maka... tersinggah kat blog pokcik naz dan teruja pulak dengan entrynya.. maka mintak izin dulu untuk berkongsi...
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:
1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)
Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....
Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini
1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih
InsyaAllah mudah-mudahan kita semua tergolong hamba yang dilimpahi rahmat Allah...
Salam,
ReplyDeletePerkongsian yg indah. Rezeki dlm pelbagai perkara, rezeki sihat, rezeki ketenangan...alhamdulillah.
mamawana,
ReplyDeletesyukur alhamdulillah
officemate td baru berdoa supaya pak long die sehat pasal dah klua masuk2 hospital sakit jantung.. baru 5min td die dpt panggilan, pak long die dah meninggal....innalillah..
ReplyDeleteberdoalah selagi kita boleh lps tu apa saje dugaan yg Allah dah tentukan kite terima saje.. krn itu semua ade hikmah disebaliknya.. insyaAllah..
Allah yang maha besar lebih mengetahui..
ReplyDeletekita hanya insan kerdil menjadi hamba..