Semalam (Khamis) ku rasakan antara hari yang paling mendebarkan dalam hidupku. Aku rasa nak melahirkan zuriatpun tak se suspen itu. Ada dua perkara yang terjadi semalam.
Perkara pertama.... semalam anak muridku ada exam SPM paper Matematik. Terus terang ku nyatakan di sini memang aku risau sesangat. Tak pernah aku serisau ini. Dah hampir 16 tahun menjadi pendidik, ku rasa inilah tahun yang paling mencabar. Aku mengajar 3 kelas semuanya dengan jumlahnya +- 100 orang. Satu kelas paling hujung yang pada awalnya aku rasa aku boleh "tackle"... namun ilmu Matematik sahaja tidak mampu memancing mereka... aku terpaksa menggunakan ilmu "mak-mak". Pelajar kelas tu memang ..."yg adooo".. nakal, malas, tak cerdik, suka ponteng sekolah, ponteng kelas... namun aku telah menggunakan segala usahaku dan akhirnya hanya Allah yang dapat membantu. Doa kupanjatkan supaya mereka sekurang-kurangnya lulus.... Insya Allah...
~anak didik..Semoga kalian lulus...
Perkara kedua.... semalam juga keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2008. Perasaan berdebar tu memang tak boleh dinafikan. Cuba jugak senyum dan tak nak fikir banyak-banyak macam-macam... tapi tak boleh... Sampaikan Azreen kata "Aishhh Kak Lin tak lalu nak makan!!!" Memang sesapa yg ada anak ambik UPSR or PMR or SPM mesti rasa apa yg kurasa. So aku dan cg Haris ke skul anak. Aku ingat suami ku ok. Rupanya diapun lg teruk..."Ko pegi masuk dulu lah, nanti aku datang.."
Aku tak terus masuk dewan, aku stop dulu jumpa cikgu-cikgu yg ada kat situ... Ada sorang cikgu tgh tampal result kat notice board... Ahhh..alhamdulillah,,,syukur... Ikhwan dapat 4A 1B... apa yg B???
(kenapa ek orang tak tanya apa A? ~ banyak nak jawab kot?) Memang tak sangka.. English pulak dapat B.. ayahnya paling risau kat paper BM... Tapi aku tetap bersyukur kepada Allah dengan keputusan itu.
Kat dalam dewan baru nak diumumkan siapa yg dapat 5A dan 4A. Aku lihat muka Ikhwan penuh kerisauan tambahan cikgu mengumumkan hanya 6 orang sahaja yg dapat 5A. Namun aku rasa mungkin keputusan itu yang terbaik buatnya yg telah ditentukan Allah. Bila diumumkan namanya hanya mendapat 4A, lemah longlai aja, kesian juga... Selesai majlis aku mendapatkannya dan beri perangsang supaya dia tak patah semangat. This is the first step of a long journey.
~Ikhwan~ tinggi drp Guru Besarnya....
(yg jd mc tu Cg Mas Jamalullail-guru sains Ikhwan ~tq cikgu)
Dengan mendapat keputusan itu aku dah mencongak-congak biarlah dia meneruskan pengajian menengahnya di sini saja. Aku pun tak confident dia boleh berdikari sepenuhnya. InsyaAllah jika betul didikannya, Ikhwan boleh terus maju dan cemerlang....

Pixel Code Graphics
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di SK Kg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung, yang telah mendidik Muhammad Ikhwan. Juga kepada team cikgu Latifah Omar (guru tuisyen). Hanya Allah yg membalas jasa baik semua.
Tidak lupa tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan yg anak mereka ambil UPSR tahun ini dan mendapat kejayaan cemerlang.

PN. MAHNUN HARAZA, PN SITI KAMARIAH, UST. MOHD LOTFI, EN. ISHAK, EN. WAN YUSAINI, PN. RASILAH, PN. NORSIHAN, EN. SHAHIDAN, EN. SULAIMI, EN. ZAINAL HISYAM DAN EN. GHAZALI