Sunday, October 31, 2010

Hari Ahad yang cerah



Assalamualaikum... dan salam sejahtera..

Ahad, hari ni anak-anak merengek nak ke Teluk Batik. Untuk tidak menghampakan, jam 9.00 kami dah terpacak kat sana. Anak-anak punya le excited.. puaskan mandi.. ayah anak juga camtu. Aku je yang malas nak mandi.. bukan apa.. macam tak sesuwei je. Orang tetap ramai walau bukan cuti panjang.. alaa... mana lagi tempat nak pegi? nak ke PD? ada buaya katanya.. jangan marah org PD...

bila tak mandi, sempat jugak aku menanda kertas exam student aku.. tetap tak siap juga sbb asyik melayan anak2... sekejap je kami mandi sbb hari semakin panas.. takut kulit gelappppp...

tengahari singgah KFC, untuk si kecil, yg lain-lain sibuk nak McD.. hai.. asyik fast food je...

okay itu cerita setakat ptg ni. tak sempat nak upload gambor.. lapyy aku buat hal la pulak...
okay, chow!


update!
saje letak pic mee goreng ni
menambah perisa..

Saturday, October 30, 2010

Sabtu yang suram...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..


macam pelik je ghopa blog aku ni..
biarkanlah buat sementara waktu ni..

kalau tak suka tengok, jangan tengok..
bila ada masa yang banyak nanti, aku akan "modify".. hehehe

hari ni hujan di manjung... dan langit terus mendung walau hujan dah berhenti..
alhamdulillah kerana sejuk sikit rasanya selepas asyik panas perit..





sekadar hiasan.... hehehe
cuba teka, apa am buat kat ayahnya?

Friday, October 29, 2010

Ikhwan dan rubic cube..


dulu
masa aku sekolah...
sampai sekarang..
masih ..
tak menguasai
permainan ni..
sekadar tapak , first dan second layer je...

kini
anakku ikhwan,
memang dah pakar..

congrats..

Thursday, October 28, 2010

Kenapa begini?


Kenapa?
nak kena tukar railing baru?

atau
kena tukar langsir baru?


Wednesday, October 27, 2010

Aku dan pening..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
jam menunjukkan 9.00 pm..

sambil-sambil melipat kain yang menimbun, aku gagah juga melakarkan sesuatu di skrin putih bersih ni.. kepala berdenyut masih belum hilang.. terasa mual dan meloyakan.. uppssss bukan aku berbadan dua ye.. hehehe

petang tadi mesyuarat di sekolah. sebagai ahli dan kata kawan-kawan..orang besor-besor... aku tak boleh la nak mengelat a.k.a ponteng mesyuarat. walau agendanya nampak biasa-biasa je, bagi aku mesyuarat itu penuh bermakna kerana ada pengisiannya.. cadangan pn. hjh boss banyak merungkai segala yang "tertangguh" . Walau macam mana berat tugas dipikul, aku cuba melakukan yang terbaik. Biar dibenci orang, biar dipuji.. aku tetap menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.

....dan bila mesyuarat hampir 3 jam.. dalam suasana ber"aircond", kepalapun berdenyut.. fenin..

selesai mesyuarat, terus balik rumah.. kesian anak-anak melayan diri sendiri.. ayahnya kursus pulak...

.. aku belanja mereka special dinner mlm ni...

Aku dan hari Rabu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua...

Hari ini dah hari Rabu 27.10.2010...
Hari Rabu amat bermakna dalam hidupku.. mak aku kata aku lahir pada hari Rabu malam khamis. Aku lahir jam 11.00 malam hari Rabu..

mak aku kata lagi, aku lahir di rumah, di tempat arwah datukku selalu sembahyang..
masa aku kecil, aku memang susah nak jaga... asyik menangis je... asyik nak berdukung je.. bila menangis, mak aku sampai tak tahu nak buat apa.. ye lah, susu dah bagi, lampin dah tukar, dah berdukung... apa lagi yang aku ndak.. mak pun dah tak tahu...

... dan bila aku dah "tua" ni, makcik aku (adik mak aku) pulak selalu kata..
patutla dulu masa kecik-kecik selalu menangis dan meragam sebab bila dah besar, tak pernah menyusahkan maknya....

ok.. itu makcik aku kata.. hehehe... mak? mak hanya tersenyum...

sebut pasal hari Rabu, hari ini hari Rabu.. maknanya lagi dua hari bersekolah... lepas tu cuti pulak. petang ni ada meeting.. memangpun meeting selalu diadakan hari Rabu.....

