Wednesday, November 6, 2013

PMR selesai, bermulanya SPM

 


Salam sejahtera semua,

Bermula hari ini, 6/11/2013, semua calon SPM akan menghadapi peperiksaan bertulis sehinggalah selesai pada 5/12/2013.

Debaran yang hilang selepas Nurul Fateha selesai menghadapi peperiksaan PMR (2013), berulang kembali mulai hari ini kerana putera sulung Muhammad Ikhwan pulak akan menghadapi SPM(2013).

Hanya iringan doa, semoga anak-anak akan berjaya menjawab soalan dengan baik dan tenang. Mendapat kejayaan cemerlang buat bekalan masa hadapan. Doa ibu mengiringi setiap langkah anak-anak.


Tuesday, October 22, 2013

Aku dan Allahyarhamah Noreen Nor

Salam sejahtera semua,

entah kenapa pagi ni tetiba terasa nak update blog yang dah bersawang ni..
Rindu pada blogging.... memang sangat-sangat rindu..
Namun ayat cinta ni seringkali tertangguh...

Seringkali menyatakan.. "tunggu sat lagi nak update!"
sudahnya tertangguh....
lebih-lebih lagi senag bertweet atau berfb dan berwhatsApp...

dan pagi ni dalam kesibukan terpandang di fb...

Alfatihah buat Allahyarhamah Noreen Noor...
terkejut kerana dah lama tidak mendengar berita tentangnya..
dilaporkan:
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.

Sesungguhnya mati itu pasti dan kita semua akan pergi menghadap Ilahi. Cepat atau lambat, itu adalah rahsia Allah. Hanya amalan saja yang dapat mengiringi kita kelak.

Tuesday, September 24, 2013

Novel My Precious Iris ~ Melur Jelita

Salam sejahtera semua..

Saya memang sangat minat membaca novel. Tetapi kekangan masa yang ada agak membataskan minat saya.
Saya telah baca novel ni. Sangat tebal dan saya terpaksa habiskan hampir tiga bulan... Tapi ceritanya sangat menarik hati..

Jom kita jeling sikit sinopsisnya..


Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS


Wednesday, July 17, 2013

Tidak ke pasar ramadhan

Salam sejahtera semua,
Hari ini dah 8 hari umat Islam berpuasa untuk tahun 2013 ini. Sekejap masa berlalu.

Saya cuba bertahan tidak ke pasar Ramadhan. Masak saja apa yang ada . Walau hanya nasi putih dengan ikan masin, sudah cukup menyelerakan. Apa guna ke pasar Ramadhan, mengeluarkan duit, membeli juadah berbuka tetapi akhirnya ditongsampahkan. Tidak sedap, basi, kotor..

Walau apa juga alasan, masakan dari air tangan ibulah yang paling sedap di dunia. Hujung minggu ni saya cuba untuk balik ke kampung berbuka puasa bersama emak. Yelahkan.. sementara ada emak..

Antara menu berbuka saya hari ke-8..  Selamat berpuasa. Jangan lupa pergi terawih.. :)








Photo: Menu berbuka hari ini #nasigorengkicaptakseberapa #udangcendawangorengtepung #ayamperisatomyamputih ... Selamat #berbukapuasa buat semua...

Monday, July 8, 2013

Ramadhan menjelma lagi

Salam sejahtera semua,

Hari ini Isnin bersamaan 29 Syaaban (8 Julai)... telah diumumkan tarikh permulaan puasa.
Hari Rabu bermula 1 Ramadhan 1434 H bersamaan 10 Julai 2013.

Selamat menjalani ibadah puasa. Rebutlah kenikmatan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Berpuasa, disamping amalan sunat: bersedekah, mengaji Al Quran, sembahyang tarawikh ...

Semoga kita dapat melalui Ramadhan 1434H hingga ke penghujungnya...


Monday, July 1, 2013

When you came into my life - scorpions.







