Wednesday, February 25, 2009

Tiada tajuk

Tak sempat nak buat special entry, sebab tu tak ada tajuk. Minggu ni tersangat bizi. Layan je blog kawan-kawan bg menghilangkan rasa gundah gulana mengenangkan tugasan di sekolah yg bertimbun-timbun.

Kenapa la tahun ni macam-macam ? Tahun lepas, suram je... Tak apalah. mungkin tahun ni dapat rezeki lebih. sebab tu kerja pun lebih.

Apa-apapun kerja tetap kerja. Suka ke, tak suka ke... buat sekadar yg termampu. Barulah berkat rezeki...

Monday, February 23, 2009

hysMan, ini jawapannya...

Salam sejahtera khusus untuk adik hysMan nun jauh di JB.
Adik handsome ni dah berani nak menggetag akak ye... tak pe..tak pe...
akak cuba jawab sebab akak rasa soalannya "kacang", cuma jawapannya aje.. yg ado...


~Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah... (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)~
---------------------------------------------------------------
1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - Buat sendal mulut orang yang sawan...ho ho ho

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - tutup pen, x nak kasi dakwat kering
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - Buat cuci daki yang terselit kat celah-celah jubin dapur...he he he

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - tempat simpan air
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - Buat bekas bunga telur pengantin...jangan mareeee
4) Paper Lama
Kegunaan asal - leh digunakan utk buat draft paper
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - Apa lagi... org pompuan.. buat kertas balut p#@ la...ngeh ngeh ngeh
5) Seluar Dalam Lama
Kegunaan asal - pakai kat dalam bukan di luar
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - oh oh secret nih... secret... secret
6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - buat alat untuk pecahkan ais batu...lo lo lo
7) Langsir
Kegunaan asal - kehiasaan umah/keceriaan umah
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - buat kain lap tangan (kalau langsir masih baru) atau buat kain lap lantai (kalau langsir dah berzaman)...la la la
8) Komputer ofis
Kegunaan asal - buat keja rasmi
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale kak Lin - tengok blog. tengok je tau! hapdet ke hape ke... kat rumah la... oh yea...
9) Duit Syiling
Kegunaan asal - nak lengkapkan duit kertas
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - Duit mas kawin akak dulu pakai duit syiling je tau... jenuh nak kire.. ratus keping you.....Wawawawawaaa...

10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru, tukar2 pendapat
Kegunaan yg terngiang2 kat kepale Kak Lin - Share resepi masak memasak.....ehmm yummmy
---------------------------------------------------------------
Wokay adik handsome, dah langsai hutang ye.
So, sebagai balasan kerana penat membalas tag ni , Kak Lin suka sangat la kalau...
sudi pulak menjawab tag-tag ni. Jangan marah Kak Lin wokay. Jomm kita marah kat org yg memulakan tag ni....

Sunday, February 22, 2009

Kuih sagu

sedapkan... nyumm hyumm


Kuih sagu yang sangat mudah utk dibuat. Selalu suami aku beli aje kat gerai kak Bedah... terasa malu dalam hati. "Alahai, senang aje nak buatnya tapi aku malasssssss"
So, di petang hari ni terlebih rajin. Nak resepi ke? Wokay, senang dan mudah je buatnya.
Bahan-bahan:
  • 2 cawan sagu
  • Gula, daun pandan, kelapa parut, pewarna.

Cara buatnya:

  1. Rendam dulu sagu dalam 10 minit.
  2. Bersihkan sagu dan tos, sambil tu didihkan air (3 cawan)
  3. Masukkan gula, daun pandan dan pewarna ~ kacau
  4. Dah mendidih, masukkan sagu ~ kacau sampai sagu jd jernih
  5. Sejukkan dalam bekas (buang la daun pandan tu).
  6. Potongkan dan golek-golekkan atas kelapa parut yg dah diletakkan sedikit garam.
  7. Ready to serve...

Saturday, February 21, 2009

Alahai semut

tak sempat nak edit gambor ni. tengoklah semut tu berduyun duyun datang nak merasa nikmat kemanisan ikan bilis tu.



