Monday, January 31, 2011

Penutup Januari 2011

Salam sejahtera semua..

Hari ini bertarikh 31/1/2011.. ek eleh.. semua orang tau!!!

apa yang istimewanya tarikh tu?
Tiada yang istimewanya.. cuma pada yang meraikan tarikh ini sebagai tarikh hari lahir, tarikh perkahwinan, tarikh bertunang, mesti merasakan ia suatu yang bermakna..

sebenarnya dah 31 hari melewati hari-hari dalam tahun 2011 ni.. sekejap je rasanya.. alhamdulillah .. sepanjang 31 hari ni dikurniakan kesihatan yang baik walau cuaca yang sekejap panas dan selalu hujan..
mungkin ada yang mengatakan orang sekarang tidak cukup kuat untuk menghadapi cuaca begitu.. kena hujan je demam.. kena angin malam je selsema.. makan tembikai je batuk...

dan aku teringat bagaimana aku mengalami batuk hampir sebulan tahun lepas... dah banyak ubat yang aku telan. tidak pasti apa puncanya, tapi memang menyakitkan dan berat badanpun turun mendadak...naikpun mendadak.. dan alhamdulillah baik juga akhirnya..

... dan dengan kehadiran febuari 2011.. moga kita semua terus sihat..


***happy birthday untuk semua yang menyambut hari lahir hari ni... happy birthday farhanadr

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Pilihanraya DUN Tenang

Salam Sejahtera semua..




Pilihanraya Dun Tenang (N5) Johor diadakan pada 30 Jan 2011 menyaksikan 
2 calon bertanding iaitu
calon BN ialah Azhar Ibrahim 
manakala
calon PAS ialah Normala Sudirman.

Azahar yang dilahirkan di Labis memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Portsmouth.

Beliau  pernah bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dan sebelum itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat dan Penolong Pentadbir Tanah Kluang.

manakala 

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Menurut SPR, keputusan pilihanraya akan diketahui paling awal jam 6.30 petang nanti..
***tunggu kita update okay.. :)

update1:
LABIS 30 Jan. – Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.
"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Proses pengundian bagi kerusi PRK DUN Johor di kawasan Tenang itu ditutup pukul 5 petang ini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini. – Bernama

update2:  
calon BN: Azhar Ibrahim ~ MENANG

***TAHNIAH!

Saturday, January 29, 2011

Indahnya pelangi

Salam sejahtera semua...

keadaan cuaca yag tidak menentu
sekejap hujan, sekejap panas
namun 
pelangi tetap indah

menyinar warna yang membuai perasaan..
sesungguhya Allah maha pemurah


Aku tetap bersyukur..

Friday, January 28, 2011

kami cuti seminggu

Salam sejahtera semua..
salam hari Jumaat..
alhamdulillah, kita bersua jumaat seterusnya selepas dapat berkat jumaat sebelumnya...

Dengan nafas dan roh yang masih berpaut kukuh bersama tubuh badan, sepatutnya kita bersyukur kepada Pencipta kerana masih diberi ruang dan waktu untuk terus bermuhasabah diri.. bersedia untuk menambah bekalan ke dunia selepas kiamat tanpa meninggalkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini...

.. dan alhamdulillah dengan cuti yang ada, kita gunakan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah.

ermmm.. pastinya ada yang akan bertunang, berkahwin, meraikan kelahiran baru atau apa saja..



***moga selamat semuanya...

Thursday, January 27, 2011

Terkini... Interlok kekal digunakan

salam sejahtera semua..


KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama

 ***boleh bayangkan kalau novel ini tidak dikekalkan sebagai bahan komsas...

Wajah kesayangan hamba

Salam sejahtera semua


Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya
Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita
Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata
Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa
( ulang dari korus1 )
lagu retro tahun 80-an dinyanyikan oleh Hail Amir.. 
pasangan idealnya.. Uji Rashid

***dengar kat sinar FM...

Wednesday, January 26, 2011

Aku, anak didik dan pizza...

Salam sejahtera semua...
dua tiga hari ni macam malas je nak menaip entry.. tak tahulah kenapa.. perubahan hormon kot ? hehehe... atau perubahan cuaca setiap hari.. sehari panas terik, sehari hujan lebat... bukan aku tak buka langsung blog, layan juga.. pergi menjeling blog rakan-rakan cari idea nak taip.. tapi still no interesting issue...

bukan masalah kerja.. aku masuk lab mengajar macam biasa.. budak-budak akupun sangat bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.. alhamdulillah.. maklumlah dah sedar diri sebab tahun ni nak ambil SPM...
"cikgu, bila kita boleh mula kelas tambahan?"
"malam ni le cikgu"
"eee tak sabar nak ada kelas tambahan"
"cikgu, tahun ni rasa cam senang je belajar"
"cikgu best le.."
"cikgu, jom kita pergi rombongan!"

semangat ini yang aku dambakan setiap tahun dari anak didik.. biar mereka sedar sendiri betapa pentingnya aku dalam sesi pembelajaran mereka.. hehehe..  dan mereka sangat boleh diharapkan tahun ini.

dan aku terasa begitu teruja ...

nak makan pizza..
sesekali tekak ni nak juga merasa menu selain minang rawa.. hehehe

***maklum le poket dah penuh balik...

Tuesday, January 25, 2011

mengajak anak beribadah...

salam sejahtera semua,

bagi rakan-rakan blogger yang dah berkeluarga dan mempunyai cahayamata, pasti nakkan yang terbaik untuk anak-anak..
jom kita berkongsi..