When You Came Into My Life

Music :klaus meine, rudolf schenker, titiek puspa, james f. sundah
Lyrics:klaus meine, rudolf schenker, titiek puspa, james f. sundah

You give me your smile
A piece of your heart
You give me the feel I’ve been looking for
You give me your soul
Your innocent love
You are the one I’ve been waiting for
I’ve been waiting for

We’re lost in a kiss
A moment in time
Forever young
Just forever, just forever in love

When you came into my life
It took my breath away
It was love at first sight
All the way
When you came into my life
The world was not the same, oh no
Cause your love has found it’s way
Into my heart, oh yeah

You make me dream
By the look in your eyes
You give me the feel, I’ve been longing for
I’ve been longing for so long

When you came into my life
It took my breath away
You set my heart on fire
All the way
When you came into my life
The world was not the same, oh no
Cause your love has found it’s way
Into my heart

Just forever in love

When you came into my life
It took my breath away
And was love at first sight
All the way

When you came into my life
It took my breath away
You set my heart on fire
I never felt that way
When you came into my life
The world was not the same, oh no
Cause your love has found it’s way
Into my heart

When you came into my life

Saya dan coklat...Hadiah dari Langkawi.

Salam sejahtera semua..

Salam pagi Isnin buat semua..
Sambilsambil merangka untuk latihan tutorial dan kuiz pelajar saya, sempat lagi mengunyah almond choc hadiah dari seorang kawan yang ke langkawi baru-baru ni.

Tak dinafikan sejak zaman sekolah lagi saya memang suka chocolate. Kalau dulu saya hanya mampu makan yg jenama murah-murah je dan setiap kali habis satu bar.. saya akan simpan kertas pembalutnya. Hampir setiap buku saya akan selitkan kertas pembalut tu.. depan, belakang, tengah.. hahaha

Ada pendapat yang mengatakan makan coklat menjadikan kita pandai.. ye ke? mungkin itu salah satu punca merangsang otak untuk cerdik.. hihi.. memang saya cerdikpun, sebab tu jadi cikgu.. hahaha

kenapa? tak percaya? gugel la info tentang chocolate...


Kenyangla perut saya dengan chocolate.. Alhamdulillah. Terima kasih kawan..

Tuesday, June 25, 2013

Cuti jerebu..

Salam sejahtera semua.

Hari ini dan esok (Selasa dan Rabu), semua sekolah di Manjung diarah tutup berikutan IPU jerebu dah meningkat dari 171 (hari Isnin) ke 288 (Selasa pagi) dan ada yang mengatakan dah naik sehingga 309..
Harap-harap cuaca sebegini akan segera pulih seperti sedia kala....

Kalau difikirkan, kita kena banyak berdoa supaya Allah turunkan hujan... semoga Allah mengampunkan dosa kita...

Sebenarnya tak tahan.. sebab dah ada bau asap dan jarak penglihatanpun setakat 1 km je.. Kesian anak-anak kecil dan orang tua.. terutama ygmempunyai masalah pernafasan.. asma ataupun sakit dada....


dua foto ni diambil semalam (Isnin 24/6/2013)

Hari ni lagi teruk kabutnya...

Monday, June 24, 2013

Kesempatan bersama mak dan adikberadik..

Salam sejahtera semua

Biasanya saya menulis di blog dan paste saja di facebook. Haaa.. hari ni terbalik kot pulak.. Entry di facebook saya paste di blog saya.. hehe..

Selamat membaca!


Alhamdulillah.. perkataan yang sering di hati walau jarang diluahkan dari bibir...

Sabtu 22/6/2013 telah selamat diadakan majlis tahlil, doa selamat dan sedikit jamuan untuk keluarga di Gopeng. Walau agak terkilan kerana tidak dapat sama-sama mengaminkan doa, namun hati dan fikiran tetap teringatkan mak di kampung juga adik beradik... Sebenarnya kita hanya mampu merancang, tetapi hanya Allah yang menentukan. Namun begitu, kerana anak-anak ada program masing-masing tanpa boleh dielakkan, agak petang baru sampai di kampung. Masih beruntung kerana ada kakak dan adik-adik yang membantu emak menguruskan majlis tersebut. Terima kasih semua...

