Friday, February 6, 2009

Ganjaran Bersedekah

Hari ni Jumaat. So, saja la nak share dengan kawan-kawan sebagai ingatan dan panduan hidup yang lebih bermakna sebelum kita ke alam yang kekal abadi...

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan sedekah, hal itu yang dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firmanNya dan sabda Rasulullah SAW:

Allah Taala berfirman:
"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah."
[Surah Al Lail (92):5-8]

Allah Taala berfirman:
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui."
[Surah Al Baqarah (2):261]

Rasulullah SAW bersabda,
"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.
Yang satu menyeru, "Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kelada Allah".
Yang satu lagi menyeru, "musnahkanlah orang yang menahan hartanya.""

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Janganlah jadi orang yang bakhil kerana mereka adalah golongan orang yang rugi....

7 comments:

  1. Salam cikgu Lin,
    Mengapa zaman ini org bersedekah pun nak tunjuk2? Siap bagitau saya ikhlas menyumbang sekian2... bla..bla..
    perlu ke buat gitu? Ikhlas ke namenye tu?

    ReplyDelete
  2. sedekahku hanyalah doa buat negeri perak agar sentiasa diberkatiNya.

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan pendapat cikgu dalam blog mazidul...

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Amirul,
    Ikhlas atau tidak hanya Allah sj yang tahu. Tidak menunjuk pun tp kalau tak ikhlas, memang tak guna...
    sebaikbaiknya biarlah apa sj yg kita buat perlu ikhlas.

    ReplyDelete
  5. OneZ,
    insyaAllah, Allah maha mendengar rayuan hambaNya.

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu...

    Terlebih dahulu Maaf kirannya saya Menggunakan panggilan Gua untuk membahasakan diri saya... ( Dah terbisa dah Cikgu )

    Gua tumpang bersedih ngn persikitaran oarang Melayu skank Cikgu....

    Gua takut nanti kelebihan2 orang melayu keseluruhannya akan lenyap untuk anak cucu kita nanti

    Bersama2 Kita Doakan agar Keadaan kembali seperti sediakala...Amin

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...