Salam sejahtera.
Dah malam baru sempat update.
Hari ni 12.3.2018, tarikh ulangtahun perkahwinan kami yg ke 23.
Jangka masa yang panjang. Lebih dua dekad.
Alhamdulillah. Kami dikurniakan tiga cahayamata yg sedang dewasa. Lebih banyak cabaran menanti.
InshaAllah semoga jodoh berpanjangan dunia akhirat hingga ke jannah. Terima kasih en. Suami kerana sudi menyintai daku sepanjang hayat.
Showing posts with label haris. Show all posts

Monday, March 12, 2018
Wednesday, March 11, 2015
Aku, en suami dan gastrik
Salam sejahtera buat pengunjung blog saya yang saya sanjungi...
Kekangan masa membuatkan saya agak leka untuk update blog ini. Bukan lupa. Sentiasa di hati.
Hari ni rabu 11.3.2015 saya bercuti.
Cuti rehat khas bagi kakitangan kerajaan bergelar guru. Rehat kerana jaga en. Suami yang tidak sihat. Gastrik yang teruk.
Sebenarnya semalam 10.3.2015 saya dah bawa dia ke emergency hospital. Nasib baik hospital kat sebelah rumah je.
Lepas maghrib en. Suami dah tak tahan menanggung sakit. Tiba di hospital.. terus buat ecg. Kot2 ada masalah jantung. Menunggu lagi slps doktor Taqiuddin memantau, mengambil darah dan memeriksa perut. Disebabkan ini kali kedua nak pergi ER maka saya dah bagi makan en. Suami dan perut saya juga.. hehe.. saya bawak bekal roti, kurma dan air. Macam nak berkelah. Bukan apa.. tak payah saya kelam kabut cari kedai jika en. Suami nak makan atau minum. Haaa.. satu tote bag penuh siap tisu sekali. Sbb lps buat ecg tu.. banayak gel melekat sana sini... kena lap sendiri..
Alhamdulillah slps diberi ubat "kapur" tu.. saya lihat en. Suami lena tidur dan sayapun nak mencari tempat duduk melabuhkan pinggang sebentar selepas hampir 2 jam berdiri. Oh! Saya dah terlena rupanya bila handfon saya berdenting...
"Aku ada kat bilik pemerhatian hari tu"
Teks en. Suami saya baca sambil mengesat mata. Dengan pengalaman yang ada saya dapat melepasi makcik guard hospital ke bilik pemerhatian..
dan macam hari tu juga..
"Abg dah boleh balik. Saya bagi ubat. Jika ada sakit lagi.. datang lagi.."
Alhamdulillah. Cuma gastritis.
Nampaknya saya kena lebih "jaga" makan en. Suami dan pastikan dia tak stress...
semoga Allah menyembuhkan sakitnya.. Aamiin..

Friday, March 6, 2015
Mac datang lagi
Salam sejahtera buat semua
Istilah penat akan sentiasa ada dalam diri manusia.
Namun.. sebagai manusia yang diberi akal.. semua tu normal.
Letih, bosan, penat, susah.. benci..
Semua tu istilah negatif yang perlu kita hindarkan.
Kenapa bila kita penat.. kita akan menyesali hidup.
"Penat buat kerja, tp yang dapat nama... orang tu jugak."
"Penat je.. tk ada hasil"
Saya tulis tentang penat kerana rasa penat tu datang dari pelbagai sudut
Kita ambil positif setiap yang kita lakukan
Kita buat apa yang kita suka asalkn tidak mengganggu orang lain..
Asalkan tidak merosakkn muka bumi ini.
Asalkan kita bahagia... dah dikira ok.
Mac datang lagi. Bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya.
Bulan yang menemukan saya dengan jodoh saya.
Alhamdulillah. Tahun ni 20 tahun saya menjadi isteri. Bukan sedikit tanggungjawabnya.