Juga tetap mengucapkan syukur kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bersama adik beradik, (walau tidak semua) dan bermanja-manja dengan mak yang telah sihat meskipun usianya hampir 72 tahun 14 Julai ni. Melihat anak-anak riang gembira bermain bersama sepupu sepapat... mengimbau kenangan sewaktu usia kecil kami. Setiap kali balik kg berjumpa opah, terutama cuti sekolah atau kenduri kahwin, ada saja yang kami dan sepupu lakukan.

Sempat lagi bersama memasak laksa untuk hidangan tengahari. Laksa.. hidangan yang sememangnya digemari kami adik beradik. Anak-anak dan suami/isteri masing-masing pun "kena suka" makan laksa.. hihi...

Dah lama sangat tak ziarah pusara arwah abah... Semalam, sempat bersama mak menziarahi"nya"... Sedar tak sedar dah hampir 11 tahun abah pergi. Al-fatihah untuk abah..

Sayu hati ini nak meninggalkan emak di kampung sendirian.. Doa sentiasa dititipkan semoga Allah sentiasa melindungi emak, diberi kesihatan yang baik untuk emak terus beribadat kepada Allah dan mendokan kesejahteraan anak-anaknya...
sesungguhnya  redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa.
Emak yang melahir dan membesarkan kami semua... maka wajiblah bagi kami membalas semua jasa emak..
Semoga Allah juga tidak membolakbalikkan hati kami dari berbakti kepada emak...

Kami sayang mak...

Wednesday, June 19, 2013

Gotong royong 5S

Salam sejahtera semua,


bila kali pertama lihat senarai nama yang terlibat gotong royong 5S yang akan diadakan pada hari Jumaat...
"Ohhh tidak!.. kenapa jumaat. 3pm??? "
"ermmm.. tak apalah. bukan selalu. pergi je"

Saya sampai lewat 10 minit dari jam 3. nampak beberapa orang pelajar berlegar-legar di tingkat atas. Dah mula. setelah di"briefing"kan oleh boss 5S, terus saya naik ke tingkt satu. Kelas agak berterabur. Apa lagi.. kerahan tenagapun bermula..

Selepas sejam, saya berpuas hati dengan kerja pelajar pembantu... kamipun bersurai.


Saya dan Miss Cheah bergambar kenangan bersama pelajar 2 tek 5.
 Pelajar-pelajar yang rajin membantu. Terima kasih.


Tuesday, June 18, 2013

Entry saya yang paling malassss

Salam sejahtera semua,

Hari ini saya memang tiada idea "sendiri" untuk dicatatkan. cuma mampu "pinjam" dari facebook saja..


saya suka apa yang tertulis tu.. Hanya Allah tempat kita mengadu semua perasaan kita...

Monday, June 17, 2013

Hadiah Hari Bapa : KFC Free Snack Plate Combo Giveaway with Purchase!!

Salam sejahtera semua

Selamat hari bapa buat semua lelaki yang bergelar bapa di seluruh dunia.

Suami saya tidak meminta-minta.... dan saya tidak pulak memberi-beri... tetapi tetap ingat untuk meraikan hari-hari yang istimewa. dan saya tahu suami saya akan terima apa saja pemberian saya..

kebetulan hari sabtu lepas kami keluar bersama...

haaa. ni hadiah saya untuk dia.. hehehe all in one!

bukan beli snack plate dapat flask ye... tapi.. beli flask, dapat free snack plate O.K... Ingat nak yg colour merah.. tp dh out of stock.. ambik la yg warna sebelah hitam tu...mcm gold sikit-sikit..

Sebenarnya KFC sedang meraikan 40TH Anniversary dorang. Tu yg bagi Anniversary Flask (460ml) by Thermos dengan harga RM25.90 walaupun harga sebenar ialah RM89.90.... (dengan percuma Set Snack plate)



en. suamipun suka... jangan marah ye.. walau harganya murah.. setakat RM25.90.. tapi setiap kali en. suami minum air teh O guna flask tu.. tentu dia ingat kat darling dia.. hihihi...