Rasanya tak sampai sejam aku letakkan ikan bilis ni kat dapur. Dah berduyun-duyun semut mengharungnya. Kat balang gula tu, tak pulak dia pergi. Kalau kat tong air masak tu, jangan cakapla... at last aku lumurkan minyak masak kat sekeliling tong tu, barulah semut tu tak berani datang. Tapi kalau ada air tumpah, air masak... memang banyak la semut tu...

Dulu rajin jugak aku beli ubat semut tu kat pasar malam atau kat kedai hardware. Ala ubat yg macam serbuk roti. Taburkan kat area yg selalu semut tu lalu. Lama jugak semut tu tak datang. Ada kot enam bulan. Lepas tu datang balik. Tapi sejak dua menjak ni bila aku letak ubat tu, semut tu buat tak mandang je. Agaknya serbuk ubat tu dah tak sedap kot?

Atau semut-semut tu dah pandai. Gulapun tak ndak... takut kena kencing manis hehehhehe..

Friday, February 20, 2009

Ketam masak lemak cili api


Sesekali masak seafood sedap jugakkan???? Ada orang tak tahan. Allergic. tapi akak ni dulu memang tersangat allergic dgn ketam ni. Tapi... bak orang kata, alah bisa tegal biasa... Lama kelamaan, ok je...

So, siapa-siapa yg teringin, bolehlah mencuba resepi ni. Tak perlu pedas sangat. Sebab bila pedas, keenakan ketam tu dah tak ori.

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam, dipotong dua dibersihkan.

bila beli ketam, suka pilih yg betina sebab banyak isi.

  • 15 biji cili api kampung
  • 3 ulas bawang kecil
  • serbuk kunyit, daun kunyit
  • santan dari sebiji kelapa.

Cara memasak:

  1. masukkan santan, cili api + bawang yg telah ditumbuk ke dlm periuk
  2. kacau santan jangan sampai pecah minyak dan bubuhla serbuk dan daun kunyit
  3. apabila santan hampir mendidih, masukkan ketam, kacau dan letak la garam..
  4. bila dah mendidih dan rasa garam asamnya dah sesuai dengan tekak, angkat.

Ketam ni sebenarnya sedap jika kita ratah je. Ada orang tak suka makan ketam sebab susah nak kopek isinya.... Terpulang pada masing-masing..

Tapi memang aku suka makan ketam....

Thursday, February 19, 2009

oh nyamannya teh dari gunung....


Wah! tak kira pagi atau petang..... aku memang suka minum teh... kata orang cerdik pandai, minum teh boleh menyihatkan jantung. Wallahualam... Namun bila teh itu berperisa stoberi atau oren.... terkesima aku dibuatnya....






Saja je buat intro tu. OneZ, jangan marah ye. Ntah kenapa tak pernah bersua muka dan tak pernah kenal walaupun asalnya sekampung nun di Kg Gng Mesah Gopeng, namun di alam maya ni kami bersua muka. Maka dengan murah hati sebab besdayku, sampailah parcel ni kat tangan aku. Walaupun dokek seminggu baru dapek...memang tak dijamin sampai esok...



Terima kasih banyak-banyakla. banyak pulak tu. Boleh buat mandi!!!! Tak apa... akanku panjangkan sedekah jariahmu itu... OneZ ni duk di Cameron Highland. pegila jalan-jalan kat rumah dia. buat baik dgn dia. mesti korang dapat parcel pulak . hehehe...





Jangan marah.... perisa orenpun ada...


so, terimalah serangkap pantun dua kerat dari hamba...
dua tiga kucing berlari,
terima kasih sekali lagi.

Tuesday, February 17, 2009

Makanan Awet Muda


Eh, you nampak macam anak daralah.... padahal dah beranak empat...



Macam mana nak dapatkan kulit bersih dan muda sentiasa?



Umur dah 50 tahun, tapi... macam 20 tahun...



Ayat -ayat kat atas tu mesti pernah kita dengarkan? Sebenarnya Tidak sukar utk kekal muda jika kita menjaga pemakanan. Haaaaa, terjumpa satu artikel so, kita sharelah ye...





Ikan - Ikan mengandungi lemak omega-3 yang ampuh dalam menurunkan kolestrol dan penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah keabnormalan jantung.