...dan hari Rabu juga aku fobia nak menggunting kain kalau nak dibuat baju...
(aku kan tukang jahit untuk diriku sendiri..)
kata orang , jangan percaya kepada perkara kurafat..
tapi dah biasa terjadi.. kalau hari rabu menggunting kain, maka ada je yang tak betulnya... kadang-kadang baju yg dah siap tu tak sedap dipakai...

tapi semuanya tu mungkin secara kebetulan..


setiap manusiapun pasti ada "hari" masing-masing kan????

Tuesday, October 26, 2010

Allah akan makbulkan doa kita.... insyaAllah

Sejak beberapa hari ni aku suka sangat melompat dari satu blog ke blog... happy tengok blog orang lain yang very fancy dan almost mendatangkan idea untuk menambahceriakan lagi blogku yang dah semakin kusam ini.. Namun tak lupa juga jengah blog kawan sedia ada...
maka... tersinggah kat blog pokcik naz dan teruja pulak dengan entrynya.. maka mintak izin dulu untuk berkongsi...


Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih

InsyaAllah mudah-mudahan kita semua tergolong hamba yang dilimpahi rahmat Allah...

Monday, October 25, 2010

Aku dan muhaimin...

muhaimin: cikguuuu.. cikguuu...cikguuuu... assalamualaikum..

aku: eh!.. waalaikummussalam.. siapa ye?

muhaimin: saya muhaimin.. anak murid cikgu.
aku: ya Allah.. lama tak jumpa, keje kat mana?

muhaimin: TNB..

aku: dah kawin?

muhaimin: belum lg.. kalau saya kawin, saya jemput semuaaaa cikgu. cikgu kat teknik lg?

aku: masih di situ.. tak terfikir nak pindah lagi..


aku agak tergesa-gesa sebab mengejar izham yang nak cepat menuju ke kereta. keadaan sesak di kedai "mesra" membuatkan aku tidak berpeluang berlama-lamaan bersama bekas pelajarku...
selepas mengucapkan "okaylah cikgu pergi dulu..." aku tersenyum sendirian ... sehinggakan nurul menegurku "kenapa mak tersenyum-senyum ni?"

baru aku ingat bekas anak muridku yang pandai matematik. .. dan aku faham kini kenapa mereka menegurku dengan penuh perasaan nostalgia... kerana mereka telah berjaya dalam hidup... dan mereka ingin mengucapkna ucapan terima kasih kerana mengajar mereka dengan cara menegurku... bekas guru mereka... alhamdulillah.. aku tumpang bangga..

Sunday, October 24, 2010

Hari minggu... hari untuk berehat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari minggu ialah hari untuk berehat.. ye ke?
selepas penat bekerja, pastinya kita nak luangkan masa untuk berehat seketika..


rehatkan badan, rehatkan minda..
supaya kita boleh bersedia untuk menghadapi hari-hari seterusnya...

kepada yang menyambut hari lahir hari ini,



kawan-kawan blogger boleh ambik bawak balik ke blog memasing.. hehehe


Friday, October 22, 2010

Demam periksa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini dah jumaat. masa entry ni dibuat, jam di lappy kesayangan ni tepat jam 11.09 pm... baru datang idea nak update blog.

mata memang dah nak layu.. tapi hati gigih dan semangat membara nak siapkan juga "new post" ni... kononla.. sejak dua menjak ni semacam rajin pulak membelai ruang "posting" ni....


minggu ni memang banyak sekolah yang mengadakan final year exam. kalau tengok wall kawan-kawan kat fb, ramai yg dok cheghita pasal anak periksa.. pasal hati mama yang gedebak gedebuk sebab anak di tadika first time amik exam,.... in life!...

so, terpanggil pulak nak buat entry pasal exam ...

kalau kat sekolah aku, sebagai s/u peperiksaan, memang aku busy tak menang tangan. tugas tetap dilaksanakan walau terkadang "membebel" juga dan terbabas juga kata-kata yg kurang enak. bukan sengaja.. tapi demi untuk kebaikan bersama.. demi anak didik.. ku tetap hadapi jua...

tak terkecuali puteraku ; ikhwan dan izham... minggu ni dan depan dah mula exam...
.....dan puteriku.. dah selamat menghadapi upsr.

"mak, am tak sabar nak periksa.. hari-hari cikgu buat latihan ulang kaji"
"examnya kan minggu depan.. cikgu memang buat ulang kaji sebab nanti senang am jawab soalan periksa ..."


