CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 15, 2009

Akaun nuffnang yang agresif...

Sejak mula berblog setahun yang lalu, macam-macam gadget yang nak disumbat dalam blog yang terhad ruangnya ni... tengok blog orang yang ada glitter, akupun nak jugak.. tengok layout blog org cantik, akupun nak try buat jugak...

tengok orang ada nuffnang, akupun buat jugak...

tapi selepas lebih setahun berblog, aku hampir melupakan tentang akaun nuffnang aku .. username n passwordpun lupa terus.. bila aku jengok blog kengkawan esp yanmie dan kak ina kl, aku teruja kembali untuk menjengok akaun yg dah bersawang tu... mulalah aku selongkar balik buku "magic" aku sebab semua username n password segala benda aku letakkan kat situ. Nasib baik jumpa... dan inilah hasilnya.. harusku tersenyum lebar kerana earning aku bercambah...



maaflah sebab terpaksa sorokkan RM RM tu.. bukan apa.. tak maulah riak... ada yang dapat banyak dari tu pun tak bising.... tapi walau sikit, syukurlah sebab bukan ada orang saja-saja nak bagi kita duit free tau..

Dikesempatan ni aku ucapkan terima kasih kepada semua yg sudi datang.. bagi komen, dan paling penting... datang dan klik-klik kat iklan tu...
sudikan datang lagi, baca blog ni dan klik-klik kat iklan tu ye... aku sendiripun teruja pegi terjah blog kawan-kawan n klik-klik...

Ok.. kepada blogger yang belum tempek iklan kat blog tu, boleh terus klik sini.. dan sign up dulu ye...

selamat mencuba

Saturday, December 12, 2009

Zoooommmm Rumah Rehat Adeline

Musim cuti sekolah yang panjang ni, mesti ramai yg nak menghabiskan masa cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang macam-macam...

Anak-anakpun penat duk rumah.. atau asyik baca buku atau main ps...

Minggu lepas aku balik kg sat.. sambil hadir kenduri kawin, sesaja jenjalan kat sekitar pekan Gopeng. Aku ni nama je orang Gopeng.. tapi tak tau ceruk rantau sendiri. Niat asalnya nak cari muzium Gopeng. Tapi tak jumpa.. (memang sah la aku ni 'buta' di tempat sendiri...)



"Jom kita pegi tengok apa ada kat Rumah Rehat Adeline tu... orang tv3 pun dah sampai sana.. kita pun tak pernah jengok..."

maka kamipun melalui kg jelintoh,,, kg sg itik,... kg pintu padang....





"macam mengarut je... dah masuk hutan ni... nak pegi kg orang asli ke?"

"jom je la.. alang-alang dah sampai...."

walau dalam hati berdebar melalui jalan macam naik cameron highland dari tapah... kami redah jugak...





.... dan akhirnya kami sampai jugak.. sekadar menggunakan camera hfon...
memang dalam hutan...
tapi jalan ke sana ok.. bertar tapi sempit sikit la...



klik gambor untuk tumbesaran...

Ha, ni peta ke sana...
sesapa yang suka aktiviti yg adventure,
boleh klik kat sini untuk maklumat lanjut.


selamat Zoooommmm ke Rumah Rehat Adeline

shopping shopping shopping


Bukan shopping handbag... atau baju.. atau tudung.. hehehe

Aku pasti bagi ibu-ibu yg anak-anak dah sekolah... masuk je bulan disember.. berpusu-pusu bershopping sakan...

baju, seluar, kasut, stokin, beg.. .. semua nak baru. itu belum lagi buku-buku dan peralatan tulis... belum lagi yuran sekolah (nasib baik buku teks free..)

sorang anak je seratus.. itu untuk pakej dua pasang baju dan sepasang kasut...

kalau tiga orang? lima orang?

bagi yg mampu ok lagi... yg tak mampu, pakai je baju, beg, kasut lama.. itupun kalau elok lagi dan yang penting muat... kalau cuti sekolah bertambah tembam?... silap-silap yg baru pun tak jual.. terpaksa tempah..
macam ikhwan (teruna sulung).. seluar terpaksa tempah kat kedai.. RM70 .. ha amik kau...
tu baru sepasang...


kedai sekarang ni kedekut sangat nak bg diskaun.. bagi free gift pun sekadar sebotol pemutih kasut... kalendarpun kena mintak..

sekarang ni semuanya mahal. anak-anakpun demand lebih.... mak ayahpun ikut je... janji anak nak pegi sekolah...

