salam sejahtera semua,
bagi rakan-rakan blogger yang dah berkeluarga dan mempunyai cahayamata, pasti nakkan yang terbaik untuk anak-anak..
jom kita berkongsi..
Secara fitrahnya untuk mengajak kepada kebaikan itu agak sukar kerana syaitan sentiasa berusaha untuk menghalang usaha-usaha kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi sekarang ni.. anak-anak kian terdedah kepada perkara melalaikan...
pertamanya : ibu bapa harus perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Pastikan kita sudah melaksanakan ibadah terutama yang asas... ibu bapa adalah model terhampir kepada anak-anak..
Firman Allah swt bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala..." [At-Tahrim:6]
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Sesungguhnya anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibubapalah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani."
salam
ReplyDeleteumai lagi study, ikut rentak dia, budak 3 tahun..nak belajar..kita turutkan jerlah kan
rasanya, nak ajak di jogging..riadah nie sure buatkan umai bertambah tenaga,,,kan??