Friday, October 31, 2008

MUSIM HAJI


Musim Haji tiba lagi. Haji mesti di buat pada masa yang tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Maka umat Islam seluruh dunia yang berkemampuan dan cukup syarat bersama-sama mengerjakannya.

Menunaikan fardhu Haji merupakan rukun Islam yang ke lima.


Rukun haji :
1. Niat
2. Wuquf
3. Tawaf Haji
4. Saie
5. Bercukur
6. Tertib

Wajib haji :
1. Berniat ihram di miqat
2. Bermalam di Muzdalifah
3. Melontar jamrah aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah
4. Bermalam di Mina - sekurang-kurang 2 malam, malam 11, 12, 13 Zulhijjah.
5. Melontar 3 jamrah sekurang kurangnya dua hari pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
6. Meninggalkan larangan ihram
7. Tawaf wada (selamat tinggal)



Kepada semua kenalan dan saudara mara yang dijemput Allah sebagai tetamuNya untuk menunaikan ibadat ini, didoakan semoga selamat pergi dan kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.



Banyak lagi info tentang haji

Jalan-jalan ke Penang *Episod 4*

Tak sah kalau p Penang tak p bazar ni. Apa nama bazar ni???


Apa lagi bazar CHOWRASTA la.. tak tau kenapa guna nama ni... orang penang musti tahu nape?? Luth, ko tau ker?




Bazar ni terletak di Penang Road Georgetown. Kat depan Balai Polis.

What so special yg ada kat sini????



Jeruk! Jeruk! Jeruk!

Kalau che'gu p kursus kat Penang, bila balik, kengkawan musti tanya:



"MANA JERUKNYA????"




Kalau che'gu belanja jeruk, kengkawan musti kataa:


"NI MUSTI BELI KAT CHOWRASTA!!!!!!!!"






Lain-lainpun ada KAT BAZAR TU..... beg, pakaian, tudung, ehhh macam-macam ada...

Jom p Penang>>>>>>>>>>>>>>>


Episod Jalan-jalan ke Penang.
Episod 1
Episod 2
Episod 3

Bila "rajin" itu datang

Bila "rajin" itu datang, aku memang gila mengadap lappy kesayanganku. Macam-macam nak buat..kalau boleh satu dunia punya blog nak tengok. Suka la bila baca blog orang sampai leka...

Bila mak leka, anakpun leka jugak. Leka buat aktiviti kreatif la tu..Apalagi... pandai buat benda yg kreatif dan pandai pulak buat sepah...

Sekali menoleh... aduhaiiiii...tolong!!!!
Ammmm.... kemas balik apa yang Am dah buat ni...

Aku jerit sekali... dia buat dono je...




Diam.

Aku teruskan menggodek lappyku, merewang satu dunia...

Masih diam...

Tetiba aku toleh belakang,,,,



Wahhh!!! dah clear!!!!

Bila "rajin" itu datang,...

Cepat amik gambor!!!

Aku bagi satu ciuman tanda menghargai kerajinan Izham mengemas kembali bahan-bahan sepahannyaaaa..


Semua nya disumbat dlm beg.

Awards istimewa

Kenapa istimewa???? Awards ni adalah dari dua rakan blogger yang ku anggap macam anak sendiri. Kiranya sebab mereka ni masih lagi student. Bukan calang-calang students. Sorang belajar di Politeknik Penang, sorang lagi tengah buat master di UK.



Ini awards dari anakanda Luth. Terima kasih untie ucapkan tapi minta maaf bebanyak sebab baru dapat letakkan kat sini. Bukan lupa. Tapi kadang-kadang tak sempat. Hari ni baru sempat. Luth memang seorang yang kreatif. Mengenalinya di alam siber ni... memang sempoi, seorang yg rajin....


Ini pulak dari Mar. Terima kasih daun keladi.....
So, terima kasih semua.


Wednesday, October 29, 2008

Wah cunnya

Va va va. Tak lama lagi menjulurlah PROTON JOURNEY mpv ni kat jalan di Malaysia. Mesti ramai yang ngidam MPV 7-tempat duduk ni. :)

Tengok gambo ni dulu....


