Tuesday, October 21, 2008

Jalan-jalan ke Penang *Episod 1*

Rasa dah lama tak mengemas rumah ni. Semalam masih malas... cuma sempat tukar lagu raya yg dah bersawang tu....ganti pulak dengan lagu yg banyak menyimpan memori manisss.

Baca title kat atas tu mesti dah agak apa yg aku nak melalut. Sebenarnya dah lama sangat tak pegi jenjalan, makan-makan, lepak-lepak, mengabihkan masa dan RMMMM... So, sebelum tiba masa sibuk, jom la g Penang. Itu destinasi percutian keluarga yang paling cunnn buat kami. Oversea jugak kannn??? Malas nak tulis banyak-banyak. Kita tengok gambar je....



Bawa apa yang patut sahaja...

Tangki tak perlu penuh. Nasib baik regha minyak udah turunnnn

Jambatan Permaisuri Bainun : menghubungkan Manjung terus ke Segari dan zummmm ke Taiping terus tanpa melalui pekan Ayer Tawar


Asyik mengikut b&*@#@ lori je. Dah le jalan pun... emmm

Wajah-wajah ceria putera puteriku..

Masuk highway Changkat Jering d Taiping.

Repair jalan lagi...

Bawa putra putri mesti banyak hal punya. Singgah sat kat R&R, buat apa yang patut

Berselera sungguh. Makan, jangan tak makan. Pinggan abang dah kosong, itu yang menjeling adik tu.... :)

Kami pilih utk naik feri je... Nak bagi Izham seronok sebab first time dia naik feri dulu umur dia baru 6 bulan. Jimat minyak lagi...he..he..

Panjangnya queue.. reramai nk g Penang nak pegi shopping raya ke???Aku tengok jam 1136...kul berapa nak sampai seberang???Kat atas feri. Masing-masing merakam foto kenangan.

Aha.. dah nampak komtar..

Sekejap je naik feri ni dalam 5 minit. Dah sampai pun kat Pulau Pinang... Maka berakhir lah episod 1 ..... menyusul pulak episod 2.... tunggu ye..

6 comments:

  1. teringat memori gi penang...
    mintak cikit puding laici stoberi nie...ngap!!!

    ReplyDelete
  2. Kak Lin..suami saya orang penang...tapi raya baru ni tak balik ke penang pun..balik perak aje..

    ReplyDelete
  3. lin
    citer gie penang nie ada berapa episod? wah tak sabar nak baca nie....

    ReplyDelete
  4. miim,
    sesekali "melepaskan" tension seronok kan???

    ReplyDelete
  5. tirana,
    Penang kat mana? Perak pulak di mana? kot sedara apa???

    ReplyDelete
  6. ctm,
    tak tau lagi berapa episod. macam drama swasta...24 episod kot...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...