Thursday, September 27, 2012

Tanggung Jawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara

Salam sejahtera semua..

*******************************************
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

 TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
    1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
    2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggung jawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
    3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggung jawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
    4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
    5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
    6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
    *******************************************
    JOM LINK :
    1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN
    2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
    3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
    4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
     *******************************************

    *Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.


    2 comments:

    1. Salam sejahtera ...
      Isi kandungan maklumat yang sangat berguna untuk saya gunakan di dalam
      dissertation writing service!
      Terima Kasih ...

      ReplyDelete

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...