~anak didik..Semoga kalian lulus...
Perkara kedua.... semalam juga keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2008. Perasaan berdebar tu memang tak boleh dinafikan. Cuba jugak senyum dan tak nak fikir banyak-banyak macam-macam... tapi tak boleh... Sampaikan Azreen kata "Aishhh Kak Lin tak lalu nak makan!!!" Memang sesapa yg ada anak ambik UPSR or PMR or SPM mesti rasa apa yg kurasa. So aku dan cg Haris ke skul anak. Aku ingat suami ku ok. Rupanya diapun lg teruk..."Ko pegi masuk dulu lah, nanti aku datang.."
Aku tak terus masuk dewan, aku stop dulu jumpa cikgu-cikgu yg ada kat situ... Ada sorang cikgu tgh tampal result kat notice board... Ahhh..alhamdulillah,,,syukur... Ikhwan dapat 4A 1B... apa yg B??? (kenapa ek orang tak tanya apa A? ~ banyak nak jawab kot?) Memang tak sangka.. English pulak dapat B.. ayahnya paling risau kat paper BM... Tapi aku tetap bersyukur kepada Allah dengan keputusan itu.
Kat dalam dewan baru nak diumumkan siapa yg dapat 5A dan 4A. Aku lihat muka Ikhwan penuh kerisauan tambahan cikgu mengumumkan hanya 6 orang sahaja yg dapat 5A. Namun aku rasa mungkin keputusan itu yang terbaik buatnya yg telah ditentukan Allah. Bila diumumkan namanya hanya mendapat 4A, lemah longlai aja, kesian juga... Selesai majlis aku mendapatkannya dan beri perangsang supaya dia tak patah semangat. This is the first step of a long journey.
~Ikhwan~ tinggi drp Guru Besarnya....
(yg jd mc tu Cg Mas Jamalullail-guru sains Ikhwan ~tq cikgu)
Dengan mendapat keputusan itu aku dah mencongak-congak biarlah dia meneruskan pengajian menengahnya di sini saja. Aku pun tak confident dia boleh berdikari sepenuhnya. InsyaAllah jika betul didikannya, Ikhwan boleh terus maju dan cemerlang....
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di SK Kg Dato' Seri Kamaruddin Seri Manjung, yang telah mendidik Muhammad Ikhwan. Juga kepada team cikgu Latifah Omar (guru tuisyen). Hanya Allah yg membalas jasa baik semua.
Tidak lupa tahniah kepada kawan-kawan seperjuangan yg anak mereka ambil UPSR tahun ini dan mendapat kejayaan cemerlang.
PN. MAHNUN HARAZA, PN SITI KAMARIAH, UST. MOHD LOTFI, EN. ISHAK, EN. WAN YUSAINI, PN. RASILAH, PN. NORSIHAN, EN. SHAHIDAN, EN. SULAIMI, EN. ZAINAL HISYAM DAN EN. GHAZALI
tahniah ikhwan.. smg success lg dlm PMR & SPM & Life
ReplyDeleteTahniah untuk Ikhwan..Mudah-mudahan akan terus berjaya..
ReplyDeleteazreen and tirana,
ReplyDeleteterima kasih. semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk terus mendidik anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.
Tahniah! buat Ikhwan dn kak lin jugak ...mesti syahdu jgk hatikan...
ReplyDeleteTahniah pada Ikhwan, dan saya fikir memang patut dia teruskan bersekolah di sekolah biasa. Bukan apa, pengalaman jadi warden asrama selama 5 tahun membuktikan bahawa kebanyakan budak lelaki mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Pabila dah merokok, berjaga-jaga, kemusnahan diri akan datang perlahan-lahan.
ReplyDeleteIngat puan, jangan biarkan anak puan mula merokok.
ladyell,
ReplyDeletetunggu saja bila giliran putra putrimu . tentunya syahdu.
izzuddin,
semua ibu mahukan yg terbaik untuk anaknya. Mudah-mudahan dihindarkan dpd perkara yg melalaikan..
tahniah diucapkan kepada Ikhwan..
ReplyDeleteTahniah gak kat untie sbb bersusah payah & support dia..
urm.. bestla.. Luth dulu teringin nak masuk Izuddin.. tp takdak rezki. tak dapat..
ikhwan tuh tinggi & besaq eh..
ReplyDeletekalau lawan ngn luth, kalah i..haha
luth,
ReplyDeleteterima kasih. syukur dgn keputusan itu.
Kalau gusti memang kompom luth kalah. :)