Tuesday, February 3, 2009

Peria masak kari .. ada sotong...

Tetiba lak hari ni cuti. Padahal dah puas cuti seminggu dung dung chiawww (kata OneZ ye..). Bertuah jadi warga Perak kerana dengan baik budinya Sultan Azlan Shah memberi cuti kepada rakyatnya sempena sambutan Jubli Perak perintahannya. Menjunjung kasih Tuanku.... tq, tq... :)

Apalagi bila dah cuti, sambil menyiapkan baju si Nurul, memasak adalah rutin yg wajib..

So Lily, hari ni akak masak peria masak kari ada sotong lagi tau. Biasa masak lemak cili api peria dengan udang. Hari ni tukar resepi pulak la...




Resepinya very the ringkas...

Bahan:
  • Peria sebiji ~ di belah dua dihiris dan digaul dgn garam bagi memastikan kepahitan tidak melampau....

  • sotong ~ enam atau tujuh ekor yg sederhana bosarnyo
  • serbuk kari 4 sudu besar
  • cili kering yg dah di"boh"kan... tiga sudu..
  • bawang, bawang kecil
  • santan
  • sebiji tomato
  • daun pandan ~ suka harum baunya bila blend dengan bau kari tu....
Cara memasaknya:
  1. tumis bawang dengan serbuk kari hingga pecah minyak.
  2. masukkan peria dan kacau sebentar.
  3. masuk pula santan dan adjust la kuahnya.. tak cair, tak pekat sangat...
  4. masukkan sotong, tomato, garam dan daun pandan....
  5. hidang dan makan dengan nasi panas berasap.....
Ini menu tambahan utk tgh ni. ikan kombung yg sangat famous kat Manjung ni. Maklum saje dekat dengan Pangkor.....

Selamat bercuti buat semua yang ada kat Perak ni....
*Poi bejalen mano kilean ari ko ?????
terjemahan bahasa rawo:
* pergi berjalan ke mana hari ni?

14 comments:

  1. wah cikgu, menu ni bikin gua meleleh air liur la... feberet saya tu periaaa....

    ReplyDelete
  2. hazlin...tu...ejaan *Poi "belajen" mano kilean ari ko* salah. patutnya "berjalen" la.

    jalen-jalen dalam ofis jo la ari ko. siko indo coti.

    ReplyDelete
  3. OneZ,
    aku tak ponah poi belaja taip menaip ko. ala.. nantiku edit yo. tq.

    ReplyDelete
  4. Ku tak merendek ke mana pun k.lin...
    dok umah sajork....
    then, pusing~pusing manjung~Lekir,
    tgk umah orang kayo2 kat sana...
    peh tu masak lauk kat kdai blkg umah....
    ~ku suka org bercermin mata, lalu ku hargai gambarmu yang specky itu... psttttt... bila nak pakai pi skul??? :) ~

    ReplyDelete
  5. sebab ari nie jubli perak pemerintahan sultan perak dan sebagai rakyat perak yang taat setia pada sultannya aku ke kuala kangsar jenjalan. hehehe....

    ReplyDelete
  6. Tdi Rosma pun masak peria but dgn telur je...kalo nampak ni mesti dah buat dah ni...mmmmm....ikan tu bole share resepi ke?

    Happy days ahead....by the way i'm tagging u...pls get it ...

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan cikgu,
    Wah? nampak cam sedap je? buleh ke menjamahnye? hehe...

    ReplyDelete
  8. tc,
    rumah ko dah kaya dah, nape tak merendek lagi jauh?

    pakai spek g skul? kang aku jatuh tangga la pulak...

    ReplyDelete
  9. ctm,
    memang ko rakyat yg taat dan setia...

    ReplyDelete
  10. Rosma,
    nanti boleh cuba resepi ni pulak.

    tag? ur... ok..tq

    ReplyDelete
  11. amirul,
    thanks sudi datang. tengok je la ye...

    ReplyDelete
  12. adeh..terliur plak tgk menu nie..huhuhu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...