OK.. SELAMAT SEMUANYA..


Thursday, June 13, 2013

Bermula semester baru Kolej Vokasional Seri Manjung

Salam sejahtera semua..

Minggu ini bermula semester baru untuk pelajar tahun 1 dan 2. Pada mulanya hanya pelajar tahun 2 yang akan memulakan pengajian semester 4, pelajar tahun 1 akan menjalani program semester pendek selama 3 minggu. Tetiba bertukar rancangan pulak.

So, pelajar tahun 1 dan 2 akan memulakan pengajian semester 2 dan 4 serentak.

Sebagai tenaga pengajar, apa juga yang terjadi, kena sentiasa bersedia.

semester ni saya masih mengajar 2 kelas pelajar tahun 2. Macam biasalah kan... Senang je nak ajar topik Trigonometri tu.. hihi.

OK.. Jumpa lagi..


Wednesday, June 12, 2013

Kerapu masak stim

Salam sejahtera semua..

Hari ni rasa teringin nak postkan menu ikan kerapu masak stim. Tapi kepala kerapu je sebab badannya saya buat masak masam manis..

Sebenarnya saya dah lama teringin nak makan ikan stim. Kalau pergi makan kat luar, suami saya suka ikan masam manis.. Tak best la kalau hanya saya je yg makan ikan stim, yang lain tengok je.

Akhirnya saya masak sedikit.. ambil bahagian kepala je... Nasib badan la kannnn...

 ni baru stim 3 minit...
sekejap je sebab ikannya ciput je..


ni.. saya stim 2 minit lagi selepas saya curahkan kuahnya supaya menyerap dalam ikan...

maka tercapailah hajat saya nak makan ikan stim... Alhamdulillah..

Resepinya:
       BAHAN A:
  • 1 kepala ikan kerapu (saya guna kerapu laut, bkan yang bela tau...) - lumurkan sedikit garam.
  • sejambak salad/kobis panjang
      BAHAN B  untuk kuahnya:
  •  bawang merah / bawang putih / halia / cili merah / cili padi / serai - dihiris
  • karot / batang saderi / daun ketumbar
  • serbuk lada hitam
  • serbuk tom yam putih
  • air asam jawa (gunakan air suam)
  • garam / gula
Cara masak:
  1. Kukus bahan A selama 3 minit.
  2. Dalam kuali, tumiskan  bawang merah / bawang putih / halia / cili merah / cili padi / serai hingga naik bau.
  3. masukkan serbuk tom yam putih dan masukkan setengah cawan air.
  4. Agak mendidih, masukkan garam,  gula, serbuk lada hitam sehingga sesedap rasa.
  5. Tutup api dan masukkan perahan asam jawa. (saya cuba kurangkan penggunaan cuka dalam masakan saya)
  6.  Akhir sekali curahkan Bahan B yang telah masak tadi ke dalam bekas yang berisi kepala ikan tadi.
  7. Kukuskan lagi 2 minit dan boleh angkat...

Selamat menjamu selera...

Monday, June 10, 2013

Tawaran Temuduga Pensyarah Matrikulasi

Salam sejahtera semua

Hari ini bersamaan 1 Syaaban.. Selamat menenmpuh bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan.. Sekejap je rasa.. dah nak berpuasa pula.

Cuti sekolah 2 minggu sudahpun berlalu...

Saja nak share..
Masa cuti sekolah tu, kerani kat sekolah tetiba call bagi tau ada surat panggilan temuduga jawatan pensyarah matrikulasi pada 12 jun 2013.

 "eh! saya tak pernah mohon pun"
 "cikgu nak terima ke tolak?"
"saya tolak la.. bukan tolak tuah.. tapi saya memang tak pernah mohon.. kalau tawaran mengajar matematik, mungkin akan saya pertimbangkan"
"ok, terima kasih cikgu"
"sama-sama"

tu dia...
saya mengajar di kolej vokasional sekarang ni... dah jadi pensyarahpun... Gred jawatan sayapun baru je naik tahun lepas.. tak apalah.. biar saya mengajar di Manjung saja..

