Salam sejahtera semua..
Hari hari seawal jam 5 pagi mata saya memang dah tak boleh lena... jam telefon yg saya set tu dah tak perlu sebenarnya... tapi saja je set buat memekak pepagi terutama supaya sang suamipun bangun...... hihi..
sebaik membersihkan diri dan menunaikan kewajipan Ilahi, mengejutkan anak-anak memulakan rutin pagi seperti biasa.
Ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi yang sangat ala kadar.
Hari-hari kalau boleh anak saya Nurul memang sangat suka makan nasi goreng. Macam perut orang kampung nak pergi menoreh! hahaha
Saya layankan aja. Janji dia lakukan tugasnya sebagai pelajar.. Ikhwan dan Izham tak kesah. Kalau ada, ok kalau tak adapun ok. Ikhwan selalunya tak ambil breakfast sbb takut sakit perut. Tapi saya bekalkan juga kalau saya gorengkan nugget ayam. Dia selalunya hanya bawa bekal air mineral je..Nak diet kot.. Maklumlah. Dah form 5.. badan yg besar tu kena la di"smart"kan kerana dah ada ciri-ciri "ada peminat".. hihi.
Hari ini saya hanya masakkan nasi goreng ikan bilis. Seperti biasa breakfast saya mesti ada susu kambing...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Saya biasanya kalau sarapan pagi makan ringan sahaja. Oat dengan susu tanpa gula sudah memadai. 2-3 teguk sudah siap. :-)
ReplyDeletetq akubiomed...
ReplyDeleteakak ni memang peut orang kg.
breakfast like king!
lunch n dinner ala kadar je...
tq for coming..