Secara fitrahnya untuk mengajak kepada kebaikan itu agak sukar kerana syaitan sentiasa berusaha untuk menghalang usaha-usaha kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi sekarang ni.. anak-anak kian  terdedah kepada perkara melalaikan...

pertamanya : ibu bapa harus perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Pastikan kita sudah melaksanakan ibadah terutama yang asas... ibu bapa adalah model terhampir kepada anak-anak..

          Firman Allah swt bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala..." [At-Tahrim:6]

         Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Sesungguhnya anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibubapalah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani."

Fasha dan jejai .... dan akhirnya... putus

si jejai sendiri telah mengesahkan....
so, lepas ni masih nak buat spekulasi?

***adat dunia bertemu berpisah...

Monday, January 24, 2011

Esok gaji..

Salam sejahtera semua...
esok 25Januari2011...
masing-masing dah boleh tersenyum lega... sebab esok ialah hari gaji...
selepas 35hari mendapat gaji terakhir.. aduhhh... kesian mak bapak keluar duit untuk sekolahkan anak-anak, beli semua peralatan baru.. ye lah.. nak buat camno.. kalau boleh tahun baru serba baru..
tapi bagi anak-anakku, bukan semua yang baru.. beg masih lagi menggunakan beg tahun lepas.. masih elok lagi..
yuran sekolah tetap perlu dibayar walaupun hanya rm35.. tapi dengan buku kerja, baju sukan, yuran pibg 3 sekolah... [3 anak, semua lain-lain sekolah]
tapi paling mengharu birukan.. baru 2 minggu sekolah...,
"mak, cikgu kata am jadi pengawas, cikgu suruh beli baju biru muda, kasut hitam, tali leher biru tua"
selang seminggu pulak..
"yesss... jadi pengawas. cikgu kata baju kuning kain coklat, tudung kuning, kasut hitam kulit bertali..." sengih nurul bila aku ambik balik dari sekolah..

ish ish ish... pening aku dibuatnya...
so, uniform tersedia tu, siapa nak pakai????

merayap le memalam ke kedai mencari apa yang patut..
"nak kasut kulit juga ke?"
"ye lah.. dah cikgu cakap camtu.."
"ala.. makpun cikgu jugak, beli kanvas hitam je... kurang sikit peluhnya"
sentap!
"mak ajk pibg kat sekolah tu.. lagipun cikgu kat sekolah ngko tu, kawan-kawan mak jugak.."

aduhhhh..
apa-apa hal pun, boleh le print slip gaji bulan januari ... klik je kat sini..

Sunday, January 23, 2011

tahniah redmummy dan jejariruncing

Salam sejahtera..
dah petang baru sempat update blog.
hari ahad memang sibuk di rumah. seawal pagi sediakan sarapan ;pagi ni nasi goreng je... hantar ewan ke kelas tuisyen terus ke pasar.. hari-hari ke pasar sebab nakkan ikan/ayam segar..

menjeling tajuk hadapan akhbar berita minggu..Blogger untung RM1 juta... mengesahkan apa yang aku lihat di kaca tv sewaktu program Nasi lemak Kopi O tadi...
tak sempat bacapun apa kandungannya, terus aku ke dapur menyediakan hidangan tghari..

Arghh dah petang-petang gini baru aku sempat  baca suratkhabar .. ermmm
"Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun. Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis blogmampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun..."

dan antara yang disebut ialah pemilik blog redmummy.com ~ Mira Abu Bakar


juga pemilik blog jejariruncing.blogspot.com ~ Aimie Harmelia


Mira mengendalikan blognya sejak 2005 lagi dan memang wajarlah meraih pendapatan sebegitu memandangkan usahanya.. Namun Aimie ( teman wanita penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat) bertuah mendapat hits tertinggi memadangkan peminat Khairul sentiasa tertunggu entri terbaru darinya..

***tahniah dan harap-harap lepas ni bersedialah untuk bayar income tax ye....

Saturday, January 22, 2011

Bulan semakin terang...