Labels:
aktiviti,
cinta,
hari istimewa,
haris,
hazlin,
kasihsayang,
kehidupan
Thursday, January 1, 2015
Selamat Tahun Baru 2015
Salam sejahtera semua
Selamat datang 2015.
Semoga Allah sentiasa berikan rahmatNya untuk diri saya, suami, anak-anak, emak saya, bapa mertua saya, adik beradik ipar duai, saudara mara, rakan-rakan dekat dan jauh, guru-guru dan anak didik saya serta semua umat di dunia.
Mengharapkan tahun 2015 akan saya tempuh dengan penuh yakin dan sabar. Mengharapkan diberi kekuatan diri untuk menjadi pendidik yang ikhlas mencurahkan ilmu. Menjadi pekerja yang sentiasa positif dan proaktif dan sanggup menerima tugasan dengan "open minded".
2015 juga akan dihadapi dengan kerja keras untuk mendidik anak-anak buah hati saya yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM. Izham dan Fateha. Semoga mereka rajin solat, mengaji dan menelaah buku pelajaran. InshaaAllah kejayaan pasti milik mereka.
Saya nak jadi isteri mithali buat suami tercinta. Hanya Allah yang tahu betapa cinta saya pada en. suami tidak bertepi. Saya akan baiki diri untuk jadi yang terbaik.
Saya ingin menjadi anak yang lebih berbakti kepada emak dan ayah mertua. Sementara ada... sesungguhnya tanpa mereka siapalah saya...
Sebagai hambamu ya Allah.. ingin saya sentiasa mendekatkan diri padamu... berazam bersolat awal waktu dengan lebih khusyuk, mengukuhkan amalan wajib dan sunat.. perbanyakkan zikir dan membaca alQuran... sentiasa memohon keampunan darimu...
Semoga harapan dan doa ini kau perkenankan ya Allah...
Aamiin ya rabbal 'aalamin...

al Quran,
doa,
exam SPM,
famili,
haris,
hazlin,
ikhwan,
izham,
nurul,
ucapan terima kasih,
upsr
Saturday, September 27, 2014
Kenapa black out?
Salam sejahtera semua
Pukul 230 pagi semalam rumah saya black out...
Dah kepanasan dan berpeluh hingga pagi..
"Alamak... hari sabtu ada LADAP.. baju tak gosok lagi"
"Tak apa.. harap pagi esok ada la letrik tu..."
Ermmm.. tunggu sampai jam 6 pagi... masih gelap.. hanya ada cahaya lilin.. huhu
sampai hampir 8 pagi...
sudahnya cari baju dan tudung yang tak perlu gosok
entah di mana silapnya..
rumah jiran semuanya terang benderang..
nasib baik dapat suami yang pakar letrik..
tapi kena tunggu sampai selesai LADAP dan urusan lain..
hampir 3 ptg.. baru ok...
tq darling.. :)

Wednesday, September 17, 2014
Sebelum bercuti...
Salam sejahtera semua..
Oh! Oh! Hari ni dah Rabu. bermakna dah 5 hari cuti sekolah berlalu... Tapi saya tidak bercuti sebab kolej vokasional tidak bercuti.. ermmm...
Anak-anak bising..
"Mak, bila nak bawak kami pegi jalan-jalan?"
"Hari-haripun berjalan.. hari-hari bawak pegi pasar malam, makan kat luar, jalanjalan ke Lumut.."
Tak apa.. nanti kita pegi tengok abang wan.."
haaa.. kesian anak-anak.. walaupun yang di rumah tu tinggal berdua je..
tapi saya boleh ambil cuti. Lagipun encik suami ada hal ke Perlis..
"nak ikutlah!"
tapi sebelum bercuti, harus pastikan semua siap... kerja yang ada "dateline". Kuliah yang ada di"tukarganti" dengan pensyarah yang lain. Rumah juga harus dikemaskan... Barulah dapat bercuti dengan senang lenang...
Selamat bercuti and drive safely...

Wednesday, August 6, 2014
20th ~ hijrah wedding anniversary
Salam sejahtera semua
Abang...
20 tahun hijrah telah dilalui bersama. 10 syawal 1415 - 10 syawal 1435.
Pantas masa berlalu.
Banyak peristiwa manis dan pahit yang telah dilalui bersama.
Aku tetap bersyukur kerna dikurniakan insan setulus dan semuliamu..
Hati kita bertaut kerna Allah..
Cinta seperti Adam dan Hawa meresap di sanubariku.
Aku hanya tahu aku akan mencintaimu sehingga ke syurga..
Semoga Allah sentiasa meredhoi kita.
Merahmati kita dan anak-anak..
Amin..
10 syawal 1435.
6 Ogos 2014
Seri Manjung..