Mungkin rezeki ni untuk orang lain yang lebih layak..

Friday, May 31, 2013

Bandung cincau VS Teh O Ais Limau

Salam sejahatera semua,

Kalau diminum masa panas terik... memang puas hati...
Saya suka yang air bandung tu.. hihi

Wednesday, May 29, 2013

KFC.. semuapun suka

Salam sejahtera semua,



 anak-anak saya memang suka makan ayam.. badan pun dah macam ayam.
saya pasti semuapun suka makan ayam.
sesekali bolehla..
tapi jangan selalu tau.


Tuesday, May 28, 2013

Rojak di TESCO Seri Manjung

Salam sejahtera semua..

Haaaa... pagi-pagi lagi dah letak gambar rojak mamak ni.. Memang mental.. pedulik la kan kan kan..
Kalau pergi TESCO Seri Manjung, saya suka makan rojak ni.. Sedap tu kan subjektif.. Kena dengan tekak saya. Kira oraitla tu..

Kalau anak-anak saya, dorang suka sangat makan chicken chopnya.. Ala... tak jumpa pulak gambornya..
Nanti kalau jumpa, saya buat posting lain tau... Ye la tu.. entah-entah berkurun, baru ada entry.. hihihi.

Ok lah .. saja nak tunjuk je.. Kalau pergi TESCO Kampar, saya suka bahulu dan keropok lekor kat situ... ermmm yummy...

Monday, May 27, 2013

Projek cuti sekolah

Salam sejahtera semua

Bila cuti sekolah.. apa lagi yang kita nak buat ye...
Idea ni dah lama saya fikirkan..
hihi..
Apalah agaknya..
Selama ni sejak berpindah ke rumah baru, kawasan rumah saya memang tiada tempat untuk menyidai pakaian. Bila hari hujan atau anak-anak lambat membasuh pakaian, bilik bawah yang satu tu menjadi bilik menyidai kain...
saya agak rimas kerana selain faktor bau, bila saudara-mara datang.. aduhai... memang susah nak basuh/menyidai kain.

Dah lama merengek kat en. suami suruh dia pasangkan kipas dan bolehlah bahagian yang sempit tu dibuatkan ruang laundry...

Sebenarnya nak cari kipas kecil yang menjadikan projek ni tertangguh. Bila cari kat kedai elektrik, semua kata..
"kena order dulu"
"lama mau order"
"oh itu kipas??? mau order sekali tiga.. lama"

haaaa.. hari tu pegi kedai elektrik kat rumah.. ada.. terus suruh en. suami beli...
maka projekpun bermula..



Saya cukup bersyukur sebab saya ada suami yang pandai buat wiring elektrik... Thanks darling :)
So, saya tak perlu bermodal besar untuk apa-apa urusan berkaitan elektrik.. Bayar? Tetap kena bagi upah la walau en. suami kan....

Anak bujang sayapun boleh membantu. Tapi kena "suruh".. baru buat.. biasalakan..

Ok... jumpa lagi..

Harga emas murah???

Salam sejahtera semua.

Sejak dua minggu lepas, ramai rakan facebook yang mengatakan harga emas murah. Sesiapa yang nak menambah koleksi atau yang nak menikah.. inilah peluang untuk membeli.. harga tengah murah. nanti mahal, boleh jual pulak..

Saya juga minat nak beli.. Tapi saya kurang minat nak pakai banyak-banyak.. Rimasnya. Sebab saya ni suka memasak.. so, bila mencuci dan memasak.. adoiiii.. Bila raya atau kenduri kahwin.. bolehla pakai.. sikit je tau.. tak nak jadi mami jarum.. Jatuh haram pulak kalau paka gelang sampai ke siku... huhuhu

Jom la... tak rugi beli emas ni.. 20 tahun dulu saya pernah beli emas dengan harga RM30 bg segram.. so kalau sekarang harga emas dah jadi RM170 segram... haaa.. bayangkan berapa indeks kenaikan harga tu... hehehe..