Coklat - memang semua gemar coklat. Coklat kaya dengan flavanols, antioksidan yg dapat membantu melancarkan peredaran darah sekaligus mengurangkan risiko utk menghadapi penyakit diabetes, darah tinggi, demensia dan penyakit ginjal.
Dadih atau yogurt - memiliki bakteria baik yg mempertahankan kesihatan pencernaan serta mengurangkan risiko penyakit usus berkaitan usia. Ia juga kaya dengan kalsium yg dapat mencegah osteoporosis.

Sunday, February 15, 2009

Award lagi..thanks UmmiRosma

Seronok dapat award. Terima kasih banyak-banyak UMMIROSMA. Award ni terpaksa meredah Laut Cina Selatan tau... sebab Ummi ni duk kat Brunei.


Kata orang, kalau kita dapat rezeki, elok sangat kita panjangkan rezeki tu kat orang lain... So, aku panjangkan rezeki ni kat

kak ctm

tirana

ladyell.

Sudi-sudikanlah...

Sarapan dengan cucur bawang

Tentu sekali kita dah biasa makan cucur bawang ni sama ada pagi, petang atau malam. Menu yang sangat mudah untuk disediakan. Bukan setakat di rumah, di pejabat, kat hotelpun ada cucur ni. Memang sedap dimakan terutama masih panas-panas. Kalu rajin, boleh buat sendiri. Kalau ada penyakit M...., boleh beli je.






dan lebih sedap lagi kalau makan cucur ni, kita cicah dengan sambal sardin..... Sekilo tepungpun tak cukup. okaylah, Kak Lin bermurah hati nak share resepinya dengan yg berkenan... jangan marah tau sebab ada orang yg tak tahu nak buat cucur... lalalalala....

(Sesuai utk makan 5 orang)
Bahan-bahan:
  • 5 cawan tepung gandum
  • sebiji bawang besar
  • seketul ubi kentang ~dipotong dadu kecil-kecil..
  • garam
  • sedikit kunyit serbuk
  • air paip utk bancuhan (dulu guna air suam, konon nak lembut tp tak la lembut pun)
  • minyak masak utk menggoreng

Cara-cara:

  1. gaul semua bahan dengan air , jangan cair sangat...
  2. panaskan minyak.. jemput-jemputkan bancuhan tepung tadi dan gorengkan.
  3. angkat bila dah kekuningan..

Untuk buat kuah sardin yg menyelerakan...

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin cap ayam (nak cap lainpun okay...)
  • 4 sudu makan blended cili
  • 4 sudu makan bawang + bawang putih yang ditumbuk
  • sebiji bawang besar dipotong bulat
  • asam keping sekeping
  • garam

Cara-cara:

  1. tumiskan bawang dan cili hingga naik bau
  2. masukkan sardin dan dipecah-pecahkan isi ikan itu.
  3. masukkan secawan air dan masukkan garam, bawang besar dan asam keping
  4. kacau, mendidih dan angkat...
Bolehlah breakfast dgn family...

Saturday, February 14, 2009

Wasiat Rasulullah SAW

BERBICARA DENGAN PENUH KASIH SAYANG KEPADA SUAMI

Wanita yang solehah itu apabila ia berbicara dengan suaminya, ia selalu menunjukkan sifat kasih sayang, dengan bahasa yang lemah lembut dan sopan santun.

Janganlah seorang isteri bercakap kasar terhadap suaminya, atau memarahinya, apalagi membentak-bentak. Jika suami secara kebetulan belum mendapat pekerjaan, janganlah siisteri menunjukkan sikap benci, kerana apabila sikap baik yang dilihatkan oleh isteri kepada suaminya, ianya akan mendorong hati suami untuk bekerja keras. Akan tetapi sebaliknya, jika si isteri selalu marah-marah, maka hal yang demikian itu akan membuatkan hati suami menjadi resah, bahkan mungkin dapat membunuh gairahnya untuk bekerja.

Justeru itu hendaklah isteri selalu menunjukkan wajah yang berseri dan cerah.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya apabila suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika sisuami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka."
[HR. Maisyarah]

Thank You Yanmie.

Layangan kad daripada Yanmie

Thank You So Much.
Really appreciate it.

Friday, February 13, 2009

dan.......aku bisa tersenyum......



