Saturday, November 13, 2010

Keputusan PMR 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semua pelajar tingkatan 3 seluruh negara telah lebih sebulan selesai menghadapi peperiksaan ini... Guru-guru berkenaanpun masih dalam proses menanda kertas peperiksaan adik-adik...

Sementara nak menunggu keluar keputusan PMR ni, apa lah yang adik-adik buat kat sekolah atau rumah? Ada sekolah yang mengambil inisiatif mengadakan sesi lawatan sambil belajar, ceramah motivasi, lawatan ke sekolah vokasional atau SBP sebagai persediaan untuk penbelajaran tahun seterusnya.

Mengikut pengalaman bertahun tahun, keputusan PMR 2010 akan diumumkan paling lewat pada 23 DISEMBER 2010 (KHAMIS) Memandangkan kemasukan ke SM Vokasional seluruh negara ialah mulai 3 Januari 2011. Maka, ada masa lebih kurang 2 minggu sebagai persiapan ke sekolah berasrama...

Keputusan PMR biasanya penting dan dinantikan kerana ia dapat menentukan ke mana hala tuju pelajar seterusnya.. Ada yang baru nak mula merasai tinggal di asrama dan bila naik tingkatan 4, mereka boleh memilih aliran mengikut minat dan cita-cita...

**redhalah dengan apa jua keputusan yang diterima..
berjaya atau tidak ~ pasti ada hikmah disebaliknya..

2 comments:

  1. Tahniah pada yang lulus dengan flying colours...

    Kalo kat sini..masih berdegup jantung menunggu keputusan PSR (kalo kat sana UPSR)....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...