Dengarnya minggu ni harga emas RM147 segram..

Kalau dah melebihi nisab dan haul, kena bayar zakat ye... Tapi bagi Jabatan Ugama Islam Perak telah menetapkan selagi emas itu dijadikan perhiasan.. tidak dikenakan zakat...


Saturday, May 25, 2013

happy birthday, nurul!

Salam sejahtera  semua



Hari ini, 15 tahun dahulu bertarikh 25.5.1998, tepat jam 1:55 tengahari, selamat saya melahirkan zuriat ke dua saya..
Setelah berfikir fikir, saya dan suami sepakat menamakannya Nurul Fateha.

Mudah saja melahirkan.. seawal jam 8:00 pagi saya ke hospital dengan tujuan membuat pemeriksaan berkala.. setiba di depan doktor..
"aktif betul baby ni, boy agaknya, tapi kalau salah, jangan marah doktor ye"

saya hanya tersenyum dengan harapan baby saya, girl!
"nurse, tolong check patient ni.."
"akak,, dah buka 5 cm"
alamak.. nasib baik peralatan baby dah ada dalam kereta.

Saya terus di arahkan ke labour room.. bertukar baju dan diletakkan dalam satu bilik . Cik misi memberikan ubat dan saya perlu tunggu "sakit" itu datang.. Tapi saya sangat bersyukur kerana sepanjang waktu cik misi berada di sisi saya.. sambil mengurut tangan saya.
"Alhamdulillah, baik sungguh misi ni"

Tatkala itu, suami tidak dibenarkn oleh pihak hospital untuk masuk ke labour room.

"kak, kalau nak cepat bersalin, akak kena gentel %$^*&^ susu tau.. dalam keadaan mengereng"
agak malu  walau telah ada pengalaman semasa melahirkan ikhwan..

Sakit di bahagian pinggang dan ari-ari semakin ketara. Air cond sejuk dalam bilik tidak terasa kerana peluh memercik,,
"Sabar, kak.. banyakkn mengingati Allah"
 "Adik.. akak rasa macam dah nak keluar baby ni"
"Ok, saya panggilkn doktor"

Doktor dan misi terkocoh-kocoh berlari mendapatkn aku dan baby..
"Wah! sudah beranakkah?"
Dengan hanya dua kali teran sahaja, lahirlah Nurul Fateha dengan tangisan yang nyaring..

dalam hati.. basib baik baby saya tak jatuh...
Nor Hazlin, cuba tengok anak u... jantina apa?
GIRL!

alhamdulillah...

"Akak minum milo ye...."

Setelah semuanya selamat, kami balik ke rumah.. Bukan semudah melahirkan... mendidik juga ,,

HAPPY BIRTHDAY NURUL..
semoga Allah merahmati hidupmu dunia dan akhirat!

Thursday, May 23, 2013

Murah betul rezeki saya

Salam sejahtera semua

Dalam hidup saya, saya sangat bertuah kerana rezeki saya selalu dimurahkan Allah. Biarpun rezeki tu tidaklah banyak berjuta-juta, namun saya selalu beruntung kerana dikelilingi oleh orang yang sangat baik...

Baru-baru ni sempena hari guru, jiran saya kak Khursiah dengan baiknya menghadiahkan saya "sesuatu" .

Jom kita tengok..

haaaa... dapat pencil case, redvelvetcake dan choc cookies.. yummmy... yg dbuat oleh anak buah kak khushah.. special tau..
tq kak..


Wednesday, May 22, 2013

Tidur

Salam sejahtera semua

Kesian pulak bila tengok dia tertidur dengan beg masih digalas.. Balik dari sekolah, terus bersiap diri nak ikut mak masuk kerja jam 2pm. Minggu ni minggu exam. nasib baik mak ada bilik sendiri.. nak bagi dia tidur duduk kat sofa, lagi kesian... bentang je sejadah..