"Cikgu,... bila kita boleh mula kelas tambahan?"

"Kak Lin, esok ada mesyuarat ASC... Kak Lin terlibat tau...."

"Pn. Hazlin, kalau nak beli graph board tu, pengetua kata........cenggini...cenggini"

"Petang ni kita ada latihan sukan macam biasa ke? Kak Lin datang? Pukul berapa?"

"Cikgu...!!!! kenapa tak faham apa yang cikgu ajar?"

"Pengetua dah bising..projek 3K tak start apa-apa lagi, bila Kak Lin nak mula pantau kelas? Kelas kami dah nak buruk dah..."

"Projek WAJA dah print?"

"Teacher, why your face looks miserable????

"boleh tak teacher ajar topic form 4? Kami dah lupalah..."

"Puan Hazlin, terima kasih la kerana terima tugas ini...."

"Kak Lin, ink printer habis!!!! kertaspun dah habis"

"tahniahla cikgu dah ambil fail dan divider tu..."

Monday, February 9, 2009

Kewajipan isteri terhadap suami

Antara kewajipan isteri terhadap suami ialah taat dan mematuhi kehendak suami.

Tetapi patuh kepada perintah suami selagi kehendak itu tidak bercanggah atau melanggar hukum-hukum Allah.

Sehubungan dengan itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya aku diperintah akan seseorang menyembah akan seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh perempuan menyembah suaminya."

Kebaikan buah naga

Buah naga atau dragon fruit yang isi merah ni nama saintifiknya Hylocereus polyrhizus mengandungi banyak vitamin C, beta karotine, kalsium dan karbohidrat.

Pernah tak korang makan buah ni? Ada tiga jenis sebenarnya. Yang isi putih Hylocereus undatus manakala yang isi kuning pulak Selenicereus megalanthus. Yang biasa kita lihat kat Malaysia ni ialah yang isi putih dan merah. Yang merah ni rasanya lebih manis jika dibanding dengan yang isi putih.

Anak aku si Nurul suka sangat buah ni. Biasanya makan macam tu je atau buat jus. Mahal jugak tau buah ni. Tak kesah lah janji berkhasiat. Kandungan seratnya tinggi. Mampu mencegah kanser juga menurunkan kolestrol dalam darah.... Haa... dah banyak makan udang yg terkenal dengan kolestrol tinggi, mari kita ramai-ramai turunkan nya dengan makan buah naga ni.
Buah ni juga boleh seimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan. Haa.. ada yang sembelit? ....
Yang paling best info yang aku baca kat sini, pokok ni kembangkan bunganya tepat jam 12.00 tengah malam. Kenapa ek????

Sunday, February 8, 2009

Terima kasih cikgu Azza





Manis sungguh tanda mata di atas kiriman balas daripada cikgu Azza. Jauh mai dari Penang.



Bila jalan-jalan di blognya Sedetik hati, rupanya cikgu kita ni baru je sambut wedding anniversary ke-9 pada 4 February yang lalu.



so, terimalah tanda ingatan dari kak lin...

semoga bahagia selalu dan dimurahkan rezeki..







Lunch dengan daging bersos barbeque

Setiap hari aku mesti bangun seawal pagi utk prepare breakfast and lunch utk anak-anak. Maklum saja yg sulung dah form 1 dan yg kedua tahun 5. Disebabkan mereka berdua dah tak pegi taska, dan aku tak nak anak-anak memasak..takut beb..kang apa-apa jadi.... maka kena juga aku yg memasak. Kesian pulak kalau balik sekolah penat-penat, dengan perut yg lapar.. tapi tak ada apa nak dimakan...

Masak la apa-apa yg simple dan berkhasiat.





Bahan-bahan:
  • Daging lembu direbus sehingga lembut
  • bwg/bwg putih/halia/sos tiram/sos barbeque/lada hitam
  • karot/bunga kubis/lada benggala
Cara masak:
  1. Rebus daging dulu
  2. Tumis semua bahan hingga naik bau dan masukkan daging yg dah lembut
  3. bubuh sayuran
  4. garam secukup rasa.

gunalah sos ikut kesukaan masing-masing.

