Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Aku, en suami dan gastrik

Salam sejahtera buat pengunjung blog saya yang saya sanjungi...

Kekangan masa membuatkan saya agak leka untuk update blog ini. Bukan lupa. Sentiasa di hati.
Hari ni rabu 11.3.2015 saya bercuti.
Cuti rehat khas bagi kakitangan kerajaan bergelar guru. Rehat kerana jaga en. Suami yang tidak sihat. Gastrik yang teruk.
Sebenarnya semalam 10.3.2015 saya dah bawa dia ke emergency hospital. Nasib baik hospital kat sebelah rumah je.
Lepas maghrib en. Suami dah tak tahan menanggung sakit. Tiba di hospital.. terus buat ecg. Kot2 ada masalah jantung. Menunggu lagi slps doktor Taqiuddin memantau, mengambil darah dan memeriksa perut. Disebabkan ini kali kedua nak pergi ER maka saya dah bagi makan en. Suami dan perut saya juga.. hehe..  saya bawak bekal roti, kurma dan air. Macam nak berkelah. Bukan apa.. tak payah saya kelam kabut cari kedai jika en. Suami nak makan atau minum. Haaa.. satu tote bag penuh siap tisu sekali. Sbb lps buat ecg tu.. banayak gel melekat sana sini... kena lap sendiri..

Alhamdulillah slps diberi ubat "kapur" tu.. saya lihat en. Suami lena tidur dan sayapun nak mencari tempat duduk melabuhkan pinggang sebentar selepas hampir 2 jam berdiri. Oh! Saya dah terlena rupanya bila handfon saya berdenting...

"Aku ada kat bilik pemerhatian hari tu"
Teks en. Suami saya baca sambil mengesat mata. Dengan pengalaman yang ada saya dapat melepasi makcik guard hospital ke bilik pemerhatian..

dan macam hari tu juga..
"Abg dah boleh balik. Saya bagi ubat. Jika ada sakit lagi.. datang lagi.."
Alhamdulillah. Cuma gastritis.
Nampaknya saya kena lebih "jaga"  makan en. Suami dan pastikan dia tak stress...
semoga Allah menyembuhkan sakitnya.. Aamiin..


Sunday, December 14, 2014

Ikhtiar perubatan kanser tahap 4

Salam sejahtera semua..

Sharing is caring..

Bukan setakat share resepi dan tips di dapur.
Untuk sihat pun kita boleh share petua...

Ustaz yang saya panggil abah masa belajar di MRSM KUANTAN dikesan mendapat kanser paru-paru. Banyak perubatan alternatif yang boleh kita cuba. Selain perubatan moden (hospital).

Saya sharekan apa yang ustaz saya buat. InshaaAllah.. kita usaha.. Allah yg menyembuhkan.


 Ambil 100 helai daun belalai gajah dan sebiji apple hijau. Blend dan minum airnya.

Aprikot. Dalam bentuk biji. Kapsul minyak. Atau kapsul serbuk.

Sesungguhnya kita berikhtiar...

Monday, December 8, 2014

Ikhtiar untuk sakit barah

Salam sejahtera semua,

setiap penyakit pasti ada ubatnya.. kita berusaha...

sumber yang saya kongsi

Doa melembutkan hati anak-anak

Salam sejahtera semua,


Cubalah...  
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik
dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.


sumber yang saya kongsi

Tuesday, June 10, 2014

Mencari McD di Alor Setar

Salam sejahtera semua..

Anak sulung yang belajar di Kolej Mara Kuala Nerang sibuk teringin nak makan burger McD. Cuti yang baru ni kami pergi melawat dia. Walau baru 10 hari memulakan sesi pembelajaran di tempat baru, kerana cuti sekolah.. itu saja masa terluang yang dapat dikongsi bersama.

Kami memulakan perjalanan dari Gombak (setelah 4 hari di kg) menuju ke Alor Setar. Dah biasa bermalam di sana, kami agak keberatan untuk mencari homestay di Kuala Nerang.

Walau agak sibuk dengan tugasan belajar, hasrat nak makan burger McD tidak dilepaskan. Tidak tahu di mana lagi restoran makanan segera ini berada, kami "ziarah" tempat yang paling hampir dengan tempat kami menginap.


City Plaza bersebelahan dengan UTC Alor Setar..
 


Terima kasih en. google map! (B)
 

 Dua-dua kami beli..
lepas tu sakit perut.. haha

ada ke tempat ni? Bila berpeluang, nanti kami singgah sini pulak...

Monday, June 6, 2011

Ke hospital manjung

Salam sejahtera semua..

hari ni dah isnin.. bermakna cuti sekolah ada lagi seminggu... tapi sakit di bahagian rahang ni tak jugak baik-baik... dah hampir seminggu. Mulanya ingatkan sekadar sakit sebab gusi bengkak atau panas dalam.. tapi bila melarat ke sendi tangan dan lutut.. nak solatpun susah... adusss.. terasa susahnya hidup bila nak makan pun susah... nak genggam tanganpun susah...

"Esok mesti pegi hospital"
"mak nak pegi hospital?"

.. kadang-kadang aku rasa hospital memberikan rawatan terbaik.  ke klinik swastapun ok... tp dah banyak kali sakit aku terus hospital je.. hospital ada kat sebelah rumah je.. hehehe

 kat kaunter ni urusan pendaftaran, ambil nombor giliran dan buat pembayaran
pembayaran cuma RM1
kalau ada 'guarantee letter' free of charge..


no 1146... so kena tunggu lagi 59 giliran
 biasalah hari isnin.. ramai orang
so, terpaksa menunggu hampr sejam setengah


 alhamdulillah bilik banyak .. ada 5...
aku masuk bilik 3 jumpa doktor..
lepas dia check rahang, bp dan jantung
dia bagi surat ambil ubat di kaunter ubat..
doktornya serius je...
(okaylah tu.. janji aku boleh baik)

sekejap je di kaunter ubat sebab orang dah tak ramai...
kat slip ubat tu aku nampak tulisan doktor tu arthritis...
alamak... dah tuanya aku...
lepas ni kena rajin minum susu..

zofen tu  ubat tahan sakit 
dan magnesium trisilicate co. tu ubat yang kena kunyah dulu baru telan..
rasa gula-gula mint!

ni ubat sapu kat sendi-sendi yang sakit..
berminyak dan berangin

google cari maksud arthritis

...dan alhamdulillah selepas makan ubat, ada rasa lega...

"sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...