Thursday, September 27, 2012

Tanggung Jawab Guru Terhadap Pelajar

Salam sejahtera semua..

*******************************************
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

 TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
  1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
  2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
  3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
  5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh lebih baik kepada para pelajar.
  6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


*******************************************
JOM LINK :
  1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
  2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
  3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
  4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
 *******************************************

*Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...