"bila ko exam?"
"minggu ni..rabu khamis,... tp subjek tak penting"
"eikkk???? tak penting??? subjek apa ? ada ke subjek kat sekolah tu yg tak penting?"
"mak... sivik dengan seni.. penting ke? kalau bm ke, maths ke... ha barulah penting. itu minggu depan!"


aduhai... kenapalah pulak begitu pemikirannya...

walau apapun, demam exam memang sedang melanda...

.. sebab...

dah dua hari ikhwan demam masa ambik exam sivik dan seni.......semuanya penangan sakan mandi laut di teluk batik...




Best of luck untuk semua yang periksa!
buat anak-anak ; do your very best!

Wednesday, October 20, 2010

Tuesday, October 19, 2010

edisi 476



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
masuk minggu seterusnya...

minggu yang semakin sibuk.. sibuk di tempat kerja..


bagi sesetengah cikgu, bila budak exam, time tu lah masa rehat dari mengajar...
time tu jugak ada yang terlebih rajin, buat extra class..
ada jugak yang ambik kesempatan buat jamuan..
ramai jugak yang bersantai-santai.. berbual kosong

aku ni macam biasa.. time ni la yg paling sibuk atau buat-buat sibuk..
kerja rutin yang menjadi darah daging..
cuma bila kerja yang memerlukan "sumbangan" semua tenaga warga kerja, aku amat menghargainya..

terima kasih kawan-kawan...

Thursday, October 14, 2010

Aku, Bajet 2011 dan PTK 2010...



Salam sejahtera semua...

diam tak diam hari ni dah khamis...
esok jumaat.. akan dibacakan bajet 2011 tepat jam 4 petang. Sama ada kakitgn kerajaan akan dapat bonus atau sekadar dapat wang ehsan, sama-sama kita tunggu esok... jangan pulak ada yang tertidur sebab letih dan mengantuk mendengar pelbagai agenda bajet negara... akhirnya terlena tatkala Tok Jib kata "ada bonus.. sebulan gaji..."... hehehehe... kita tungguuuuuuu...

Bila sebut pasal bajet.. ramai yg dok fokuskan bonus..

"kak lin seronok le kalau dapat sebulan gaji... gaji kak lin tinggi..."

"bonus kak lin tak habis makan setahun"

"boleh la kak lin beli gelang besar lagi!"

macam-macam spekulasi..
tersenyum sendiri...
bila dapat "duit" extra, memang syiokksss.. sebenarnya bukan banyak sangat. tapi, alhamdulillah la kan.. siapa lagi yang nak bagi.. cumanya.... gunakan duit tu sebaik mungkin.
kalau dapat duit selain dari gaji ni aku suka gunakan duit tu untuk beli "benda benda" yang nampak... hehehe.. beli gelang ke, beli pinggan mangkuk ke, .. sekurang-kurangnya "benda" yang tahan lebih dari setahun.. bukan apa.. nanti bila dikenang-kenang, boleh senyum sendiri...

"ha.. ini mak beli 3 tahun dulu masa dapat duit marking paper spm "

apa juga rezeki yang kita dapat, bersyukurlah.. ingat orang yang lebih susah dari kita.. kita boleh berkongsi rezeki lebih itu dengan yg memerlukan..


PTK 2010???
ni satu lagi punca rezeki..
sabtu ni examnya... petang pulak kali ni. Sabtu jam 4.00.
aku ke sekolah petang tadi.. kerusi meja dah disusun rapi.. hanya menunggu hari saja lagi..
study?

" tak payah study kak lin, dapat aras 4 juga..."

"study dapat 3, tak study dapat 4"


..... dan aku yakin, jika Allah dah tetapkan itu rezeki kita, ia tetap akan jadi milik kita.. cuma sebagai seorang muslimah, aku percaya usaha, doa dan tawakkal.. insyaAllah berjaya..

so best of luck untuk semua yang akan menduduki exam ni nanti...

Tuesday, October 12, 2010

Aku, dia dan cekodok..