Nampak hebat n mantap!!. Ia mempunyai kuasa enjin 1.8 dan telah memulakan ujian di atas jalan sejak 12 hb September yang lepas. Bentuknya seakan-akan Toyota Wish.
Harganya boleh tahan ....70k-80k. Blm dipastikan lagi...Harap2 MPV Journey ini bkn saje memberi keselesaan kepada peminat 7-seater tapi jugak mempunyai kelebihan yang lain spt penggunaan minyak yg rendah n alat ganti yang lebih murah.
Haaa...sesapa yg berkenan nak menukar atau menambah koleksi kereta boleh la intai-intai kat Proton....
************
syorkan utk kengkawan yg dah menambah ahli keluarga....


Jalan-jalan ke Penang *Episod 3*


Episod Jalan-jalan Cari Makan

Hampir dah terlupa nak sambung episod g Penang aritu.
So sesapa nak g Penang jenjalan boleh la g makan-makan yg orang kata mesti makan kalau g Penang.

Rojak
Boleh pilih apa yg korang suka: cucur, tauhu, ketam, udang bla...bla...


Char Kuehtoew

Nampak cam tak sedap, tapi..... yummy


Kerang Rebus

Kegilaan Izham


ABC, Laicikang
Sampai tak muat meja....


Mee Udang Gitu-Gitu



dan pastinya

Nasi Kandar




Next time kami nak g Penang lagi....... nak makannnnnn.......

Episod Jalan-jalan ke Penang.

Roti oh roti

Izham memang suka makan roti. Roti ni wajib disapu dengan jem stoberi je tau... Tak boleh jem lain.
Pernah satu hari jem stoberi abis. Aku sapu dengan jem rasberi.. dia tau. terus tak makan.

Senang bangat aku. Tak payah sesusah cari yg lelain. Pastikan stok jem stoberi ada sentiasa. Agaknya masa aku bunting dulu aku suka makan stoberi kot???!!!!

Tuesday, October 28, 2008

Girlgirl namanya hamster ni




Hamster ni Nurul yang punya. Aku tak berapa gemor sangat bela pet. Suka tengok. Bila bela bermakna aku kena uruskan makan, minum, cuci b&*^% dan k#$&^*)*.
Ceritanya girlgirl ni ada pasangannya. Boboi. Tapi dah ajalnya sampai dulu. Tinggallah girlgirl sekor. Anak aku beli hamster ni melalui kawannya. Aku tak tahu apa-apa, tetiba satu petang kawannya datang dan bg pet ni complete set.
Lepas tu, inilah keroje tambahan Nurul. Bila cuti sekolah, ada pulak passenger baru balik kg sekali. Nak buat guane.... Anak dah suka ... ikut je.

Guna kad kredit dengan bijak




Walaupun kad kredit banyak gunanya, namun ia seringkali menjadi punca kepada masalah kewangan sewaktu membayarnya. Ramai rakyat Malaysia suka membayar nilai minima yang mana akan menyebabkan hutang kad kredit itu bertambah. Oleh kerana transaksi kad kredit ini tidak melibatkan wang tunai, ia akan mendorong orang ramai untuk berbelanja ‘lebih’ berbanding transaksi wang tunai sehingga ‘tiada kawalan’.

Transaksi tanpa menggunakan wang tunai ini mungkin membuatkan pengguna kad kredit tidak terasa yang wang itu sedang ‘terbang melayang’ dari saku pendapatan mereka.
Hakikat ini memang sudah cukup membimbangkan, namun padahnya adalah apabila mereka tidak dapat membayar bil sepenuhnya. Dan selagi ada baki tertunggak di dalam bil, maka selagi itulah syarikat kad kredit senang hati. Mereka boleh mengenakan ‘bunga’ faedah yang amat tinggi kepada penghutang kad kredit ini. Keadaan inilah yang menjadi idaman kerana ia amat menguntungkan mereka; sekiranya mereka mengenakan faedah sebanyak 2% setahun.

