Tuesday, February 27, 2018

Syurga yang kedua

Salam sejahtera



Lama betul nak tunggu sampai 70 episod.
Jalan ceritanya memang thrill.

Konflik keluarga... Suami kahwin dua.. Kahwin dgn kawan baik isteri. Isteri dapat tau.. Nak balas dendam.
Tiap petang di astro maya hd. Ptg td dh episod 56.

Monday, February 26, 2018

Polaroid Cinta Zenia

Salam sejahtera,
Saya memang tak boleh tidak membaca novel.


Ada kawan yang beri pendapat.. pada usia semacam saya ni dah tak sesuai baca novel cinta.
Tp. hobi tetap hobi.
Apa-apapun, novel ni dijamin best sebab penulisnya memang dah banyak menulis dn ini novel dia yg ke enam.
Selamat membaca.

Saturday, February 24, 2018

Selamat Pulang ke Negeri Abadi Buat Sahabatku Harlina...

Salam sejahtera...


Agak terlewat membuka aplikasi whatsapp pagi ini. Memandangkan hari cuti.. tiada apa perkara urgent yg perlu dirisaukan. Lagi pun pagi ni ada plan nak gerak ke utara tanah air.

Namun gerak hati tetap terdetik... Apa khabar sahabat yg sakit di hkl. Gelisah juga mengenangkan utk pergi berziarah. Maklum saja, tuntutan kerja sepanjang minggu selalu membataskan urusan ziarah menziarahi. Weekend biasanya hari utk meluruskan kaki dn merehatkan badan..

Dalam perjalanan ke utara tu barulah sempat nak melihat hfon. Allahhuakbar.. Melihat deretan ucapan innalillahi wainnailaihi rojiun menjadikan hati terus sebak dan air mata mengalir deras.

Sejak arwah bonda pergi ke negeri abadi pada januari lalu... ramai kenalan dan keluarga terdekat yang menyusul. Sedih, sebak, pilu dan pelbagai rasa menyelebungi diri. Namun takdir dan kuasa Ilahi, janjiNya bahawa mati itu pasti.. tidak dapat ditolak oleh manusia. Redha lah kita... Kerana suatu hari nanti.. kita juga pasti menyusul.

Mengenali arwah Harlina bt Yunus..
Kami sama-sama kenal sejak 1981 lagi. Sama-sama membesar di MRSM Kuantan. Lebih akrab juga kerana kami berasal dari Perak. Setiap kali balik cuti semester, kami akan naik bas bersama. Sewaktu di ting. 4 dan 5 kebetulan kami di kelas yang sama. Kenangan suka duka bersama tetap terpahat di ingatan. Walau selepas terpisah hampir 30 tahun kerana tuntutan mencari ilmu (saya di ukm lina di usm), kami masih berhubung melalui alam maya.

Hanya sekali sj sempat berjumpa berpeluk erat semasa majlis perkahwinan seorang rakan.. Kami meneruskan kehidupan masingmasing bersama keluarga dan kerjaya.

Sehinggalah lina disahkan menghidap  kanser... Menerima rawatan, sihat dan sakit semula.

Telah ditakdirkan dalam usia 50 tahun, Allah telah mengotakan janjinya. Allah lebih sayangkannya lebih dari kasih sayang keluarga serta kami sahabat seperjuangannya. Damailah lina di sana di negeri yg abadi. Senyumlah kerana tiada lagi derita kesakitanmu.. Kami akan sentiasa mendoakanmu.
Terima kasih kerana sudi menjadikan kami sebahagian dari hidupmu. Berkongsi suka duka. Semoga kita juga bersahabat di sana nanti. InshaAllah.

Al-fatihah.

Wednesday, February 21, 2018

Tragedi kunci patah

Salam sejahtera


Kenapa gambar kunci? Kunci yg patah..
Haha hari ni memang hari yg menyakitkan. Seawal pagi ada kelas maths. Mengajar kelas hujung memang menyakitkan. Dah la 4 org pelajar dah kena gnatung sekolah 2 minggu sbb kes bertumbuk. Oh! Bosannya. Kenapalah korang datang sekolah bertumbuk? Kan dah menyusahkan semua orang... Hrmm

Ke kantin selepas bebel bebel pd budak... Ada teman menegur..
"tegak je jalan... mesti banyak fikir"
Aduhai.. Kalau ikutkan banyak yang sedang difikirkan... Apa-apa hal sarapan dulu. Sedang menghirup barli lemon ais.. ternampak jarum jam 9:45 pagi.
Alamak... Nak cepat jumpa boss utk sign surat ke JPN.  Semalam dah dapat emel, fon call, sms mintak data sbb sekolah kami je yg tak submit data lg...
Berlari-lari ke pejabat pentadbiran. Nasib baik tak lama menunggu giliran.

Balik bilik jpp, habiskan kerja key-in data pljr tahun 1.
Dh tengahari.. Balik for lunch.

Sebab en. Suami ada kelas jam 2 ptg.. Datang awal. Elok nak buka kunci pintu... ALAMAKKKK kunci terpeleot lalu patah..
Berpeluh dibuatnya calling kawan-kawan mintak pinjam kunci spare...

Nasib baik ada.

Memang hari ni memenatkan. Walau apa juga.. balik rumah layan karenah anak-anak pulak...

Semoga esok lebih baik dari hari ini.
See u 😀😀

Monday, February 19, 2018

Rindu Bonda

Salam sejahtera.


Tanggal Isnin 8.1.18 jam 1515, bonda tercinta telah kembali ke rahmatullah.... Kembali kepada pencipta dan pulang ke negeri abadi.
Sedih, sayu, sebak.. Pelbagai rasa di benak hati yg sukar digambarkan.
Hanya Allah swt yg tahu.


Pemergian bonda yang agak mengejutkan kerana baru sahaja sampai di rumah adik di Kulai. Namun takdir Allah tiada siapa yg boleh menghalang walau sesaat jua.

Semoga roh Allahyarhamah Sarifah Hazmiah ditempatkan bersamasama golongan orangorang yg beriman. Aamiin.
14.7.41~8.1.18

Sunday, February 18, 2018

Nasi Lemak Gong Xi Fa Chai

Salam sejahtera semua...

Blog ni memang dh berhantu.. Lama sangat tak di update.



Dah lama tak masak-masak.
Hari ni sempat masak walau sempoi je. Ingatkan nak buat ayam goreng.. Tp bayang ayam pun tak nampak kat dlm peti ais.
So.. Gunakan apa yg ada.. Nasib baik beli ikan bilis semalam.

Tiada resepi disediakan. 😀😀
Selamat menghabiskan sisasisa cuti yg ada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...