Salam sejahtera semua..
aduhh... runsing dibuatnya...
kerja kerja kerja..
kalu ikut hati.. rasa nak berhenti kerja dan lepak-lepak kat rumah... tapi kalau berhenti siapa pulak nak tolong bayar hutang itu ini? oh tidak..

ada kawan kata, "best le jd cikgu.. ada cuti yang panjang, bila anak murid periksa, cikgu relaks boleh main dam... bila hari guru, dapat hadiah.. bukan cam kitorang ni.. selalu kena on call.. memenatkan sebab tak tentu masa..." itu bukan aku yang kata...

tapi memang pun, aku rasa kerja cikgu ni memang sesuai dengan jiwa aku..
kesian jugak aku tengok kawan-kawan yang jadi manager, doktor, jurutera, pengurus... balik kerja malam-malam, atau bekerja time orang lain diulit mimpi... kesian anak-anak.. kesian suami.. atau kesian kat isteri..
tetapi... pulangannya .. memang jauh beza dengan kerja cikgu..

cikgu tidak semewah mereka... jarang yang kita jumpa cikgu pakai kereta mahal-mahal.. melancong ke serata dunia atau makan di hotel mewah...

dunia cikgu memang tersendiri.. cikgu lebih suka bersederhana.. dan merendahdiri walau ilmu selangit tinggi dan selaut dalam...

***minggu depan gaji...

Friday, January 21, 2011

Esok kita sekolah.. sebab nak cuti raya cina

Salam sejahtera semua...
dah malam.. 10:17PM..

sambil melipat kain, sambil mengetuk keyboard, sambil melihat/mendengar tv..
mata dah kelat-kelat..

esok, sabtu bersamaan 22 januari 2011, telah diisytiharkan sekolah "ganti" untuk meraikan cuti tahun baru cina...
sekolah mengikut jadual hari isnin sebab nak ganti hari isnin 31 januari...
apa saja..
tapi yang herannya, ikhwan sekolah... nurul dan izham tak sekolah pulak!!!

Thursday, January 20, 2011

Semak keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2011.

Kepada ibubapa atau pelajar yang ingin menyemak keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2011. Mereka bolehlah berbuat demikian dengan menyemak secara online mulai 21 Januari 2011  melalui laman web yang tertera dibawah;

maktab rendah sains mara
Semakan keputusan secara online ke Maktab Rendah Sains MARA




Tingkatan 1 : Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 Pengambilan 2011
Tingkatan 4 : Semakan Status Permohonan Tingkatan 4 Pengambilan 2011

Semua semakan permohonan ke Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA bagi Tingkatan 1 untuk tahun 2011 hendaklah menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon. Bagi Tingkatan 4, menggunakan nombor kad pengenalan. Bagi permohonan yang tidak tersenarai, mereka bolehlah membuat rayuan dengan datang atau menulis kepada pihak MARA. Keputusan rayuan tertakluk kepada merit pemohon dan kekosongan yang belum terisi setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran telah selesai.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

***Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan.. kalau tak dapat, teruskan usaha di sekolah harian biasa..

aku, cuti dan BE en. nuff

Salam sejahtera semua,
entah macam mana pagi hari ni terbangun lewat..
mungkin hari ni cuti sempana perayaan Thaipusam.. padahal malam tadi bukan tidur lewatpun..
tak apalah, mungkin ada hikmahnya..
sambil mengemaskan diri terfikir nak buat sarapan apa hari ni.. nak keluar macam malas.. dalam peti ais cuma ada nugget tp dalam kuantiti terhad..
aku terfikir biar terus ke pasar, masak makan tengahari .. brunch sj utk hari ni...

"mak, minum!"
bergegas aku turun ke dapur...
"siapa beli nasi lemak? ayah ke?"
"abang wan"
ermmm.. seronok juga sesekali dilayan begini...
"ni nasi lemak mak angkat ke?"
ikhwan sengih melebar.. bila sebut mak angkat, dia tahu sangat sebab tahun lepas dia memang tangkap kontrak dengan mak cik nasi lemak tu for breakfast.. at least dua kali seminggu, nasi lemak ayam.. semestinya...

selesai ke kedai dan memasak, kami menikmati hidangan tengahari. Ayam goreng berempah, masak lemak kobis dan sambal belacan.. cukup ala kadar memandangkan hari cuti dan bertambah kami makan..
"kenapa ayam goreng ni hitam?"
"entah, mak termasuk lebih madu kot?"
hitam-hitampun, habis selesai seekor ayam..

petang, waktu utk berfb, berblog...
seperti biasa, idea nak menaip entry, terbang ke langit...
belek-belek en. nuff, jumpa pulak yang ini...

thanks en nuff untuk BE yang baru.. lepas ni bagi banyak2 lagi ye..

Wednesday, January 19, 2011

semangat yang hilang

salam sejahtera semua..
semangat hilang?
apa dia semangat?
roh?
jiwa?
ke mana arah menghilang?
hilang boleh dicari
atau hilang lesap menjadi abu?

arghhh.... mungkin ini hanya luahan hati nuraniku..

mak.. duit am hilang...

salam sejahtera semua..
balik dari sekolah petang semalam, anak manja kesayangan terus monyok bersidai di tepi katil.
"eh! dah balik. tapi kenapa muka monyok ni?"
izham terus diam menundukkan muka...
"ok ke kat sekolah hari ni?"
"duit am hilang..."
"kat mana? kat kantin?"
"tak", perlahan saja
"abis tu?"
"kat jalan.. nak kutip, ayah tak bagi"
"banyak ke?"
"lima puluh sen satu, duapuluh sen satu, sepuluh sen satu..", detail explaination!
"oooo lapanpuluhsen...tak apalah.. yg penting keselamatan... duit boleh kita cari.. "
"makan keropok lekor lagi hari ni?"
"tak, makan nugget.. am ingat balik sekolah nanti nak beli air.. bila tarik sapu tangan, duit tu terus jatuh.."
"hari ni bday mak, nanti mak belanja makan mlm ni.. am nak makan apa?"
"kuehteou goreng basah dan fresh orange..."
"okay, pegi salin baju sekolah, terus mandi.. pukul 8 kita pergi tau.."


am berlalu dengan wajah sedikit ceria...
anak ini banyak sangat kerisauannya.... namun inilah yang mematangkannya..

