Friday, January 7, 2011

Seminggu berlalu

Salam sejahtera semua..

alhamdulillah.. minggu persekolahan telah berlalu seminggu
alhamdulillah juga telah selesai semua perkara bagi anak-anak bersekolah walau ada juga dua tiga hal yang tak selesai...ala.. hal kocik kocik yo...

semalam anak-anak baru tingkatan 4 mendaftar..
baju putih dan seluar hitam.. warna taik cicak..menarik dan penuh ceria maklum le baju baru.. putih berseri le..
sesekali mata ni nakal juga menjeling ke arah dua tiga kelompok pelajar baru ni.. walau baru di sekolah baru, tapi kelompok mereka datang dari sekolah yang sama.. sedikit sebanyak pasti terbawa juga budaya sekolah lama... hujung kaki seluar diketatkan, "sideburn" panjang mencecah dagu, lepas bebas menggunakan handphone, dan tidak memberi salam kepada guru...

aku bukan nak kata pelajar sekolah ku baik belaka..tetapi itu lah, budaya negatif yang akan kami buang daripada mereka.. kami, guru berjanji untuk memegang amanah ibubapa sebaik mungkin.. kami tidak meminta balasan wang ringgit, cukup jika semua anak didik mengenang jasa kami dan mendoakan kesejahteraan kami..

***setiap yang baik akan dibalas baik..
insyaAllah..

8 comments:

  1. salam cikgu

    tu dia...saya bangga ada sekolah yang amalkan prisip macam sekolah cikgu..

    rata2 xemua sekolah nak yang terbaik,samada dapatterlaksana atau tidak, bergantung pada cikgu displinnya..betul tak>>

    ReplyDelete
  2. yong...budak2 sekolah skrg mmg tak pandai hormat guru,combi rasa semua bermula dari rumah.kalau dorang menghormati ibubapa insyaALLAH dorang akan sentiasa menghormati org lain.

    ReplyDelete
  3. ayu, semua cikgu nak anak murid mereka jadi yg terbaik..

    ReplyDelete
  4. echah,
    ibubapa tunggak utama. tak boleh lepas tangan terus!

    ReplyDelete
  5. nakal2 bdk skrg tak sama nakal bdk dulu.. bdk skrg ni lg berani..
    nk kate manja tak jugak..dorg ni saje ngegada nk tarik perhatian...
    mcm zaman skrg ni terkejar2 nk jd artis bolehlah popular.. adehhh...

    ReplyDelete
  6. man,
    jadi artis mee segera... sekejap je habis.. lepas tu sakit perut..
    ermmmm...

    ReplyDelete
  7. kasik cantas itu sideburn..hehe

    ReplyDelete
  8. imanshah,
    atau kasi kick itu budak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...