Thursday, November 11, 2010

Slot Akasia TV3 ~ Seribu Kali Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

slot akasia ~ chinta ~ lakonan Fasha Sanda akan berakhir hari ini... Bermula 15 November 2010 ni, satu lagi slot Akasia yang baru.... seribu kali cinta.. akan ditayangkan..
Dalam drama genre romantik komedi ni membariskan para pelakon seperi Kamal Adli, Norkhiriah, Cat Farish, Intan Ladyana, Abu Bakar Omar, Rozie Othman.



Mari-mari kita skodeng sinopsis cerita ni.. kot-kot ada pengajaran yang boleh kita ambil...

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

*** jom komen...

4 comments:

  1. Macam cite orang puteh laa.. Ape entah tajuk dia.. Tapi apa pun, bergenre cinta, saya sukalah kak Lin.. Kikiki.. :p

    ReplyDelete
  2. Kamal adli ok laa.. tp marsha.. not like.. gedik terlampau...hehehe..
    lain ar lisa surihani.. aww....
    hahahaa..
    btw,hope more nilai murni dlm cite nih.. ehe

    ~ ek eh awk ni cik Hana,pantang ade love2 suma like2.. hehehe..
    ni dokter sakit puan ker dokter chinta.. hehee...

    ReplyDelete
  3. dr farhana,
    akak pun suker cintan cintun ni..tp yg simple je..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...