Monday, April 7, 2014
Pelancaran Program Minggu Inovasi peringkat KVSM 2014
Salam sejahtera semua
Hari ni bersamaan 7/4/2014 berlangsung pelancaran Program Minggu Inovasi peringkat Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM) 2014. Pelancaran pembukaan dirasmikan oleh En. Mohd Lotpi b Razali, Timbalan pengarah Akademik KVSM.
En. Haris b Nordin, Penyelaras Pembudayaan Inovasi KVSM selaku Penyelaras Program ini menerangkan kepada pelajar program yang berlangsung sepanjang minggu. Antaranya ialah Kuiz Inovasi, My Ideation dan Ops! Santai...
Semua pelajar yang menyertai pertandingan ini akan mendapat meningkatkan daya inovasi masing-masing selaras tema program.. "Satu Pelajar Satu Inovasi"

Wednesday, April 2, 2014
19 tahun menyulam cinta....
Salam sejahtera semua...
Semoga semua yang sudi menyinggah di blog ini akan dilimpahi rahmat Allah hendaknya...
Tanggal 12.3.2014 yang lalu, sampai sudah 19 tahun usia perkahwinan saya bersama suami.
Tiada yang lebih bahagia di dunia ini apabila dapat berkongsi kasih dan merasai bahagia bersama orang yang tersayang...
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku suami yang sebaiknya.. menjadi imamku.... menyayangi aku.. membahagiakanku..
mengurniakan 3 orang zuriat buatku .. yang sejuk mata memandang... yang mendengar kata...
Banyak asam garam rumahtangga yang telah dilalui bersama..
terima kasih suamiku ..
faham kerenahku, sabar dengan kedegilanku,
segala kegembiraan dan kesedihan bersama..
akan aku jadikan sebagai bekalan buat menghadapi hari mendatang..
sesungguhnya ucapan syukur dan terima kasih ini juga kutujukan buat ibuku
kerana melahirkan.. menjaga dan merestui jodohku ini..
Oh! Allah .. Kau restuilah jodoh ini..
Kau kekalkanlah jodoh ini hingga ke syurga Jannah Mu..
Amin..
~Sampai bersua lagi...~

Monday, June 17, 2013
Hadiah Hari Bapa : KFC Free Snack Plate Combo Giveaway with Purchase!!
Salam sejahtera semua
Selamat hari bapa buat semua lelaki yang bergelar bapa di seluruh dunia.
Suami saya tidak meminta-minta.... dan saya tidak pulak memberi-beri... tetapi tetap ingat untuk meraikan hari-hari yang istimewa. dan saya tahu suami saya akan terima apa saja pemberian saya..
kebetulan hari sabtu lepas kami keluar bersama...
haaa. ni hadiah saya untuk dia.. hehehe all in one!
bukan beli snack plate dapat flask ye... tapi.. beli flask, dapat free snack plate O.K... Ingat nak yg colour merah.. tp dh out of stock.. ambik la yg warna sebelah hitam tu...mcm gold sikit-sikit..
Sebenarnya KFC sedang meraikan 40TH Anniversary dorang. Tu yg bagi Anniversary Flask (460ml) by Thermos dengan harga RM25.90 walaupun harga sebenar ialah RM89.90.... (dengan percuma Set Snack plate)
en. suamipun suka... jangan marah ye.. walau harganya murah.. setakat RM25.90.. tapi setiap kali en. suami minum air teh O guna flask tu.. tentu dia ingat kat darling dia.. hihihi...
OK.. SELAMAT SEMUANYA..