Begitulah anak-anak yang ibunya bekerja. Pembantu rumah pulak tiada untuk mengurus.. walau apa jua... tidur adalah aktiviti yang sangat membantu untuk mencergaskan badan. Tapi sekejap je tau...

:)

Tuesday, May 21, 2013

Tanggung Jawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan

Salam sejahtera semua..
*******************************************
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
 TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN PROFESION PERGURUAN
    1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
    2.  Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
    3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
    4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.
    5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
    6.  Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. 
    *******************************************
    JOM LINK :
    1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
    2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
    3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
    4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
     *******************************************
    *Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

    Saja suka suka

    Salam sejahtera semua







    petang-petang hari ni kita jamu mata tengok gambar


    Program Kolaborasi Industri Kolej Vokasional Seri Manjung

    Salam Sejahtera semua,

    Hari ini bertempat di KV Seri Manjung, Perak,
    sedang berlangsung Program Kolaborasi Industri.
    Tujuan  program ini diadakan ialah untuk mewujudkan satu jalinan kerjasama antara pihak kolej dan industri untuk memberi Latihan Dalam Kerja kepada para pelajar sebelum dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia.

    Pelajar rintis KVSM sedang menjalani program semester pendek mulai 13-29 Mei 2013 dan akan memulakan pengajian Semester 4 mulai 10 Jun 2013 nanti.

    Difahamkan Latihan Dalam Kerja ini akan dimulakan paada pengajian Semester 5-8...

     Tn. Hj Sabri Wan Ibrahim,
    Ketua Unit Elektrik menyampaikan ucapan aluan
     ustz Mohd Fauzi Mohd Nor
    membacakan doa

     penyertaan pihak industri sangat dialu-alukan

     kredit untuk: kvsm.


    Mee Kari lagi

    Salam sejahtera semua

    Saya memang suka sangat masak mee kari. Sebab resepinya sangat senang, mudah, cepat, pantas..
    Tapi saya agak "fail" bila bab nak tunjukkan gambar.
    Maklumlah, saya bukan ada kamera yang canggih.. nak download 360 pun malas.
    Apa-apahal pun, mee kari saya memang terbaik!
    hahahah.. sengal!
    siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri..

    ok lah kita share resepi..
    share kat sini ajelah ye.. MEE KARI
    dah banyak kali post tentang mee kari...

    ok lah kita tunjukkan gambor sikit...



    anak-anak saya, nurul dan izham suka kuehteow.. ikhwan dan suami suka mee. saya telan dua-dua..
    ok.. jumpa lagi..

    Monday, May 20, 2013

    Tahniah! Nurul..

    Salam sejahtera semua

    Sabtu 18/5/2013 yang lalu, saya dan suami dapat jemputan meraikan majlis kecemerlangan di SMK KDSK. Nurul Fateha antara yang akan menerima hadiah.

    Alhamdulillah.. walau mendapat nombor 3 dalam kelasnya, itu dah membuatkan kami bersyukur atas kejayaannya.
    Semoga nurul lebih sukses lagi dalam pelajaran dan hidup..





    Friday, May 17, 2013

    Hujan...

    Salam sejahtera semua..

    Alhamdulillah...
    itulah ucapan yang sepatutnya diucapkan..
    seawal jam 4 pagi tadi telah berdentum guruh dan kilat sabung menyabung.. diikuti hujan yang sangat lebat.
    Memang dah lama sangat tak hujan di seri manjung.
    panas.. tak boleh nak komplen..
    Tetap berdoa semoga hujan tu diredakan sebab anak-anak nak ke sekolah...

    Alhamdulillah, jam 7 hujan renyai je..

    Hujan rahmat yang dikurniakan Allah pada hari Jumaat, penghulu segala hari.

    Masa mengajar hari ni.. nasib baik anak didik ok je... segar!

    ... paling suka

    daun pandan dan pokok kari ni akan kekal segar dengan hujan yang menyiramnya..
    kesian tengok...

    ok.. selamat berhujung minggu.. jumpa lagi.. :)

    Thursday, May 16, 2013

    Hari Guru lagi...

