Sunday, February 1, 2009

Ada ke orang nak beli?????


Desktop ni memang dah lama. Rasanya dah 10 tahun. Ada sekali aku upgradekan. Dua tiga hari lalu sambil mengemas rumah.....
"Mak, komputer ni elok lagi ke? Am nak main game polis la...."
"Elok... on la ..."
"Assalamualaikum.... hello.. ada org di rumah?????"
"Kenapa Am?"
~ aku tersenyum tengok gelagat Am yang tak sabar-sabar nak guna desktop tu.
"Mak kenapa tak keluar apa-apapun????"
"La.... komputer ni memang lambat, lembab,... bla...bla... sebab tu mak tak suka nak guna..."
"Guna laptop ayah la..."
"Ha... tak payah..."
Dengan sabar Am tunggu punya lama utk menunaikan "hajat"nya.
"Rasa-rasa ada ke org nak beli?"
~Tetiba terpacul ayat ni kat mulut aku bertanya pd suami.
"Ada kot?"
"Berapa?"
"Tiga ratus"
Ha.. ha.. memang lawak. tapi itulah kenyataannya. Masa kita beli harganya 3K, tapi bila jual?...
Tapi... ada ke orang nak beli?????

14 comments:

  1. Hehehe..Kak Lin, saya bagi percuma aje computer lama kat sebuah sekolah tadika. Tak pernah tanya pulak ada orang nak beli ke tidak. Teknologi modern seperti computer dan handphone cepat sungguh berubah..Kadang2 tak terkejar kita dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Nasihat saya; Tak perlu jual, upgrade supaya PC tu tak 'lambat' lagi..

    Saya ada PC tahun 1998. Beli dulu, RM4000++

    Saya hadapi masalah PC dah 'outdated', akhirnya saya tambah RAM, tukar motherboard, dengan belanja RM600, saya masih boleh guna. Tapi yang paling 'siok', anak-anaklah.. main games.. Cuma saya hadkan ikut masa.

    ReplyDelete
  3. ya, betul tu brahimnyior. upgrade sikit je hazlin. boleh buat anak2 bergames

    ReplyDelete
  4. bg kat tera tera je la, sedekah.... hehe!

    ReplyDelete
  5. ingat nak jual apa tadi kalo handbag, kasut ke.. nak la beli hehehe... pc lama tak mo ler....

    ReplyDelete
  6. Tirana,
    memang tak terkejar teknologi ni. macam kilat. Good idea juga ye. tp kena upgrade dulu la. kalau lembab sangat nanti di'tongsampah'kan pulak.

    ReplyDelete
  7. Brahimnyior,
    kalau boleh upgradekan sendiri baru best!

    ReplyDelete
  8. OneZ,
    yang sedia lembab nipun dah bergame.

    ReplyDelete
  9. ctm,
    semua handbag dan kasut yang out of date, terus ditongsampahkan... tak kuasa nak simpan sebab dah koyak rabak....

    ReplyDelete
  10. Elok jgn jual le akak...reformat and upgrade je. Then kasi bebudak pakai...

    ReplyDelete
  11. saya pun dulu cam ni juga kes, ada satu pc, saya jual hanya rm3oo aje.

    ReplyDelete
  12. Ummi,
    memang dua tiga kali fikir tak nak jual. memang kena upgrade...

    ReplyDelete
  13. Zulshaari,
    memang itulah harganya pun...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...