Breakfast dengan mee udang

Hari tu pergi "rombongan" ke Taiping utk projek ASC dan Pn Pengetua telah murah hati belanja kami makan mee udang. Yummy. Nak pegi bawa anak-anak, tak berkesempatan lagi. So, teringat-ingat rasa dan kelazatan udangnya.. maka aku telah mencipta resepiku sendiri khusus utk warisku. Selepas padam api dapur, semua serbu. Maka gambar ni je yg sempatku paparkan terus dari periukku.....



Kalau nak cuba, ini resepinya:

Bahan-bahan:
  • 1 paket mee kuning ~ utk 5 orang makan
  • udang ~ lagi banyak lagi best (8 ekor seorang????)
  • bwg/cili blend/cili sos
  • aku letak taugeh, nak sawipun ok, kobispun ok...
  • tepung jagung ~ nak pekatkan kuah _bancuh dulu dgn sedikit air
  • daun sup/bwg
  • bawang goreng

Cara masak:

  1. Tumis bwg/cili blend hingga naik bau
  2. masukkan cili sos (akak masukkan 5 sudu)
  3. masukkan air (anakku suka banyak kuah)
  4. dah mendidih, masukkan udang.
  5. mendidih lagi, masukkan mee, sayuran.
  6. agak nak mendidih, masukkan tepung jagung...kacau...
  7. bubuhla garam, gula sikit dan akhir sekali daun sup/bwg serta bawang goreng.

Makan masa masih panas....

Saturday, February 7, 2009

Awards dari Mar dan DjEpoi

Nampaknya tahun 2009 ni memang murah rezekiku. Terima kasih kepada yang sudi memberi hadiah. Aku sangat menghargainya.



Award yang di atas ni diterima daripada adik Mar. Mar ni masih lagi study. Sesiapa yg nak bertandang ke blognya boleh klik kat sini.


So, nak panjangkan sedekah Mar ni, aku serahkan award ni khusus utk blogger perempuan..

Award yang merah menyala ni pulak aku terima daripada DjEpoi yang dah lama aku kenal, tp baru sekarang dia jenguk blogku. he.. he.. Thank you.

So, untuk blogger lelaki jangan kecil hati kerana ada juga untuk anda semua.. ambil award merah tu tempek kat blog masing-masing ye..
Juga kepada yg namanya tak dihighlightkan, sudikanlah. Jangan malu-malu tau..

Friday, February 6, 2009

Ganjaran Bersedekah

Hari ni Jumaat. So, saja la nak share dengan kawan-kawan sebagai ingatan dan panduan hidup yang lebih bermakna sebelum kita ke alam yang kekal abadi...

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan sedekah, hal itu yang dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firmanNya dan sabda Rasulullah SAW:

Allah Taala berfirman:
"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah."
[Surah Al Lail (92):5-8]

Allah Taala berfirman:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui."
[Surah Al Baqarah (2):261]

Rasulullah SAW bersabda,
"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.
Yang satu menyeru, "Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kelada Allah".
Yang satu lagi menyeru, "musnahkanlah orang yang menahan hartanya.""

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Janganlah jadi orang yang bakhil kerana mereka adalah golongan orang yang rugi....

Wednesday, February 4, 2009

Keutamaan Mempunyai Anak Perempuan

Imam Ghazali dalam perkara ini berpendapat; hendaknya orang jangan terlalu gembira kerana mempunyai anak lelaki, dan jangan pula terlalu susah kerana mempunyai anak perempuan, kerana dia belum tahu mana di antara mereka yang lebih baik. Banyak orang yang mempunyai harapan supaya mereka dapat anak lelaki, dan banyak juga yang mengharapkan supaya mereka mempunyai anak perempuan, untuk diketahui bahawa kebahagiaan itu biasanya terdapat pada banyaknya anak perempuan, dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak-anak perempuan.

Dalam perkara ini Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya."
[HR. Bukhari dan Muslim]

"Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka."
[HR. Bukhari dan Muslim]

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."
[HR. Tarmizi dan Abu Daud]

"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dipeliharanya, disayanginya dan dididiknya, tentulah ia mendapat syurga."

Tuesday, February 3, 2009

Peria masak kari .. ada sotong...