Cara yang paling selamat untuk tidak berbelanja lebih dengan menggunakan kad kredit adalah dengan menggunakan satu sahaja kad kredit dan 1 kad debit. Cuba motivasikan diri supaya hanya menggunakan kad kredit hanya ketika kecemasan sahaja.


Selalulah guna kad debit. Kalau nak guna wang tunai, tentu menyusahkan kalau membawa wang yang banyak dalam saku, kan? Jadi, apabila kita menggunakan kad debit, ia bergantung kepada jumlah dalam akaun kad debit kita untuk berbelanja. Seboleh - bolehnya, jangan jadikan menggunakan kad sebagai amalan. Gunalah wang tunai bagi urusan belian yang kecil. Selalu tanamkan sifat jangan berbelanja lebih.


Bagi mereka masih berfikiran waras, anda boleh menggunakan kad kredit dan kad debit dengan baik. Anda hanya perlu ‘belajar’ menggunakannya dengan bijak dan berhemat. Ia bererti :

>>membeli seolah - olah kita menggunakan wang tunai.
>>membayar bil sepenuhnya sebelum tarikh matang, dan
>>mengelak menggunakan kemudahan pendahuluan wang tunai.


Sebenarnya, seseorang itu memerlukan satu kad kredit sahaja. Dan yang paling penting, cajnya jauh lebih murah. Ini adalah kerana anda berkemungkinan berbelanja lebih apabila memiliki lebih dari satu kad kredit. Oleh sebab anda sudahpun membayar yuran keahlian tahunan dan belanja - belanja sampingan yang lain, anda berasa wajar untuk berbelanja semata - mata kerana mahu menggunakan kad tambahan itu. Ini bermakna lebih banyak wang yang akan mengalir keluar.

Monday, October 27, 2008

Sepetang di Teluk Batik

Sempat jugak aku jenjalan kat Teluk Batik lewat petang tadi. Punyalah ramainya orang. Indians pun ada..hai, sambil raya sambil berkelah. Rakyat Malaysia sekarang ni, rayapun raya lah... so sebab cuti Deepavali kali ni lama, ramai la yang ambil kesempatan bawa famili jenjalan. Ada yang mandi manda, naik kereta kuda, sekadar makan-makan...mat rempitpun ada..

Kami tak mandipun sekadar mencecahkan kaki di tepi pantai je. Lagipun hari dah petang sangat.

Namun masih ramai yang mandi manda walaupun senja dah nak menjelma. Memang diaorang tidur area TB kot. Sebab tu tak heran nak balik...

Seperti biasa, muka masam Izham jernih kembali bila dapat makan ais krim.


On t'way, kami singgah di MD. Dah lama tak makan. So inilah dinner kami malam nanti. Kalau tak cukup, kari ikan tengah hari tadi ada lagi....

Masih bercuti

Sebab lama sangat bercuti, hari ini aku menghabiskan masa yang ada dengan membasuh selimut. Nasib baik hari panas terang benderang. Pagi tadi masak nasi goreng dan cucur udang (kegemaran kami sekeluarga).




Lepas membasuh dan berkemas bagai, aku layan cd "Journey to the center of the earth". Best gak ceghitanyer. Science fiction. Omputih ni kalau buat ceghita cam ye ye oooo jeh. Perasan gitew.. Tapi best tang part dia terjatuh sampai kat water slide dan bila dia kluar ikut gunung berapi tu. Siap curik berlian lagi...


Disebabkan pagi ni terbabas sampai jam 9.30, breakfast lambat so, aku masak lunch pukul 1.30. Simple aje. Kari ikan bawal dan sambal goreng. Udah jam 3.00 baru makan. Boring jugak lama-lama cuti. Petang ni nak g jenjalan lagi.

Tapi nak g mana ek????

