Monday, February 9, 2009

Kebaikan buah naga

Buah naga atau dragon fruit yang isi merah ni nama saintifiknya Hylocereus polyrhizus mengandungi banyak vitamin C, beta karotine, kalsium dan karbohidrat.

Pernah tak korang makan buah ni? Ada tiga jenis sebenarnya. Yang isi putih Hylocereus undatus manakala yang isi kuning pulak Selenicereus megalanthus. Yang biasa kita lihat kat Malaysia ni ialah yang isi putih dan merah. Yang merah ni rasanya lebih manis jika dibanding dengan yang isi putih.

Anak aku si Nurul suka sangat buah ni. Biasanya makan macam tu je atau buat jus. Mahal jugak tau buah ni. Tak kesah lah janji berkhasiat. Kandungan seratnya tinggi. Mampu mencegah kanser juga menurunkan kolestrol dalam darah.... Haa... dah banyak makan udang yg terkenal dengan kolestrol tinggi, mari kita ramai-ramai turunkan nya dengan makan buah naga ni.
Buah ni juga boleh seimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan. Haa.. ada yang sembelit? ....
Yang paling best info yang aku baca kat sini, pokok ni kembangkan bunganya tepat jam 12.00 tengah malam. Kenapa ek????

9 comments:

  1. salam...

    saya suka betul makan buah naga ni... terutamanya yang isinya merah manis sedap... yang isi putih tak berapa sedap masam sikit...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,

    kat area kg saya n9... bnyak org tanam pokok buah ini... yang merah sedap! pasal kembang mengembang ini xtau plak?

    ReplyDelete
  3. dulu, kelako jer bila pi pasar malam, ada org jual dan tulis... 'air naga'...
    heheheeee...
    naga pun ada air ek?
    :) eheks!

    ReplyDelete
  4. nampak sedap kan...merah cantik.,.
    tp azza susah sket nak makan mnde2 gini...abg suka lah. penah jugaklah masuk ke mulut sekali..rasanya tak dh kut...tekak takleh terima..heheh

    ReplyDelete
  5. akak try buat lassi dengan buah naga tu...cedap ooo....!!!

    peberet kitorang sekeluarga buah naga tu...

    ReplyDelete
  6. cikgu,

    first time comment di blog nie.
    meriah jugak tgk.

    saya nak tanya apa ubat for kanser tahap permulaan? adakah mkn buah naga dia tak akan merebak. kalau nak mkn yg merah ke atau yg putih.

    nak tahu aje cikgu. harap cikgu boleh toleh sikit.

    ReplyDelete
  7. ermm best nyerrr...rs ngidam lak kt buah tu..ehehe..

    ReplyDelete
  8. I love this exotic fruit too...sooooo alluring as the colour itself. I just can't resist this...buat smoothie or ice blend memang sedap yea...

    ReplyDelete
  9. semua,
    memang mula-mula rasa buah ni agak pelik sikit. tp bila dah biasa... nak lagi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...