Tuesday, January 18, 2011

Happy Birthday to me!

Salam sejahtera semua..

Alhamdulillah..
43 tahun sudah bernafas
menyedut udara
menikmati hidup
menempuh segala onak duri ranjau...

mana mungkin aku lahir
tanpa ayah bonda tercinta
dengan izin Allah..


dalam perit jerih bonda melahirkan
aku diqamatkan arwah datuk
kerna ayah tegar melaksanakan tugas perwira negara...
dari tapak kaki sebesar dua jari
mereka membesarkanku 
mendidik
sehingga 
menjadi manusia...

18 Januari 2011

doaku ya Allah
semoga Kau panjangkan usia ku, murahkan rezekiku,
teguhkan imanku..
permudahkan urusan dunia dan akhiratku..
hidup dilimpahi kasih sayang
..
Amin ya rabbul 'alamin...



Monday, January 17, 2011

hamparan permaidani hati...

Salam sejahtera semua..

seawal pagi menguruskan rumahtangga sebelum menghantar anak ke sekolah..
selepas selesai, menguruskan hal sendiri ke "sekolah" juga..

di "sekolah" bersama anak didik,
mengharapkan semuanya ok,
mendidik anak "orang", tidak sama dengan mendidik anak sendiri..
lebih-lebih lagi dengan cabaran globalisasi terkini..
walau anggapan seperti anak sendiri, 
mereka tetap empunya DNA sendiri


sebagai pendidik, aku tetap menjalankan amanah yang diberikan..
walau sesukar mana sekalipun, walau seperit mana...
itu "janji"ku..
janji pada anak didik,
janji pada rakan setugas,
janji pada pengetua,
janji pada suami (kerana aku perlukan izinnya)
.. dan janji kepada Allah..


setiap manusia telah ditetapkan semuanya oleh ALLAH,
kita berusaha ke arah kebaikan
insyaAllah.. suatu hari kita pasti akan merasakan hikmah semua yang kita lalui...
betapa indah dan manisnya hidup ini
dan menerimanya penuh redha dengan


Sunday, January 16, 2011

terima kasih en. nuff.. nuff..

Salam sejahtera,
selepas semua kerja selesai, time buka blog pula...

hari Ahad ni semua orang lepak-lepak kat rumah..
akupun sama..

buka blog, teringat kat en. nuff.. nuff..
macam blogger lain jugak..
mesti nak tengok

bila aku nak dapat payment?
biar dulu la...

tapi en nuff nuff ni memang baik hati..
terima kasih..


Resepi Roti Jala

Salam sejahtera semua..



rasanya dah lama sangat tak masak roti jala ni...
ye lah.. sejak berpindah ke rumah baru..
lagipun acuan roti jala ntah ke mana lesapnya...

sebenarnya semalam aku dah masak menu ni.. 
tapi kuah karinya masih ada
lagipun, pagi-pagi izham dah mintak nak sarapan roti ni..
memula malas nak buat,
tapi untuk buat sikit ok le..
 resepi?
mudah sangat..
untuk roti:
  • 500 g tepung gandum
  • sebiji telur
  • garam secukup rasa
  • pewarna kuning (aku guna kunyit serbuk je)
  •  minyak masak
  • daun pandan (untuk mengoles minyak di kuali)
  • air untuk bancuhan
Caranya:
  1. tepung, garam, telur, pewarna digaul dengan air (jumlah air aku tak sempat nak sukat, tapi agak-agak la supaya tak terlalu cair atau pekat)
  2. blend je bahan tu semua supaya tak bergentel..
  3. panaskan kuali dan oleskan minyak dulu supaya tak melekat. akak tak ada kuali canggih yg tak melekat tu...

tengokle cara akak tebar roti tu... 
main belasah je..

akak oles dengan bawang besar cucuk kat garfu sebab daun pandan tak ada.. hehehe
(sedap je bau bawang bila dioles kat kuali tu...)

haaa... izhampun pandai melipat menggulung roti yg dah masak..
(sebenarnya dah lapar sangat... so, gulung sendiri)

hasil kerja tangan izham..

kari ayam?

bahan-bahan:
  • ayam sebelah
  • 3 biji ubi kentang
  • sepaket serbuk kari
  • santan
  • bawang merah, bawang putih, halia
caranya:
  1. panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  2. masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk dan serbuk kari
  3. bila dah garing dan naik bau, masukkan santan dan air secukupnya.
  4. masukkan ayam (yang dipotong kecil) dan ubi kentang (yang dipotiong dadu)
  5. kacau hingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa...