Saturday, October 25, 2008

Aktiviti petang Sabtu



Cuti panjang sehingga hari Selasa (STESMA ambil cuti peristiwa) menjadikan masaku banyak terluang. Selepas sepagi menyelesaikan basuhan yang menimbun-nimbun, petangnya aku ambil kesempatan ke Lumut. Ada promosi batik kat situ. Tak banyak gerai yang ada. Tapi bolehla kalau nak membeli baju batik, kain batik... Ada jugak barang-barang perhiasan dijual.. Keropok pun ada...


Bagi penduduk Lumut, Sitiawan dan Seri Manjung, bolehla berkunjung ke Lumut Waterfront. Pegilah jenjalan bawa family. Promosi sampai hari Isnin ni ajer...



Belek-belek aja. Tak belipun. As usual, Izham and peace..


Sambil tengok fenomena yang cantik di jeti Damar Laut.

Mana hilangnya????

Ya Allah, .... satu rumah aku ngan suami geledah mencari sebotol minyak masak cap v... yang baru beli tapi dah hilang. Pegi shoppingnya petang Khamis. Bab mengemas ni aku bg suamiku je yg buat. Esoknya aku nak masak for lunch tak ingat pasal minyak tu. Sebab tong yg ada tu masih banyak lg berbaki.


Tapi petang tu nak goreng ikan, aku perasan...botol minyak 2kg tu tak ada. Alamak..mana pulak peginya?? Tinggal kat supermarket tu ke? Rasanya dah bayar dan ada tulis kat resit..Terlupa letak dalam troli kot??? Ntah??? Dah la minyak skrg mahal..


Malas nak panjang-panjang ceghita, tak ndak bergaduh dgn suami, anak-anakpun buat tak tau je... akupun tutup kes. Anggap je bukan rezeki aku..

Friday, October 24, 2008

Diapun nak juga

Amboi...amboi...amboi...
diapun nak juga....
Tengok maknya mentenet, diapun nak juga..



Izham ni saja dengki kat aku sebab aku tak berapa nak layan dia.
Bukan dia tak pandai main dengan abang + kakak.
Tapi saje nak peghabih duit raya dia.
Mak tahu le Izham banyak dapat duit raya...
So, selepas ngamuk-ngamuk, beli jugak le utk dia.

"Mak, kat mana Am nak sambung wayar tenet ni...???"

Ha... lebey lebey pulak. Mana boleh sambung...

"Abis, mak tu boley???"

Mak cikgu, tak apa....

"Macam ni tak nak guna lah laptop ni"

Aku senyum je...
memang naknya beria, tapi sekejap je.
Lepas tu ditinggalkannya.


Anak ku yg bongsu ni memang bijak dan aktif... kat rumah la...
Kat luar... naif je...
Pusar kat kepala dia ada dua... Apa maknanya tu?????

Menu Jumaat ini




Balik dari sekolah tadi aku terus tukar uniform chef ku, masak nasi goreng. Main campak-campak je. Bawang, cabai hijau, ikan bilis, telur..nasi . Jadilah nasi goreng ... sempoiiii.



Then teringat pulak.... balik sembahyang Jumaat nanti, suami dan anak mesti nak makan nasi putih. Ada pulak nanti yang nak bawa bekal ke sekolah agama. Pikir jap.... Apa pulak yang nak di"gu"kan dengan nasi putih tu????? Haaa, teringat semalam beli ayam. Paste kuah kacang ada lagi. Jadilah resepi baru... Ayam lumur sambal kacang....Minangrawa...


So, tengah hari tadi inilah menu kami......






Kiri atas: Ayam lumur sambal kacang....Minangrawa, Nasi goreng ..sempoii.


Kiri bawah: Rebus sawi bunga, bahan inti burger dan 5 keping R*%$+& burger.

Syukur kepada Allah kerana melimpahkan rezeki buat kami...amin...

Thursday, October 23, 2008

Banjir....

Hari Selasa yang lalu memang hujan lebat selebat-lebatnya. Aku pegi mesyuarat di SMK Nan Hwa petang tu hujan tak turun lagi. Bila nak balik... pukul 4 petang macam dah maghrib. Gelap dan hujan lebat.