So, ibu bapa yg belum shopping baju/peralatan sekolah anak-anak, jom... jangan tunggu last minute, nanti first day sekolah.. ada pulak anak-anak yg pakai kasut/baju lusuh tahun sudah...

Friday, December 11, 2009

Kesibukan melanda di hujung tahun

Untuk tiga minggu terakhir tahun ini, aku akan menyibukkan diriku..... dengan kerja-kerja yang menambah pengalaman... hehehe...

dalam sibuk dengan tugas seorang guru, aku cuba jugak luangkan masa untuk menjahit langsir tingkap dapur. Langsir yg aku jahit sebulan lalu tu tak memuaskan hatiku. maklum saja duduk di kawasan perumahan ni... rumahnya dekat-dekat... bila "terseksi", takut ada pulak "mata-mata" nakal yang nak skodeng...

"Kenapa ko buat langsir camtu?"

"Orang atas tak nampak ko ke?"



"Kalau pasang lampu, orang boleh nampak kan?"


Macam-macam...
malas nak jawab, aku pecut ke KAMDAR... beli kain RM3 semeter... jadilah.. modal tak sampai RM10 aku dah boleh buat langsir baru...


tapi sebab sibuk sangat, tak sempat nak snap gambor...


juga dalam sibuk-sibuk.. sempat juga berblog n berfb...
insyaAllah .. aku masih sayangkan blog ni.. sebab tu lelabah tak sempat nak memenuhkan sawangnya...
sebab seronok berfb.... aku dah jumpa balik kawan-kawan yg lama "hilang"....

kepada sesapa yg ada fb, boleh join aku.. klik je kat sidebar tu okay...

buku ceritapun nak dibaca gak....

cucu betongpun nak tengok gak.. hehehehe...

Thursday, December 10, 2009

mas kahwin RM300??

gambar sekadar hiasan...
jangan marah Azmer...

ko kawin org kelantan...
lagi mahai beb...



Berita malam tadi... mulai januari 2010, mas kahwin di negeri Selangor akan naik 300%.. daripada RM80 kepada RM300.

itu bagi anak dara... kalau janda, dari RM40 ke RM300...

bagus gak tu....

mesti ada hikmah disebaliknnya...

nasib baik teman oghang perak.. hehehe

Saturday, December 5, 2009

Ikan oh ikan

Bila dah berpindah ke rumah baru, ikan yg ada pun kenalah dibawak bersama... disebabkan rumah ni bukan corner lot, maka suami aku terpaksa cari alternatif lain beli kolam fiber.

Katanya... sementara nak buat yg baru....

aku hanya senyum.. ntah bilalah ikan ni nak dapat tempat yg selesa.


aku cadangkan bela dalm akuarium je, tp.. biasalah org lelaki.. dorang nak jugak buat kolam segala bagai..

yg seronoknya bela ikan ni bila dapat tengok dia membesar dan liuk lentuknya dapat menenangkan fikiran...

Friday, December 4, 2009

Mee rojak


Aku suka sangat makan rojak. tapi sesekali pekena pulak mee rojak. Basic sama je.. cuma tambahkan mee..

Nak buat sendiri, memang macam tak berbaloi.. so.. beli je..
Kalau kat tempat aku ni, biasa aku beli kat restoran ni je...

memang sedap.. tp jangan makan selalu... sebulan sekali ok kot...

Sesiapa nak resepi klik sini je lah...
~terima kasih cik gugel..

Thursday, December 3, 2009

Bawa hatimu kepada tuhan..


Bukan hanya novel...
menelaah juga buku yg membantu menambah ilmu di dada..


"Kini usiaku menjengah empat puluhan. Semuanya cepat dan pantas sekali tanpa ada penangguhan. Bermakna seruan ke arah kematian semakin bergema kedengaran walaupun syaitan dan nafsu berhempas pulas cuba melengah-lengahkan."


mmmm...
jika tidak berlaku perubahan di usia 40an, tunggu pula di usia 60an.. kalau sempat.. kalau tak?