SELAMAT MENJAMU SELERA..

Friday, January 14, 2011

no comment!

salam sejahtera semua..
petang jumaat selepas selesai melipat kain menimbun, nak hantar ewan ke kelas tuisyen.
"siapa hantar?", soalan biasa ewan setiap kali nak pergi tuisyen
"tanya ayah"
"ayah kata, mak!" pelaung ewan dari tingkat bawah..

lantas bersiap-siap sambil kotak fikiran berfikir berkira-kira nak terus ke kedai mencari bahan roti jala...
"abang, jom kita ke TESCO.."
"nak pegi jugak ke?"
"tak apalah... cadang nak beli bahan roti jala", ada nada rajuk di situ..

 sambil membuka pagar, "jom lah!"
maka, selepas menghantar ewan, terus kami ke tempat yang dimaksudkan..

tidak begitu ramai manusia di TESCO sewaktu kami sampai.. sambil berjalan melihat deretan kedai, kesudahannya  kami tidak masuk ke bahagian supermarket...
yang kelakarnya aku tanpa sedar telah membeli tiga pasang kain untuk dibuat baju kurung...

mana bahan roti jalanya?
NO COMMENT!
kalau beli, bila pulak nak menebarnya?
NO COMMENT!
betul ke ni?
NO COMMENT!

***teringat jawapan klise FS dalam galaksi TV9..

maksud klise : KLISE dipinjam daripada bahasa Inggeris, cliche yang membawa maksud sesuatu idea atau perlakuan yang diulang-ulang penggunaannya tanpa memberikan satu tafsiran baru. Pengulangan ini dilakukan kerana adanya sedikit kemalasan untuk menggerakkan minda supaya berkerja bagi mendapatkan sesuatu yang segar dan lebih menarik daripada sesuatu yang sekian lama dilakukan. Klise selalu dirujuk kepada karya kreatif seperti teater, filem, novel, cerpen dan sebagainya.

Salam pagi Jumaat

Salam sejahtera..

alhamdulillah kita dipanjangkan usia sehari lagi..

Jumaat hari yang penuh berkat
penghulu dalam seminggu..

kepada kaum adam..
hari jumaat wajib sembahyang jumaat
rasanya tak uzur kot...
mohon disihatkan tubuh badan, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki..
setiap amalan baik yang kita lakukan 
insyaAllah diterima Allah swt...

Thursday, January 13, 2011

Sudah 15 tahun ...

Salam sejahtera semua..

Tepat 12:55 tgh hari Isnin
13/1/1996
15 tahun lalu

aku melahirkan zuriat sulungku
warisku dunia akhirat

Muhammad Ikhwan 
nama diberi..

Happy birthday..
Semoga menjadi anak yang baik dunia akhirat...
dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..

Wednesday, January 12, 2011

Ku bersyukur..

Salam sejahtera..

,,,dalam melayari bahtera kehidupan..
banyak sungguh onak duri ranjau yang perlu ditempuh..
terkadang aku tersadung ..
atau terus tersungkur..

luka dihati tiada siapa yang nampak
biar dibibir menguntum senyuman
hakikat resah gelisah
biar hanya "dia" yang tahu

namun ku tetap bersyukur
kerana setiap kejadian
tersimpul lipatan hikmah
di sebaliknya

dan aku merasakan
"dia" tetap dan akan sentiasa menyayangiku..




alhamdulillah...

Drama Akukah Tanggang ganti Sakti Delima Slot Lagenda TV3

Salam sejahtera semua..
aku suka jugak layan slot Lagenda TV3 ..
baru-baru ni  Putera Katak.. okayla walau kadang-kadang rasa macam kelakar budak-budak..
..
Lepas tamat drama tu, menyusul pulak drama Sakti Delima.. drama terbitan syarikat JS Picture tu menampilkan semua pelakon wanita bertudung...

Tapi tak sampai empat hari ditayangkan, udah lenyap begitu saja,,
Kenapa ye?

Gugel la sana sini..
okay.. dapat sikit..
Berita mengenai Drama Sakti Delima yang sepatutnya ditayangkan sehingga 20 episode ini telah dihentikan penyiarannya apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengeluarkan arahan supaya TV3 menghentikan drama bersiri Sakti Delima itu serta merta.

Penyiaran Drama Sakti Delima di Slot Lagenda TV3 ini terpaksa dihentikan berikutan LPF memutuskan Sakti Delima itu mempunyai unsur syirik dan tahyul yang melampau. Produser drama itu, Sheila Rusly juga telah mengesahkan berita ini.



Macam tu lah... kalau cerita Indon, orang jadi berukpun boleh tayang..  banyak sangat double standardnya...

***Terkenang cerita Mualaf yang diharamkan tayangannya di Malaysia, tapi menang anugerah di luar negara... apa macam?

Facebook tutup 15 Mac 2011?

