Sunday, February 8, 2009

Breakfast dengan mee udang

Hari tu pergi "rombongan" ke Taiping utk projek ASC dan Pn Pengetua telah murah hati belanja kami makan mee udang. Yummy. Nak pegi bawa anak-anak, tak berkesempatan lagi. So, teringat-ingat rasa dan kelazatan udangnya.. maka aku telah mencipta resepiku sendiri khusus utk warisku. Selepas padam api dapur, semua serbu. Maka gambar ni je yg sempatku paparkan terus dari periukku.....



Kalau nak cuba, ini resepinya:

Bahan-bahan:
  • 1 paket mee kuning ~ utk 5 orang makan
  • udang ~ lagi banyak lagi best (8 ekor seorang????)
  • bwg/cili blend/cili sos
  • aku letak taugeh, nak sawipun ok, kobispun ok...
  • tepung jagung ~ nak pekatkan kuah _bancuh dulu dgn sedikit air
  • daun sup/bwg
  • bawang goreng

Cara masak:

  1. Tumis bwg/cili blend hingga naik bau
  2. masukkan cili sos (akak masukkan 5 sudu)
  3. masukkan air (anakku suka banyak kuah)
  4. dah mendidih, masukkan udang.
  5. mendidih lagi, masukkan mee, sayuran.
  6. agak nak mendidih, masukkan tepung jagung...kacau...
  7. bubuhla garam, gula sikit dan akhir sekali daun sup/bwg serta bawang goreng.

Makan masa masih panas....

7 comments:

  1. tak mo la cuba....nanti tergaru-garu la pulak. masak mee maggi je la buat ilang kempunan.

    ReplyDelete
  2. azreen, best makan pagi pagi... berpeluh!!!!

    ReplyDelete
  3. i love mee udang ...:) lepas ni nak cuba.....

    ReplyDelete
  4. Aha this one belum lagi cuba ni. Tengok pix tu pun dah terbau aroma kesedapannya.....mmmmmm....mintak sikit ..bole sikit saje tau...

    ReplyDelete
  5. Elynn adn Ummi,
    try tau. memang menyelerakan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...