    Salam sejahtera semua

    Masih nak bercerita tentang hari guru..

    "Mak, mak beli je apa-apa .. cikgu am tak kisahpun"
    "Mak kata nak beli hadiah kat Manjung"

    "Nanti lepas maghrib kita keluar cari hadiah.. tapi kat taman kita nipun ada kedai stationery kan??"

    "Mak beli je apa-apa"

    Inilah hasilnya.. tak banyak sebab anak-anak kata nak bagi cikgu yg special je...
    Owhhh... cikgu lain???



    Sayapun tak berkesempatan untuk menyediakan hadiah utk semua.. Maaflah. Namun saya tahu, anak-anak pasti akan kenang jasa guru mereka.
    Saya pesan.. "Tolong wish all your teachers.. Happy Teacher's Day"


     

    Wednesday, May 15, 2013

    Selamat Hari Guru 2013

    Salam sejahtera semua..

    Esok ialah Hari Guru. Setiap tahun pada 16 Mei, guru-guru diraikan oleh semua. Kalau di sekolah, banyak la aktiviti yang akan disediakan oleh pelajar untuk guru.

    Tema hari guru tahun ini ialah 1 Aspirasi, 1Agenda..

    Saya sedut sedikit maksud Tema yang disediakan.

    GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


    HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
     GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


    HURAIAN 1ASPIRASI:
    Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
    Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
    1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


    HURAIAN 1AGENDA:
    Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
    kredit untuk: portal MOE



    Walau seorang guru banyak berkorban demi anak didik tercinta,
    mereka tidak merungut...
    semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang setimpal

     Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
    Selamat Hari Guru
    buat 
    guru-guru yang telah mengajar saya
    SK Pengkalan Chepa
    SRK Gopeng
    MRSM Kuantan
    MRSM Kulim
    pensyarah saya
    UKM Bangi
    UTM Skudai
    rakan-rakan guru
    SK Convent Ipoh
    SMK ACS Kampar
    buat suami
    Cikgu Haris Nordin
    buat rakan-rakan seperjuangan
    Kolej Vokasional Seri Manjung
    Kolej Vokasional SeMalaysia
    SMK Daerah Manjung
    juga buat SEMUA yang bergelar GURU..
    .....
    alfatihah
    buat semua guru yang telah pergi menemui penciptaNya
    semoga roh mu bersama yang beriman...

    saya suka gambar ini kerana saya tidak pernah menjadi pengawas sewaktu sekolah 
    tetapi saya pernah menjadi guru pengawas hanya satu tahun..
    hihi...

    Tuesday, May 14, 2013

    Nasi goreng ikan bilis dan susu kambing

    Salam sejahtera semua..
    Hari hari seawal jam 5 pagi mata saya memang dah tak boleh lena... jam telefon yg saya set tu dah tak perlu sebenarnya... tapi saja je set buat memekak pepagi terutama supaya sang suamipun bangun...... hihi..
    sebaik membersihkan diri dan menunaikan kewajipan Ilahi, mengejutkan anak-anak memulakan rutin pagi seperti biasa.
    Ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi yang sangat ala kadar.
    Hari-hari kalau boleh anak saya Nurul memang sangat suka makan nasi goreng. Macam perut orang kampung nak pergi menoreh! hahaha

    Saya layankan aja. Janji dia lakukan tugasnya sebagai pelajar.. Ikhwan dan Izham tak kesah. Kalau ada, ok kalau tak adapun ok. Ikhwan selalunya tak ambil breakfast sbb takut sakit perut. Tapi saya bekalkan juga kalau saya gorengkan nugget ayam. Dia selalunya hanya bawa bekal air mineral je..Nak diet kot.. Maklumlah. Dah form 5.. badan yg besar tu kena la di"smart"kan  kerana dah ada ciri-ciri "ada peminat".. hihi.

    Hari ini saya hanya masakkan nasi goreng ikan bilis. Seperti biasa breakfast saya mesti ada susu kambing...

    Semoga hari ini lebih baik dari semalam...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...