Monday, May 27, 2013

Harga emas murah???

Salam sejahtera semua.

Sejak dua minggu lepas, ramai rakan facebook yang mengatakan harga emas murah. Sesiapa yang nak menambah koleksi atau yang nak menikah.. inilah peluang untuk membeli.. harga tengah murah. nanti mahal, boleh jual pulak..

Saya juga minat nak beli.. Tapi saya kurang minat nak pakai banyak-banyak.. Rimasnya. Sebab saya ni suka memasak.. so, bila mencuci dan memasak.. adoiiii.. Bila raya atau kenduri kahwin.. bolehla pakai.. sikit je tau.. tak nak jadi mami jarum.. Jatuh haram pulak kalau paka gelang sampai ke siku... huhuhu

Jom la... tak rugi beli emas ni.. 20 tahun dulu saya pernah beli emas dengan harga RM30 bg segram.. so kalau sekarang harga emas dah jadi RM170 segram... haaa.. bayangkan berapa indeks kenaikan harga tu... hehehe..

Dengarnya minggu ni harga emas RM147 segram..

Kalau dah melebihi nisab dan haul, kena bayar zakat ye... Tapi bagi Jabatan Ugama Islam Perak telah menetapkan selagi emas itu dijadikan perhiasan.. tidak dikenakan zakat...


2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    ya, harga emas turun... last week sebelum cuti sekolah ada kedai yang jual RM141... tapi ramai yg dah beli sebelum tu RM145...

    musim kenduri ni.. semua pakat serbu kedai emas... :)

    ReplyDelete
  2. cikgunae
    sangat rambang mata bila tengok emas...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...