Salam sejahtera semua..




pastinya ramai yang termanggu-manggu...
ramai yg berkata-kata
"ala.."
"kenapa?"
"lepas ni susah nak contact kawan-kawan"
"tak boleh main farmville"
bla bla bla..

pada akak, ada juga baiknya facebook ni.. ramai kawan sekolah yang terpisah 20, 30 tahun dulu bersua kembali.. sesuatu yg up to date.. sangat mudah untuk disebarluaskan.. (untuk yg elok-elok sahaja)
bagaimanapun ada juga yang tak baiknya... asyik "melayan" facebook berjam-jam.. tinggal solat dsb... memang biar la ditutup..

memang ramai yg gabra.. copy foto, ambil contact number dsb..


mari kita baca kenyataan ini :
Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga merupakan ketua eksekutif Facebook

Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.

Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.


kredit untuk: wayar mahal

Tuesday, January 11, 2011

11/1/11

Salam sejahtera semua...

hari ini 11/1/11

30 tahun dahulu
aku menjejakkan kaki buat pertama kali ke
MRSM Kuantan

penuh nostalgia

dan selepas 30 tahun
kami K85 menggamit memori.
thanks dr. kham..




Happy Anniversary... semoga kita diberikan Allah sihat tubuh badan..
Al_fatihah buat guru-guru dan teman-teman yang telah meninggalkan kita...

Monday, January 10, 2011

hari pertama..

Salam sejahtera semua,
petang ni hari pertama masuk kelas..
setelah seminggu anak-anak didik di"reorientation", hari ni start new topic..
first thing, nak kena ingatkan pelajar ni tahun 2011 ialah tahun untuk ambil SPM.. nak main boleh, tp jangan menyesal kemudian hari..

disiplin kena jaga, kalau tak.. berlarutan sampai hujung tahun..

okay lah.. wish me luck!

Ramai pertikai kemenangan AnnaRafalli

Salam sejahtera semua..

rata-rata di mana jua,
blog, facebook, twitter,
akhbar on-line tak on-line
malah
di kedai kopi..

memperkatakan tentang kemenangan 
TOLONG INGATKAN AKU...


.. tolonglah ingatkan sesama sendiri..
keputusan juri adalah muktamad..


Keputusan Anugerah Juara Lagu 25

Salam sejahtera semua...

ahaaaa... puas hati semua?
yang menang diucapkan TAHNIAH..
yang kurang berjaya.. anda juga sebenarnya menang kerana layak ke AJL...


berikut senarai penuh yang menang...
1. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
2. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
3. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)

persembahan terbaik...
Hanyut ~ Faizal Tahir
 
Vokal terbaik
Hafiz

antara yang bertanding...
1. Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
2. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
3. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
5. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
6. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)
8. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
9. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
10. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
11. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
12. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)
13. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
14. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)





TAHNIAH SEMUA, TAHNIAH TV3
JUMPA DI AJL 26

Sunday, January 9, 2011

kenyang laksa...

Salam sejahtera semua..
petang ahad.. jam 5.00..
terasa perut bergetar..
nak keluar malas..
hari tak hujan, tapi entah....

aku cepat-cepat keluarkan ikan kembung yang aku beli semalam,
bilas dengan air (sebab aku dah basuh bersih)
rebus dalam kuali (letak garam sikit dan asam keping)
sekejap dah masak..
dalam kepanassan aku asingkan isi dengan tulang, blend dan masuk dlm periuk..
tuang air secukupnya, cili kering, bawang merah, bunga kantan, daun kesom..
haha.. belacan jangan tinggal
besarkan api di penunu.. sekejap je mendidihnya..
rasa masin, pedas, lemak secukup rasa...

"nurul, cepat potong timun, bawang besar, cili, limau kasturi"
sambil memanaskan air untuk mencelur laksa..

jam 6.00 petang kami menjamah laksa yang aku masak tadi... sepuas hati...
hehehe
kalau hendak, sekejap je siapnya...


sengaja tak letak gambar kami "menjamah laksa"
takut ada yang mengidam..
kredit untuk li na untuk gambar unik ini..
apa yg unik?
hehehe

Malam penentu AJL 25

Salam sejahtera semua,


setelah lebih sebulan berlangsungnya Muzik-muzik 25 separuh akhir,
malam ni adalah malam yang akan menentukan siapakah 
pemenang AJL25.

seramai 14 finalis akan bertanding dan
senarainya boleh diklik di sini

pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi akan bergabung tenaga bagi menzahirkan lagu terbaik..


 
Stadium Putra Bukit Jalil 
akan mencatatkan satu lagi sejarah AJL
...siapa yang berkesempatan boleh ke sana
atau 
menonton saja dirumah
dan buka chanel

JAM 9.00 MALAM INI..
SELAMAT MENONTON..