Tak sangka pulak sebab hujan tu boleh membanjirkan kawasan Sitiawan dan Lekir. Sejak aku tinggal di area Manjung ni (dah hampir 16 tahun), tak pernah aku dengar atau tengok banjir di sini.

Ajak malang jugak sebab Ketua Bidangku, Pn. Rasilah , rumahnya dah dimasuki air. Terpaksa menumpang di Pusat Pertanian Lekir. Nak buat camno.... bersabar ajalah....

*****************
kalau aku... mesti nanes... ye la... abis semuanya...oh rumah...oh barang-barang kesayanganku....oh .... tidak bolehku bayangkan......















Pn Rasilah...(baju hitam).... sabar ye kak....
***Li Na, thanks for the photo...

Journey to the Center of the Earth

Pegi shopping barang dapur tadi, nampak pulak CD ni. Beli terus. Ntah bila nak tengok. Anak-anak cepat je dah tengok. Dengor sinopsis dema tak detail. Aku carik kat tenet... ha ni dia....


Professor Trevor Anderson (Brendan Fraser) teaches earth sciences at the university and heads the Center of Volcanic Activity. Max Anderson, Trevor's brother, built the monitoring system and placed the units around the world 10 years earlier. For some unknown reason, Max did not return, leaving behind a wife and son, Sean (Josh Hutcherson). Sean's mother leaves the teenager at Trevor's house to get some quality time with his uncle. They look at Max's copy of Journey to the Center of the Earth by Jules Verne and find a secret code.
Back at the monitoring center Trevor compares the volcanic activity numbers and finds that they are exactly the same as the ones in the book. Trevor and Sean fly to Iceland to check one of the units and to see if they can find some information about where Max went. Trevor hires a beautiful mountain guide, Hannah (Anita Briem), to take them up the volcano. During an electrical storm on the volcano, they get trapped in an abandoned mine. They search for a way out of the mine and discover a wall filled with large diamonds.
Unfortunately, the floor they are standing on can't hold their weight, and they fall down a volcano tube for miles and miles until they reach the center of the earth. Once there, they encounter prehistoric glow birds, flying piranha, man-eating plants, and T-Rex dinosaurs that have been extinct for millions of years.
They find that they are seeing the same things that were printed in the Jules Verne book. This gave them hope that someone was able to escape from the center of the earth and return to the surface.
Tak sabor nak tengok.....

Bihun goreng


Malam ni dinner dengan bihun goreng je. Aku bubuh rencah ayam dan udang kering dan telur. Simple dan sesekali tukar angin. Asyik makan nasi je. Anak-anakpun suka.

Bila pekena bihun ni teringat pulak aku peristiwa masa aku kecik-kecik dulu. Mak aku suka masak bihun guna bihun timbang. Bukan yang siap dalam paket tu. Katanya bihun timbang rasa lebih sedap dan tak halus macam bihun paket. Satu hari tu bihun timbang kat kedai Mak Munah tu dah habis. Terpaksalah mak aku beli bihun paket. Agaknya dia rendam terlalu lama, maka bihun tu terlalu lembik dan tak menjadi bihun goreng. Nak makanpun rasa lain macam je.So hari tu kami adik beradik breakfast makan cucur bawang je... Bihun goreng tu...???? dapat kat ayam le...

Wednesday, October 22, 2008

Mawi nak kawin



Alhamdulillah. Akhirnya Mawi menyatakan hasratnya untuk kawin. Niat yang baik untuk mendirikan masjid, jangan ditunggu lama-lama.

Siapapun pilihannya, kami sekeluarga mendoakan kebahagiaan Mawi & Ikin.

Saja aku masukkan n3 ni sebab Izham memang suka Mawi. Sejak Mawi masuk Akademi Fantasia lagi. Paling dia suka nyanyi lagu Lagu Cinta Lagu Jiwa (yg duet dgn M.Nasir). Tapi tak la sampai jadi fanatik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...