Wednesday, December 2, 2009

sakit...

Kesian Ikhwan, putera sulung..sejak balik kelantan asyik sakit perut n sesekali muntah-muntah...



badan panas dan batuk-batuk...

bawak g klinik...

cuaca di sana masa tu memang tak berapa baik
asyik hujan je..

budak-budak ni pulak suka sangat teh o beng...
suruh minum air panas... jangan harap..

moga ikhwan cepat sembuh..

Tuesday, December 1, 2009

...dan aku ber"shopping" lagi...



Cantiknya beg....
aku memang tak boleh tahan godaan...

2 raya haji aku ke negeri serambi mekah..
misi utama .. hadir untuk sama-sama memeriahkan perkahwinan sepupuku, Azmer.. bersama pasangannya Zie.. di Bukit Panau, Tanah Merah.





Namun bila dah ke sana, mana mungkin tidak melawat "kedai-kedai" yg ada di sana..
maka bershopping sakanlah aku...


kerana itu juga , kami dengan penuh tekad merempuh kegelapan malam dan berkabus melalui jeli.... sampai rumah mak di Gopeng tepat 1:44 pagi... hehehehe...terror kan?

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya...



Salam Aidil Adha buat semua kenalan dan pengunjung blog yg merayakan hari yang penuh pengertian ini...

Selamat menjalani ibadah korban

Syukur kerana tahun ni raya jatuh pada hari Jumaat


p/s : yg ada penyakit darah tinggi, jgn makan daging banyak-banyak..

Tuesday, November 24, 2009

Kerenah si kecil

Anak kecil... memang macam-macam ragam....
Semalam konvo...
mula-mula ceria...







Bila dah penat, maklumlah banyak sangat buat "show".... mengaji, bernasyid,... mula penat dan tarik muka 18....



Terus ajak ke "NASI AYAM MAMA"
melebar senyum....


konon tak nak makan...



haaa.... ambik kau...
nasi ayam special...
tak habispun..
bungkus bawak balik...


Monday, November 23, 2009

convo? hehehe


Alhamdulillah... dalam pada "ponteng" sekolah selama sebulan, konvo jugak anak kecilku ini...
Walau tidak sehebat mana, sebagai mak, sudah pasti lega kerana akhirnya selesai menghabiskan program tadikanya... tahun depan masuk tahun 1.. moga lebih rajin ke sekolah...



Semalam, Ahad 22/11 telah diadakan majlis graduasi di Hotel Lead View, Seri Manjung... aku dulu tak pegi tadikapun....

Kita layan gambor je...

Am besar nak jd apa?

nak jd body guard...

hahaha.. padahal, dialah yg paling kecil antara kawan-kawan...
(Am paling kiri)


melayan budak-budak.. mana boleh diam...


bangga menunjukkan gambar kengkawan..


macam-macam acara...

Hari ini gaji?




Hari ni gaji ke?
Hanya selepas 45 hari bekerja?
Betul ke? Bukan 25 hb ke? Hari rabu?

Elok sangatla tu... dompet aku dah tinggal skeiling je..






Aku tak kesah.. gaji ke tak gaji ke... duit aku banyak...

Semalam baru je dapat rezeki... terpijak...

Seronoknya kalau hari ni gaji... boleh aku habiskan saki baki duit yg ada...

Alhamdulillah....

Friday, November 20, 2009

cuti bersama....... kecintaanku....



bagaimana untuk aku lepaskan masa cuti yg ada ini mentelaah novel .... seperti mana gilanya aku pada episod ini...


pastinya selepas ini jika ada anugerah NILAM utk guru.. aku termasuk dalam senarai anugerah EMAS? urghhh.. perasan!!!

aku suka ke kedai buku.. borong mana yg berkenan... tidak terlepas pada novel kecintaanku...


... dan kali ini "aku cinta dia" menjadi pilihan.... terima kasih


bukan tiada kerja lain nak dibuat,
bukan meninggalkan bacaan Al Quran,
namun kecintaan ini membuatkan aku
mengulang bacaanku.. untuk ke n kalinya.. .
terima kasih lily... novelmu ini bisa mengalirkan air mata ...

begitu juga "bayangan rindu"... mengingatkan aku zaman persekolahan...


terima kasih kepada semua ......