Tuesday, October 12, 2010

Aku, dia dan cekodok..

Salam sejahtera buat semua...
hari ini dah hari selasa.. beberapa jam lagi dah nak masuk rabu.. betapa sekejap je masa berputar...

ahad, 10.10.10...
sebenarnya banyak sangat event yang tertangguh...
hajat di hati nak ke kenduri yusmarin, kawan masa zaman sekolah dulu.. tak kesampaian. zaman dah serba canggih, dapat tengok gambar dari facebook pun jadila...

nak berjalan makan anginpun.. macam-macam aralnya...

sudahnya aku habiskan masa dengan menyudahkan jahitan tulang belut baju kurungku.. cadang nak pakai hari jumaat ni... insyaAllah siap..

antara sebab aku tak jadi kemana-mana weekend baru ni.. kerana "dia".. cirit birit, muntah-muntah... entah apa yang dia salah makan, seawal subuh dah meragam.. menangis menahan sakit perut dan muntah... risau dibuatnya.. dia ni kalau sakit, memang teruk semacam... buat orang panic.. seharian keluar masuk toilet, aku terus bawak dia ke klinik...


tengok le tu.. tak sabar nak jumpa doktor tak tahan menahan sakit.. jenuh pulak ayahnya memujuk.. bila dah dapat ubat, baru rasa lega..


saja letak gambar ni sebagai penawar.. bila sihat macam-macam perangai...

tapi masuk hari ni dah dua hari dia tak kesekolah.. kesan cirit dan muntah, mukapun dah cengkung.. dan aku masih terfikir-fikir kenapa dia jadi camtu? apa yg dia salah makan? banyak minum ais ke? makan pisang banyak sangat ke?

sebut pasal pisang, hari sabtunya (semalamnya) aku ada masak cekodok... yang dah lama sangat aku tak makan masakan sendiri... maka berebut rebutlah kami anak beranak makan cekodok...

apakah cekodok ini penyebabnya? atau aku yang memasaknya? .. maka dia jadi sakit?


moga Allah sentiasa merahmati kami semua...

7 comments:

  1. suka tol pada cekodok..tambah2 kalau cekodok labu..

    eh pernah rasa ke??

    ReplyDelete
  2. wahhh.. cekodok pisang laaa.. nie yang buat teringin nie hehe..
    petang esok nak ke pasar tamu la.. nak beli pisang buat cekodok ;D

    ReplyDelete
  3. imanshah,
    cekodok, makanan ruji sejak kecil..

    ReplyDelete
  4. tihara,
    cekodok cicah sambal ikan bilis..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...