Tetiba lak hari ni cuti. Padahal dah puas cuti seminggu dung dung chiawww (kata OneZ ye..). Bertuah jadi warga Perak kerana dengan baik budinya Sultan Azlan Shah memberi cuti kepada rakyatnya sempena sambutan Jubli Perak perintahannya. Menjunjung kasih Tuanku.... tq, tq... :)

Apalagi bila dah cuti, sambil menyiapkan baju si Nurul, memasak adalah rutin yg wajib..

So Lily, hari ni akak masak peria masak kari ada sotong lagi tau. Biasa masak lemak cili api peria dengan udang. Hari ni tukar resepi pulak la...




Resepinya very the ringkas...

Bahan:
  • Peria sebiji ~ di belah dua dihiris dan digaul dgn garam bagi memastikan kepahitan tidak melampau....

  • sotong ~ enam atau tujuh ekor yg sederhana bosarnyo
  • serbuk kari 4 sudu besar
  • cili kering yg dah di"boh"kan... tiga sudu..
  • bawang, bawang kecil
  • santan
  • sebiji tomato
  • daun pandan ~ suka harum baunya bila blend dengan bau kari tu....
Cara memasaknya:
  1. tumis bawang dengan serbuk kari hingga pecah minyak.
  2. masukkan peria dan kacau sebentar.
  3. masuk pula santan dan adjust la kuahnya.. tak cair, tak pekat sangat...
  4. masukkan sotong, tomato, garam dan daun pandan....
  5. hidang dan makan dengan nasi panas berasap.....
Ini menu tambahan utk tgh ni. ikan kombung yg sangat famous kat Manjung ni. Maklum saje dekat dengan Pangkor.....

Selamat bercuti buat semua yang ada kat Perak ni....
*Poi bejalen mano kilean ari ko ?????
terjemahan bahasa rawo:
* pergi berjalan ke mana hari ni?

Monday, February 2, 2009

Bila nak siap ni???

Beli kain utk buat baju sekolah anak daraku dah berbulan. Awal bulan 12 aku dah kekedai beli kainnya.

"Jahit sendiri ke?" tanya si tokey kedai
Aku senyum je...

Dengan penuh semangat aku nak jahitkan baju kurung dan kain, sekaligus utk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Utk anak lelaki, beli ajer......

Namun selepas selesai menanda kertas SPM, aku sibuk nak tengok org kawin. Maka hasrat hati tertangguh lagi.

Seminggu sebelum buka sekolah,
"Beli aje..." , perli suamiku .

"Okay, 2 helai je"
perasaan tak puas hati...

Maka dengan 2 helai itu aku terpaksa mencuci hari-hari, kalau tak, tak berbaju pulak ke sekolah. Namun hasrat hati masih membara nak menyiapkan jahitanku.

Cuti tahun baru cina ada.... boleh siap kot? eh... tak juga. Ingatkan tak ndak jalan-jalan. Tapi udah merendek sampai pegi makan satay segala bagai......

Jahit la sikit sikit. Lelama siap la tu...

"internet nak dihadap juga"
"kerja sekolah nak dibuat juga".... InsyaAllah, siap le tu...

Sunday, February 1, 2009

Ada ke orang nak beli?????


Desktop ni memang dah lama. Rasanya dah 10 tahun. Ada sekali aku upgradekan. Dua tiga hari lalu sambil mengemas rumah.....
"Mak, komputer ni elok lagi ke? Am nak main game polis la...."
"Elok... on la ..."
"Assalamualaikum.... hello.. ada org di rumah?????"
"Kenapa Am?"
~ aku tersenyum tengok gelagat Am yang tak sabar-sabar nak guna desktop tu.
"Mak kenapa tak keluar apa-apapun????"
"La.... komputer ni memang lambat, lembab,... bla...bla... sebab tu mak tak suka nak guna..."
"Guna laptop ayah la..."
"Ha... tak payah..."
Dengan sabar Am tunggu punya lama utk menunaikan "hajat"nya.
"Rasa-rasa ada ke org nak beli?"
~Tetiba terpacul ayat ni kat mulut aku bertanya pd suami.
"Ada kot?"
"Berapa?"
"Tiga ratus"
Ha.. ha.. memang lawak. tapi itulah kenyataannya. Masa kita beli harganya 3K, tapi bila jual?...
Tapi... ada ke orang nak beli?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...