Friday, July 24, 2015

Pencerapan guru

Salam sejahtera..

Alhamdulillah.
Itu perkataan yang pastinya mudah diucapkan dan mendapat pahala Allah swt.
Aidilfitri menjelma sudah dan dapat diraikan dengan penuh kesederhanaan. Cutipun sekejap je.

Habis cuti, bekerja semula dan memulakn tugas yang tertangguh...
Mencerap guru... dah lama saya lakukan. Jika dulu mencerap bakal guru... sekarang mencerap guru lama.. hehe

Pada saya.. apa juga tugas yang diberi selain mengajar... mesti dilakukn sebaik mungkin. Barulah kepuasan bekerja tu kita nikmati dan gaji yang kita dapat itu berkat...




Mencerap dua daripada 9 orang guru memerlukan masa dan pandaipandailah untuk mengagihkan masa yang ada. Mengajar nak kena juga.

Namun sekarang.. semua instrumen pencerapan telah dibekalkan. Gunapakai sahaja.

Oklah... terasa panjang pulak entri kali ni...
Hingga jumpa lagi.

Thursday, July 2, 2015

jun, julai dan ramadhan

Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. Allah masih beri ruang waktu untuk mencoretkan sesuatu di blog yang dah bersawang ni. Seringkali menyalahkan masa sebagai kekangan meluahkan sesuatu. Tiada yang pasti apabila kesibukan melanda. Semua nak dibuat dalam saat yang sama.

Alhamdulillah.. telah dan sedang berada di bulan ramadhan almubarak. Setiap amalan walau sebesar zarah.. dilipatgandakan pahalanya. Amalan wajib dan sunat.. marilah kita garap seadanya... jangan lupa bahagikan masa 24 jam untuk beribadat.. bekerja dan berehat.

Setiap kali ramadhan.. pasti niat dan azam untuk khatam alquran. Namun belum lagi kesampaian. Alangkah indahnya jika dapat khatam walaupun sekali. Istiqomah yang sangat penting. Jika setiap kali solat kita baca 4 mukasurat... darab 5.. maka sehari 20 muka surat. Sebulan dh 60 mukasurat. InshaAllah.. khatam lah ...

Amalan bersedekah juga sangat baik dan digalakkn untuk kita lakukan di bulan mulia ini.

Pastinya jun telah meninggalkan kita. July pula menjelma. Ramadhan akan menghilang di balik tirai syawal. Hidup perlu diteruskan walau apa juga dugaan dan cabaran yang mendatang. Semua itu mendewasakan diri kita.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga kita berjumpa di lain entri. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...