***adakah lagu hanyut? atau ku ada kamu? atau ???

hijrah penuh makna

Salam sejahtera semua..
bangun seawal pagi menunaikan rukun islam dan melakukan amalan sunat..
sangat bermakna buat diri ini..

anak-anak juga begitu.. alhamdulillah walau sedikit liat.. tapi jika dibiasakan, insyaAllah.
mungkin perkara ini tidak berlaku kepada sesetengah keluarga..
masing-masing dengan aktiviti masing-masing..
rukun islam tidak diendah
hubungan kekeluargaan apatah lagi..

sebagai pendidik, aku biasa mendengar ayat-ayat dari lidah anak didikku sendiri..
'mak ayah tak pernah solat'
"sejak datang sini baru saya tahu solat dan mengaji"
'saya tak pernah puasa'
'mak saya kerja di kelab malam, sekarang ganti dengan kakak pulak'

itu sebahagian saja.. dan aku percaya anak didik semua mengharapkan keajaiban bila belajar di sini...

apakah mereka tiada ruang langsung mencari nur di rumah masing-masing?
akupun tidak pasti..
apa yangku harapkan semoga kebaikan yang anak didikku lakukan akan berterusan sampai bila-bila..

***cabaran pendidik hari ini ......

Terima kasih teman..


Salam sejahtera,

orang memberi kita merasa..
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..

terima kasih kak ctm
atas tandamata dari Bandung...

lepas ni nak jalan-jalan mana pulak?

***bila nak update blog?

Saturday, January 8, 2011

BE .. yang macam yoyo..

Salam sejahtera semua.

hampir seminggu dapat BE baru dari en.nuff.. tapi BE yang lama macam hilang pulak... lepas tu dua tiga hari dapat pulak balik BE yang lama tu..
eh, apahal ni en. nuff..???
macam yoyo le..
ni dah ok balik...
terima kasih en nuff.. nanti bg banyak lagi ok..

Friday, January 7, 2011

Seminggu berlalu

Salam sejahtera semua..

alhamdulillah.. minggu persekolahan telah berlalu seminggu
alhamdulillah juga telah selesai semua perkara bagi anak-anak bersekolah walau ada juga dua tiga hal yang tak selesai...ala.. hal kocik kocik yo...

semalam anak-anak baru tingkatan 4 mendaftar..
baju putih dan seluar hitam.. warna taik cicak..menarik dan penuh ceria maklum le baju baru.. putih berseri le..
sesekali mata ni nakal juga menjeling ke arah dua tiga kelompok pelajar baru ni.. walau baru di sekolah baru, tapi kelompok mereka datang dari sekolah yang sama.. sedikit sebanyak pasti terbawa juga budaya sekolah lama... hujung kaki seluar diketatkan, "sideburn" panjang mencecah dagu, lepas bebas menggunakan handphone, dan tidak memberi salam kepada guru...

aku bukan nak kata pelajar sekolah ku baik belaka..tetapi itu lah, budaya negatif yang akan kami buang daripada mereka.. kami, guru berjanji untuk memegang amanah ibubapa sebaik mungkin.. kami tidak meminta balasan wang ringgit, cukup jika semua anak didik mengenang jasa kami dan mendoakan kesejahteraan kami..

***setiap yang baik akan dibalas baik..
insyaAllah..

Thursday, January 6, 2011

Pabila harga minyak RON97 naik menjadi RM2.40 seliter..

.....
.....
harga minyak masak naik pulak...
harga bawang pun naik lebih sekali ganda.. dalam berita tv tadi .. seguni biasa RM8 terus naik RM17..

kenapa ye?

tiada penguatkuasaan?

Tahniah kepada PM!!!!


***harga tepung bila pulak nak naik?
tak sabar nak tahu harga baru "roti bawang" kat kedai mamak!

Hujan pagi

Salam sejahtera semua...
Seawal pagi hari dah hujan. hujan rahmat yang diberi Ilahi.
Sungguhpun begitu, agak mengurangkan kelancaran trafik untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kebiasaannya anak-anak akan berbasikal atau berjalan kaki atau menaiki motosikal.. bila hujan semuanya naik kereta/van..

apa-apa halpun, hari ini adalah hari pendaftaran pelajar baru di sekolahku...

***ermmm lagi serabut!

Wednesday, January 5, 2011

Happy Birthday .... abang..


Salam sejahtera ...

Hari ni 5 Januari 2011
Hari yang sama 1970 dahulu
lahir seorang insan

yang kini menjadi sebahagian daripada hidupku..
SELAMAT HARI LAHIR... SAYANG...

semoga hidup lebih dirahmat Ilahi..
dikurniakan kesihatan yang baik
dimurahkan rezeki
dan bertambah iman dalam diri..


***kami semua sayang abang..

Tuesday, January 4, 2011

Siap satu kerja... tapi kenapa abby kata begitu ye??

