Friday, February 20, 2009

Ketam masak lemak cili api


Sesekali masak seafood sedap jugakkan???? Ada orang tak tahan. Allergic. tapi akak ni dulu memang tersangat allergic dgn ketam ni. Tapi... bak orang kata, alah bisa tegal biasa... Lama kelamaan, ok je...

So, siapa-siapa yg teringin, bolehlah mencuba resepi ni. Tak perlu pedas sangat. Sebab bila pedas, keenakan ketam tu dah tak ori.

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam, dipotong dua dibersihkan.

bila beli ketam, suka pilih yg betina sebab banyak isi.

  • 15 biji cili api kampung
  • 3 ulas bawang kecil
  • serbuk kunyit, daun kunyit
  • santan dari sebiji kelapa.

Cara memasak:

  1. masukkan santan, cili api + bawang yg telah ditumbuk ke dlm periuk
  2. kacau santan jangan sampai pecah minyak dan bubuhla serbuk dan daun kunyit
  3. apabila santan hampir mendidih, masukkan ketam, kacau dan letak la garam..
  4. bila dah mendidih dan rasa garam asamnya dah sesuai dengan tekak, angkat.

Ketam ni sebenarnya sedap jika kita ratah je. Ada orang tak suka makan ketam sebab susah nak kopek isinya.... Terpulang pada masing-masing..

Tapi memang aku suka makan ketam....

16 comments:

  1. benda-benda ni tak jejak la dalam rumah aku ni. lebih rela tak tak makan daripada tergaru-garu.

    ReplyDelete
  2. wow, 15 biji cili padi tu..
    mahu berpeluh-peluh makan pulak dengan nasi panas... walllaaa...

    ReplyDelete
  3. tp ketam masak sup,letak kentang,ngn daun sup ngn bwg goreng,mkn panas2,perghhh(kecur air liur)sedap mkn panas2:)

    ReplyDelete
  4. Ketam??? sedap ni akak..
    Nak beli ketam...nak beli ketam...
    By the way..I have tried your cucur bawang recipe...sedap nye....
    Tnx...

    ReplyDelete
  5. OneZ
    aku tahu kao memang indo maken seafood ko. Sajo tempek resipi tu buek kao jeles. tapi rugilah tak makan seafood. :(

    ReplyDelete
  6. Lily,
    15 biji cili api kecil je. Jgn guna cili api yg buat tom yam tu... kureng menyengat!

    Skrg susah nak dapat cili api yg betul-betul kg punya. sebab tu akak tanam kat rumah...

    Lily, jangankan cili, ikan pun dia bela sendiri... kalau rumah dekat.. hari-hari akak order ikan :)

    ReplyDelete
  7. miss ziziey,
    tu satu lagi resepi sempoi yg best. nanti kita try ok...

    ReplyDelete
  8. UmmiRosma,
    cuba tau. Simple je. dah berkunjung ke blog ummi, sedapkan....

    ReplyDelete
  9. tak tahan lah kak!
    allergik tgk!
    habis gatal2 semua mata, tangan, mulut, perut...rasa nk ngap skrg jgk!

    ReplyDelete
  10. salam Kak Lin.. bertemu kembali.. lama benar dah rasanya tak tinggalkan komen.. main jenguk jer.. hehehe..

    Nampak gayanya Kak Lin nie memang suka masak2 yerk.. recently menjenguk ke sini asyik kecur jer melihat hidangan2 yg ada..

    Terima Kasih kerana sudi berkongsi resipi tu semua...

    *Kak Lin.. Along masih ingat lagi janji nak kirimkan Kak Lin rempah bubur pedas tu.. nanti dekat nak bulan puasa baru senang nak carik yg terbest :)

    ReplyDelete
  11. mimi, ketam kat sana mesti gomok-gomok kan?? murah tak???

    ReplyDelete
  12. tb a.k.a along
    yela.. sesekali muncul juga terompah biru tu kat feetjit. tak tinggal jejak pun tak apa.

    nanti hantar tau rempah tu, boleh akak masak and postkan kat sini.

    ReplyDelete
  13. wah!!! ketam best ni,memang suka sangat,tapi memang susah nak kopek nya,habislah kotor kaki tangan...hehehe,kalau nak makan sangat saya beli masak sendiri, kalau makan kat kedai memang taklah...sebab susahhh...

    ReplyDelete
  14. ima,
    makan ketam ni sedap. bab nak kopek, memanglaaaa.
    sbb tu if pegi makan kat luar, tak kuasa order ketam..

    ReplyDelete
  15. saya pun kes allergic mcm kak juga... tp lelama ilang sndiri pepandai la, pas makan seafood ready ubat tuk keselamatan.. hiii

    ReplyDelete
  16. kabussenja,
    bagus jugak ye dah standby ubat. ada orang yg beruntung tak perlu ubat-ubat. Telan semua makanan tanpa allergic.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...