Monday, May 27, 2013
Projek cuti sekolah
Salam sejahtera semua
Bila cuti sekolah.. apa lagi yang kita nak buat ye...
Idea ni dah lama saya fikirkan..
hihi..
Apalah agaknya..
Selama ni sejak berpindah ke rumah baru, kawasan rumah saya memang tiada tempat untuk menyidai pakaian. Bila hari hujan atau anak-anak lambat membasuh pakaian, bilik bawah yang satu tu menjadi bilik menyidai kain...
saya agak rimas kerana selain faktor bau, bila saudara-mara datang.. aduhai... memang susah nak basuh/menyidai kain.
Dah lama merengek kat en. suami suruh dia pasangkan kipas dan bolehlah bahagian yang sempit tu dibuatkan ruang laundry...
Sebenarnya nak cari kipas kecil yang menjadikan projek ni tertangguh. Bila cari kat kedai elektrik, semua kata..
"kena order dulu"
"lama mau order"
"oh itu kipas??? mau order sekali tiga.. lama"
haaaa.. hari tu pegi kedai elektrik kat rumah.. ada.. terus suruh en. suami beli...
maka projekpun bermula..
Saya cukup bersyukur sebab saya ada suami yang pandai buat wiring elektrik... Thanks darling :)
So, saya tak perlu bermodal besar untuk apa-apa urusan berkaitan elektrik.. Bayar? Tetap kena bagi upah la walau en. suami kan....
Anak bujang sayapun boleh membantu. Tapi kena "suruh".. baru buat.. biasalakan..
Ok... jumpa lagi..

Saturday, January 5, 2013
Happy birthday my precious hubby..
Salam sejahtera semua..
Macam biasa setiap 5 hb January setiap tahun..
Celebrate birthday suami..
Tahun ni macam biasa.. bukan celebrate beria..
Tambahan hari ni hujan hampir sepanjang hari..
Birthday "boy" pun tak kesah..
Saya sekadar masakkan dia nasi jagung..
apa-apapun saya doakan suami saya ni dirahmati Allah sentiasa walau apa jua yang dilakukannya..
Aminnn..
Wednesday, August 8, 2012
Mengecat rumah ~ alkisahnya
Salam sejahtera semua
Hari ini Rabu 8-8-2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433..
bila saya belek-belek fail foto yang dah menimbun dalam lappy saya
saya ternampak foto al kisah mengecat rumah ni..
Sebelum puasa sagi saya dah pesan pada suami..
kalau nak cat rumah, jangan tunggu bulan puasa
tapi nampaknya..
ermmm..

Sebaik bersahur hari pertama Ramadhan,
suami saya tak sabar tunggu hari siang..
nak pegi beli cat sebab katanya roh mengecat tu dah datang
hahaha..
dia suruh pilih warna, saya kata biru muda..
tapi dia kata nanti warna lama nampak...
"terpulang...."
menunggu warna cat dicampurkan...
setelah dicat, dinding yang asalnya hijau muda..
dah jadi oren pekat gelap...
bila pasang lampu, okay lagi..
bila off???
gelap gelita..
rasa rumah saya sempit..
tapi saya kata mula-mula aja.. tp lama-lama ok la...
tapi suami saya tak puas hati..
esoknya dia terus pegi beli cat lain..
inilah hasilnya...
biru..
dan yang kelakarnya rumah saya dah jadi macam tadika sebab
very colourful...
saya tak kesah..
ada orang yang terlalu tegar dengan pilihan warna
bagi saya, rumahku syurgaku...
Wednesday, May 16, 2012
Selamat Hari Guru 2012
Salam sejahtera semua
hari ni, semua guru di Malaysia meraikan Hari Guru.
Tema hari guru untuk tahun 2012 ni ialah
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Saya secara peribadi sangat berbangga kerana sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke 41 pada tahun ini diadakan dibumi Perak Darul Ridzuan.. di daerah bandar diRaja Kuala Kangsar
pelbagai program dirancang dan dijalankan
antaranya:
pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh pempamer-pempamer (exhibitor), permainan berasaskan pendidikan (edu-games),
jualan buku-buku dan majalah dan sebagainya yang melibatkan interaksi
secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi
kerajaan, agensi bukan kerajaan dan masyarakat setempat.
Untuk keterangan lanjut, anda semua bolehlah melayari http://www.adap.com.my/festival/
Labels:
guru,
hari istimewa,
haris,
hazlin,
kehidupan,
teaching learning
Friday, May 11, 2012
Sayang ayah
Salam sejahtera semua
semenjak sekolah dah jadi kolej,
suami saya memang sentiasa sibuk.
Tiap bulan mesti ada tugas yang memerlukan dia mesyuarat di merata tempat..
Tapi dalam Malaysia ajela... :(
Paling kurang tiga hari mesti pergi..
Anak saya Izham memang manja
maklum saja anak bongsu
bila ayahnya balik,
petang khamis mesti pergi ambik dari sekolah petang
masuk je dalam kereta
mesti nak peluk cium ayah...
ayahnya pulak kengerian sebab
si anak tadi berpeluh dan berbau.... hahaaha
maklum saja dah seharian di sekolah..
tengok le muka ayahnya tu..
hehehe
Sunday, May 1, 2011
bukan pasangan romantik...
salam sejahtera semua..
aku dan suami memang bekerja di sekolah yang sama.. hari-hari pergi kerja bersama. namun begitu, mulai tahun ni kami ke sekolah asing-asing... macam orang bergaduh... bukan bergaduh.. cuma tahun ni aku hantar nurul ke sekolah menengah.. agak jauh dari rumah.. manakala izham dan ikhwan, sehala.. suami yang hantar. lagipun sejak bersekolah petang, agak susah nak menggunakan kereta yang sama...maka kami terpaksa naik kereta masing-masing...
di sekolah, kami bukan lah pasangan yang romantis.. takkan asyik nak berkepit berdua je. Bagi kami, biarpun bukan romantis di sekolah, cukuplah romantik di rumah... dan gambar di bawah mengukuhkan lagi prinsip kami... hehehe