Salam sejahtera buat semua...
hari ini dah hari selasa.. beberapa jam lagi dah nak masuk rabu.. betapa sekejap je masa berputar...

ahad, 10.10.10...
sebenarnya banyak sangat event yang tertangguh...
hajat di hati nak ke kenduri yusmarin, kawan masa zaman sekolah dulu.. tak kesampaian. zaman dah serba canggih, dapat tengok gambar dari facebook pun jadila...

nak berjalan makan anginpun.. macam-macam aralnya...

sudahnya aku habiskan masa dengan menyudahkan jahitan tulang belut baju kurungku.. cadang nak pakai hari jumaat ni... insyaAllah siap..

antara sebab aku tak jadi kemana-mana weekend baru ni.. kerana "dia".. cirit birit, muntah-muntah... entah apa yang dia salah makan, seawal subuh dah meragam.. menangis menahan sakit perut dan muntah... risau dibuatnya.. dia ni kalau sakit, memang teruk semacam... buat orang panic.. seharian keluar masuk toilet, aku terus bawak dia ke klinik...


tengok le tu.. tak sabar nak jumpa doktor tak tahan menahan sakit.. jenuh pulak ayahnya memujuk.. bila dah dapat ubat, baru rasa lega..


saja letak gambar ni sebagai penawar.. bila sihat macam-macam perangai...

tapi masuk hari ni dah dua hari dia tak kesekolah.. kesan cirit dan muntah, mukapun dah cengkung.. dan aku masih terfikir-fikir kenapa dia jadi camtu? apa yg dia salah makan? banyak minum ais ke? makan pisang banyak sangat ke?

sebut pasal pisang, hari sabtunya (semalamnya) aku ada masak cekodok... yang dah lama sangat aku tak makan masakan sendiri... maka berebut rebutlah kami anak beranak makan cekodok...

apakah cekodok ini penyebabnya? atau aku yang memasaknya? .. maka dia jadi sakit?


moga Allah sentiasa merahmati kami semua...

Monday, October 11, 2010

Tahniah atas pernikahan..

yusmarin shamsudin
kawan masa di mrsm kuantan 1981-1985





ahmad farieth a. tajalie
bekas anak murid smt seri manjung 2000-2001



dr sheikh muzafar shukor
angkasawan negara kita



aqasha
pelakon


tak kira anda siapa,.... kawan, anak murid, angkasawan, artis?...
yang penting.. jaga kerukunan rumahtangga dan moga jodoh berpanjangan dan dikurniakan zuriat yang ramai, soleh solehah,,,...



Permohonan ke SMT/SMV 2011


boleh klik kat gambar untuk maklumat lanjut....


atau


terus klik

esptv.moe.gov.my

untuk permohonan secara on line..

atau

terus datang ke sekolah vokasional yang berhampiran

untuk urusan secara walk in...

so, apa lg kepada pelajar tingkatan 3, 2010...
yang berminat..
boleh guna result peperiksaan percubaan pmr anda..
dan
permohonan ini telah bermula dari
4 Oktober 2010..

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 ~ hari ke 283

10-10-10

hari yang ke-283

bagi tahun 2010


10.10.10


Tarikh 10.10.10...
mudah diingat.
akan ramailah yang ambik kesempatan meraikan hari bahagia..

.. dan mungkin juga
akan menggunakan
~masa 10.10 pagi atau 10.10 malam untuk akad nikah
~RM1010.10 atau RM10101.00 untuk mas kahwin
~RM10101.00 untuk hantaran?

apa-apa pun 101010 hanyalah angka yang mudah diingat,, dan nombor yang sangat menarik..

Selamat Pengantin Baru



Hari ini berlangsung majlis perkahwinan angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muzafar Shukor bersama pasangannya Dr. Halina Yunos.

Didoakan semoga jodoh mereka berpanjangan dunia akhirat dan dikurniakan cahayamata penambah seri rumahtangga..

foto - kredit utk en gugel..

Update:
PUTRAJAYA: Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 11.40 pagi tadi, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

sumber : berita harian online

Saturday, October 9, 2010

Projek dah semakin kencang...


masuk ni dah 3 kali buat entry ni.
sejak bermulanya projek ni pada july 1, 2010
sehingga sekarang dah 3 bulan.
entry ke 2 pulak pada... july 23, 2010

bayangkan betapa projek ni dibangunkan betul-betul depan deret perumahan aku...
tanpa ada zink penghadang..
projek ini tetap diteruskan.
.. dah mengadu pada pihak berkuasa tempatan MPM...
tapi tiada respon.

semoga tiada perkara buruk berlaku...

Bila cuti.....Macam-macam aktiviti...

Eh! apa ni? bungkus kain yg belum berlipat ke?
atau ada hantu bungkus/
hahahaha..


dah bergerak?
hehehehe


chakkkk?
memang lawak betul;
pandai pulak buat lawak..
hehehe..


Hahahahaha... memang kelakar...
ada aje idea budak ni....

Friday, October 8, 2010

Kari murunggei




Korang pernah makan tak murunggei ni? Masak kari memang sedap. Ada setengah orang panggil murunggei ni sebagai kacang kelo....

