tidak mengutip sampah... makanya.. macam-macam la yang akan berlaku dengan "sampah-sampah" tu..
-ulat-ulat akan bermaharajalela
-anjing/kucing akan mencari sisa makanan
-sampah akan berterbangan
-nyonya "pencari botol dan kotak" akan meyelongkor
..... isyhhhh.. macam-macam la...

dan pihak berkenaan jangan la marah pulak jika  penduduk bertalu-talu menelefon ke "frontdesk" bertanya bila lori sampah nak datang..

apa-apapun, saya respect kat orang yang kerjanya mengutip sampah..
terima kasih..
 


Thursday, May 23, 2013

Murah betul rezeki saya

Salam sejahtera semua

Dalam hidup saya, saya sangat bertuah kerana rezeki saya selalu dimurahkan Allah. Biarpun rezeki tu tidaklah banyak berjuta-juta, namun saya selalu beruntung kerana dikelilingi oleh orang yang sangat baik...

Baru-baru ni sempena hari guru, jiran saya kak Khursiah dengan baiknya menghadiahkan saya "sesuatu" .

Jom kita tengok..

haaaa... dapat pencil case, redvelvetcake dan choc cookies.. yummmy... yg dbuat oleh anak buah kak khushah.. special tau..
tq kak..


Wednesday, September 19, 2012

Rezeki dari korea

Salam sejahtera semua

saya memang punya hobi mengumpul fridge magnet. 
Kebanyakannya saya beli dan ada yang sudi memberi.
Kalau saya beli, pastinya koleksi dalam Malaysia sahaja. 
Maklum sahaja.. saya belum berpeluang ke luar negara.
Tapi jika ada sahabat yang berpeluang ke luar negara, biasanya mereka tidak lupa berikan kepada saya.
Tetapi saya tak meminta..
Jika ada rezeki.. alhamdulillah...

Terbaru, jiran saya kak Khursiah aka kak Kushah
pergi melawat Korea..
alhamdulillah ada rezeki saya..
terima kasih kak..

Wednesday, May 23, 2012

Terima kasih kak Kusyah..

Salam sejahtera semua

Pagi-pagi nak pergi sekolah:
"Lin, tu ada benda kak Kusyah bagi"
"Eh! Apa tu?"
"Hadiah hari guru"

 

haaa... tersenyum lebar..
terima kasih kak Hajah Khursiah Ismail
yang senang saya panggil kak Kusyah..
jiran saya.. sebelah rumah..
mendepani tugas sebagai anak, isteri, ibu sepenuh masa..

 terima kasih sekali lagi..
saya sangat menghargainya..
Doa saya semoga Allah merahmati hidup kak Kusyah sekeluarga..

nak "add" kak Kusyah sebagai friend, klik aje kat gambar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...