Thursday, October 23, 2008

Bihun goreng


Malam ni dinner dengan bihun goreng je. Aku bubuh rencah ayam dan udang kering dan telur. Simple dan sesekali tukar angin. Asyik makan nasi je. Anak-anakpun suka.

Bila pekena bihun ni teringat pulak aku peristiwa masa aku kecik-kecik dulu. Mak aku suka masak bihun guna bihun timbang. Bukan yang siap dalam paket tu. Katanya bihun timbang rasa lebih sedap dan tak halus macam bihun paket. Satu hari tu bihun timbang kat kedai Mak Munah tu dah habis. Terpaksalah mak aku beli bihun paket. Agaknya dia rendam terlalu lama, maka bihun tu terlalu lembik dan tak menjadi bihun goreng. Nak makanpun rasa lain macam je.So hari tu kami adik beradik breakfast makan cucur bawang je... Bihun goreng tu...???? dapat kat ayam le...

2 comments:

  1. Yum..yum..sedapnya bihun goreng...Tiba-tiba aje rasa lapar

    ReplyDelete
  2. tirana,
    lebih sedap lagi jika makan dengan sambal kicap.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...