Hari tu balik kg pegi pasar gopeng, ternampak kacang ni.. terus sambar sebab punyalah lama tak masak. Tengok kacang ni nampak muda dan fresh. Terus kecur air liur terbayangkan keenakannya... Masak kari dengan sotong, lagi sedap.

Bila makan murunggei ni teringat masa kecik dulu. Arwah abah suka beli dan mak masak... umppphhhh... makan sampai tercekik kulit... camno boleh tercekik? yelah... bila mak masak yg muda tu, isinya lembut dan manis. ... dan terus kunyah dengan kulit sekali. masa telan, tersangkut .. tercekik macam tercekik tulang ikan. tapi tak serik untuk makan...

resepi? macam masak kari ikan... cuma tukarkan ikan kepada sotong dan kacang ni. Kacang hendaklah dimasukkan dahulu dan masak sampai empuk, barulah masuk sotong..

Indah Ciptaan Allah...

Salam sejahtera semua,
Kadang-kadang kita tidak perlu merantau jauh untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi...
... yang ada depan matapun, kalau tak pandai menilai, akan terbiar begitu sahaja...

baru-baru ni jalan-jalan ke Tanjung Uda River Resort, Kg Serdang Sitiawan...
tak jauh dari rumah di Seri Manjung..
dalam 10 minit perjalanan...

sesiapa yang inginkan suasana tenang dan damai..
boleh jalan-jalan kat sini..





.....ada pulak orang yg berangan-angan nk memancing?

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Raya... lagi...

Tarikh : 3/10/2010
bersamaan : 24 syawal 1431 H
Hari : Ahad
venue : perumahan baru fasa 2B
seri manjung, perak
masa : 3 ptg




antara menu utama ..
lemang..
kami pakat ramai-ramai masak sendiri


nasi impit & kuah kacang




seronok dapat berkumpul ramai-ramai...
kredit gambor untuk hj fawi

jiran....
hjh dr zarina dan cikgu musliha



kami sekeluarga..
nama pulak izham ni?
oooo.. pegi basuh tangan..
:p


bila berkumpul ramai-ramai satu blok perumahan di taman ni, terasa meriah dan secara tak langsung dapat mengeratkan persaudaraan..
kami sama-sama makan dr petang sambung ke malam..
best,...
tahun depan boleh buat lg.
teri kasih untuk semua..


Friday, October 1, 2010

Jamuan Raya...


Selagi Syawal masih belum melabuhkan tirainya, selagi itulah umat Islam terus meraikan kehadirannya. Rabu, 29/9/2010 bertempat di bengkel MPAV SMV Seri Manjung, telah diadakan jamuan sempena Raya Aidil Fitri. Terima kasih buat semua.



Sejak join geng MPAV, kena biasa-biasakan...
hehehe


Tu dia...
jangan tak makan bang...


Pn. Hajah Intan Suhana
pengetua baru SMVSM
.. pun hadir sama







... ada lemang, rendang, nasi impit, soto, bubur, kueh ...
makan sampai kenyang..

kredit untuk cg shabudin untuk semua foto.


1st GA di blog azatiekusayang...

sejak jd blogger ni dah ramai kawan-kawan yang buat macam-macam contestla, giveaway, bg hadiah "maya".. cuma aku je yg belum nak mula lagi. cadang nak bagi kad rayapun masih tertangguh lagi.

terkini dalam senarai my e~friend, dari blog azatiesayang. aku rajin jugak ke blog ni terutama kalau dah kering idea nak masak apa. macam-macam resepi ada.



so,
sesiapa nak join,
boleh pegi kat
blog
dia okey?...


GA yang disediakan sangat menarik.


GA pertama


GA kedua..


GA ketiga...


tapi ada syaratnya...

1.Tuliskan komen korang dibawah n3 GA azatiesayang SAHAJA!..klu komen di box tidak akan diambil kira(Ingat tue...)
2.Jadi FOLLOWWER di blog 'azatiesayang.blogspot'.
3.Tiada paksaan tuk membuat n3 ttg GA atie nie di blog korang...jika ada,atie amat menghargainya..makasih!
4.Tarikh TUTUP GA pada 18/10/2010 pada pukul 12 tengahmalam!!
5.Cabutan tuk menentukn pemenang2 akan dilakukan oleh ANAK LELAKI/ANAK PEREMPUAN atie.Keputusan adalah MUKTAMAD!
6.GA trbuka kpd yang tinggal di MALAYSIA sahaja!


wokey, sesiapa yg sudi, boleh join ye. manalah tahu kot rezeki memihak kepada anda?...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...