Assalamualaikum dan salam sejahtera,
jam menunjukkan 9.00 pm..
sambil-sambil melipat kain yang menimbun, aku gagah juga melakarkan sesuatu di skrin putih bersih ni.. kepala berdenyut masih belum hilang.. terasa mual dan meloyakan.. uppssss bukan aku berbadan dua ye.. hehehe
petang tadi mesyuarat di sekolah. sebagai ahli dan kata kawan-kawan..orang besor-besor... aku tak boleh la nak mengelat a.k.a ponteng mesyuarat. walau agendanya nampak biasa-biasa je, bagi aku mesyuarat itu penuh bermakna kerana ada pengisiannya.. cadangan pn. hjh boss banyak merungkai segala yang "tertangguh" . Walau macam mana berat tugas dipikul, aku cuba melakukan yang terbaik. Biar dibenci orang, biar dipuji.. aku tetap menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.
....dan bila mesyuarat hampir 3 jam.. dalam suasana ber"aircond", kepalapun berdenyut.. fenin..
selesai mesyuarat, terus balik rumah.. kesian anak-anak melayan diri sendiri.. ayahnya kursus pulak...
.. aku belanja mereka special dinner mlm ni...
bawak2 berehat kak..bnyk sgt pikir tu...
ReplyDeletelady ell,
ReplyDeletememang kena berfikir.. tak sabar nak g bercuti... tenangkn fikiran..