Salam sejahtera semua..
hari ni selesai satu hari lagi... baru lepas masak acar buah. sambil sambil tu basuh kain.. kalau dilonggokkan, lagi banyak.. maklum saja dengan mesin basuh antik tu...

kat sekolah hari ni, pelajar tingkatan 5 masih lagi "reorientation", makanya bolehlah cikgu-cikgu buat apa yang patut.. jangan dok bergebang je.. nanti makan gaji buta je.. tak berkat!!! hehehe

maka dengan masa 7 jam yang ada tu, akakpun menggodek lappy akak.. buka segala folder lama cari lesson plan dan rancangan sesi latihan (nama lain bagi rancangan pengajaran tahunan/mingguan)... godek sana sini, touch up sikit mana perlu dan alhamdulillah.. selesai juga..

dah dekat nak balik baru melawat "rumah" kawan-kawan dan baca akhbar online...
tetiba mata tertumpu kat ruangan hiburan.. hahaha biasa lahkan... semua oang suka gosip...
berita apa? ala kes terbaru abby abadi dengan memey..

lepas baca, terfikir pulak, kenapa abby kata memey tu macam tu?
lepas tu fikir balik.. kenapa memey ada kat rumah norman hakim time tu?
isyyy.. busy bodylah pulak..
***apa-apa hal pun, doa semoaga semua tu tak berlaku pada kita dan hari ni dah siap satu kerja....

Masih mengetuk...

Salam sejahtera...
jam dah 12.15 am...
dah masuk hari ke empat thn baru..
masih menaip.. mengetuk papan kekunci
aduihhhh... mengeluh juga aku dibuatnya.. meneruskan tugas yang tidak selesai..
kenapa?
entahle..

kadang-kadang ada teknologi canggih tidak berguna juga
kalau asyik "tidak puas hati"
lebih-lebih lagi kalau disalahgunakan..

beban tugas makin bertambah
usia juga makin meningkat,
terdayakah aku?


Monday, January 3, 2011

Mesyuarat!!! Biasala awal tahun....... kan?

Salam sejahtera semua..


Mesyuarat Kurikulum kali pertama..
untuk tahun 2011
dah 18 tahun jadi ajk..
bersilihganti 6 pengetua..
macam-macam potfolio aku dah pegang

hehehe
lenguh kaki, lenguh telinga
bila mesyuarat tiga jam setengah..
hehehe
nasib baik ada ctm belanja biskut dan air mineral..


***boss baru yang paling sempoi... i loike.. jangan marah ye boss...


Bermula sesi persekolahan 2011

Salam sejahtera semua..
hari ini bermulanya hari baru persekolahan untuk tahun 2011..
Anak-anak bersedia untuk menjejakkan kaki ke sekolah..
ikhwan dah tingkatan 3, nurul tingkatan 1 dan izham tahun 2..

masing-masing punya azam tersendiri.. semoga apa yang dihajatkan akan dimakbulkan oleh Allah.. Kita sebagai hambanya hanya boleh berusaha, berusaha, berdoa, berdoa dan bertawakkal... setiap yang kita lakukan mesti bermatlamat..

Mak dan ayah sentiasa beri sokongan, dorongan dan diiringi doa.. kalau kita malas.. kita tahu apa balasan yang kita akan dapat. Jika semuanya telah kita lakukan, kita berserah saja hasilnya pada Allah. DIA lebih mengetahui segalanya. Sekiranya baik yang kita dapat, ucapkan alhamdulillah. Jika tidak seperti yang kita harapkan, kita mesti percaya ada hikmah disebaliknya..

***doa dan harapan  , semoga permata hati mak dan ayah terus berjaya di dunia dan akhirat...

Sunday, January 2, 2011

Lagi lagi senario

Salam sejahtera semua..

Tajuk tu memang tajuk filem..
Filem yang diarahkan oleh Azis M Osman tu hampir berusia 10 tahun..
sebab filem ni mula ditayangkan pada 14 Disember 2001

... dan petang tadi. TV3 tayangkan semula..
Antara pelakonnya:
Azlee, Mazlan Pet Pet, Saiful Apek,
Wahid, Yassin, Wardina dan Erma Fatima

Sinopsis:

Wahid menjadi mangsa kegawatan ekonomi apabila restoran eksklusif tempat dia bekerja menguncupkan tenaga kerja. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjaya lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee. Yassin dan Saiful, turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. 
Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan, membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. 
Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan "Roti Canai Terbang Rock & Roll". 
Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee. 

***wardinapun masih innocent lagi..


SMK KDSK Seri Manjung

Salam sejahtera semua..

Semalam hadirkan diri untuk majlis tahlil dan bacaan Yaasin di sekolah baru di daerah Manjung, 
SMK KDSK.
KDSK?
Kpg Dato' Seri Kamaruddin...
Kg?
Kata Manjung dah jadi Bandar...
tak kesah la tu..


 ambil kesempatan..

surau...
tak ramai yang hadir.. 
mungkin masing-masing sibuk dengan urusan anak-anak nak sekolah..


 ruang makan untuk guru di kantin sekolah
plastikpun tak buka lagi..


 ruang legar untuk perhimpunan
masih kosong tanpa pokok bunga..


 penunjuk arah di ruang hadapan
dan
di foyer..



Mulai tahun 2011,
pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 akan memulakan sesi pembelajaran sebagai pelajar pioneer..

***seronok nurul dapat sekolah baru..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...