ni masa majlis persaraan seorang kawan..
suami bergambar seorang
ada juga suara nakal bertanya?
"mana pengantin perempuannya?"
hahahaha..
aku pulak sibuk bergambar bersama rakan-rakan yang lain...
memang kami tidak romantik...
Cuti... ke Pangkor
Salam sejahtera semua
Cuti tiga hari... ada yang jalan-jalan makan angin sejuk di Cameron. tapi hari jumaat tu....
"Mak, cuti nanti kita pegi Pangkor nak tak? Am tak pernah pergi lagi..."
"okay, tanya ayah.."
"Jomla.."
ayat-ayat cinta datang lagi..
sebenarnya dah lama tak bawa anak-anak ke pangkor. last pergi masa tu feri kayu... ada kot dalam 10 tahun..
lain le mak ngan ayah.. kalau kursus, kat mana lagi.. pangkor... rasa baru lagi pergi..2 minggu lepas...
disebabkan dekat sangat, kami keluar rumah hampir jam 11. pagi Sabtu. Memang ramai orang di jeti Lumut. maklum le cuti hujung minggu yang agak panjang.. ramai yang ambil kesempatan untuk buat hari keluarga, honeymoon dan memancing..
Dengan tambang feri RM10 pergi balik, kami naik feri aircond. Perjalanan memakan masa 30 minit. Sebenarnya ada dua jeti yang membolehkan kita ke pangkor, satu dari jeti Lumut, satu lagi dari jeti Marina.
tiba di jeti pangkor, kami mencari kereta sewa pandu sendiri..
kalau sewa van, langkah agak terbatas sebab pakcik van pecut laju-laju...
tambang/sewa sama je.. RM80
kami tidak bercadang nak mandi manda..
sekadar melihat keindahan alam
dan makan-makan...
hampir jam 7.00 petang kami sampai di jeti Lumut...
"bestla mak,, nanti kita pergi lagi ye.."
:)
Monday, February 21, 2011
Anak dan ayah
Salam sejahtera semua..
bila beruniform pengakap....
sama macam ayahnya..
nasib baik ayahnya ada misai...
hehehe
Wednesday, January 5, 2011
Happy Birthday .... abang..
Salam sejahtera ...
Hari ni 5 Januari 2011
Hari yang sama 1970 dahulu
lahir seorang insan
yang kini menjadi sebahagian daripada hidupku..
SELAMAT HARI LAHIR... SAYANG...
semoga hidup lebih dirahmat Ilahi..
dikurniakan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
dan bertambah iman dalam diri..
***kami semua sayang abang..
Subscribe to:
Posts (Atom)